.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 5, 2011

Tajuk 241: Discussion of Findings - Jgn jadi Pak Pandir: Bhg 2

Saya cuba lanjutkan lagi tajuk ini dengan satu contoh lain. Oleh kerana tujuan kajian untuk menyumbang kepada pengetahuan, anda perlu bincangkan bagaimana dapatan kajian anda menyumbang sesuatu / mengembangkan sesuatu / mendalami sesuatu dalam bidang kajian anda.
Contoh:
Maybe anda boleh menulis begini….
Kajian ini menunjukkan animasi 3D hanya berkesan dalam meningkatkan skor pelajar berpencapaian tinggi dalam penguasaan konsep sains tetapi tidak kepada skor pelajar berpencapaian rendah. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Simon (2009) yang mendapati penggunaan animasi 3D secara keseluruhannya berkesan kepada pelajar. Namun kajian Simon ini walaupun  menggunakan animasi 3D untuk menentukan pencapaian pelajar, tetapi tidak mengambilkira perbezaan tahap latar belakang akademik pelajar. 


Perbezaan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaiaan tinggi berupaya mengekstrak maklumat dalam pengajaran  sains menggunakan animasi 3D berbanding pelajar berpencapaian rendah yang kekurangan pengetahuan sedia ada. Dapatan ini mengukuhkan lagi teori konstruktivis (siapa yang kukuhkan…..kajian andalah) yang menekankan keperluan pengajar mengambilkira tahap pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memilih sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan. 

Perbincangan di atas menunjukkan kajian anda yang lebih mendalam dari kajian lepas, dapatan yang lebih menyeluruh, kupasan yang lebih bijak dan ternyata pengetahuan tentang perlunya latar belakang akademik pelajar diambilkira telah menjadi sumbangan kajian anda dalam memahami aplikasi pembelajaran animasi 3D selaras dengan teori konstruktivist.

Bagaimana pula jika anda dapatan kajian yang tidak signifikan…. tak seperti yang anda jangkakan......anda masih perlu bincangkan juga supaya dapatan tersebut mempunyai ruang dalam memperkayakan pengetahuan dalam bidang yang anda kaji. Mesti terdapat alasan yang menyebabkan dapatan kajian anda tidak signifikan…. U need some sort of critical thinking here….supaya kajian anda worth it dengan kerja keras yang telah anda lalui. Malah, silap2 hari bulan, anda mendapati sesuatu yang lebih bermakna dari dapatan yang tidak signifikan tersebut…dengan menyatakan kemungkinan2 yang membawa kepada dapatan yang tidak signifikan.

Contohnya:
Perbezaan skor min pemahaman konsep asid-bes kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional tidak berbeza secara signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah animasi 3D. Pemahaman kedua-dua kumpulan dalam topik asid-bes didapati setara selepas 2 minggu kajian dijalankan menunjukkan konsep asas asid-bes ini boleh kuasai pelajar tanpa memerlukan pemahaman yang mendalam. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa kelebihan animasi 3D tidak memberi kesan yang optimum dalam pemahaman konsep-konsep asas, apatah lagi  diaplikasikan pula dalam tempuh jangkamasa yang singkat.

Perhatikan bahawa dapatan kajian yang tidak signifikanpun masih boleh menyumbang..... sehingga pengkaji lain dapat maklumat baru iaitu kesan aplikasi animasi 3D tidak dapat diperolehi dalam jangkamasa yang singkat dan kesannya juga tidak akan dapat perolehi dalam pengajaran konsep2 yang asas. Inilah sumbangan dapatan kajian yang perlu anda bincangkan....
Bestnya jadi bebudak....semua geram kat kita tau !!


Jadi jangan jadi Pak Pandir yang hanya mengikut apa yang telah dibuat dalam tesis yang lepas. Jangan hanya meringkaskan dapatan kajian dalam bab "Discussion of Findings" hanya kerana anda membaca thesis terdahulu melakukan cara tersebut. 


Buat perbincangan yang mantap supaya implikasi kajian dalam bab seterusbya juga akan turut mantap.....


Mantap beb !!

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...