.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 9, 2011

Tajuk 243: Bengkel UUM dan degree PhD diLembah Bujang


Bengkel di UUM pada 7 dan 8hb yang diusahakan oleh Satirah berjalan dengan lancar wpun ada sedikit kekekokan kerana system bilik yang sangat canggih. Lebih 40 peserta dari USM, UUM, Uitm, UMP dan IPDA telah hadir. Tempat penginapan di EDC juga sangat selesa. Terima kash kepada Ani Munirah dan Dr Halim yg sponsor bilik di EDC, UUM.

Hari pertama sangat mencabar kerana saya bangun 4.30 am utk ke LCCT dan terus mengendalikan bengkel jam 9.30 am sebaik sahaja sampai di UUM sehinggalah 6 pm. Terima kasih sangat2 kepada Satirah yang membawa saya, wife dan NINE ke sana sini, sehingga makan malam di Kuala Perlis.  

Hari kedua, saya dilayan pula oleh kawan lama Razak Mansor dan wife, Syidah dari Uitm Sg Petani. Kesemua mereka ini adalah contoh pelajar PhD yang gigih dan baik2 hati. Thanks khusus buat Satirah tanpa usaha beliau, bengkel 2 hari di UUM takkan jadi kenyataan. Saya sempat berkunjung ke Uitm Kedah dan Lembah Bujang dan melawat tapak akeologi…sesuatu yang saya tak sangka... nika tidak cuma lihat dalam National Geographic sahaja. 

Membengkelkan peserta dengan skill menulis thesis dengan kritis, serta skill menulis dengan cepat tetapi efisyen dan sistematik adalah satu penghormatan bagi saya. Ramai yang masih terikut2 cara penulisan thesis spt meringkas kajian lepas kerana tiada kemahiran dan latihan khusus utk menulis secara kritis dan memberikan justifikasi dalam penulisan. Aplikasi doc map, IPEC dan foresee, analisis + sintesis = kritikal, 1file1thesis, dirdio,wwur serta zerodraft telah berjaya membekalkan peserta kemahiran asas yang crucial dalam penulisan akademik. Moga anda berjaya…… menghasilakn thesis dengan cepat dan berkualti.

Bagi semua peserta….. .lets enjoy the pic….


Bilik serba canggih...


Lets start the work !!


NINE di hotel EDC, UUM


Wow... geng UiTM Shah Alam sanggup datang dengan ceria !!


Masa utk fokus...


Masa utk ceria...



Masa utk serius....


Masa untuk fokus, serius dan ceria...


Take five..... phew....


Happy faces....


Individual task.....


Foresee....foresee....


Write and write and write...


and write and write....


and finished..... 


Begambar dengan bekas 2 pelajar... now dah suami isteri.... dah berjaya dalam hidup !!
Ambil berkat ker.....

Awat le aku tak tahu teknik ni awai2....


Bersama pelajar master akeologi USM di tapak salah satu tapak akeologi Lembah Bujang, tak der ler tengok discovery channer jer...

Ni le runtuhan tapak binaan yang telah tertanam dalam tanah...
Kalau la ni macam KLCC kot...

Balak yang di pahat utk jadikan perahu...
kalau lulus buat perahu ni sama macam lepas SPM ler...


Melawat kesan sejarah termasuk GOK !!
Org Sg Petani tau ler apa tu GOK...




Singgah di Restoran Gulai Semilang.....


Melawat khazanah peninggalan Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai


Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai....


Kerja2 mengklasifikasi oleh Jabatan Akeologi USM


Sempat ronda2 di UiTM Kedah


Not bad.... kampus hijau....


Org dulu2 ukir batu granit yang pejal mejal dengan bare hand....
relex jer....
Student la ni tulis LR dengan komputer pun dah cukup tension....


Pameran yang agak lengkap.... tak sangka ler pulak sampai ke sini


Dulu lihat gambar2 ni masa belajar sejarah tingkatan 2....tupun dalam buku Sejarah hitam putih. Now ada depan mata.
Tembikar ni  alat canggih zaman dulu.. macam komputer zaman ni...


Maybe org zaman dulu siapkan ukiran batu grafik utk dpt degree dan master.
Yang Nine berdiri tu utk master... yang kecik2 sekitar tu utk degree...


Hah..... batu grafik yang besar dan dipahat dalam bentuk macam ni adalah utk dapat PhD....sebab bentuknya original
dan ada contribution utk simpan air... 
Ada 3 tu bijik tu mewakili 3 chapters ler.... sebab ukuran ni
baru proposal.... sebab ada banyak bahagian2 yang belum diukir lagi...sebab belum dapat approval SV lagi.....he he

Wednesday, October 5, 2011

Tajuk 242: MENCARI GAP DGN TEKNIK HYBRIDIZATION

MENCARI GAP DGN TEKNIK HYBRIDIZATION

Teknik hybridization? Istilah canggih tu bro!

Istilah jer canggih tetapi menepati apa yang bakal saya tulis.

Mana bro dapat teknik tu?

He he…. Cetusan idea….

Cepat ler bro…. amende hybridization tu…

Mencari tajuk kajian memang mudah…. Tulis jer apa yang terfikir dibenak kepala anda…. sebahagiannya tercetus kerana pengalaman dan selebihnya kerana emosi.

Emosi? Camner tu bro?

Bila saya tanya… tajuk apa kajian u…..

Dengan cepat pelajar menjawab contohnya: 
Saya memang tak puas hati bila pelajar saya tak faham past tense, present tense dan continuous tense…. Apalagi tensionlah saya!

Jadi ?

Jadi saya nak buatlah tajuk…. “Kaedah Mengajar Tenses dalam Subjek English tanpa Tension menggunakan animasi 3 Dimension bagi pelajar Daerah Port Dickson”

Fullamak….. dasyatnye tajuk… macam tajuk filem ler pulak…

Tahu apa jadi selepas satu semester?

Tiga kali tukar tajuk bro…. sebab pelajar tu kata tak jumpa artikel pasal TENSION ….

Abis….?

Apa lagi….. Tension Mension ler pelajar tu!!

Berbalik kepada pencarian gap…. gap penting sebab kajian tidak dilakukan jika tak ada gap….dan kajian dibuat kerana ingin menutup atau mengurangkan gap….jadi gap sangat crucial ibarat nut pada sebuah tayar sebuah kereta. Carilah atas muka bumi ni satu tayar kereta yang tak ada nut.

Ada lah ! tayar kereta mainan anak saya ...

Eloklah tu berfikir macam budak2....

Saya ingin propose teknik ini, maybe ada yang dapat memanfaatkannya dalam mencari gap. Katakan anda ada 3 artikel berkaitan bidang yang anda minat, katakan MULTIMEDIA dan pengajaran ENGLISH. Anda berminat nak jalankan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik tetapi tak ada teori dan instrument.

Andapun meneroka journal dan akhirnya menjumpai 3 artikel (Artikel 1, 2 3) dengan isi utama dalam artikel tersebut diringkaskan spt illustrasi berikut. Salah satunya (Artikel 2) membicarakan khusus tentang teori multimedia :

Dengan proses hybridization anda boleh mendapatkan:


1. Gap = aplikasi multimedia dalam pengajaran Bahasa Inggeris

2. Instrument = soal selidik ABC disesuaikan dari artikel 2

3. Method = survey - berdasarkan kajian artikel 3

4. Theory = Multimedia learning theory dari artikel 2


5. Senarai rujukan = Snow ball bibliography artikel 1,2,3

Phew.... anda dapat 5 perkara serentak.....ini dah kira baik.... untuk anda memulakan penulisan proposal... sementelahan tak banyak kajian multimedia dalam pengajaran English di Malaysia. 


Ironinya... anda masih juga perlu menyelongkar artikel sekiranya anda telah menetapkan awal2 tajuk kajian anda...bukannya gap...dan tidak menggunakan teknik hybridization....so apa bezanya?  


Bezanya... ... pencarian gap (yang bersifat terbuka) menerusi pencarian artikel menggunakan teknik hybridization akan terus menghasilkan sesuatu yang dinyatakan di atas, manakala pencarian berdasarkan tajuk (yang bersifat tertutup) belum tentu lagi anda menjumpai artikel yang "serasi" dengan tajuk yang telah anda tentukan dari awal lagi (spt contoh cikgu yang TENSION di atas) dan mendapat apa yang diperolehi sekiranya anda menggunakan teknik hybridization....


Ya...ya.. faham...... mekacih...mekacih.... wa mahu try ler bro...

Kenapa dinamakan hybridization?

Ini kerana pencantuman artikel2 seperti contoh di atas mestilah antara artikel2 yang setara dan dalam bidang yang sama. Hal ini berlaku dalam hybridization tumbuh2an seperti hybrid bunga orkid. Anda hanya boleh hybrid bunga orkid A dengan species orkid B, lalu menghasilkan hybrid orkid yang lebih cantik, tahan lama dengan diberi nama yang lebih glamer… katakan hybrid SPSS !!


Jadi jgn ada pulak yang hybrid bunga orkid dengan bunga Rafflesia dengan niat orkid yang anda dapat akan sebesar bunga Rafflesia..... confirmed org kata anda........ (isilah sendiri)

Bayangkan hybrid orkid Rafflesia dgn diameter 1 meter
Boleh jadi jutawan sekelip mata ko !!

OT 

Tajuk 241: Discussion of Findings - Jgn jadi Pak Pandir: Bhg 2

Saya cuba lanjutkan lagi tajuk ini dengan satu contoh lain. Oleh kerana tujuan kajian untuk menyumbang kepada pengetahuan, anda perlu bincangkan bagaimana dapatan kajian anda menyumbang sesuatu / mengembangkan sesuatu / mendalami sesuatu dalam bidang kajian anda.
Contoh:
Maybe anda boleh menulis begini….
Kajian ini menunjukkan animasi 3D hanya berkesan dalam meningkatkan skor pelajar berpencapaian tinggi dalam penguasaan konsep sains tetapi tidak kepada skor pelajar berpencapaian rendah. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Simon (2009) yang mendapati penggunaan animasi 3D secara keseluruhannya berkesan kepada pelajar. Namun kajian Simon ini walaupun  menggunakan animasi 3D untuk menentukan pencapaian pelajar, tetapi tidak mengambilkira perbezaan tahap latar belakang akademik pelajar. 


Perbezaan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaiaan tinggi berupaya mengekstrak maklumat dalam pengajaran  sains menggunakan animasi 3D berbanding pelajar berpencapaian rendah yang kekurangan pengetahuan sedia ada. Dapatan ini mengukuhkan lagi teori konstruktivis (siapa yang kukuhkan…..kajian andalah) yang menekankan keperluan pengajar mengambilkira tahap pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memilih sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan. 

Perbincangan di atas menunjukkan kajian anda yang lebih mendalam dari kajian lepas, dapatan yang lebih menyeluruh, kupasan yang lebih bijak dan ternyata pengetahuan tentang perlunya latar belakang akademik pelajar diambilkira telah menjadi sumbangan kajian anda dalam memahami aplikasi pembelajaran animasi 3D selaras dengan teori konstruktivist.

Bagaimana pula jika anda dapatan kajian yang tidak signifikan…. tak seperti yang anda jangkakan......anda masih perlu bincangkan juga supaya dapatan tersebut mempunyai ruang dalam memperkayakan pengetahuan dalam bidang yang anda kaji. Mesti terdapat alasan yang menyebabkan dapatan kajian anda tidak signifikan…. U need some sort of critical thinking here….supaya kajian anda worth it dengan kerja keras yang telah anda lalui. Malah, silap2 hari bulan, anda mendapati sesuatu yang lebih bermakna dari dapatan yang tidak signifikan tersebut…dengan menyatakan kemungkinan2 yang membawa kepada dapatan yang tidak signifikan.

Contohnya:
Perbezaan skor min pemahaman konsep asid-bes kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional tidak berbeza secara signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah animasi 3D. Pemahaman kedua-dua kumpulan dalam topik asid-bes didapati setara selepas 2 minggu kajian dijalankan menunjukkan konsep asas asid-bes ini boleh kuasai pelajar tanpa memerlukan pemahaman yang mendalam. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa kelebihan animasi 3D tidak memberi kesan yang optimum dalam pemahaman konsep-konsep asas, apatah lagi  diaplikasikan pula dalam tempuh jangkamasa yang singkat.

Perhatikan bahawa dapatan kajian yang tidak signifikanpun masih boleh menyumbang..... sehingga pengkaji lain dapat maklumat baru iaitu kesan aplikasi animasi 3D tidak dapat diperolehi dalam jangkamasa yang singkat dan kesannya juga tidak akan dapat perolehi dalam pengajaran konsep2 yang asas. Inilah sumbangan dapatan kajian yang perlu anda bincangkan....
Bestnya jadi bebudak....semua geram kat kita tau !!


Jadi jangan jadi Pak Pandir yang hanya mengikut apa yang telah dibuat dalam tesis yang lepas. Jangan hanya meringkaskan dapatan kajian dalam bab "Discussion of Findings" hanya kerana anda membaca thesis terdahulu melakukan cara tersebut. 


Buat perbincangan yang mantap supaya implikasi kajian dalam bab seterusbya juga akan turut mantap.....


Mantap beb !!

OT


TAJUK 240: Discussion of Findings - Jgn jadi PAK PANDIR: Bhg 1

Chapter 4 selalunya adalah bab dapatan kajian. Dalam bab ini,  anda hanya mempersembahkan dapatan kajian anda secara sistematik dalam bentuk jadual dll supaya mudah difahami oleh pembaca - lebih2 lagi examiner. Anda hanya menyatakan apa yang diperolehi dan membuat kesimpulan secara superficial (sepintas lalu) sahaja.

Bagaimana pula dengan Bab 5 - Discussion of Findings?
Bab ini anda perlu menggunakan kekuatan anda utk "berbincang". Bincang apa? Bincangkan dapatan kajian anda ler. 


Apa maksud bincang tu bro?


Masa bila anda selalu berbincang?


Selalunya bila ada masalah, barulah kita selalu berbincang...betul tak?


Orang yang dibawa berbincang adalah orang yang pakar, arif. Perbincangan biasanya dilakukan dengan melihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut secara mendalam. Sebab itulah orang yang arif diperlukan dalam perbincangan...


Sebab itu ler budak2 tak boleh diajak berbincang..... merekani belum matang lagi.


Jadi... setelah anda berhempas pulas, berputar2 menjalankan kajian sehingga mendapat data... anda sepatutnya telah menjadi lebih arif dalam bidang kajian anda dan sepatutnya anda sudah ada wibawa untuk membuat perbincangan dapatan kajian anda secara lebih mendalam.... bukan sekadar meringkaskan dapatan kajian anda.


Bila nak mulakan kajian, anda diminta membuat kajian yang dapat "menyumbang" sesuatu kepada pengetahuan dalam bidang yang anda kaji. Betul tak? Malah inilah yang ditekan2 oleh SV anda.

Persoalannya – Masa bilakah anda ingin menulis dan mengenengahkan sumbangan kajian anda itu?


Bab 1 - hanya memperkenal objektif dll jer...
Bab 2 - LR hanya review sahaja
Bab 3 - Methodologi.... emmm bukan disini
Bab 4 - Dapatan kajian.... pun bukan disini


Abis dimana nak menegaskan sumbangan kajian ha?


Apa lagi bro.... Bab 5 ler.... "Discussion of Findings". 


So...di Chapter 5 lah ruang bagi anda mengenengahkan “kehebatan”, “kelainan”, “perbezaan” dapatan kajian anda yang membawa kepada sumbangan terhadap perkembangan pengetahuan dalam bidang yang anda kaji. Inilah yang ingin dibaca oleh pemeriksan anda. Inilah yang memisahkan antara kajian anda dengan kajian terdahulu.... ade faham?

Dalam bab 5 "Discussion of Findings", anda perlulah bincangkan dapatan kajian anda dengan mendemonstrasi pengetahuan anda yang mendalam (bukan cetek lagi bro...dah 3, 4 tahun ko buat kajian tu...) terhadap dapatan kajian anda.... mentafsir dapatan tersebut dan meng"highlight"kan sumbangannya kepada pengetahuan.  

Bincangkan dapatan kajian anda dengan memberikan idea dari perspektif yang baru…dari perbagai sudut.....dengan idea segar berbanding perbincangan dapatan kajian dalam kajian2 terdahulu. Andalah yang membincangkan mengapa dapatan kajian anda telah membantu memantapkan teori yang anda gunakan. 


Bab 5 ni macam "Masa tambahan" main bola sepak yg menentukan masa depan pasukan anda. Kalau anda tak score waktu ini..... balik gantung boot ler jawabnyer...

Dalam perbincangan dapatan kajian, anda perlu menulis dengan “berlagak” sikit ....tapi dengan “berhemah” tanpa niat menyombong diri....dengan memberikan justifikasi mengapa dapatan kajian anda telah at least memperkukuhkan teori yang ada, dengan membantu pembaca mendalami lagi pemahaman tentang teori berkaitan apa yang anda kaji.


Tak masuk Oxford... pergi Oxfordpun jadilah..... 

Mulakan muqaddimah Bab 5 dengan ulasan ringkas keseluruhan dapatan kajian anda bagi refresh pembaca apa yang anda telah temui dalam kajian anda, yang menjurus dalam menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. 


Ini diikuti dengan mengemukakan secara ringkas dapatan2 yang lebih penting dan signifikan. Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah ibarat bola di kaki.... hanya tinggal anda dan penjaga gol lawan sahaja. Jika anda tak boleh score... tunggu jerlah botol air melayang ke dalam padang! 


Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah yang perlu dikupas lanjut dalam paragraph seterusnya dan bagaimana dapatan2 kajian anda ini menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda.

Oleh itu jangan malukan diri anda dengan asyik-asyik menulis seperti berikut tanpa sebarang kupasan lanjut:

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan AA (2007)…..
Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian oleh AA (2009) dan BB(2008)….tanpa sebarang perbincangan lanjut.


Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian BB (2003)....


Anda akan kelihatan seperti badut jika asyik2 mengulangi paragraph spt di atas sebab itu tidak menunjukkan dapatan kajian anda menyumbang apa2 yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda.

Walaupun memang terdapat dapatan kajian yang sama dgn kajian lepas dan anda fikir perlu menulis sekali sekala seperti di atas, anda masih perlu membincangkan aspek2 dalam kajian anda yang berbeza dengan kajian lepas….. aspek2 yang dapat  mengukuhkan lagi teori yang anda gunakan atau menyumbang dalam memperkembangkan pengetahuan dalam  bidang kajian anda.

Boleh jelaskan sikit tak bro?

OK… sebagai contoh sempoi…supaya makcik-makcik pun boleh faham…

Contoh:
Jika pengkaji dahulu kata pokok di gurun mati kerana tanah yang tandus…. kajian anda juga mendapati pokok mati di gurun tetapi mati bukan sahaja kerana tanah yang tandus (menyokong kajian lepas) tetapi juga kerana berlakunya dehydrated seluruh pokok. Perbincangan tentang proses dehydrated membuktikan pokok bukan sekadar mati kekeringan kerana tidak mendapat air dalam tanah. Banyak aspek baru berkaitan dehydrated yang anda perlu bincangkan sebagai sumbangan kajian anda kepada pemantapan teori  pokok mati di gurun...... Perbincangan dapatan kajian sebeginilah  yang perlu dilakukan dalam bab 5.


Tok fahe? Tok fahe sokmo mu ni !!

Perbincangan terhadap dapatan kajian sebegini akan  memberikan ummpphhh kepada kajian anda, maka discusslah dengan mendalam dan menyeluruh terhadap dapatan kajian anda ..... KERANA perbincangan yang mendalam akan memudahkan nanti untuk anda membuat justifikasi kepada implikasi-implikasi dapatan kajian anda dalam bab seterusnya.... Chapter 6 - Implications and Future Research

Alamak..... mana cerita Pak Pandir?


He he..... nak tahu.... bacalah Bahagian 2.....


OT

Tuesday, October 4, 2011

BENGKEL DSG EXTRA....SOOO GOOOOD !!

Hari ini berlansung bengkel kumpulan Doctorate Support Group, DSG yang tak sempat mengikuti bengkel yang lepas.....dari UIA, UPM, UKM, UM, USM, Utem, UiTM sebab tu namanya bengkel extra. Pic ini sebagai kenangan terindah bersama peserta.....walaupun singkat namun banyak yang dapat dipelajari..... 


I feel gooooooood !!
No procrastination bro....


Fokus jgn tak focus......... intro dulu...explain and conclude !


Seperti biasa selain IPTA...
wakil obersi tetap ada setiap kali bengkel
Kali ini datang dari Uni of Melbourne
Sedondon....sehati....sejiwa....penuh ceria....



Buat LR jgn tension2 tau.....tiru macam kami....




First...meta cognitive technique...
Think out side of the box.....


Second...implementation technique...
Write..and write..and write.... inside the thesis....


concise...precise....yesss !!



Fuhhh.... 3 jam jer dah siap 3 chapters...terkesima aku !!


Taip dua huruf......tup2 kuar 20 huruf.... wow...!!


Justifikasi aku adalah.... dah siap !


Emmmm.....kritis sungguh idea ko ni....

siap dengan footnotes lagi....!!


Walaupun byk cuti terpaksa diambil namun kepuasan melihat wajah2 peserta bersemangat semula utk menulis thesis tak dapat digambarkan....

OT

Sunday, October 2, 2011

Tajuk 239: Lambat menulis? Anda berpenyakit PROCRASTINATION! Bah 2

Lambat menulis? – Anda ada penyakit PROCRASTINATION ? 

Procrastination ini bahasa canggih…. bahasa psikologi….. . Saya dan anda semua ada penyakit ini.

Dalam bahasa mak cik-makcik (bahasa pasar ler tu sebab makcik2 suka sembang2 sambil pilih ikan…), procrastination tu maknanya penyakit suka bertangguh…. tanpa disedari sehingga terlambat…… sehingga menimbulkan fenomena LAST MINUTE !!

Tajuk ini may be sedikit controversial …. mari kita berbincang…..saya utarakan pendapat saya….

Procrastination ni penyakit manusia. Maknanya penyakit yang ada pada semua manusia. Hanya keseriusannya sahaja yang berbeza. Yang menarik minat saya menulis tentang penyakit ini kerana procrastination berlaku sangat ketara dalam kalangan calon PhD dan Master !! Penyakit bertangguh ini tidak disedari kerana kita mempunyai cara tersendiri untuk menjustifikasikan tindakan penangguhan tersebut, ini yang bahaya.

Penulisan thesis adalah proses yang panjang dan very teknikal dan taktikal. Bila ramai pelajar yang lambat menyiapkan penulisan thesis, andapun menjadikan situasi ini bagi menjustifikasikan juga penangguhan anda….supaya anda tidak kelihatan pelik kerana berjaya menyiapkan tesis PhD dalam tempuh masa yang sepatutnya

Saya sangat yakin, ramai calon Phd / Master bukannya goyang kaki… tak buat apa2 sehingga berlakunya penangguhan kerja2 thesis atau banyak masa lapang terbuang begitu sahaja. Wa caya lu bro….Cuma pengidap penyakit ini berjaya mengabui matanya sendiri dengan mengisi masa tersebut dengan kerja2 yang tidak signifikan untuk penulisan atau kemajuan kajiannya.

Contohnya anda membaca artikel yang tidak relevan…. melayari internet kesana  kesini….. chatting dalam facebook…. dll….supaya kelihatannya seperti seorang pelajar yang sangat sibut…. dengan mengadap komputer siang malam namum semua ini tak mendatangkan aper2 progress kepada penulisan thesis anda… Ada tak simpton ini pada anda?

Penyakit procrastination ini menjadikan anda berfikir anda adalah BOSS.  Anda membuat kajian sendirian berhad. Anda adalah pekerja dan anda adalah BOSS pada diri anda sendiri. Kalau dah jadi BOSS…. emmmm apapun peraturan boleh di tolak ketepi…... kerana aku adalah BOSS.. he he..Tambahan anda bekerja seorang diri…. tak sapa nak tengok…. tak sapa nak tegur….tak sapa nak marah…. Aku kan BOSS !!

Procrastination menjadi serius jika anda seorang yang mencari kesempurnaan. Bila membaca dan membuat rujukan, anda tidak mahu mula menulis…. sebab anda fikir kefahaman anda belum betul2 sempurna. Anda belum putuskan method kajian anda sebab anda kena pastikan pemahaman yang sempurna dahulu. Anda tunggu kesempurnaan…. sedangkan research is not about perfection….research is about doing and trying something scientifically. Research penuh dengan andaian, justification, estimation and error !~

Selain perfection, ada pengidap penyakit procrastination yang mementingkan kerja secara sistematik….esp yang pompuan tu……Anda siapkan Chapter 1 dulu…..then Chapter 2..then Chapter 3…. sistematik bro.

Contohnya…anda baca journal….anda jumpa bahagian metodologi tapi anda skip sebab nak siapkan Chapter 1 dulu…. sedangkan anda sepatutnya boleh mula menulis dari mana-mana chapter sekalipun….
(Gambar Hiasan)
Masalah utama kajian ini adalah untuk mencari masalah dalam menyelesaikan masalah, pelajar yang bermasalah,  mengikut kaedah penyelesaian masalah....masalah betul lah....

Berapa banyak ko punya masalah daaaa....simpton procrastination ?


Pengidap penyakit procrastination juga mempunyai simpton suka mengumpul masalah melebihi dari usaha mengatasinya.

Contohnya “SV suruh aku buat quantitative…. tapi aku ni buta number…. masalah..masalah… gerenti lambatlah aku siapkan thesis aku ni….”

Semuanya adalah masalah bagi pengidap penyakit yang serius. Simpton ini akan lebih jelas jika anda jumpa jer kawan anda….. perkataan pertama yang keluar adalah…. “aku ada masalahlah…..”

Jika simpton2 di atas ada pada diri anda…… dan wujud dengan ketara….anda menghidapi penyakit PROCRASTINATION….Saya sekadar member maklumat dengan harapan maklumat tersebut dapat menyedarkan anda akan kewujudan penyakit ini….

OT 

Tajuk 238: Lambat menulis? – Anda berpenyakit PROCRASTINATION ? Bhg 1

Lambat menulis? – Anda ada penyakit PROCRASTINATION ? 

Ada orang berpendapat jangan ceritakan tentang diri anda.... sebab tak ramai yang suka mendengarnya. Memang ada kebenaran pernyataan tersebut. 


Anda suka tak mendengar hal ini.....


Aku ada boy friend tau..... Dok kat Baling....dia graduated dari Reading.....dia sporting, caring, daring, dan I panggil dia darling....suka main boling.... lansung tak boring.....


Ye lah.... tapi yang mendengarnya pulak boring...


Namun dalam hal2 tertentu termasuk penulisan thesis yang unpredictable sifatnya ..... anda perlu menceritakan sesuatu kerana "Experience is a good teacher" ..... " What you leave behind is woven into the lives of others.." and "Learning from the mistakes of others".


Saya terfikir mengapa dahulu saya di Adelaide University dapat menyiapkan proposal doctorate saya dalam masa 3 bulan sahaja…..dari tarikh saya mendaftarkan diri dan terus diterima selepas 2 kali presentations – pertama depan supervisory committee… dan selepas dibaiki di present pula di khalayak mat dan minah salleh di jabatan saya – School of Education…..lulus untuk kajian !! Saya tak pernah memikirkannya sejak dulupun namun kehadiran blog ini memberi wacana utk saya berkongsi sesuatu.

Bila saya kendalikan bengkel….. saya tak fikir ada peserta bengkel saya yang dapat membuat apa2pun dalam tempuh 3 bulan tersebut. Bila saya menjadi pensyarah….. saya dapati ada pelajar yang tajuk kajianpun belum confirmed lagi selepas satu semester !!

Saya terfikir juga..... dan berpendapat maybe system penulisan thesis di IPTA tidak berapa mesra pelajar dan kurang flexible. Ambil bibliografi sebagai contoh paling sempoi. Jika saya menulis thesis di Fakulti Pendidikan IPTA XX, saya terpaksa ikut format gaya penulisan thesis IPTA XX. Tapi di Adelaide University…. setiap jabatan akan ikut format international yang standard dalam bidang masing2…supaya pelajar boleh menghantar artikel ke jurnal international tanpa perlu mengubah lagi dan lagi dan lagi...format penulisan masing2…. dan boleh terus apply bila balik di negara sendiri…

Bagi pengukuran yang remeh2 spt margin, indent…… lebih flexble lagi…. dengan syarat buat secara konsisten…..bagi keseluruhan thesis. Sekarang lagilah mudah sebab  format bibliography yang standard spt APA, Chicago, IEEE, Havard, Turabian, Vancouver, MHRA footnotes, CMS footnotes dll telahpun di built-in dalam MSWORD utk kegunaan pelajar. Maknanya pelajar ada option yang lebih mudah jika mereka tidak mahu menggunakan perisian Endnote atau refworks.


Bila saya pinjam thesis, biar dari mana sekalipun, on-line atau off line atau dari IPTA / IPTS....atau dari research database seperti EbscoHost atau Science Direct....saya hanya ingin merujuk isi thesis tersebut bukannya format penulisan. Tak kisahlah format apapun, yang penting isinya relevan dengan kajian saya. Itu yang mortan (important). Anda pun takkan bandingkan thesis A dgn thesis B mana yang lebih baik hanya kerana gaya penulisan yang berbeza..... yang anda cari mana satu yang paling relevan dengan kajian anda..... Betulkan saya jika saya tersilap...


Saya berpendapat juga, pelajar lebih perlu diajar dahulu kemahiran menulis seperti document map, navigation pane (bagi pelajar sains social) dan Latex (bagi pelajar sains dan bidang yang banyak menggunakan formula….esp engineering)  dan mengikut sahaja format penulisan bibliography international yang standard……kerana kemahiran ini sangat2 diperlukan dan sangat membantu pelajar utk menulis dokument yang panjang serta teknikal. 


Jika saya tanya anda satu soalan basic jer..... tahukah anda proofing....cross-reference....caption....break page.... dalam penulisan thesis? 


Tak tahu?


Mana boleh tak tahu sebab itu adalah aspek "teknikal" dalam penulisan akademik yang anda perlu gunakan.... Jika tak tahu.... maknanya anda menulis menggunakan MSWORD 2010 / 2007 secara manual..... ibarat naik Porshe tahun 2010 kat highway PLUS dari KL ke JB tapi bawa 60 km sejam..... senang2 Kancil tahun 1998 potong bro !! Sampai je kat JB..... kebas semua otot2 .... sebab 15 jam dalam Porshe !!


Common bro....wa bawa pelahan bukan apa.... bagi orang tengok keta Porshe wa....setengah juta tu bro....kalau bawa laju2 nanti org tak perasan.... polis jer yang perasan....kena saman bro.... he he


Biarlah pelajar berhempas pulas mencari bahan….menjalankan kajian…..tak perlu lagi berhempas pulas pula hal-hal lain yang dahpun ada system internationalnya sendiri…. sementelahan semua IPTA pun ingin mencapai taraf international…… dan nak pelajar international datang belajar di IPTA masing2….


Bersama rombongan MOE Malaysia ke Adelaide, Australia
(Aku sorang jer pakai sempoi....kasut NIKE lagi...he he)


Contohnya tutor dan bekas RA saya, sebaik sahaja sampai di US, terus email saya dan kata dia sedang belajar Latex.... bagi memudahkan dia memulakan penulisan proposal. Juga ada peserta bengkel saya yang kata dia habis kan 3 hari untuk tulis TOC (Table of Contents) sahaja dan seorang lagi 3 minggu utk hal yang sama...... sedangkan dengan kemahiran document map, anda hanya mengambil masa tak sampaipun 30 saat (wa cakap lu..) utk menghasilkan TOC yang sama! Itu baru TOC.... belum lagi hal2 lain dalam penulisan thesis.


Bagaimana pendapat anda?

Common bro…. apa hal tanya2 pendapat ni….letihlah nak beri pendapat..... U tak letih ker?


He he letih jugak....


Bila nak citer pasal penyakit procrastination tu bro... wa tak sabar la nak tahu.... takut2 wa ada simpton .....!!

Saba ler bro…. ini baru bahagian 1….muqaddimah dulu...

OT

Saturday, October 1, 2011

Amboiii.....Sopannya dia.... Emmmm.....

Pagi ni agak sunyi..... mak dan ayah yang tinggal bersama pergi ke rumah kakak. Saya ambil kesempatan membawa icon blog ini, si NINE utk bersarapan...... anak ayah !!



Mula-mula tolong ayah buka gate ler.... baik budak ni

Dok sopan2 dan jgn lupa buckle up.... 
Ikut peraturan tau....emmm!

Baca doa..makanpun dgn sopan....tutup mulut....


Apa? Ada mak cik yang berkenan cara Nine makan.....
Mekacih...mekacih.....



Jgn tinggalkan walaupun sebutir beras..... tak baik tau....





Haha..... yang comot2 macam ni jgn tiru....
Ini nature budak2 tau....



Bajupun comot......balik nak kena basuh ni...

Alamak malulah pulak.........
takut ada kakak2 yang tergoda dgn pic sexy ni.....huhu

Bengkel Pensyarah Fakulti Islam, UKM

Bengkel di Puri Pujangga UKM bersama pensyarah Fakulti Islam UKM sedikit berbeza dengan bengkel saya yang lepas. Selain dari cara penulisan yang unique, format bibliografi juga berbeza. FI UKM menggunakan sistem footnotes....banyak juga saya sendiri belajar dari perbincangan dengan pensyarah2 muda FI UKM.


Apapun semuanya berjalan dengan baik wpun banyak persoalan yang ditimbulkan. Paling menarik adalah pembincangan LR yang juga agak berbeza dengan disiplin sains sosial yang lain.


Paling best bila dapat bertukar2 fikiran tentang isu semasa... maklumlah semuanya warisatul anbiya.... Semua mereka peramah dan sempoi juga....Kenangan ini diabadikan.....


Pic ana ni macam ustaz-ustaz tak....?


Round table dengan ustaz dan ustazah FI UKM


Ustazah zaman IT.....jangan main2 mereka ni expert2 tau !!


Lunch....


Puri Pujangga tu maksud apa?


Tekun meneliti LR....


Ana fikir macam nilah bina paragraph kalau nak supervise
students enta....


Ana dah dapat idea kritis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...