.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 13, 2012

TAJUK 307 : EMPAT (4) PENTINGNYA SAMPLING FRAME.....

AMBIL KIRA SAMPLING FRAME ANDA.....

Aku ingat gambar jer kena letak frame, sample pun kena jugak ker? Akupun tak faham... amender sampling frame tu bro?

Ko tahukan, perjalanan menyiapkan kajian sangat jauh. Oleh itu, ko kena berfikran jauh... bukan singkat....fikirkan juga apa yang bakal ko jumpa ditengah perjalanan kajian ko. Kalau ikut highway tak perlah.... R & R ada, tapi kalau research ko?

Apa kena mengena dengan highway bro?

Semasa ko mendapatkan beberapa gap kajian, patut ko dah terbayang siapa sample, subject, atau responden ko. Jika ko ada students sendiri misalnya.... fikirkan gap yang berkaitan dengan student ko. Jika ko tahu contact dan organsasi..... fikirkan sampling frame ko yang ko ada advantage.....Jika ko tak nak gi jauh2..... tak nak sample banyak2... ko fikirkan gap yang dapat di selesaikan dengn kajian eksperimental. Sebaliknya,  jika ko jalankan kajian survey guna questionnaire misalnya, pastikan reponden ko mempunyai sampling frame atau list responden yang boleh dikenal pasti. Sampling frame ni tak semestinya senarai nama responden, sampling frame adalah sumber mendapatkan maklumat individu responden ataupun institusi dan organisasi yang ada responden tersebut..... dari populasi kajian....jadi sampling frame sangat membantu melancarkan kajian ko. 

Maksud ko?

Katalah ko jalankan kajian untuk mendapatkan data dari “expert in IT”.... mengapa tak buat sedikit adjustment supaya kajian ko boleh fokuskan sample ko kepada “expert in IT at higher education instititutions” rather than hanya “expert in IT” secara umum. Ini kerana expert in IT di IPTA / IPTS mudah diperolehi list mereka (inilah maksud sampling frame) berbanding dengan expert diluar yang ko nak kena kenal psti pulak. Malahan expert diluar tu sukar lak nak define..... siapakah mereka dan dimanakah mereka boleh ditemui? Jadi define sampling frame ko betul2 supaya ko tak terkial2 utk mendapatkan responden semasa menjalankan kajian. Atau dapatkan sample frame yang ada persatuan... seperti persatuan bekas perajurit, persatuan polis atau seniman, FAM, persatuan professional dll kerana tempat ini adalah sample frame ko.....


Contoh lain katakan ko nak kaji sikap aggressiveness kanak2 dan kesannya kepada pembelajaran awal mereka, maka jalankan kajian terhadap TADIKA KEMAS yang ada sampling frame yang mungkin lebih baik dari hanya mendapatkan kanak2 dari mana-mana keluarga secara umum yang tiada sampling frame yang jelas....

Wooo.... barulah aku faham..... jadi pentinglah ak tahu sampling frame to bro?

Ayoyo..... mestilah penting. Sebagai novice dan student researcher..... yang penuh constrain itu dan ini....yang buat kajian secara solo tanpa bantuan grant dan RA yang comel.... (he he), sampling frame ada kesannya kepada perjalanan kajian anda.... samada  berjalan lancar seperti di highway.... ataupun mengharungi liku2 seperti jalan kampung tahun 70an (sebab jalan kg now dan macam highway wooo... ataupun highway now dah lalu tengah2 kg).....Aku listkan 4 kepentingan sampling frame...


Pertama, list yang diperolehi dari sumber utk membentuk sampling frame, membolehkan ko apply apa sahaja randomise sampling technique yang sesuai, dari sistematic, cluster.... sehingga lah simple random. Ini menambah “power” kepada data yang ko perolehi kerana ko boleh membuat generalisasi kerana sifat random sample ko.

Kedua, ko dapat pastikan mereka tu adalah responden yang “genuine” dan kaya dgn maklumat yang ko perlukan.

Ketiga, betapa kajian yang baik.... objective yang mantap... tetapi hancuss kerana kelemahan mendapatkan sample yang appropriate dan mencukupi...sehingga dapatan diragui 

Keempat, jimat masa siang dan malam ko, jimat tenaga zahir dan batin ko....dan mengurangkan budget elaun dan poket ko serta akhirnya mengurangkan kefeningan dan kegelisahan jiwa dan raga ko.....

Aku timbulkan isu ini sebagai peringatan supaya seboleh2nya lakukan kajian, APA SAHAJA kajian pun, yang mempunyai sampling frame. Ada kalanya, pelajar mengambil masa berbulan2 utk kumpulkan data, jadi dengan adanya sampling frame yang jelas dan lengkap (nama, alamat, hp, email dll....) akan memendekkan waktu pengumpulan data. Jangan sampai merungut.... bila sampai masa utk mendapatkan data.... sebab ko tak tercapai responden yang diperlukan.... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...