Saya sedar betapa ramai pelajar yang entah di mana silapnya masih delay dalam menyiapkan proposal. Email demi email yang saya terima (sebahagiannya agak sensitif utk dikongsi di sini) seperti memberikan signifikannya apa yang saya cuba utarakan menerusi blog ini, termasuk sedikit sentuhan berkaitan SV yang jarang2 dibicarakan secara terbuka.
Berikut adalah satu lagi email yang baru saya terima, saya copy dan paste untuk iktibar semua, khususnya yang masih baru melayari bantera PhD atau Master. Saya cuma underline beberapa point utk perhatian.
Salam dr,
Saya pelajar Phd yang sudah berada di tahun 3 tapi masih belum dapat membentangkan proposal.Bila baca blog dr. baru saya tahu apa sebenarnya masalah yang saya hadapi. Dari awal, supervisor telah memberikan tajuk kepada saya tanpa beliau mahir dalam bidang yang ingin dikaji. Saya terpaksa melakukan pembacaan sendiri di samping mengambil kira tajuk yang dibekalkan supervisor sehingga sepanjang beberapa tahun, saya masih belum dapat mencari gap yang sebenar. Berapa kali bertukar tajuk kerana mencuba beberapa teori. Sehingga kini saya masih meraba-raba dan tidak pasti dengan kajian saya. Setelah membaca blog dr, baru saya dapat mencari pilot article dan hampir nampak cahaya walaupun dalam kesamaran. Saya ada tunjukkan pada supervisor tapi beliau hanya komen yg saya masih lagi kurang ilmu tanpa memberitahu apa yang patut saya lakukan pada tesis saya.
Jadi, saya mohon agar dr dapat luangkan masa menyemak kerangka dan persoalan kajian yang saya lampirkan supaya saya meneruskan usaha saya ini. Saya amat buntu dan perlukan bantuan dr.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment