.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 15, 2012

TAJUK 309 - 10 tips jangan buat masa presentation

10 tips jangan buat semasa presentation di seminar

Kini banyak kali aku hadiri presentation pelajar....terutamanya semasa pembentang dalam seminar in-house di fakulti aku..... dan makin lama macam makin kurang auranya....

Aura ape tu bro?

Masa pelajar present... audience sembang2....dan ada kalanya audience hanyalah presenters juga....

Emmmm... kenapa agaknyer tu?

Maybe cara presentation seminar atau konferens pelajar dah terlalu stereotype...wpun masa diberikan hanya 20 minit termasuk Q & A !

Apa yang stereotype tu bro?

Ada 10 streotype yang sempat aku coretkan.....

Pertama..... sangat bergantung kepada Power Point.... tapi isinya tak ada POINT yang POWER ...

Kedua.... membaca terus dari slide satu satu macam ler audience semuanya buta kayu....

Ketiga....cuba sumbatkan sebanyak mungkin fakta macamlah audience tu budak tadika

Keempat.....PowerPoint ada teks yang terbang melayang.... macam persembahan wayang

Kelima... siap dengan sound effect.... kononnya nak nampak perfect...

Keenam..... mak datuk slide demi slide demi slide macam tak nak berhenti....sampai pengerusi makan hati....

Ketujuh ....keniknya font .... besar lagi tulisan dalam handphone

Kelapan ....dahlah kenit.... colourful lagi.... ala2 pelangi

Kesembilan... syok sendiri....mata tak lihat audience pun.... kononnya malu-malu dan bersopan santun....

Terakhir...... terlalu skema.... First the objective of my research is.... Then the Problem Statement is... After that the Research Questioans are.... Next the LR is.....macam baca berita utama..... emmmm

Alamak bro... ko macam perli aku jer.... abis dah semua buat cam tu akupun ikut ler.....

Jadi now aku nak bagi tau ko bahawa audience “sebenarnya” TAK LER BERMINAT dengan pendetailan kajian ko. Sebabnya merekapun ada kajian mereka sendiri. Tambahan, jika berminat, mereka boleh baca prosiding atau paper ko....Oleh itu, permudahkan sahaja persembahan ko sebab audience hanya nak tahu apa yang ko buat dan bagaimana ko melakukan kajian..... short and simple !!


Kalau audience tertarik.... biar mereka tanya.... ko jawab jer.... secara bersahaja....

Tak caya?

Tanya lah diri ko sendiri selepas ko dengar 2, 3 presentation  streotype yang menjela.....akan terjadilah fenomena menguap secara tiba-tiba....

He he....

Audiences nak dengar penerangan santai ko dgn yakin dan dapatan2 utama kajian ko saja...bukan pendetailan....  so keep it short and simple....kalau mereka nak tahu lebih  lagi.... biar mereka bertanya 

Kalau cam tu ko bagilah satu contoh slide tu bro...

Ini adalah contoh persembahan slide yang saya buat dalam satu conference di luar negara..... hanya dengan 9 slides aku telah terkesimakan audience dgn demontrasi animasi tersebut...screen shot yang aku persembahkan pada slide tu aku dah padam dalam blog ini sebab ada copyright dgn UPM.... 

Inilah slide yang aku maksudkan...... sempoi....entah2 bilangan perkataan dalam satu slide ko lebih banyak dari dalam kesemua 9 slide aku..... emmmm






Audience nak dengar apa ko cakap, cara ko "convince"kan mereka dengan penguasaan ko terhadap kajian ko sendiri.....bukan apa yang ko baca dari PowerPoint....


Ini samalah macam ko jumpa PM dan PA dia bagi 20 minit jer.... so bagilah isi2 penting bukan pendetailan.....


Selesai jer presentation..... semua nak bergambar.... he he
terasa glamer ler pulak .... 

Kalau ko degil nak terus baca terus dari slide ko.... baik ko record dan buat narration.... tak payah ko susah2 pakai tie sampai tercekek leher then jadi pembaca berita pulak kat depan audience.....

Tapi aku takut ler....nak buat cam tu !!


Takut sebab ko sendiri tak yakin dengan kajian ko.... ntah2 ko pun tak faham apa ko buat...


Jgn lah perli aku bro...


Ko ni takut tak abis2..... 


OK..OK aku akan cuba ..... 


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...