Semua SV mengharapkan PG faham kajian yang akan dilakukan. Bezanya, ada PG diminta menyediakan proposal 'tebal' sebagai indikator mereka 'membaca' dan 'mendalami' kajian sedang pengalaman aku diobersi, PG diminta memberi penjelasan demi penjelasan berasaskan proposal ringkas beberapa helaian sahaja.
2.
Apa bezanya?
Proposal yg dimulai dengan 50 pages misalnya.. akan berakhir dgn 100 pages. Di obersi selalunya proposal bermula dengan 5 pages dan berakhir dgn 5 pages juga.
3.
Aik.... camne tu ?
Ini disebabkan proposal dibaca dan disemak lalu diminta tambahan demi tambahan sehingga mencecah 100 pages. Di obersi, PG akan diminta penjelasan demi penjelasan secara verbal isi proposal ringkasnya sehingga benar2 dapat menunjukkan pemahaman PG, tanpa perlu menambah pages.
4.
Jika ada perkara yang tidak kena pada proposal, PG disini akan membetulkan penulisannya semula berkali2 dan berminggu2.. sedang PG di obersi hanya perlu memahami dan membuat catatan dalam proposal ringkasnya.
5.
Jika berlaku perubahan yang drastik, maka PG disini akan membetulkan semula semua proposalnya walaupun dah mencecah 50 pages sedang PG di obersi hanya perlu membuat semula rangka proposal yang baru dalam 5 pages.
6.
Lihat foto. SV disini akan membaca dan menyemak proposal yang semakin tebal, yang memakan masa berminggu2 malah berbulan2 lalu mencoret pembetulan di sana sini, yang kadang kala tidak difahami oleh PG.
7.
Maka PG disini terpaksalah memikirkan sendiri apa yang perlu dibetulkan, dan ini juga memakan masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan.
8. Di obersi, SV tidak perlupun membaca proposal, sebab ia sudah dalam bentuk ringkasan, sekadar mengatur beberapa pertemuan untuk mendengar penjelasan lanjut dan lebih mendalam dari pemahaman PG akan kajian yang bakal dilakukan dari masa ke semasa.
9. Selepas katakan setahun, dengan hanya berpandukan proposal 5 pages dan pemahaman yang mendalam akan selok belok kajiannya, barulah PG di obersi mendapat lampu hijau untuk memulakan kajian.. sedang PG disini masih melakukan proses submission.. correction.. submission... correction
10. Dengan berbekalkan proposal 5 pages tadi, PG diobersi memulakan kajian dan mengembangkan proposal tadi menjadi thesis 100 - 120 pages... sedang PG disini akan mengembangkan proposal 100 pages nya menjadi 250 pages !
Itu lah yg kerap kali berlaku...
OT

No comments:
Post a Comment