.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1528 : Apa makna "formulation of problem"?

1. Kajian tidak dilakukan tanpa problem. Problem biasanya dapat di'hidu' bila ada isu berkaitan problem tersebut. Murid tidak minat subjek STEM adalah isu yg dah 'tersohor', tak payah lagi nak cari dgn membaca 100 artikel.


2. Isu-Masalah boleh sahaja diketahui dari MODEL (OT, 2019)


M - Mass media, news

O - Own / industrial experiences

D - Discussion with experts (macam PG dok selalu jumpa aku)

E - Event (conference, colloquium, meeting etc)

L - Literature search (bagi isu baru kepada penyelidik)


3. Katalah isu minat murid merudum terhadap kerjaya STEM, yang saban masa muncul dalam media masa, malah boleh sahaja dibaca dalam artikel terkini (2018) seperti foto, tanpa perlu membaca secara meraban.


4. Jadi macamana nak tentukan masalah?


Langkah pertama menyatakan masalah dalam bentuk yang boleh dikaji atau formulation of problem yang bermaksud menyatakan masalah 'in a researchable manner' yang menjadikan masalah sedia utk dikaji.


5. Misalnya, penyelidik melihat aspek kecenderungan kepada perlakuan untuk meminati / menolak kerjaya STEM maka beliau memulakan pembacaan terfokus kepada isu / masalah tersebut.


6. Terdapat teori dalam bacaan seperti model Motivation-Opportunity-Abilities (MOA) oleh Ölander dan Thøgersen (1995) atau Theory of Planned Behaviour, Icek Ajzen (1985) utk beliau pastikan terlebih dahulu supaya kajiannya researchable sebagai kajian akademik. Bagi menyumbang kepada knowledge, anda kembangkan lagi kajian ini dengan menggabungkan pula dengan self-efficacy theory (SET) oleh Bandura (1977) supaya memberikan pemahaman yang lebih baik dari kajian sebelumnya.


7. Maka bolehlah di formulakan masalah tersebut dalam pernyataan utk dikaji, 'in a researchable manner' seperti contoh dummy berikut:


"To examine the influence of motivation, opportunity, ability and self-efficacy on students interest towards STEM career"


8. Pernyataan ini adalah objektif kajian secara umum


9. Inilah langkah pertama kepada satu kajian - kenalpasti satu masalah (2, 3 pun boleh) dan formulasikan dalam pernyataan yang dapat menjadikan ia satu kajian


10. Selepas itu bolehlah kembangkan lagi kepada beberapa "persoalan kajian'


"To examine the influence of MOA on students interest towards STEM career"


- How does MOA affect the students' intention for STEM career?

- What is the main factor that influence the students' intention for STEM career?


OT

#formulationofproblem





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...