Bro aku skit confused ler..... kenapa ramai yang guna qnaire yang baru, mereka dapatkan realibility AC. Kalau nilai AC tinggi, suka ler diaorang. Kalau rendah atau negatif.... fening !
Emmm ..... apa yang ko confused?
Abis ada juga yang run FA, then baru run AC.... kenapa pulak tu?
Lain kali tanya satu-satu...... aku cuba jawab k....cam ni ler.....AC tu nilai coefficient bagi internal consistency qnaire. Berdasarkan formula AC.... nilai alfa yang tinggi diperolehi apabila wujudnya variance keseluruhan item yang juga tinggi berbanding variance individual item. Variance yang tinggi bermakna skor tertabur secara meluas iaitu ada score rendah, sederhana dan tinggi hasil inter-correlation antara item-item yang menghasilkan skor rendah, sederhana dan tinggi tersebut. Ini kerana item yang baik adalah item yang dapat bezakan responden yang setuju, tidak setuju dan antaranya.
Katakan Ali bersetuju yang dia mencapai tahap kepuasan bekerja yang tinggi. Kalau ada item yang setuju menyokong kepuasan bekerja, Ali akan menjawab setuju. Tetapi jika Ali menjawab tidak bersetuju kerana item mengelirukan atau bersifat multidimensional, maka rendahlah nilai AC, tak bagus ler qnaire tersebut kerana internal consistency rendah. Dalam bahasa yang mudah.... responden mula2 jawab setuju..... then pada item lain yang mengukur construct yang sama dia respon tak setuju ler pulak.... makna internal consistency item rendah....
Contoh:
Item mengukur kepuasan bekerja:
Item 1: I love to do my work
Item 2: I feel that I am making a useful contribution to my company
Jadi responden yang setuju item 1, penyelidik jangka sepatutnya setuju dengan item 2 (maka internal consistency bagi kedua item tinggi). Tapi jika sebaliknya, item 2 diberi respon rendah (tak setuju), maybe item 2 ini mengukur construct lain seperti "contribution to company" so responden maybe tak rasa itu satu construct "kepuasan dirinya", maka responden tak bersetuju....Bila terdapat contradiction dalam satu construct yang sama.... maka berdebumlah jatuhnya nilai AC... sebab itu ujian statistic spt FA diperlukan....
Dalam kes di aats bukan sahaja AC akan bernilai rendah malah boleh bernilai negatif - item yang sepatutnya mendapat skor terendah (sgt tak setuju) dijawab oleh responden yang tidak bersetuju sebaliknya iaitu dengan skor yang tinggi (sgt setuju). Antara sebabnya adalah item tak jelas, responden main agak sahaja apabila memberikan respon.... main taram jer...kejap setuju kejap tak setuju.
Ini sama seperti item yang ditanya secara reverse tapi tak di recode semasa nak analysis. Kalau banyak item sebegini, skor bukan sahaja rendah.... malah boleh memberikan nila AC negatif. Satu lagi.... item tersebut mungkin bukan item unidimensi (satu dimensi) tetapi sebaliknya multidimensi. AC tidak boleh menentukan dimensional sesuatu item.... Maksudnya, jika AC bernilai positif dan tinggi, tetapi masih ada item yang multidimensional.... maknanya qnaire to masih bermasalah. Kalau qnaire yang kononnya dah established agak lama, tapi tidak pernah diuji dimensinya (unidimensi atau multidimensi) berkemungkinan CA tinggi tetapi ada item2 yang multidimensi..... Ingat, expert pun tak dapat kesan dimensi item2 kecuali selepas dijalankan analisis statistik.... hasil data dari responden...So caranya dengan analisis statistik FA lah.... sebab CA adalah coefficient sahaja bukan analisis statistik!!
Then FA pulak?
Peranan FA bagi mengenalpasti dimensi item-item dan meletakkan item-item dalam construct yang sama. FA adalah statistical technique bagi kelompokkan item yang interrelated (correlated) dalam satu common factors (or construct). Aku dah jelaskan banyak dalam entry yang lepas... ko bacaler.... Selepas jalankan FA, ko dapat kenalpasti factor (construct), baru ko dapatkan nilai AC.
Abis masa bila FA perlu dijalankan?
Kalau ko guna qnaire yang dah established (dgn andaian telahpun menjalani FA), ko ambil AC jer....Kalau ko baru nak bina qnaire, ko wajib run FA dahulu..... sebelum tentukan nilai AC... supaya ko dapat pastikan item2 ko mewakili construct yang sama...barulah mantap dan terangkat qnaire ko......
Phew.... cam tu ka? Ok-ok barulah berjalan otak aku yang dah jammed ni....
Abis kalau lepas buat FA... tetiba nilai AC masih rendah.... camno bro?
Ko ni memang pemikir ler.... dalam sungguh permikiran ko.... bikin aku fening nak jawab !
Kalau dah buat FA, selalunya qnaire yang diberikan kepada focus group yang homogen, selalunya akan menghasilkan AC yang tinggi. Focus group macam cikgu ker... pelajar ker.... tak kisah asalkan focus group ko tu tahu apa item yang ditanya dan item tersebut berkaitan dengan diri mereka. Maknanya jika mereka setuju.... mereka ada pendirian. Jika tak setuju mereka konsisten tak setuju.
Yang bukan focus group lak?
Pak cik tanya pasal mutu bola sepak Malaysia? Pak Cik percaya ker saya akan jawap dgn consistent? |
Tapi jika ko edarkan qnaire ko bukan kepada focus group yang homogen seperti ko duduk tepi jalan dan bagi kepada public atau orang awam yang heterogen sifatnya, yang maybe tak ada banyak pengetahuan tentang item2 dalam qnaire ko.... besar kemungkinan mereka boleh setuju dan dalam masa yang sama boleh juga tak bersetuju sebab mereka tak perlu ada satu pendirian tertentu. Contohnya ko hantar qnaire tentang sesuatu dasar yang tidak berkaitan secara lansung dengan responsen, ko mungkin akan dapat nilai AC yang rendah malah negatif....sebab responden akan respon ikut suka hati dia jer....
Jadi aku kena tahulah antara FA dan AC... bukan main suka hati aku jer....
Tau tak per !!
OT
No comments:
Post a Comment