1. Soalan spt di atas tidak sesuai diajukan samada dlm PD atau VIVA kerana kajian tidak dilakukan semata-mata kerana ada "masalah" yang perlu diselesaikan...atau ada "element yg lompong untuk diisi".
2. Masalah dalam penulisan thesis merujuk kepada "halangan utk mencapai sesuatu" dan dalam konteks master /PhD masalah adalah 'apa yang ingin dilakukan bagi menyumbang kpd pengetahuan dalam bidang kajian'.
3. Maka salah satu cara menyumbang pengetahuan adalah dengan membuat kajian terhadap sesuatu isu samada bagi memajukan sesuatu teknologi atau pendekatan atau sistem sedia ada.
4. Bagi mencapai hasrat menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji... maka andapun menjalankan kajian spt membangunkan satu prototaip utk menguji satu ingredient baru yang berpotensi memajukan sistem sedia ada. Hasil kajian ini dapat menyumbang kpd pengetahuan dalam memajukan system yang dikaji.
5. Maka masalah dlm konteks ini bukan 'satu kekurangan' yg perlu diisi dgn mbina prototaip menggunakan ingredient baru tersebut.. kerana ia lebih kepada extension, exploration, advancement kepada sesuatu sistem sedia ada...
6. Dari bertanya.. What is your research problem atau Where is your research gap .. eloklah bertanya soalan spt..
a. Apakah signifikannya (kepentingan) kajian yang anda lakukan dalam bidang yang dikaji?
b. Apakah contribution hasil kajian anda dalam bidang yang dikaji?
OT

No comments:
Post a Comment