Pada skala kecil, kita ada kawan baik, kawan tak berapa baik dan kawan yang kita benci secara maujud dan kini boleh berlaku secara maya. Senarai ini boleh dipanjangkan di ofis, taman, surau, dalam politik… mana sahaja.
2. Kawal
Jadi, langkah awal adalah mengawal diri sendiri. Orang tidak boleh cederakan perasaan kita semudah kata-kata cacian atau perli atau gossip. Ia juga bukan satu jenayah spt mencederakan fizikal, so bertenanglah. Ada beberapa pengajaran..
- anda boleh mahasabah diri dari 'pembenci anda'
- lakukan sesuatu kebaikan yang boleh menutup mulut mereka
- jangan balas dengan kebencian pula
3. Fitrah..
Manusia dibekalkan dengan perasaan, maka belajar mengenal perasaan sendiri. Anda tak boleh jadi manusia sempurna, tetapi cuba atasi kekurangan diri. Seorang yang ada masalah dgn anda, ada 100 lagi yang boleh menerima anda. Jangan blame jika ada yang tak suka anda. Mereka akan ‘gumbira’ jika anda rasa tertekan dan jatuh tersembam. Kebaikkan anda adalah kejahatan bagi mereka dan kejahatan anda bonus utk mereka menjatuhkan lagi anda.
4. Maaf..
Agama mengajar kemaafan. Anda tak boleh ubah orang lain, maafkan sahaja supaya hati anda tidak terluka dan bengkak. Apa sangatlah kemaafan tersebut berbanding dgn rakan muslim di NZ yang memaafkan pembunuh orang tersayang. Suami memaafkan pembunuh isterinya dan ibu memaafkan pembunuh anaknya. Mereka tidak mahu menyimpan dendam dan kebencian.
Selamat Hujung Minggu.. I Love U all...
OT

No comments:
Post a Comment