.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 2, 2015

Tajuk 727: Fatimah (2001) vs Fatimah, 2001 vs Fatimah 2001

Mengendalikan bengkel Mendeley membawa aku kepada pelbagai karenah penulisan. Di Msia Uni X meminta ditulis nama penuh Othman Talib (2009) tetapi Uni Y pula sebagai Talib (2009) dgn nama “bapa” sebagai ganti surname (nama keluarga).

Ini antara conflict awal pelajar dari Uni X bila sambung belajar di Uni Y walaupun kedua2nya menggunakan reference manager yg sama, katakan ENDNOTE – pelek tak?
Aku dah byk juga berjalan ke uni luar negara – Australia, Jepun, UK, Denmark, Korea, aku dimaklumkan pelajar guna system rujukan “international standard” dalam bidang masing2, bukannya mengikut uni.

Jadi kenapa ada gaya uni tertentu?
Tentulah jawapannya utk memudahkan keseragaman hasil penulisan di IPTA tersebut.

Sekadar bertanya…
1. Apa yang mudahnya jika terdapat pelajar dari pelbagai uni, pelbagai disiplin malah negara berbeza yang telah mengikuti system standard international, then terpaksa beralih ke system rujukan uni tertentu. Tentu lebih mudah menggunakan sesuatu system standard yang telah established dalam bidang khusus spt APA (social science) atau IEEE Engineering dan computer)… tak ada sapa yang pening.

2. Apa yang mudahnya jika pelajar terpaksa membuat pelbagai adjustment pada reference manager semasa digunapakai…. sedang mereka bukan tahu sangat nak buat adjustment tersebut... bertambahlah cognitive load mereka.

3. Apa yang mudahnya jika nak published article terpaksa ubah pula ke system rujukan standard international yang diguna pakai oleh international publisher, terutama journal yang high impact dan sewaktu dgnnya.

4. Apa yang mudahnya jika tujuan asal sistem rujukan utk mengikhtiraf hasil kerja dan idea penyelidik terdahulu, kini yang ditekankan adalah gaya2 yang berbeza2….

5. Apa beza Fatimah, 2001; Fatimah (2001) atau Fatimah 2001 ? Ada sesapa yang dapat berikan perbezaan yg signifikan antara ketiga2 in-text citation tersebut?
Aku berpendapat lebih baik established kan journal tempatan.... wpun dgn international format citation dan dapat scopus index atleast.... ini yang lebih utama...

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...