Philosophical Research (PR) vs Applied Research (AR)
Philosophical Research:
1.
Secara umumnya, kajian PG bermula secara filosofi sehingga mendapat nama PhD, Doctor of Philosophy. PR didambakan untuk menyumbang kepada knowledge.
2.
Ini termasuklah menguji model fitness, membina conceptual framework yang menguji perhubungan antara IV, DV, mediator dan moderator.
3.
Terhasilnya satu proposed model yang baru dianggap sebagai satu sumbangan yang akan memperkayakan literature dalam bidang dikaji.
4.
Penyelidik mungkin berminat utk mengkaji misalnya faktor 'Propositional Value' dan 'functionality' dalam mempengaruhi Customer Satisfaction, selain faktor sedia ada. Kedua-dua faktor ini muncul dengan pemahaman terhadap desakan perubahan trend semasa pengguna yang selari dengan konsep yang dibawa dalam TRIZ. Maka pengujian model fitness dijalankan.
5.
Dalam kes spt ni, problem diformulasi supaya sesuai untuk melakukan kajian model fitness dgn kehadiran dua faktor baru ini yang cuba disesuaikan dengan theoretical framework yang dibina dari jangkaan hubungan IV, DV dan moderating variable(s) oleh penyelidik. Dalam kes spt ini, baca lah sejuta artikel lepas utk cari gap, takkan tahu "Propositional Value' dan 'Functionality' jika tidak menyedari desakan trend pengguna.
6.
Nantinya contribution to knowledge dalam bentuk filosofi akan berbunyi spt ... "the findings will provide insights from the perspective of customers on how Propositional Value and Functionality can be connected to their satisfaction...." dan ia lebih berbentuk filosofi (bukan applied) yang memperkayakan literature.
Applied Research:
7.
AR menjurus kepada masalah yang 'wujud' dan menjadi isu serta banyak dibahaskan utk di kaji faktor penyebab sesuatu masalah atau faktor meningkatkan keberkesanan bagi mengurangkan masalah.
8.
Kajian seperti ini memerlukan anda tahu menentukan masalah semasa yang wujud seperti kempen minyak kelapa sawit Msia yang kurang berkesan atau menganalisis trend minat murid terhadap STEM dari data raya pencapaian atau membina satu instrumen yang dapat mengesan kehadiran food additive yang merbahaya spt nitrite.
9.
AR seperti menyelesaikan (atau mengurangkan) masalah yang 'real' sesuai dengan namanya 'applied research', sebab boleh terus apply dapatan kajian utk selesaikan masalah, khususnya kajian berorientasikan eksperimen dalam hard sciences. Sama juga spt PR di atas, jgn lah buang masa mencari gap dgn membaca ratusan artikel utk kajian AR ... kerana masalah is there everywhere... right under your nose... dah jumpa masalahpun, beratus artikel kena baca utk buat kajian.
10.
Nantinya contribution to knowledge dalam bentuk applied akan berbunyi spt ... "the findings will contribute to the understanding on how ABC strategy can improve the palm oil campaign ... "
Salam sayang... buat semua dan kepada pencari gap... udah2 lah tu... gi lah tidor..
OT

No comments:
Post a Comment