1. Aku cuba menghayati maksud ideality of the system yang membawa maksud 'how close it is to the perfect system'. Bagi ijazah PhD, the perfect system adalah sistem yang membolehkan 3 perkara berikut menjadi parameter yang penting:
a. calon menguasai teori dan appropriateness kajiannya
b. calon berjaya menjalankan kajian yang menyumbang kepada pengetahuan
c. calon berupaya menjadi penyelidik yang boleh berdikari utk menjalankan kajian selepas bergraduat
2. Bila ketiga-tiga parameter di atas tercapai, maka tercapailan maksud penawaran program PhD - ideality of the system.
3. Ketebalan proposal, ketebalan tesis yang dihasilkan dengan format yang penuh rigid, serta 'kebolehan mencari gap' pada aku tidak termasuk sebagai 'the main parameter' yang membawa kepada ideality of the system.
4. Keupayaan menghasilkan proposal dan thesis yang nipis tapi kritis lebih dekat kepada penghasilan 3 parameter utama di atas.
5. Maka berlaku perubahan dari 'old school' kepada 'new school' dengan bantuan tools spt reference manager (Mendeley) serta aplikasi spt AMOS, PLS, Winstep, Atlas,ti, R, Phython etc yang membantu membuang syndrom 'tebal' sebagai parameter kajian PhD.
6. New school mementingkan elemen sistematik yang 'smart' dan rational berbanding old school yang lebih terpana dgn try-n-error dan 'hard'.
7. Cara old school yang akhirnya meleret-leret hanya mewujudkan contradiction kepada saranan GOT. Syndrom lagi lama lagi matang adalah syndrom usang, yang dalam kebanyakkan hal, sudah tidak diperlukan lagi.
8. Satu persoalan - Bagaimana nak tentukan kajian dan tesis yang baik? Tentulah antara jawapan yang memalukan adalah - ketebalan tesis.
9. Tanyalah sesiapapun, jika mereka diminta merujuk dua versi tesis yang sama, 300 dan 100 pages, manakan versi yang akan mereka pilih utk mendapat rujukan ? Malah kalau ada versi artikel 10 pages, manakah pula yang akan dibaca dahulu oleh scholar?
10. Semuanya berbalik kepada ideality of system. Hp yang nipis tentu sahaja digemari berbanding dgn yang tebal dan gedabak jika kedua2nya mempunyai fungsi yang sama.. apatah lagi jika yang nipis mempunyai ideality of the system yang lebih baik
Saya tinggalkan status ini utk anda berfikir...
OT
#dealityofthesystemTRIZ
No comments:
Post a Comment