.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1590 : Ranked, Reputable, Specialised (RRS) journal articles !

Ada saranan PG kena baca 500-1000 artikel utk jadi SOLID. PG rata2 pun cubalah nak jadi SOLID, tapi makin dibaca makin terbelit.


Di peringkat master / PhD / professional doctorate, pembacaan yang teliti adalah sepenting menjalankan kajian itu sendiri. Aku bidang Science Education dan katalah aku ingin membuat kajian berkaitan 'pengajaran' dalam Science Education. Katalah pengajaran tersebut berkaitan STEM.


Dalam status ini aku nak perkenal akronim baru Ranked, Reputable, Specialised (RRS) Journal Articles !


Foto 1:

Akupun pergi ke Clativate analytics (WoS) dan Scimago (Scopus). Dgn menggunakan keywords 'Science Education' dan 'Instruction' kerana keduanya berkaita dengan kajian aku, Foto 1 adalah 25 RRS journal untuk kajian ini, yang hanya diindeks oleh scopus dan WoS sahaja.


Foto 2:

Katalah aku guna keyword berikut dalam Mendeley Search:

title:STEM AND published_in:"Science education" AND year:[2018 TO 2020]


Senang-senang dapat 41 artikel (Foto 2) utk tahun 2018-terkini, belum lagi tahun <2018.. Kalau ada 4 pun yang releven pun dah cukup menjadikan semua artikel yang boleh disenaraikan sebanyak 25x4 = 100. Ini belum lagi artikel2 lain yang bukan RRS tetapi ada relevensinya yang boleh sahaja menjadikan rujukan anda sekitar 100 - 120.


Jadi semua yang anda ingin baca akan terfokus kepada artikel dalam jurnal RRS sebagai keutamaan, bukannya baca 1000 terus jadi solid.


Maka pengetahuan yang solid perlu dimulakan dengan pencarian jurnal RRS ini...


OT

#RRS









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...