Dah hampir 2 minggu….selain bengkel doc map dan SPSS yang terus berjalan, aku juga sedikit sibuk buat persiapan bagi menyertai pameran MTE 2012 (Malaysia Technology Expo) http://www.mte.org.my/2012/ Aku dah masuk 2 kali tapi melalui ITEX2010 dan 2011, melalui kajian aku dengan UPSI, so aku relex jer. Kali ini aku yang jadi “kepala”nya….. mujur ada RA yang boleh membantu.
Ada per citer baru bro?
Masih citer lama. Citer duka lara... citer senjakala.....
Tak faham...per maksud u bro?
Di akhir bengkel DocMap semalam, aku di datangi oleh dua peserta, seorang pelajar A calon Master (Semester 4) dan seorang pelajar B calon PhD (Semester 8) yang kedua-duanya masih belum ada proposal untuk di defense….. dan kedua2nya menghadapi masalah dalam penulisan proposal.
Pelajar A mengakui telahpun membaca banyak artikel dan sering bertukar2 tajuk sehinggalah beliau mendapat satu tajuk yang sesuai, selepas 4 semester !! A juga baru menemui blog drotspss 2 minggu lepas dan dia terus mengikuti bengkel DocMAp.
Apa masalahnya dengan A?
A ok jer. Seorang yang aktif menulis. Tetapi bro, menulis artikel 2,3 muka surat tak sama dengan menulis tesis 2, 3 ratus muka surat. A pula awal2 lagi menentukan kajian tajuk dan kemudian membuat pencarian berdasarkan tajuk yang dah ditetapkan…. maka serba tak kena dan tak jumpa artikel lah jadinya. Selepas bertukar2 tajuk.... barulah A temui tajuk yang ada bahan rujukan..... setelah begitu banyak masa terbuang.
Kedua A menulis semua point yang di baca dalam bentuk peta minda…. suatu usaha yang baik persis pelajar tingkatan 5 menyiapkan diri dgn nota ringkas peta minda bagi menghadapi peperiksaan SPM.... tetapi bukan utk persiapan proposal atau tesis kerana semakin banyak artikel dibaca semakin berserabutlah peta minda dan semakin kecil lah tulisan yang boleh dimuatkan dalam peta minda...... dan semakin lusuhlah kertas peta minda dan semakin sakitlah bijik mata memandang peta minda tersebut !! Silap hari bulan, tertumpah mee kari maggi atas peta minda tersebut ...atau anda tertidur atasnya ... alamat bertambahlah lagi peta2 yang ada....dan kalau terciri atau hilang.....ada pula yang hilang minda !!
Pelajar B pulak?
B kata dia pelajar separuh masa yang sibuk. Saya terfikir B mula mengalami procrastination yang serius. Dia jadikan sibuk sebagai alasan, dan pasrah dgn kesibukan tersebut.....sedang semua orangpun sibuk, malah ada yang sibuk mengalahkan PM !! Jika sebulan B menulis 5 muka suratpun…. Dia dah ada proposal yang lengkap selepas 4 tahun…..!! Saya ada kawan (yang kini YB Exco Kerajaan disebuah negeri) yang dulu membuka restoran dan aktif politik macam nak rak.....sambil belajar..... dan kini dahpun bergelar Dr..... dia ni lagi sibuk... memanjang tak ada kat rumah....
Apa komen u bro?
Emmm… aku berpendapat kedua2 A dan B tidak ada arah yang jelas dan teknik yang betul sebagai pelajar Master dan PhD. Jika pelajar B dari awal lagi mendapatkan gap dari artikel mainstream dan menulis semua yang dibaca dan “mencampakkan” nya secara tersusun dalam zero draf dgn teknik 1file1proposal, dah lama B mempunyai proposal yang lengkap dengan hanya SATU SAHAJA file yang perlu diuruskan mengikut heading dan subheading yang betul , bukan dalam bentuk helaian2 kertas peta minda yang “sakit’ juga minda melihatnya kerana tidak tersusun malah berceranggah !!
Mind mapping jgn sampai jadi begini..... |
Pelajar B pula, jika membuat persiapan document map dari awal lagi, walaupun sibuk, zero draf dan teknik 1file1proposal yang dibina sedikit demi sedikit….. akan terus mengekalkan focus beliau….Malah aku percaya, dalam tempuh 8 semester, B sepatutnya telah ada proposal walaupun sesibuk manapun beliau, kerana zero draf dan 1file1proposal akan membantu menyusun idea dalam bentuk proposal yang organized secara progressive walau sesibuk manapun.... beransur2 lama2 jadi juga proposal....
Dgn teknik zero draf dan 1file1proposal..... kedua2 A dan B, akan hanya ada SATU sahaja file utk diuruskan sepanjang menyediakan proposal mahupun tesis..... dan bukannya dengan menydiakan byk file....yang makin lama makin bertambah dan akhirnya tak tahu mana yang up-dated, mana yang tidak.... dan akan memeningkan kepala bila nak buat kerja2 editing.....
Bagi pelajar yang “sewaktu” dengan A dan B, ada sesuatu yang boleh membantu dan menjadikan anda lebih focus, menulis secara tersusun dan sistematik dan progress setiap hari walaupun sedikit2 kerana kesibukan dll....yang penting progress and never stop (macam bangunan terbengkalai).....akan terhasil proposal juga dan taklah memerlukan masa sehingga 4 semester !!
Teknik zero draf dan 1file1proposal.....serta teknik dirdio melalui document map akan menjadikan penulisan anda manageable.... kerana tumpuan anda hanya kepada SATU file sahaja yang sentiasa di updated seperti myproposal1..... myproposal2 sehinggalah siap !! File ini pula di simpan dalam dropbox... supaya selamat dari virus atau hilang. Jgn sampai, dahlah lambat, penulisan berkucalana, file thesis berserabut dalam komputer.....entah mana yang baru entah mana yang lama…. Semakin lama bukan semakin jelas…. tapi semakin kabur….semakin nazak. Jadi tanyalah kawan2 yang dah senior sebagai calon Master dan PhD yang telah mengikut bengkel document map dan LR drotspss dan tanya bagaimana mereka mendapat “talian hayat" utk meneruskan sisa2 waktu dengan lebih effective dan efficient..... tanpa menoleh kebelakang atau hanya pasrah... menyerah dan akhirnya mengaku kalah !! Mulakan suatu secara organise sejak awal lagi..... bukan dah nazak baru nak cari talian hayat.... lakukan dirdio (do it right do it once) !!!
OT
No comments:
Post a Comment