SV.....anda dahulupun spt kami juga ....
Cuti tinggal lagi seminggu. 20 feb IPTA akan memulakan pengajian semester baru. Hati ku semakin sayu....perasaanku semakin pilu.....
Apsal ni bro?
Mungkin itulah emosi sebahagian pelajar siswazah apabila kedatangan semester baru. ... semester saling bertukar... yuran terus kena bayar... tinggal semakin sedikit cuti belajar... harap2 jangan ada yang golong tikar....
Ada siswazah yang begitu kental... gigih.. dan entah bagaimana masih terkial2 mencari hala tuju kajian dan penulisan tesis walapun semester telah silih berganti . Kalau pelajar yang sambil lewa, kaki relex ....itu tak termasuk dalam kategori yang aku nak bincangkan ini...kerana aku percaya majoriti pelajar siswazah telah menyerahkan jiwa dan masa utk mendapat ijazah Master mahupun PhD.
Mengapa terdapat ramai kumpulan pelajar siswazah yang gigih dan kental ini masih terkial2? Maybe aku boleh bincang sedikit pemerhatian aku dan maklumat dari sembang2an aku dengan pelajar2 ini yang mungkin tidak pernah dicoretkan.....
Aku nak tanya....dari mana SV belajar supervise supervisee mereka? Tak lain tak bukan.... mereka belajar dari pengalaman. Kita semuapun byk belajar dari pengalaman. Pengalaman SV berbeza2.... dalam membuat thesis dan research.....maka berbezalah paradigma yang dipegang oleh SV. Apapun paradigma mereka, sebahagian besar SV suatu masa dulu adalah pelajar yang pernah melalui saat terkial2.... maka sayugialah aku coretkan disini...
Pertama – SV oleh kerana dah mencapai tahap ultra-expert ada kalanya tidak menyedari bahawa pelajar siswazah yang baru sehari menjadi calon Master / PhD adalah researcher yang “ultra-novice ” .... baru jadi putik ” buah cempedak” yang masih berada jauh diluar pagar “dunia penyelidikan”..... yang perlu disupervise dgn intensif.... yang masih bertatih dan belum tegap berdiri sendiri .....masih tidak yakin utk membuat keputusan... jadi janganlah membiarkan mereka menjalankan kajian sendirian dan kemudiannya dikomen menjadikan semuanya seperti tak kena belaka....persis pelajar Bukan Sekadar Rupa.... yang menyanyikan lagu sumbang......penyu menangis di Rantau Abang....
Kedua – SV mengambil masa terlalu santai untuk membaca tesis dan proposal pelajar sehingga berminggu dan berbulan2 baru nak selesai .....bermakna SV lupa dengan emosi yang sama yang mereka mungkin pernah alami bila SV mereka dahulu juga lambat memberi reaksi.....
Ketiga – SV hanya membiarkan sahaja pelajar datang dgn tajuk yang bombastic.... kerana kononnya energetic...lama-lama kajian static.....
Keempat – atau SV pula yang meminta pelajar menjalankan kajian dengan tajuk yang futuristik... sehingga tak tercapai aqal pelajar menjalankannya.... implikasinya... pelajar terpaksa menambah semester.... menambah kos.... maka terbazirkan usianya....
Keenam – SV perlu menjelaskan bahawa membuat research bukan sekadar mendapatkan tajuk yang terkini....tajuk bombastic tajuk futuristik....tetapi perlu dimulakan dengan membaca secara intensif perkembangan terkini dalam bidang kajian..... supaya jelas hala dan tujuan...
Ketujuh – SV perlu membantu pelajar mendapatkan gap kajian yang spesific bagi menghasilkan tajuk kajian yang fokus. Gap yang baik penting bagi “novice” researcher, yang menjalankan kajian sebagai pra-syarat mendapatkan ijazah....adalah gap kajian yang mempunyai teori yang mantap dan dapat di isi dengan method dan analisis yang sistematik.... bukan tertumpu hanya kepada kajian untuk menyelesaikan masalah “sebenar” diluar sana.... kerana SV yang berpengalaman sehingga mendapat berbagai title dan sudah membentangkan ratusan paper di serata duniapun pun belum pasti berupaya menyelesaikan masalah “sebenar” tersebut...
Kelapan - Mana mungkin sama, pengalaman SV yang telah supervised puluhan pelajar dgn seorang pelajar baru yang telah puluhan tahun meninggalkan dunia akademik ... ibarat langit dan bumi.....ibarat selipar jepun dengan kasut nike.....terkial2 tanpa arah sebaik sahaja mendaftarkan diri untuk bergelar siswazah...
Kesembilan - SV merasakan pelajar adalah researcher seperti mereka juga, sedang pelajar hanya ada 3, 4 tahun sahaja utk menyiapkan thesis, maka lihatlah pelajar sebagai golongan yang perlukan bimbingan sehingga berjaya dalam dan bukan diluar tempohnya .....
Kesepuluh – Bagi pelajar.... bergraduate adalah matlamat utama..... namun bagi SV... membuat kajian yang bombastik dan futuristik yang dapat menghasilkan artikel CIJ berimpact factor dan berscorpus dan segala jargonnya.....adalah matlamat yang ultimate. Jadi ambillah jalan tengah supaya pelajar berjaya hasilkan kajian yang baik yang boleh diselesaikan dalam tempoh bergraduate.....sambil menghasilkan artikel yang kini diperlukan sebagai syarat....
Kesebelas...memang pelajar bertanggungjawab terhadap kajian mereka.... tetapi bimbinglah dulu secara intensif ....supaya pelajar tak pasif.....kerana pelajar mahu SV memastikan haluan yang betul diperingkat awal utk mereka merasa yakin berjalan sendiri menuju destinasi....bukan terdampar kaku dipulau berhantu.... atau lost in action sebelum mencapai mission....
Kedua belas.... pelajar tidak pernah meragui kepakaran SV....sebab itulah mereka sangat mengormati SV dan memerlukan “expert guidance” dari SV dan bukannnya membuat pelajar sentiasa resah dengan pendekatan “u sepatutnya boleh fikir sendiri”....
Ke tigabelas .... ramai pelajar yang menyambung pelajaran kerana keperluan yang berbagai seperti promotion dan bukan untuk menjadi pure researcher.... jadi jangan meletakkaan harapan untuk mereka membuat kajian yang boleh menyelesaikan masalah negara....apatah lagi masalah antarabangsa.....masalah semasa yang terkini, sensasi dan pure originality.... kerana apa yang mereka perlu adalah bimbingan menjalankan kajian yang sistematik sebagai the contribution to the body of knowledge serta memenuhi pra-syarat mendapatkan ijazah..... spt yang diidam2kan oleh semua mereka yang bergelasr siswazah..
Oklah bro.... sedikit harapan pelajar2 dari SV mereka yang dicoretkan di sini.....dengan satu signal..... walau bagaimana hebatpun SV.... mereka dulu juga mungkin pernah melalui saat2 yang sedang dilalui oleh pelajar2 mereka sekarang ini. Bagi SV yang telah melalui kegetiran2 ini maka SEKALI SEKALA tolehlah kebelakang dan superviselah pelajar anda sebagaimana anda mahu disupervise oleh SV anda satu masa dahulu....cuma pendekatannya sahaja yang berbeza dek kecanggihan zaman.... kalau dulu hantar komunikasi by pose mail.... kini ada email...... balaslah email tersebut....
Akhirnya bro....walaupun tiada statistik, aku percaya majoriti SV terdiri dari mereka yang hebat, yang telah berjaya membimbing ramai pelajar dan mencurah pengalaman sehingga menghasilkan pelajar dan artikel yang juga hebat. Syabas kepada SV-SV ini dan berterima kasihlah atas bimbingan tersebut.....dan kami sentiasa meletakkan penghormatan dan harapan kepada SV-SV kami untuk terus membimbing kami....
Akhirnya bro....walaupun tiada statistik, aku percaya majoriti SV terdiri dari mereka yang hebat, yang telah berjaya membimbing ramai pelajar dan mencurah pengalaman sehingga menghasilkan pelajar dan artikel yang juga hebat. Syabas kepada SV-SV ini dan berterima kasihlah atas bimbingan tersebut.....dan kami sentiasa meletakkan penghormatan dan harapan kepada SV-SV kami untuk terus membimbing kami....
OT
No comments:
Post a Comment