Pagi esoknya mertua adakan majlis tahlil dengan menjemput anak2 disekolah agama. Paling saya suka di sini adalah kesejukkan paginya.... kerana Seri Menanti berada di kawasan tinggi dan dikelilingi gunung.... kabus menyelubungi pagi...Seri Menanti wpun bandar diraja.... tetapi pembangunan terlalu slow... seperti menanti2 pembangunan..... Namun kadang kala elok juga dapat saya nimati pagi yang nyaman....
Kira2 jam 7.15 saya pun pergi kesekolah agama yang terletak daam kawasan masjid..... tiba2....
Saya terperanjat sebab saya dapati banyak kenderaan rasmi UPM dihadapan masjid diraja.....
Apa hal nyer?
Rupa2nya ada sekumpulan pelajar eksekutif UPM adakan program dengan Taman Pertanian UPM di Seri Menanti. Sayapun ambil kesempatan jumpa mereka...
NINE nyenyak dalam kesejukan Seri Menanti.. |
UPM @ Seri Menanti...banner ini telah menarik perhatian saya.... |
Bersama sdr Ghaffar di tapak program kabus kelihatan dibelakang... |
Orang ramai berminat dengan durian UPM |
Bila ada UPM adalah cendawan.... |
Satu-satunya masjid di Seri Menanti |
Istana lama menanti pengunjung |
Jangan lepaskan peluang melawat Istana Lama yang asal bila ke Seri Menanti. Istana yang lengkap dengan silasilah Kerajaan NS yang berasal dari seberang.... |
NINE makin lasak sejak dapat berjalan selangkah dua...... |
Thanks for coming En.Zahin!
ReplyDelete-Maisarah R (Pelajar Eksekutif/Penganjur, UPM @ Seri Menanti)