EMAIL APLIKASI SYNTHESIS MATRIX
Saya menerima dan berbincang dengan sorang PhD candidate di UK yang buat e-portfolio. Inilah hebatnya dunia tanpa sempadan.... wpun tak kenal pengirim tapi masih boleh berbincang... macam dah kenal lama la pulak....Beliau menulis jam 8.30pm dari UK, saya buka email dan reply jam 4.30 am, kebetulan saya bangun solat selepas buat susu NINE.. anak bongsu saya.... tak nak kacau wife yang mungkin sedang diulit mimpi serta kepenatan disiang hari....sambil cium pipi wife sebab waktu inilah wife kita adalah original.... tanpa foundation atau lipstick...
Beliau agak kebingungan sebab e-portfolio baru di Malaysia dan beliau juga baru dalam dunia pendidikan, sebab latar belakang yang pure computer science. Sayapun bingung juga (he he), sebab e-portfolio bukan bidang saya. Sebenarnya ramai yang hantar email... hari2 saya ni macam "orang bingung" camner nak jawab..... ada dari engineering, medical dll.... semua tu bukan bidang saya. Jadi?
Saya cadangkan beliau mulakan dengan intensive LR search … dan apply “synthesis matrix” bagi “pencarian gap” dan “theory” bagi memberikan gambaran awal bidang yang beliau nak kaji…..kerana beliau perlukan LR yang mantap.... yang agak asing bagi mereka dari latarbelakang computer science.
Setelah bertukar email beberapa kali, oleh kerana emailnya panjang menjela….lebih 3 ela.... terpaksa saya menghela nafas membacanya....sambil duduk bersela.... saya ringkaskan bagi tatapan anda…
Salam Dr OT,
Saya dah kaji journals…(spt dicadangkan) Alhamdulillah, guna synthesis matrix tuh...sungguh melegakan.. dan saya dapati di Malaysia, xde journal berkaitan e-portflio implementation to Vocational training education. Kalo oversea,byk….saya dapatlah dlm 20+ journals psl eportfolio dari oversea, tp 80% pasal eportfolio in higher education. Yang dalam VTE 2-3 jer..
Tq coz bg idea...saya ada buat pembacaan selanjutnya mengenai skills inventory (yg Dr cadangkan) dan adakah possible utk integrate skills inventory di dalam e-portfolio application..
Alhamdulillah,journal-journal berkenaan study skills inventory yang saya perolehi adalah masih baru iaitu sekitar 2009-2011, mungkin petanda ia masih baru diaplikasikan atau saya yg mungkin x jumpa lg journal yang lama sket..E-portfolio sbg tool bagi skills inventory untuk menganalisis 'skills gap' di dalam Sistem persijilan kemahiran Malaysia.
Steps yang saya fikirkan adalah dengan membuat pre dan post test experimen. saya telah mengenalpasti theory socio-constructivism utk diadaptasikan di dalam mengenalpasti variables yang perlu dianalisa.
Thanks a lot Dr atas bantuan..
Wassalam
Liverpool
UK
No comments:
Post a Comment