.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1436 : Post VIVA..


Pernah dengar post-viva ? Ptg ni aku adakn sesi post-viva yg mungkin tak pernah berlaku dlm dunia PG.

Angel aku Nor Tutiaini membuat ulangan viva nya (post viva) dihadapan angels yg lain.. bagi menunjukkan cara persembahan ketika viva. Beliau lulus viva 2 minggu lepas dgn minor correction dan GOT.


Selepas itu.. angel Hajar Mariah pula buat pra-viva sbb akn viva next week... so kitapun tegurlah persembahan dia dgn penuh kasih sayang... eewah.

Baginilah PLC dlm 'OT n Gangs'... semua angels saling membantu...

Ingatan aku..
1. Sediakn slide yang ringkas
2. Letak point yang power2 jer
3. Jangan le tulis ayat mcm dalam tesis
4. Elakkan membaca dari slide... panel bukan buta huruf
5. Habiskan presentation dalam 15 minit !

OT



Tajuk 1435 : Research context dan discussion of findings..


1. Masih ada yg tanya lagi.... knp mesti tulis mcm ni?

"Findings of the study indicated that …. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported …"


2. Research Context (RC)?
RC adalah semua aspek yg berkaitan dgn kajian spt persekitaran social.. budaya... amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yg bbeza... dlm konteks yg bbeza mmberikn interpretasi berbeza, lebih2 lagi dlm kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yg bbeza dari kajian anda juga mbawa interpretasi yg berbeza.

3. Maka... bukan satu keperluan mjadikan dapatan kajian2 lepas sbg 'menyokong' atau tidak dapatan kajian anda ... sdgkn kajian2 tsbut blaku dlm konteks yg berbeza.

4. Kajian obersi misalnya terus2an dibandingkn dgn dapatan kajian sendiri sdg konteksnya mungkin saja jauh berbeza.

5. Apa yg lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yg dikaitkan dgn data yg diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yg mjadi asas kajian (quantitative) anda.

6. Menggunakan terus dapatan kajian lepas utk menyokong kajian anda menunjukkan anda spt telah melakukan 'duplikasi' kajian2 lepas tersebut... nak2 geng GAP yg awal2 kata kajiannya xpernah dibuat lagi... klakar lah pulak.

OT


Tajuk 1434 : GAP lagi..


Dialogue IR4.0

A: Apa gap kajian ko ni?
B: Tiada kajian sebelum ini kaitkan teori motivasi X dgn IR4.0. Disitu wujud kelompongan.
A: Macamana ko tahu?
B: Aku baca 100 artikel, tak jumpapun yg kaitkan teori X dgn IR4.0
A: Berapa lama ko cari tu?
B: Dekat 2 semester jugaklah...
A: Memanglah bro, 1000 artikel pun ko takkan jumpa yang kaitkan teori X dgn 4.0 tu .. adoiii


OT

Tajuk 1433 : 116 nilai dalam DSKP..


Dalam proses melaksanakan DSKP... ada konsep 'unpack curriculum' utk dijadikan learning outcome. Berikut aku buat skit unpack DSKP dari aspek afektif... dalam bentuk senarai, tak mampu nak sampai bentuk learning outcome...

A. Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizizkal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai

B: Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai

C: Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.

D: Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan

E: Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta

F: Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah

G: Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen

H: Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul

I: Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

2.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

4.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

5.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

6.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

J: Dua belas Sikap saintifik
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.

K: Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik

L: Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT

Dan yang berikut, aku hanya mampu naytakan sahaja, cerakinkanlah sendiri.

M. Empat tahap standard proses sains
N: Tujuh langkah penyiasatan saintifik
O: Lima tahap penguasan standard prestasi...

Dan nilai-nilai yang juga ditekankan...
P: Toleransi / nilai sejagat
Q: Nilai moral / sivik
R: Nilai beragama
S: Sivik
T: Semangat kesukanan
U: Keusahawanan
V: Kepatuhan peraturan jalanraya
W: Pengurusan Kewangan
X: Kitar semula / teknologi hijau / lestari
Y: Nilai merentas budaya
Z: TVET

Fuhhh... cukup A-Z .... ada sekurang2nya116 aspek yang sebahagiannya secara explisit ditulis dalam DSKP dn sebahagiannya secra implisit... mungkin ada lagi yang aku tak larat dah nak unpack.

OT
Foto - macam nilah kalau 116 orang ... LEMAS !


Tajuk 1432 : Selepas STEM..Competency-based education ?


Aku fikir, selepas ini akan muncul perkataan Competency-based education (CBE) dgn satu falsafah "almost all learners can learn equally well if they receive the kind of instructors they need" dan “the development of complex capacities that enable students to think and act in various fields of activity... consists of achieving knowledge in action, the result of a sound knowledge base that can be put into practice and used to explain what is happening”


Ada 3 unsur utama dalam CBE ...
1. kandungan dalam CBE diasaskan dari sumber pekerjaan sekarang dan jangkaan akan datang
2. Murid ditafsir berasaskan kompetensi yang di capai
3. Pentafsiran merangkumi unsir penguasaan pengetahuan, sikap dan bukti kompetensi..

Menurut IBE "Competence can be used as an organising principle of curriculum. In a competency-based curriculum, exit profiles specify the classes of situations that learners must be able to handle competently by the end of their education. Depending on the type of education, these classes of situations are identified either on the basis of real-life or work-related situations or on the internal logic of the discipline in question..."

Smile..

OT


Tajuk 1431 : STEM.. di manakah STEM?


Aku ini slow skit. Maafkan aku atas kelembapan aku...

1. Bila baca pasal STEM mesti dikaitkan Abad 21 supaya lahirnya generasi berteknologi dan innovation. Ini macam ayat thesis.


2. Kemudian dikaitkan bahawa STEM perlu bermula disekolah rendah. Tapi aku tengok sekolah rendah macam tu jer, makmal sains pun tak ada apa lagi makmal STEM.

3. Pengiraan maths sekolah rendah misalnya klu dulu hanya bentuk lazim, mak ayah yang motong getah pun senyum jer nak ajar anak... sekarang ada berbagai bentuk pengiraan, mak ayah yang buat PhD google pun tak jumpa jawapan. Adakah itu kerana STEM?

4. STEM dikaitkan dgn 4C - Collaboration, Creative, Critical dan Communication. Yang aku nampak, cikgu2 yang bertungkus lumus dgn 4C ni, bukan murid.

5. STEM juga dikaitkan dgn HOT. Nak faham STEM mesti kena faham yang asas. Mana LOT?

6. STEM adalah integrasi subject yang 4 tu. Masa bila pulak ini berlaku? Kalau dalam sains persembahan data dgn graf dan carta dinamakan 'Berkomunikasi" tetapi dalam Maths benda yang sama dinamakan 'Pengurusan Data'... kat mana plak berintegrasinya?

7. STEM dan KBAT perlu seiring... macam Hail Amir dan Uji Rashid. KBAT bukan sebarang KBAT, ini KBAT mesti ikut skema !

8. STEM dikaitkan dengan minat mempelajari STEM subjek. Jap.... minat sapa?

Selamat bersahur...

OT

Tajuk 1430 : Gap - adakah menumpang dalam dunia research ?


1. Masa PhD, bertungkus lumus mencari gap - 'sesuatu' yang belum dibuat lagi'. Gap spt zikir.. semuanya tentang gap. Sikit-skit "mana gap ?" ..." dah jumpa gap ?"
Dasyat.


2. Nak tahu apa yang belum dibuat lagi kena plak baca artikel. Bukan senang, baca apa yang SUDAH dibuat tapi cari apa yang BELUM dibuat.
Memang dasyat.

3. Tambah dasyat lagi baca dari puluhan sampai ratusan artikel. Makin banyak dibaca, makin banyaklah yang dah dibuat... makin susah nak cari apa yang belum dibuat.
Ternyata dasyat.

4. Sebab itulah bila dah abis PhD, tak tahu plak nak buat kajian apa.. sebab dah malas baca artikel ratus-ratus. Kalau malas baca artikel, nak dapat mana gap?

5. Hebatnya penangan gap hanya sementara.... selepas itu terus dilupa spt tiada harga... malah tiada siapapun akan menyebutnya...

6. Dalam dunia research diluar sana, yang didambakan adalah inovasi, prototype, development, creativity, simplification, system, IR4.0... yang membawa maksud yang dinamik.... weird kalau terdengar ada yang masih menyebut gap...

Selamat Malam....
Isilah malam Jumaat dgn amalan sunat.

OT

Tajuk 1429 : School is not about textbook..


Aku dah lama citer... biar org lain plak citer... school is not about textbook .. and textbook.. and lot of exercise books... naknya baru Tahap 1 primary... School is about learning and even better without textbooks...

Tqvm Cik Moki...

OT


Tajuk 1428 : Tak abis2 lagi ke isu pembaris?


Ada yang PM minta aku jelaskan kenapa aku timbulkan isu pembaris... katanya isu remeh.

1. Isu pembaris ini nampak remeh, diremehkan dan dibuat tak tahu jer. Mengukur format tesis utk ketepatan mm terakhir ini dilalui setiap PG di Msia, buat seorang dua. Paling best, semua IPTA melakukannya.. sebab cara berfikir dunia PG kita ni sepesen je... satu buat semua ikut.


2. Ketahuilah... beratus ribu yang mesti melalui 'ukuran pembaris ni' maka beratus ribu jugalah yang kena redo itu dan redo ini termasuk reprint... kuar duit yang bukan sedikit, masa yang terbuang... sedang VIVA dah lulus cemerlang, correction dah cantik... tapi masih tersangkut dek ukuran pembaris ! Tunggu lagi... sedang ukuran yang terkhilaf lansung tidak menjejaskan apa2 isi dan persembahan tesis.

3. Kalau mean pun dibaca misalnya 50 mm dgn s.d 5 mm, dan dari mean ni dikira segala macam tok nenek analisis lain, maka standard error dibawa ke merata analysis, takkan ukuran page, margin dgn s.d. 5 mm terus diminta redo.

4. Now zaman digital.... semua digitalised. Dalam proquest yang ada berjuta2 tesis tu ada beratus ribu pulak format, tiada sapa kisahpun, sebab memang basically semua tesis telah ditulis dgn KEMAS.. tambahan yang ingin dibaca adalah isi... bukan perbezaan margin 5mm

5. Aku tak nampak benda ini remeh. Aku nampak benda ini menyusahkan, membazir dan kelihatan 'kurang cerdik' bila berlaku dalam dunia PG sedang tesis hanyalah unpublished manuscript (bukan spt buku atau artikel yang akan diterbitkan) yang hanya utk disimpan sebagai bukti hasil kerja PG... sementelahan tiada uni top didunia lain lakukan secara yang kita amalkan.

Procedure ciptaan sendiri yang weird .. dgn rigidness yang menyusahkan

OT

Tajuk 1427 : Status ini khas utk wanita (lelaki boleh curi2 baca) !


Aku memilih yang 'manis' dan 'sweet' ..

Sering aku terbaca wanita mengomel dalam FB... sambil menulis 'lelaki hanya pandang yang cantik sahaja'.


Benarkah begitu?

1. Cantik adalah subjektif. Ada yang beli berbagai jenis kereta wpun mengikut kemampuan dan memilih pelbagai warna kerana masing2 tetap melihat aspek kecantikkan secara yang berbeza. Ada yang suka hitam dan ada yang suka merah.

2. Begitu juga wanita pada mata lelaki. Wpun secara umum, ada wanita kelihatan cantik berbanding yang lain, tetapi Allah janjikan manusia ini berpasangan, bermakna sesiapapun ada insya Allah pasangan masing2, regardless cantik spt yang dibebelkan oleh wanita.

3. Cantik bukan jaminan bahagia. Kalau permata yang cantik, ia menjamin harga tinggi yang kekal, lagi lama lagi berharga. Kecantikan wanita belum lagi menjamin kebahagiaan yang kekal. Ia mungkin hanya satu bonus sahaja ... 'nasib baik muka kau cantik' !

4. Kalau wanita ada yang cantik dan kurang cantik, begitu juga lelaki. Malah ramai lelaki so-so memiliki wanita cantik dan sebaliknya. Mereka bahagia. Ada pasangan yang meletop kerana dua2 cantik dan dan hensem... tetapi tidak kemana pun.

5. Kalau lelaki suka melihat wanita cantik, maka yang cantik tu adalah wanita. Maka berusahalah kelihatan 'cantik' .... bukan seksi atau menggoda atau tergedik2.

6. Kemas, bersih, senyum, pandai, sopan, menutup aurat, pandai mengaji, ada asas agama, intelektual, boleh berbahasa Inggeris, Arab, France dll adalah antara ciri2 CANTIK kepada kebanyakkan lelaki. Jagalah penampilan.. jaga juga 'figurative'' atau 'body shape' ... supaya sesuai dan 'sedap-sedap' mata memandang, sebab lelaki tak pun memilih 36-24-36 yang hanya ideal bagi seorang wanita, sedang dia sendiri pun mampu nak tunjukkan sixpack !

7. RIngkasnya, bersederhana adalah perkataan yang sesuai.. utk mewakili kecantikan seorang wanita.

8. Kalau tanya aku.... aku suka yang 'manis' ... sweet gitu... tanpa perlu make up tebal. Aku tak berapa kisah wanita cantik tetapi aku 'selesa' dgn wanita yang 'sweet'. Sweet tu aku jer yang tahu... sukar plak nak tafsir sbb ia soal 'pandangan hati'...

9. Lelaki tak suka wanita membebel sebab akan hilang 'cantik' jika suka sangat membebel... (sebab tu dikatakan macam mak nenek). Kalau sekali sekala membebel barulah 'sweet'... ha ha ha... Kalau nak marahpun... cakap baik-baik.. cool... hati lelaki tetap akan cair....

I love you my sweetheart..

OT


Tajuk 1426 : Mustahil untuk ajar semua kepada murid..


Tajuk 1425 : Tahap 1 dah guna buku import utk implement CEFR..


Speak... and speak... and speak !

Tahap 1 dah guna buku import utk implement CEFR (The Common European Framework of Reference) utk katanya capai international standard.

Frankly speaking.. aku xkisah anak aku score atau tidak ... asalkan dia boleh communicate dlm BI. Anak aku dulu usia 5 thn yg baru nk catch up BI di play school.. then terpaksa balik Msia for good.. masuk tadika... then Tahun 1 Sek Agama Intergrasi BBB.. dgn skit2 boleh berkomunikasi .. mudah nk betulkn grammer.. tenses .. then dgn English dia excel dlm maths n sains.. jadi debater di SMTEN.. SMBEST.. now ambil English di UIA. Aku xckp omputihpun dgn anak aku... skit2 adalah.. tapi dia konfiden jer... wpun aliran agama..


Bagi aku... masalah kita bukan masalah tak ada buku teks bkualiti atau masalah tiada standard yg ingin dicapai. Kalau tanya aku... English need to be spoken first... create confident... enjoyment.. in a nutshell.. oral and communicative environment is more beneficial for them... not the textbooks or exams !

Aku sendiri bpuluh tahun lamanya brada dlm inferiority complex sbb xtahu speaking.. baru semenjak dua ni aku boleh bckp dpn mat salleh pun.. I forced myself to speak the language ! Lidah dah keras...

Bagi aku....

1. Laksanakan English communication Tahap 1. Tak perlupun buku teks.. sekadar panduan guru.

2. Kelas BI adalah kelas aktiviti...playing games.. speaking.. role play... singing.. drama.. story telling... excursion.. doing simple experiment... interviewing... praising and raising and motivate them.. what ever lah... they have to speak and pick up the language and start saying something. Murid yg terror tu jadi catalyst kpd yg lain.

3. Guru perlu terlatih utk lakukan #1 dan #2.

4. No written test utk Tahap 1.. direct observation and personal evaluation is much better. Tak perlu nk marking buku dan kertas peksa bagai.. tak cemuih ke? Do lots of activities and let them dare to speak!

5. Bpuluh tahun kita gagal melahirkn murid yg boleh bkomunikasi dlm BI wpun belajar 12 thn secara formal disekolah... dahlah nk ckp xtahu... nk tulis lagilah hancuss

6. Tak guna WAJIBkn BI dan jadikan subjek utama dari Tadika sampai nk masuk Uni... tapi hasilnya tak kemana... bukan tahap international.. tahap kampungpun ramai yg tak lepas.. tak penat ke? Last2 import buku... tu jer yg termampu difikirkan..

OT - Uzma ... di UIA ambil International English Comm.


Tajuk 1424 : Ramai lagi ke yg giler citation !


"Dr OT, baru2 ni ada sorang penceramah ni cakap, statement yang bukan kita punya kena buat citation. Cth yg dia bagi adalah: Kangaroo hanya ada di Australia (author, 2010).."

Ini mungkin satu lagi amalan klise turun menurun... asal baca mana2 sumber…. terus buat citation… ini namanyer giler citation. Meh fahami tujuan citation dan kategorinya...


Pertama:
Strong / Specific statement:

Bila menulis sesuatu berbentuk scholar… anda dipertanggungjawab dgn apa yang anda tulis. Pernyataan yang ada maklumat yang specific spt data statistik atau pernyataan “lebih, sangat, banyak, sedikit, kurang, meningkat, menurun” yang menggambarkan sesuatu yang ada nilai atau quantity.. anda mesti sertakan citation.

Contoh:
1. Kajian animasi dalam pendidikan sains menunjukkan terdapat peningkatan minat pelajar untuk mempelajari sains (Author1, 2005; Author2, 2006).

2. Author (2004) dalam kajiannya merumuskan bahawa hampir 20% perokok tegar didapati membelanjakan 30 – 40 % pendapatan untuk membeli rokok dalam satu bulan.

Kedua:
Soft / General Statement:

Pernyataan umum adalah pernyataan yang telah diketahui oleh org awam atau pernyataan yang melibatkan pengetahuan yang mudah yang boleh di common sense (termasuk nenek aku) wpun mungkin juga mengandungi sesuatu yang specific.

Contoh:
Kekurangan bekalan tepung telah meningkatkan permintaan sehingga harga tepung meningkat dipasaran.

Statement di atas telah menjadi pengetahuan umum wpun anda baca dari journal..

Ingat…. Statement yang berbentuk umum wpun anda membacanya dari buku omputih yang tebal... internet, journal ... yg ketahui umum.. statement tersebut tidak perlukan citation.

Contoh:
1.Behavioural finance is known as a study of the influence of psychology on the behaviour of financial practitioners and the subsequent effect on markets.

2.By writing the literature review, the researcher will be exposed to the overall aspects of the research involved and this can allow the students to discover the novelty in a more comprehensive manner.

3. Kenaikan harga petrol akan memberi kesan kepada kenaikan barangan keperluan pengguna yang lain.

Buku umum.
Ramai pelajar yang baru memahami sesuatu dari pembacaan bahan / sumber umum. Katalah anda membaca buku umum lalu anda pun faham dan menulis dlm tesis sbg:

1. Cluster sampling is a sampling technique often used in social science research (Creswell, 2010)

2. Instrumen yang baik perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2009)

Kedua-dua contoh TIDAK memerlukan citation..... kerana maklumat di atas adalah maklumat yg mjadi fakta umum yg boleh di fahami dan di jumpa atau dibaca dalam ribuan buku2 teks yg lain…. bukan idea statement ini milik Crewell dan Chua... jadi jgn giler citation...

OT


Tajuk 1423 : Apa kata Tahun 1 hanya ada 2 subjek ?


Aku terfikir sejak semalam. Apa kata anak2 masuk Tahun 1 dgn perasaan riang ria sebab hanya belajar dua subjek sahaja iaitu B.I dan Maths... Jom lihat sejauh mana aku giler...

1. BM adalah bahasa rasmi. BM secara tidak lansung berlaku dalam semua aktiviti disekolah... setiap hari. Maka BM dipelajari indirectly melalui aktiviti murid disekolah... lawatan, sukan, pementasan, persembahan, pergaulan dll yang berlaku dalam dan luar kelas... sebab BM utk dipertuturkan terlebih dahulu dalam bergaulan 'baru' disekolah dan bersama guru sebelum murid2 ini tahu penjodoh bilangan .. diftong dll tu..


2. Maths subjek abstrak. Oleh kerana masa yang banyak sbb ada 2 subjek sahaja.. yg lain tu adalah pelbagai aktiviti yg lain... kelas Maths Tahun 1, semuanya melibatkan aktiviti hands-on. Kandungan dalam Maths menyentuh aspek sains juga, biar Maths diajar secara sangat santai. Aku cadang maths hanya blaja asas + - × ÷ sahaja.

3. BI banyak berlaku dalam kelas sbg subjek communication, berinteraksi, latihan, role play, dll... dgn kerja2 penulisan yg asas. Mungkin ada period BI utk buat presentation / aktiviti sahja shj..

4. Mesti parent tanya subjek agama? Takkan nk kejar dunia je? Ini juga sama spt BM...ajar asas2 sahaja, tetapi bukan sebagai subjek tetapi sebagai satu aktiviti juga spt bcerita... melakukan amali dan praktis.. sbb agama adalah amalan.

5. Hanya BI dan Maths sahaja ada assessment.. itupun secara subjektif bukan grading. Motif semua ini utk menjadikan sekolah tempat memulakan minat terhadap belajar dan bersosial... kreativiti serta mbudayakan nilai baik indirectly.

6. Masa setahun inilah boleh didiagnosa ciri2 murid yg hadapi LD... spt dyslexia dll utk tindakan susulan. Kita ada 5 tahun lagi sekolah rendah dan 5 tahun lagi utk SPM.. macam2 boleh ajar dlm 10 tahun. Nk jadi saintis atau artis... semua boleh.

Knp plak nk ubah sistem.. yg ada sekarang kan canggih dgn buku teks.. exam.. homework.. kbat.. grading.. ada yg fail.. ada yg anxiety.. yg dpt semua As.. semua Ds dll..

7. Aku lontarkn idea je sbb penat aku tengok hari2 gi sekolah last2 ramai yg tercicir utk capai 'standard' sdg ia boleh saja dicapai mlalui bbagai cara.

8. Cara kita skang ni.. adalah... ubah sikit sana sini... yg akhirnya jadi satu penambahan beban kpd semua pihak. Ini tidak blaku klu dilihat dr satu gambaran yg lebih luas ... dari perspektif anak2... bukan org dewasa.. yg bertali leher dan memakai blazer.

9. Jika standard yg sama yg diamalkn selama ini digunakn sbg ukuran... aku percaya kita sendiri telah mbina satu sistem sekolah rendah yg gagal mengikut standard tersebut dan mewariskn ia kepada generasi demi generasi.

10. Aku mungkin terlalu byk berfikir.... maafkan aku

OT

Tajuk 1422 : Graduated obersi tapi minda local..


Saya nk refresh jika ini yg berlaku... from my own perspective..

1. Ramai PG pergi obersi utk mendapatkan master / doctorate, maka itulah keutamaan mereka, yang lain tu bukan lagi penting. Cara supervision yg hanya perlukan proposal bbrp pages sahaja.. bukan suatu keutamaan yg nk dibawa balik utk di laksanakn disini.


2. Kita memang dah ada mind set yang tertanam sejak dulu, berakar umbi... setakat dok obersi belajar 4, 5 tahun, tak ler terjejas minda set tersebut. Budaya tiada boncengan gratis diobersi tidak menarik utk diamalkn disini wpun ia berupa amanah keilmuan... tapi kecoh dgn proposal yg tebal

3. Kalau pensyarah diobersi lebih selesa dipanggil nama, dan kita tahu ini, tetapi mind set mendapatkan 'gelaran' telah mengatasi budaya tersebut. Siaplah kalau tak panggil 'Dr'.. nk2 baru balik obersi.. macam satu tamparan wanita hinggap dipipi.

4. Generasi awal yang gi obersi... bila balik naklah tunjukkan betapa susah nak buat tesis, so TEBAL nya proposal dan thesis adalah indikator paling ampuh menunjukkan kesusahan tersebut, sementelahan tiada siapapun tahu tesis yang dia buat maybe nipis jer... tapi tak gah lah kalau diketahui. Maka mulalah budaya tesis mesti tebal.... dan berakar umbi dan serasi dgn mind set local, yang susah dan tebal itu baru lah payah.. dan yang payah itulah PhD.

5. Master di obersi banyak nya Mphil.. dan boleh sahaja diupgrade ke PhD. Ramai yang gi obersi tak ada master, terus buat PhD. Tetapi bila di Msia minta disiapkan proposal utk master tebal gedabak sedang dia sendiri mungkin tak ada master pun...

6. Proposal diobersi hanyalah satu roadmap dgn tak lebih 2500 words bagi master dan 5000 words bagi PhD. Pun begitu, ramai jer SV obersi minta draf 3, 4 pages sahaja. Namun disini, ada yang syaratkan selagi tak 100 pages, tak boleh PD..umang ai !

7. Then tesis PhD plak... diuniversiti ternama pun syarat tidak lebih 80 K words bermakna boleh sahaja setebal 100 pages, tetapi mind set local menyebabkan kita meletakkan tidak kurang 80 K..

Semua di atas adalah budaya local yang kukuh sehingga generasi baru yang balik wpun dari top uni.. terpaksa akur dgn budaya tersebut dan bersedia pula untuk meneruskannya tanpa byk soal kecuali seorang - OT ! Mudah2an generasi yg mbawa transformasi OT akan mengambil alih pemikiran old school...

OT

Tajuk 1421 : PhD Proposal 10 pages... biar betik !


Cer pakat2 share dgn rakan2 PG...

1. Aku dah lama sebut, proposal sepatutnya simple dan bukannya berbentuk 'mini thesis' macam ditanah airku... siap binding... salah tengok macam tesis.


2. Bukan itu sahaja, ada yang sebut mesti lebih '40 pages' malah ada yang syaratkan mesti 'lebih 100 pages' baru layak PD... kegilaan apakah ini?

3. Dahlah tajuk nak kena ada macam2 syarat... nak lepas tajukpun dah abis 2 semester, then nak siapkan proposal tebalnya mak datuk, kononnya kalau nipis PG tak faham apa yang dia nk buat.

4. Sebab itu PG perlu selalu berbincang dan buat presentation bbrp kali dalam komiti...baru tahu dia faham atau tidak... dan bantu dia membuat perkaitan antara idea, sahkan metodologi (secara umum) yang difikirkan sesuai dll.... bukan dgn suruh dia buat proposal tebal2 ... ayo ayo...

Abis kalau tebal apa salahnya? Apa kelebihan buat nipis? Cer jawab?

5. Ini bukan soal nipis atau tebal lah ngok... ni soal tujuan diadakan proposal tu. Proposal adalah idea awal (roadmap) utk buat research, jadi ia sepatutnya ringkas dan masih tertakluk kepada perubahan. Kalau nak tebal, tunggulah research dijalankan dan tesis disiapkan.

6. Bila aku perkenalkan ROT yang lebih padat tapi komprehensif dan ringkas, ada kesah seorang scholar enggan menerima ROT seorang PG kerana katanya bukan maqam PhD proposal 3 pages... then bila diberikan proposal 30 pages.. 3 bulan tak baca2... dan bila diterima, sekadar komen sikit sana sini... aduiiiii

7. Kesian aku tengok PG yang tak tahu apa2 ikut jer... dan dibawah (foto) adalah satu contoh proposal dari sebuah uni di UK yang kita hantar PG kita ke sana. Aku pun dah sampai ke uni tersebut dan bagi talk kepada PG Malaysia. Proposal ini agak tebal (10 pages) sebab ada lagi yang lebih nipis !

Link : https://www.dropbox.com/s/ceppbeeurqrnhls/Bash%20-%202015%20-%20Provisional%20title-%20Social%20media%20and%20the%20hidden%20spaces%20of%20online%20identity%20management%20Topic%20-%20PhD%20Proposal.pdf?dl=0&fbclid=IwAR2JQyxXTSinaQeWo7ZLZ02Gpk80GmNwGRNeAfL_v_DI62Bq9EHzE5bu8Us

OT

Tajuk 1420 : Nipis tapi kritis..


Tajuk 1419 : Proposal master 10 pages kat oversea dah boleh upgrade ke PhD..


Tajuk 1418 : Reflection... dunia PG kita terbalik...


Aku sekadar ingin memberikan refleksi form my own perspective.. apa yang dimaklumkan kepada aku oleh Sdr Fauzi Said (ditulis dalam status beliau) apabila beliau mula bertemu dgn SV di Uni of Cambridge. Ini yang berlaku....

1. Tajuk kajiannya yang 'menjela' yang dibawa dari Msia telah di ringkaskan menjadi separuh dari tajuk asal.
2. Ada tiga RQs yang dibawa dari Msia juga diminta fokuskan kepada satu sahaja...
3. Perlu menunjukkan connection antara fenomena ... RQ.. Interview.. dan findings


Percaya lah.. kalau disini tiga perkara di atas akan jadi terbalik...
1. Tajuk kajian ada potensi utk dipanjangkan lagi sebab 'tak ada ini dan ini' dalam tajuk kajian
2. Kalau tiga RQ tu maqam master jer.. kena tambah lagi satu atau dua..
3. Connection semua tu tak penting dulu, yang penting... proposal mesti nampak tebal .. baru gempak !

Dan... ketiga2 komen di atas adalah sesuatu yang aku tulis sejak sekian lama...
1. Tajuk perlu ringkas, sekadar menggambarkan aspek utama kajian, bukan nak sumbatkan semua IV, DV, focus, skop, sample, population, research approach, location.... fuhh malah 2. dan 3. akan lebih jelas bila proposal ringkas dan padat disiapkan bagi menunjukan connection antara semua aspek2 penting satu kajian... then ROT adalah templat terbaik untuk menunjukkan connection ini.

Ada bantahan ?

OT


Tajuk 1417 : SV bukan hanya cap mohor !


"Assalammualaikum Dr, Apa khabar? Sebelum ni saya pernah mesej Dr berkenaan dengan saya kena dismiss. Masa saya kena dismiss tu saya compile kan sume chapter then minta supervisor saya review. Dia tak nak tengok sebab katanya tak meet PhD standard. After 8 year, dia cakap PhD saya tak meet standard. Dan jawapan tu sangat menyakitkan.."

Sedikit komentar dari mesej di atas.. utk peringatan diri aku sendiri juga...


1. Mesej di atas sebenarnya sangat panjang, aku hanya ambil permulaan dan akhirnya sahaja, maknanya aku tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku.

2. Aku komen secara umum sahaja, mudah2an ada kebaikan utk semua.

3. Kes di atas adalah kes SV yang hanya ingin menjadi penilai, pengkritik dan tidak banyak membantu, menyerahkan semuanya kepada PG. Maka tidak sesuai dipanggil supervisor at the first place.

4. Menyatakan proposal PG sendiri sebagai tidak sampai maqam.. selepas 8 tahun, bermakna SV tersebut menyatakan dirinya sendiri juga tidak sampai maqam utk menyelia PG menghasilkan proposal mengikut maqam yang dikehendaki... sdg PG telah berusaha utk meningkatkn qualiti proposal...

5. Ramai SV yang bernasib baik, mendapat PG yang 'bekerja keras' siang malam lalu kajiannya mencapai maqam yang dia perlukan, tetapi pencapaian 'maqam' tersebut bukan dari bimbingan dia sendiri. Dia hanya menunggu utk membuat penilaian.

6. Ramai juga SV mendabik dada menunjukkan senarai panjang PG yang dah berjaya 'kononnya' dia yang supervised, sedang semua PG tersebut mengelelong mendapat bantuan pelbagai pihak lain, hadiri berbagai bengkel, berbincangan dgn senior dari pelbagai universiti... lalu menerbitkan pelbagai artikel... dan SV lebih berfungsi sebagai 'cap mohor'...

7. Tentunya kisah #6. di atas sering sampai kepada aku, sebab PG tersebut yang dah pun graduated datang semula menceritakan kisah dia dan kawan2 senior dan junior yang melalui proses yang sama....

Self-reflection...

OT


Tajuk 1416 : Jika anak anda bermasalah utk membaca.. menulis.. mengira... berbanding rakan2 sebaya....






Tajuk 1415 : Tugas SV..


Tajuk 1414 : KBAT - Pelanggaran fitrah anak-anak..


1. KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah terjemahan dari Higher Order Thinking Skills, HOTs konsep yang popular dlm reformasi pendidikan di Amerika utk melatih rakyatnya berfikir dalam situasi yang kompleks masa depan. Ternyata… di Amerika sendiri, tak semua murid yang 'kuasai' HOTs… lalu negara itu sendiri terumbang ambing tkapai2 dalam melaksanakan agenda HOTs mereka yang dibaca memukau di atas kertas.

2. HOTs dilaksanakan kononnya untuk menggantikan penekanan pemikiran aras rendah spt hafalan, pemahaman dan aplikasi kepada sintesis , analisis dan penilaian yang berasaskan kepada Benjamin Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives (1956).

Entah macamana… konsep HOTs ini diexport ke banyak negara dan bila sampai ke Msia, ia spt satu tsunami yang melanda transformasi pendidikan negara... maka kita terus berkiblat kita kpd KBAT.

3. Mari kita teliti scenario ini dulu. Manusia dilahirkan dgn fitrah berbagai kecenderungan dan tahap kebolehan fizikal… emosi dan aqal. Dgn cara ini manusia bkembang secara harmoni dan saling melengkapi. Ada yang lebih dahulu pandai bercakap.. ada yang berbakat bermain bola dan ada yang petah berbicara serta ada yang boleh menyelesaikan masalah dgn lebih mudah. Manusia walaupun mempunyai keperluan asas yang hampir sama – makanan, tempat tinggal, pakaian, pekerjaan dan berkeluarga tetapi secara individu mereka adalah unik.

4. Dengan kepelbagaian tahap dan kebolehan kognitif, bakat, psikomotor dan afektif, manusia boleh dilatih untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru. Namun, adalah menjadi satu kesilapan besar untuk mengajar manusia untuk belajar satu kemahiran yang sama apatah lagi kemahiran berfikir yang abstrak, dynamic dan complex dgn mengharapkan mereka mencapai satu tahap yang tinggi. Inilah sistem pendidikan kita cuba dilakukan dengan KBAT.

5. Saya analogikan KBAT sebagai satu permainan komputer. Tiba2 permainan komputer di kenalpasti oleh cerdik pandai Amerika sebagai satu permainan untuk masa depan kerana ada unsur fikiran aras tinggi, maka semua murid mesti mempelajarinya sehingga diperkenalkan Kemahiran Komputer Aras Tinggi, KKAT. KKAT ini bukan lagi setakat tahu aplikasi permainan komputer yang asas… tetapi perlu tahu programming dan coding . Msia yang rendah jati diri ini pun terkesima dgn idea KKAT ini lalu menceduk dan memasukkannya sebagai satu strategi transformasi pendidikan negara, maka gegak gempitalah seluruh Msia.

Persoalan saya:
a. Perlukah semua murid di ajar KKAT seolah2 semua mereka mesti menjadi pemain komputer masa depan yang kononnya menguasai pemikiran aras tinggi?
b. Logikkah semua murid akan mampu menguasai KKAT?
c. Adakah semua murid mpunyai kecenderungan dan kebolehan kognitif yg sama untuk dipaksakn mpelajari KKAT?
d. Adakah menjadi masalah jika ada murid yg hanya mampu menguasai asas sbg pemain komputer tetapi menumpukan phatian kpd kemahiran lain?
e. Adakah semua masalah akan selesai bila majoriti menguasai KKAT atau akn wujud masalah yg lebih serius?

6. Maka… begitu halnya dengan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Sistem pendidikan terbaik sekalipun tidak mungkin dapat melahirkan semua muridnya menguasai KBAT apatah lagi dalam setiap subjek. Pendidikan bertujuan mengasah bakat dan potensi murid menjadi lebih mahir dgn membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas seperti 3M. Namun ada yang mempunyai minat utk menjadi doktor dan lain profession 'tahap tinggi' kerana mempunyai cognitive ability utk mencapainya serta ada peluang, ruang dan pendedahan.

7. Begitu juga ada yang memang “otak maths” lalu bagi murid ini semuanya berkaitan maths wpun tahap tinggi kelihatan mudah sedang tahap ini tak tercapai oleh sebahagian besar murid yang lain. Ramai pula yang “tak sure” potensi mereka maka menjadi agenda sekolahlah yang akan mencungkilnya. Ada yang cemerlang akademik dan ada yang tidak di atas banyak factor.

8. Maka memaksa KBAT dalam SEMUA subjek adalah melanggar fitrah kerana survival masa depan mereka bergantung kepada kebolehan yang mereka ada, dan mereka sendiri boleh menguasai KBAT dgn cara natural dan gradual tanpa perlu dipaksa dgn soalan peperiksaan yg pelik2 yg sebahagiannnya bbentuk hipotetikal yg diada2kn jauh dari realiti.... malah ada soalan yg cikgu sendiri tenganga nak menjawabnya !

9. Ramai murid yang tidak cenderung kepada sains dan maths atas factor minat dan mungkin keupayaan kognitif lalu memaksa KBAT dgn soalan2 yang ‘tak masuk akal’ kepada mereka adalah satu ketidakadilan. Malah, sebahagian besar masalah boleh sahaja diselesaikan dengan cara straight forward asalkan mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang tersebut. Banyak ‘creation’ yang hebat-hebat terhasil dalam garaj2 rumah oleh mereka yang biasa2 sahaja kerana KBAT, pemikiran aras tinggi wujud bagi mereka yg fokus.. dgn ada pengalaman.

10. Berbalik kepada analogy di atas … cukuplah semua murid tahu kemahiran asas dalam permainan komputer… sebagai satu permainan utama masa depan tetapi biarlah sebahagian mereka menumpukan perhatian juga kepada permainan lain spt badminton atau bola jaring yang mereka minat walaupun bukan permainan core. Inilah tugas pendidikan – mengembangkan bukan menghancurkan !

11. Finland dgn jati diri yang tinggi telah memegang falsafah pendidikan yang lebih dekat dgn fitrah anak-anak – memberi autonomi kepada guru, silibus yang playful... dan flexible... murid belajar secara collaborative bukan competitive... sehingga mengejutkan negara lain termasuk Amerika – Finland tak perlukan KBAT !

12. Kesimpulannya.. sistem pendidikan bert/jawab menyediakan ruang, peluang dan pendedahan membina asas yang kukuh untuk semua murid seperti memastikan 3M dan KBAR, Kemahiran Berfikir Aras Rendah dikuasai dalam setiap subjek. Ini pun dah cukup baik jika dapat dikuasai.

13. Memaksakan KBAT dlm setiap subjek walaupun sekitar bberapa % dari element pembelajaran dan pperiksaan boleh mengundang 'rejection' secara massa (mass rejection) thdp satu2 subjek tanpa disedari sdgkan tumpuan memastikan juga prasarana... ratio guru-murid, kompitensi guru, waqi' SES.. juga perlu diambilkira.

14. Jika tidak, pembelajaran semakin sukar kepada sebahagian besar murid lalu wujud spt satu ketidakadilan disamping terang2 melanggar fitrah anak2 yg diversity ...dan jika berterusan.. adalah tidak mustahil akan berlaku bencana dlm pendidikan. Anda telahpun mula melihat bibit-bibit tersebut !

15. Wallahualam.

OT


Tajuk 1413 : Tak tahulah macamana mereka yg terlatih dgn pendidikan.. faham konsep pendidikan..


Tajuk 1412 : Baru dapat surat tawaran buat PhD / Master... dan baru daftar tapi xtahu nk memulakan kajian ?


10 pesanan langkah demi langkah..

Anda ingin memulakan research... maklumlah baru daftar tgh bsemangat.. ini 10 pesanan utk peringatan kesekian kalinya….

1. Pertama: Tetapkn bidang kajian
Tetapkan dahulu bidang kajian yang anda ada asas mengenainya. Katalah anda guru sains disekolah, dan ingin menyambung master / PhD, maka bidang yang sesuai bagi anda adalah “Pendidikan Sains”, misalnya. Pada tahap ini, cuba elakkan kajian “cross disciplinary”, buat bidang baru bagi anda. Juga elakkan tajuk yang "dipaksakan" kepada anda oleh mana2 pijak kecuali memang menepati bidang anda sendiri.

Sgt tidak boleh dibayangkan jika yang pertama inipun ada yang tak boleh nak decide... OMG !

2. Kedua: Tentukn focus kajian (area of investigation)
Bidang Pendidikan Sains adalah luas yg boleh sahaja berkaitan dengan psikologi pendidikan, teknologi pendidikan, pentadbiran pendidikan, pedagogy (kaedah pengajaran) atau sociology. Jadi anda boleh focus kepada satu katakan “pedagogy”.

Pada tahap ini, anda boleh sahaja lakukan “hybridization” antara maybe “pedagogy” dgn “teknologi pendidikan” bagi memudahkan anda “mencipta” novelty. Ini bermakna anda boleh hybrid teori dalam pedagogi dgn teori dalam IT. Novelty dalam bahasa mudahnya dalah "added value" kepada kajian sedia ada.

3. Ketiga: What else need to be done?
Lakukan “literature search” dalam bidang dan focus kajian anda. Lakukan dgn keyword yang umum dahulu contohnya “science AND educ*” atau “science AND teaching AND learning” menggunakan MENDELEY bagi mencari artikel utk 12 bulan terkini bagi memastikan isu yang hot yang bersifat “recent” dan “current” dalam focus kajian anda. Anda boleh ada dua, tiga isu yang anda berminat, tidak semestinya satu sahaja. Pada tahap ini anda hanya perlu membaca abstrak dan maybe skimming keseluruhan artikel.

Bila mendapat idea tentang sesuatu isu…. anda perlu mencari sesuatu sudut baru (theory, context, method atau analisis data) yang boleh membantu menjawab isu tersebut dgn menjawab – WHAT ELSE NEED TO BE DONE - in order to extent the knowledge.. and this will be the contribution to the body of knowledge in your specific area.

Contoh:
Isu higher order thinking maybe dah sampai kepada memantapkan teori... (katalah telah dibuat model fitness) tapi anda boleh mengujinya pula dgn pendekatan berbeza spt constructivism vs mastery !

4. Keempat: Why scholar care about it?
Teruskan pencarian anda dengan lebih focus berdasarkan pula “keyword” dalam isu yang anda berminat contohnya “inquiry AND learning AND constructivism” atau “science AND teaching AND thinking skills”. Anda perlu formulasikan isu anda supaya menjawab persoalan yang ada urgency dan signifikan.

Pada ketika ini, cuba jawab – WHY SCHOLARS CARE ABOUT IT ? Soalan ini lebih mudah difahami utk dijawab bbanding "So what?". Jika anda sbg scholar.. adakah tajuk ini diambil kesah oleh oleh scholar lain flm bidang anda atau anda syok sendiri.

5. Kelima: Snowball
Selepas anda ada keyakinan bahawa isu anda “hot” dan “dapatan” kajian anda akan menarik perhatian scholar, kerana signifkan utk dijalankan, maka translate isu tersebut dalam bentuk problem statement. Langkah seterusnya anda perlu membuat literature search utk menyediakan asas perbincangan kajian anda.

Ada yg tanya... "Camner nk tahu isu tu hot ?". Abis klu goreng pisang dah 2 hari tentulah xhot lagi... carilah yg baru digoreng !

Lakukan snowball menerusi artikel terkini yang ada pada anda utk mendapat artikel terkemudian yang juga releven dari segi theory, methodology dan analisis data yang dirujuk oleh author(s). Misalnya, anda perlu membaca artikel kajian lain wpun tidak releven dari segi skop kajian tetapi releven dari segi teori / methodology. Ini termasuk pembacaan sumber sekunder spt buku / handbook.

Tidakkah ini suatu pencarian yang sedikit mencabar tetapi seronok kerana akan menghasilkan sesuatu kepada pengetahuan anda? Inilah self education !

6. Keenam: Start writing
Setelah mengumpul sejumlah artikel yang releven (katakan 30), anda boleh mula membaca keseluruhan artikel yang releven untuk mendapat idea dari aspek teori dan methodologi , dibantu dengan buku research methodology (RM). Baca wpun maybe anda kurang faham…. Anda boleh pinjam 3,4 buah buku RM kerana sebahagiannya mempunyai penjelasan yang lebih mudah difahami.

Ingat, kelas RM pula hanyalah supplementary, sedang dunia PG adalah dunia self learning. Kalau anda tunggu abis 14 minggu kelas RM, anda akan kehilangan waktu yg berharga, maybe anda akan kecewa.

Start writing! LR pun tulis jer dulu wpun mcm meringkaskan karangan... then belajar utk tulis lebih kritis.... bukan tiba2 terus tahu tulis terus kritis !

7. Ketujuh: Look for alternative classes
Anda ada alternative utk ikuti apa sahaja bengkel anjuran PG, Jabatan, Uni. dll wpun mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit belanja. Kalau tak ada, knp tak organise sendiri…. dalam kelompok sendiri.

Tambahan yg dapat biasiswa…. ada yg nak beli bukupun kedekut ya amat, nak beli software ATLAS.ti RM300 pun merengek. Pengetahuan dalam bengkel akan memudahkan anda memahami apa sahaja dalam masa lebih singkat, utk membuka minda dan mendalaminya lagi selepas itu.

Bayangkan jika anda masuk bengkel menulis jurnal – pasti hampir semua pengetahuan yang disampaikan kepada anda adalah baru dan asing. Bandingkan jika anda hanya duduk menyandar sambil mmikirkn susahnya nk tulis jurnal !

8. Kelapan: Read... Reflect ...Reread
Tidak semua yang anda baca anda akn faham, tetapi boleh dapat penjelasannya di mana-mana – dari rakan.. buku mahupun online. Percayalah…. Jika anda sukar nak faham 2 kali…. Kenapa tak kumpulkan maklumat lanjut, baca buku yang lain, lihat online dan baca lagi 10 kali? Ini tidak….. baru jumpa perkataan baru yang tidak familiar terus mengeluh tak faham, sedang penjelasan online pun dah ada berlambak2.

Contoh.... jumpa perkataan multicollinearity terus rasa macam jerebu yang tak akan hilang....

Aspek lain yang perlu anda tahu, misalnya ranking jurnal Q1-Q4 atau IF, semua ada penjelasan online. Ini tak.... semua tak tahu, tak nak cari.... bila tanya ada jer yang menganga.... tanya nama jurnal dlm bidang sendiri pun lintang pukang nak jawab ! Bukannya tanya ibu negara ZIMBABWE !

9. Kesembilan: Now it all yours !
Bila semuanya anda lakukan sendiri, itulah kajian anda yang ORIGINAL yang menyumbang kepada knowledge dan penguasaan anda dalam bidang kajian anda sendiri !!

10. Kesepuluh: Jadi..... ikuti satu persatu dgn tenang... amende ler yang susah sangat tu - bukan nak kena sunat kali kedua pun !

OT - build your own strength .. aummm...


Tajuk 1411 : Kemahiran dengan Real Application..


Tajuk 1410 : Format tesis - empat respon berbeza dari PG ...


Jepun:
Saya ditegur kerana tesis saya kelihatan 'terlalu kemas' sbb sensei nak saya fokus kpd content dan takut saya buang masa dgn format... lagipun format xder kena mengena dgn kualiti tesis


Australia:
Bila bertanya tentang format tesis SV kata 'Pls choose one standard format in your field and try to be consistent !'

Denmark:
Saya bebas pilih format saya sendiri sebab tesis diterbitkan dalam bentuk buku.

Malaysia:
Saya pening... terpaksa print 3 kali sebelum tesis di terima.. saya dah guna 15 rims kertas.. 5 toner black and white...

OT - tido lagi best !


Tajuk 1409 : Kelas Research Methodology, RM gaya OT...


Bagi adik2 pensyarah muda yang mengajar kelas RM, tolong jgn bersandar kepada slide powerpoint, boring dan tidak berkesan. Jadi aku yg telah 'digam' ingin share kelas RM jika aku kendalikan..

LO:
Akhir kursus ini, semua PG hasilkan satu ROT dan PROPOSAL untuk kajian PhD / Master masing2.


1. Kemahiran memulakan research (2 minggu)
a. Mengetahui isu dlm mainstream bidang kajian masing2 melalui pcari dari keyword menggunakan Mendeley dan databases spt sciencedirect.. emarald.. pubmed.. IEE dll
b. Memilih isu yang researchable, signifikan, doable yg ada contribution

2. Mengurus penulisan dan dokumentasi (2 minggu)
a. Penulisan kritis - contoh dan latihan praktis
b. Menguasai MS Word tahap pro utk editing dan writing progress dgn pengenalan ZDOT dan ROT
c. Menulis Problem Statement.. Objective dan RQ / Hipotesis
-- Tugasan 1 (Tajuk kajian dan Problem Statement)

3. Research methodology (5 minggu)
a. Menulis LR dgn ATLAS.ti 8
b. Mengenalpasti rekabentuk kajian dan justification
c. Mengenal pasti analisis data
-- Tugasan 2 (ROT)
-- Pelajar diminta mengikuti bengkel utk analisis data masing2 dlm yang dianjurkan.

4. Pembentangan draf ROT dan komentar (2 minggu)

5. Proposal (2 minggu)
a. Structure of proposal dan references
b. Penyediaan proposal

6. Penulisan artikel (1 minggu)
a. Memahami indexing, databases, peer-reviewed
b. Langkah menyediakn artikel utk proceeding / journal
c. Cara mengenali journal yang sesuai utk penerbitan
-- Tugasan 3 (Proposal lengkap 5000 words)

Pendekatan adalah secara hands on dgn aplikasi supaya setiap PG dlm bidang apapun boleh meneroka sendiri dan mdptkn tajuk kajian masing2... menulis dan menghasilkn ROT dan PROPOSAL tajuk masing2 tersebut dgn baik.

Jika ada yg buat mixed-methods misalnya... dia akn tahu mcari sendiri tajuk dan rational serta analisis bkaitan kajiannya sendiri... dari 6 peringkat di atas dlm kelas RM.. dan tahu potential jurnal dlm bidangnya

Ini kelas RM .... utk postgraduate.. bukan kelas undergrade yg pelajar salin nota dari slide transparensi...

OT

Tajuk 1408 : Pendidikan rendah - peluh menguyur, hasilnya kabur


Malam ni aku mengajar Nine sebab next week peksa. Mak dia dah bising sebab aku macam buat dek je. Nine ambil 14 subjek semuanya, yang kalau Einstein tahu.. sure dia tersipu malu. Sambil dia menghafal subjek feqah... jom baca status aku ini...

1. Ingat lagi foto dalam akhbar murid2 memegang plakad kerana dapat straight As dgn cikgu dan Guru Besar tersengeh-sengeh? Pernah aku pergi satu sekolah yang gantung banner "You are the CHAMPION" dgn gambar anak2 yang dapat straight As, mengeliling gambar pengetua ditengah2. Menyirap darah aku. Aku tak faham, bagaimana pihak sekolah boleh berfikiran sedemikian, bangga meraikan segelintir anak2 sedang dihadapan mata mereka jauh lebih ramai murid2 yang terkapai2 menunggu saat dselamatkn.


2. Semua ini blaku bila keputusan UPSR, PT3 malah SPM diumumkan, sedang sekitar 1-2 % berjaya mendapat straight As dengan sekitar 70% mempunyai hanya penguasaan minimum dgn gred E atau lebih rendah !

3. Anak2 sekolah rendah khususnya Tahap 1 belom mampu berfikir abstrak. Mereka hanya terima bulat2 apa sahaja yang diajar. Mereka xmampu melihat sesuatu yg jauh.. Kita sibuk dgn ‘4x3 tak sama 3x4’ atau mana satu ‘tempat nilai’ dan ‘tempat digit’ atau ‘ayat tersirat ‘ dan ‘ayat tersurat’ 'diftong' 'bundar' 'hipotesis' 'inferens' dan sibuk sungguh dgn soalan berbelit2 yang kononnya KBAT… tanpa menyedari anak2 sepatutnya suka belajar bukan meratap.

4. Ibubapa aku tak nak komen, sebab mereka stake holder yang ikut sahaja. Aku sekadar menulis pendapat aku... kerana aku tahu anak-anak majoritinya punyai curiousty yang tinggi tapi terbantut oleh subjek yang banyak, kerja rumah yang melambak dan ujian demi ujian utk menggapai gred idaman wpun sering tak kesampaian.

5. Soalan basik - Apa sebenarnya yang kita ingin capai? Kita gagal menyediakan asas pendidikan yang kukuh. Ini bukan telahan… ini perangkaan. Kita berada di kuartil terbawah diperingkat antarabangsa. Ini juga bukan telahan… ini perangkaan.

a. Kita jauh ketinggalan dari aspek nilai berbanding Jepun yang dulunya hancur berperang.

b. Kita juga tewas dgn Finland dari aspek akademik, sistem sekolah dgn play-based curriculum yang hampir tiada homework dan peperiksaan hingga anak-anak berumur 10 tahun, menjadikan sekolah syurga anak2 bermain, berkolaboratif, berfikir kreatif dan bersedia meneruskan pendidikan ketahap menengah yang lebih kompetitif.

6. Aku tak akan berhenti menulis sehingga kudrat ini semakin menipis. Walaupun semua pihak telah berusaha kuat... tetapi kelihatannya spt menjaring angin… peluh menguyur hasilnya masih kabur... pukat dah berlabuh, ikan tak jua dapat dari malam sehingga subuh.

7. Bilalah nk pandai dan belajar dari kelemahan semalam...

OT


Tajuk 1407 : Pendidikan dari kaca mata murid 7 tahun..



Wahai cikgu dan uncle pakai blazer...

9. Saya baru 7 tahun. Kurangkan buku dan subjek.. penat hari2 pikul beg.. then tengok jadual tukar buku.. cemuih. Cikgu berceritalah kepada saya sesuatu yang ada maths, sains, agama, dan pemahaman didalamnya, tak yahlah sampai nak bawa 5 buku ... takkan itupun cikgu xtahu...

8. Cikgu observe saya… kelemahan dan kelebihan saya… then sama2 kita baiki.. jgn cikgu membeza2kan saya dgn rakan2 saya..


7. Jgn lah cikgu asyik bagi tahu apa saya perlu tahu… cikgu libatkan saya dan rakan2 saya dalam pelajaran tersebut.. tahu lah saya..

6. Saya tak mahu homework setiap hari. Cikgu cubalah habisknnlah apa yang nak diajar disekolah.

5. Janganlah ajar saya setakat “APA” sesuatu perkara berlaku …. bagilah peluang saya dan kawan2 saya berbincang “KENAPA” dan “BAGAIMANA” … dan jgn marah kalau saya dan rakan2 saya buat silap... sbb dari kesilapanlah saya blaja.

4. Saya dan kawan2 saya baru nak masuk 8 tahun. Ajarlah kami dengan santai… sambil kami berseronok dan bermain... macam cikgu dulu ketika seusia dgn kami.. takkn cikgu dah lupa.

3. Tentulah boring asyik duduk dalam kelas. Banyakkan aktiviti... btk hands on... model2... biar saya dan rakan2 saya bergerak... barulah xboring. Cikgu xboring ke ajar dgn bercakap je?

2. Walaupun saya masih kecil, saya tahu guna komputer. Izinkan saya dan rakan2 saya guna komputer sekolah utk tahu lagi apa yang cikgu ajar dalam kelas..

1. Jgnlah nilai saya dan kawan2 saya dgn ujian. Buatlah laporan ringkas dan berbincang dgn mak dan ayah. Jika saya lemah, berilah lebih perhatian kepada saya. Kalau saya pandai... biar saya bantu kawan2 saya yang lain.

0. Jgnlah paksa diri cikgu nk saya capai KBAT dgn buat soalan pelik2 sbb tak tercapai lagi aqal saya ni nk fikir soalan pelik2 mcm tu... mak saya yg sdg buat PhD pun xleh jawab

-1. Tak boleh ke cikgu dan uncle2 yg pakai blazer tu fikir apa yg saya fikir..... sdg semuapun pernah jadi budak2 mcm saya... lainlah saya.... belum pun baligh..

-2. InsyaAllah… saya sayang cikgu, sekolah dan apa yang cikgu ajar… dan saya berjanji akan jadi insan baik dunia dan akhirat...tapi berfikirkan cara saya bfikir sbb saya yg ingin dibentuk bukan cikgu atau uncle yg pakai blazer..

Ampun dan maaf...
NINE


Tajuk 1406 : Second proposal defense !



Bro... aku kena second proposal defense !
Fikirkan rasional berikut....

Satu dunia menggunakan perkataan Proposal Defence, PD. Aku fikir aku sorang jer atas planet bumi ini yang beranggapan penggunaan perkataan PD bercanggah dengan maksud sebenar sesi tersebut di adakan... dan sering dimanipulasi sehingga sesi yang bermanfaat ini menjadi mimpi ngeri PG.

Aku lebih cenderung mengsyorkan penggunakan perkataan Proposal Presentation (PP) atau Proposal Hearing (PH) – mempersembahkan atau membentangkan atau memperdengarkan proposal setelah dipersetujui dan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Penyeliaan.

Kenapa plak?
1. Sesi ini memberi peluang PG menyampaikan rangka / outline kajian anda secara ringkas bagi menunjukkan the flow of the study dari isu-problem-objective-RQ-procedure-analysis sertanya signifikannya kajian yg ingin dijalankan.
2. Proposal bersifat terbuka, hanya outline dan boleh diubah, tak ada sapa nak pertahankan apa2 dari komen2 yang diterima kerana sesi ini lebih berbentuk sharing.
3.Sesi pembentangan proposal adalah sesi ‘discussion’ malah mungkin juga ‘brainstorming’ untuk memantapkan idea dalam proposal PG
4. Tujuan sesi ini utk mendapatkan idea dari pelbagai pihak dan kepakaran yang ada difakulti / jabatan sendiri
5. Pihak jabatan / fakulti perlu menjadikan sesi ini satu synergy yang memberi manfaat kepada pemantapan proposal PG dan sekali gus MENAIKKAN MOTIVASI mereka
6. Komen / suggestion dll yang diterima dibawa balik kedalam Jawatankuasa Penyeliaan untuk dibincangkan semula dan keputusan terakhir terletak kepada Jawatankuasa Penyeliaan.
7. Tidak timbul perkataan Lulus PD…. Gagal PD atau Second PD sebab bagi aku ia sepatutnya bukan satu sesi ujian !

Mana bleh macam tu...

8. Tiada masalah utk tidak menerima pendapat aku. Tambahan aku jer yang berfikir macam ni... sebab kalau PG belum bersedia dgn asas proposal yang baik (sebelum di mantapkan dalam PD), jawatankuasa supervisory tak sepatutnya dibenarkan PG membentangkan proposal.

Fikirkan rasional ini..
9. Apa perlunya Jawatankuasa supervisory kalau proposal kajian PG ditentukan lulus atau gagal oleh pihak ke 3 ? Bukan satu ahli jawatankuasa tersebut tapi ada tiga semuanya, ada yang maqam tinggi melangit pun...

10. Baik tak payah ada jawatankuasa kalau masih lagi perlu kepada second PD, buang masa PG je. Tanpa jawatankuasa supervisory, boleh je PG rujuk pihak2 lain dan dgn segera membentang proposal. Tak yah nak tunggu 'jumpa gap dulu'... tukar2 tajuk dulu... namakan jawatankuasa yang sesuai dulu yang ada kepakaran dalam tajuk kajian, betulkan proposal berbulan2... menyiapkan punyalah tebal proposal kononnya biar sampai macam tesis... then tetap kena second PD. Buang masa betul.

Saja nak bagi tau..
11. Di Australia tiada proposal defense secara explicit malah obviously tiada VIVApun. Australia amalkan proposal presentation (banyak kali diadakan dalam jawatankuasa supervisory) dan examination for thesis (dinilai dan diperiksa oleh 2 external examiners). Ini bagi meletakkan kepercayaan dan weightage dan accountability kepada supervisory committee utk membimbing PG dari awal sampai akhir.

Wah boleh ke cam tu?

12. Jangan tak tahu.. ada 6 universiti di Australia berada dalam ranking 50 terbaik dunia. Dah beratus ribu pelajar Msia dan berjuta2 PG negara2 lain belajar ke Australia setiap tahun dan hampir TIADA pelajar Australia datang Msia.. melainkan adalah beberapa kot yang datang sekejap utk program pertukaran pelajar...

OT


Tajuk 1405 : Panduan proposal untuk Graduate Partnership Programs National Institute of Health (NIH) Oxford-Cambridge...


Aku kira maksima dalam 12 pages sahaja proposal yang diperlukan.. lihatlah foto dan baca... share lagi baik.
Tak sampai hati nak ambil contoh dari uni. lain takut tak sampai maqam ...

OT






Tajuk 1404 : Theoretical Framework VS Conceptual Framework..

Penat nak explain... ulangkaji


OT



Tajuk 1403 : Lecturer yang guna powerpoint..


Tajuk 1402 : Inilah pelajar yang ada di universiti....


1. Pelajar uni adalah produk sekolah dgn sistem exam yang ketat utk memastikan mereka belajar.
2. Semua ini bermula sebaik sahaja murid menjejakkan kaki di Tahun 1. Selepas 3 bulan di Tahun 1 dah ada ujian.
3. Semua subjek fokus kepada buku teks dan buku aktiviti. Murid tak boleh berfikir tanpa buku teks dan buku aktiviti. Itu yang mengusung beg kehulu kehilir setiap hari...
4. Semua di atas berlansung selama 12 tahun, dari Tahun 1 sampai pre-university. Ini satu jangka masa yang panjang.
5. Murid2 yang 'slow'... tak boleh catch-up dan hal2 lain semuanya dah gugur, tinggallah pelajar 'pandai' yang melekat dgn buku dan schedule sekolah terus masuk pra-u dan jadi pelajar universiti
6. Itulah secara majoritinya pelajar yang kita ada. Semua nak kena sediakan, dari buku teks sampailah ujian utk pastikan mereka terus belajar.
7. Dah masuk uni pun sama gak lebih kurang, ada mid-exam dan final exam. So mereka terus bsaing utk gred... spt di zaman sekolah.
8. So bila tak ada buku teks, maka nota lecturer jadi habuan... nak cari sendiri memanglah payah. Terima jerlah.
9. Semua sistem ini pakar dan cerdik pandai kita yang sediakan... yang gagal melihat dari perspektif yang lebih luas. Mereka pakar dalam bidang mereka tetapi belum tentu boleh mengatur satu sistem yang baik utk jangka panjang.
10. Kalau dilihat dari usia, sistem pendidikan kita telah 6 dekad namun masih terkapai2 dan tersekat2.... walaupun perkataan KBAT tak lekang menjadi sebutan semua kerabat.


So... dont expect 'too much' from our students... kecuali kpd sekumpulan kecil yg matured by themselves...

OT

Tajuk 1401 : Apa itu diftong ?

Sapa tahu diftong.. angkat tangan ?
Aku dah nk pencen xtahu diftong... elok jer... ni anak aku Tahun 2 plak kena tahu.
Ini semua kononnya nk jadikn anak2 pakar bahasa. Buka buku Maths.. nk jadikan anak2 pakar Maths yg tahu 3x4 tak sama 4x3... bukak buku sains... ooo... anak2 kena bina hipotesis utk buat inference supaya nnti jadi saintis... iskhhh... akhirnya satu apa pun anak2 ni tak jadi...

OT


Tajuk 1400 : LACK Vs NEED..


1. Ramai guna "there is a lack of studies on ..." nak tunjuk kononnya ada kelompongan aka gap sbb tak byk org buat. Ini semua old school... berfikir kebelakang.

2. Istilah "LACK" membawa maksud tak cukup lagi... so kenalah tampung kononnya ada kelompongan dan ini tak bermakna ada contribution...


3. Better guna "further research is needed on..." or "more research is needed on..."

4. Gunakan istilah "NEEDED" yang membawa maksud ada keperluan dan keperluan ini significant untuk kajian dijalankan.. dan akan bawa kepada contribution...

OT


Tajuk 1399 : Kenapa huru harakan maksud ORIGINALITY, NOVELTY, SIGNIFICANCE ?


Inilah tiga terminologi ASAS yang sering dihuru harakan maksudnya. Bayangkan, siswazah memulakan penyelidikan dengan pemikiran yang huru hara - tak ke haru biru ?

1. Originality (Keaslian)
Bermaksud melakukan kajian dan menulis tesis atas kapasiti dan usaha sendiri (dibawah bimbingan JK supervisori), sebagai hasil kerja anda yang asli yang anda lakukan sendiri (bukan plagiat - tanpa menyatakn sumber).


Anda perlu tulis pernyataan ini dipermulaan thesis anda dlm satu muka surat khas sebelum abstrak... bhw naskah tesis adalah usaha dan kerja anda sepenuhnya.. dgn menyatakan semua sumber rujukan anda .. originality ler tu...

# Originality sering dihuru harakan maksudnya sebagai penghasilan kajian yang “BELUM pernah dibuat lagi” sebelumnya oleh sesiapa... sedangkan namapun re..search... sambung / extend / expand / reformulate ... apa yg orang lain SUDAH buat.

2. Novelty (baru)
Bermaksud mengemukakan sesuatu yang “baru” kepada idea / gagasan / konsep / prototaip / algorithma / model / modul yang "sedia ada". Baru membawa erti membuat penambahbaikan, penilaian semula, mengembangkan, mengubah konteks atau pembolehubah.

Novelty ini akan membolehkan hasil kajian diterbitkan kerana membawa sumbangan kepada pengetahuan “baru” dalam bidang kajian.

# Novelty sering dihuru harakan maksudnya sebagai penghasilan kajian bagi “mengisi kelompongan / yg lompang/ sesuatu yang hilang / yg kurang dilakukan / yg kurang diteroka ” dalam literatur mahupun kajian lepas.

3. Significance (bermakna / penting)
Signifikan wujud bila hasil kajian dan pengetahuan yang dikembangkan bermakna dan penting kepada sarjana dalam bidang yang sama / releven. Dalam bahasa mudah, hasil kajian menarik minat sarjana lain untuk mengetahuinya bagi menambah pemahaman dalam bidang yang dikaji.

Kajian juga dikatakan signifikan jika membawa kepada penghasilan “product” yang menarik minat sarjana lain dalam bidang yang sama /releven utk mengetahuinya atau menjadi asas untuk dikembangkan lagi.

Itulah sebabnya kajian yang significance sering dikaitkan dgn potensi utk diterbitkan sebagai artikel jurnal bagi bacaan dan rujukan sarjana lain !

Ada menteri nak baca journal ker... org awam? Teks ucapanpun pegawai yg sediakn.

# Signifikan sering dihuru harakan maksudnya sebagai “kajian yang membawa impak” kepada masyarakat, pembuat polisi, kementerian, organisasi dan negara.

Kesimpulan:
Semua maksud di atas menepati objektif penghasilan “academic research for knowledge contribution" oleh siswazah baik master mahupun PhD lalu natijahnya melahirkan pelajar yang menguasai bidang kajian serta berkebolehan menjadi "bakal" penyelidik yg kompeten.

Note: Bila definisi diatas disebut oleh 'Prof' kita pun terus senyap dan bhenti berfikir dgn anggapan sapalah kita... lalu jadilah ia ikutan turun temurun.... wpun maksudnya huru hara...

Simple !

OT - alololo.. tayang dia...


Tajuk 1398 :Doing PhD is first to change you..


Tajuk 1397 : Sistem pendidikan..


Tajuk 1396 : ANTARA SEBAB TAK GOT




Aku lepak rumah mertua di KL sebelum ke konti IKIM. Nak bebelkn pasal GOT.

Tentu ada sebab anda diberikan biasanya tempuh 2 tahun utk master dan tempuh 3 tahun utk doctorate level. Sebabnya senang sahaja….
Kerana pengajian anda boleh diabiskan dalam tempuh tersebut. Kan ?


Abis kenapa tak GOT juga ?

Pertama:
Kalau dah asyik tukar tajuk.. then lewatlah nk defend proposal…. lewat mulakan research… sedang pihak lain tak rasa apa2 pun atas kelewatan ini....atau cuba membantu mempercepatkannya..... abis lewatlah jawabnya..

Kedua:
Jika mulakan awalpun…. tapi dapat feed back semuanya lewat… feedback dari SV lewat…. feedback penentuan tarikh defend dan viva lewat.. dpt feedback report lewat.…. abis.. lewatlah jawabnya

Ketiga
Supervisee minta baca artikel tak abis2…. then kena edit proposal xabis2.....SV tak puas hati tak abis2…. Lama2 masa pun abis.....

Abis PG jugak yang salah?

Tak kira... PG sentiasa bersalah... 😨

OT


Tajuk 1395 : Jika anda memilih utk menjalankan kajian kuantitatif, terutama yg buat master... 8 perkara ini mesti anda ikuti


1. Kajian anda perlu disokong oleh teori yg established kerana anda menguji kerangka konseptual berasaskn teori tersebut
2. Anda perlukan hipotesis kajian yang details
3. Bekalkan kerangka teoritikal dan kerangka konseptual dgn konstruk / variable yg terlibat
4. Menyatakan secara lengkap rasional pemilihan prosidur kajian dan sampling teknik
5. Instrumen yg terbukti valid dan reliable
6. Analisis data mestilah melibatkan statistik inferens (statistic deskriptif hanya utk perihalkan sample anda)
7. Memberikan justifikasi pemilihan analisis statistik
8. Memberikan eviden bahawa segala assumption analisis tersebut dipenuhi seperti kenormalan data, homogeneity of variance dll

OT


Tajuk 1394 : Mendeley dan BOOLEAN..


Operator BOOLEAN 'AND' dan 'NOT' bila dikombinasikan menghasilkan carian yang lebih baik.. tetapi operator 'OR' dalam Mendeley mempunyai fungsi yang sama dgn 'AND'. So gunakan sahaja dulu gabungan 'AND' dan 'NOT' spt foto. Operator 'NOT' boleh mengurangkan carian yang tidak diperlukan.
Selamat Mencuba...

OT






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...