Aku ulang lagi, kajian qualitative pun ada unsur generalization. Aku ringkaskan bagi mudah anda faham... Tolong share - hanya quantitative sahaja boleh buat generalization adalah mitos ! Aku sertakan rujukan.. jurnal ISI (IF 3.56) dan Q1 Scopus, one of the top journals in research in education.
1. Statistical generalization - Quantitative Research
Researcher mulakan dengan kenalpasti populasi diikuti dengan melakukan teknik rawak utk mendapatkan sample yg represent populasi. Dapatan dianalisis dengan statistik spt regression kemudiannya di generalisasikan kepada populasi. Ini yang lazim kita lakukan.
2. Analytic generalization - Qualitative Research
Researcher dalam kajian qualitative berdasarkan construct dari teori melakukan interview atau pemerhatian mendalam kepada partisipan, lalu berdasarkan rigorous inductive interpretation membezakan dapatan umum partisipan dgn dapatan unik individu partisipan. Dari dapatan umum ini, boleh dihasilkan satu conceptualization yang digeneralisasikan kepada populasi berkaitan dgn fenomena yang dikaji.
3. Transferability - Action Research / Applied Research
Transferability juga adalah sub kepada generalization. Transferability adalah keupayaann 'pembaca' atau scholar lain transfer.. adapt or adopt apa yang dikaji oleh researcher dalam satu situasi kepada situasi yang dilalui atau difahami oleh pembaca spt action research / applied dgn intervention, maka pembaca atau scholar boleh menjangkakan hal yang sama dalam situasi sendiri jika intervention tersebut juga digunakan. Pembacalah yang tahu situasi yang boleh 'transfer' dapatan dari kajian yang dilakukan, bukan researcher.
OT
LINK :
No comments:
Post a Comment