.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, May 30, 2011

Tajuk 141 - Skala LOGIT - Data ordinal di "interval" kan oleh Rasch Model

Saya tulis ini untuk pelajar yang  baru nak berjinak2 dengan Rasch Model. Bagi yang guna statistik klasik dgn aplikasi SPSS, jgn ler bimbang....anda tak tahu pun tak aper...


Bagaimana Rasch Model tukar data ordinal  ke interval? Ini perbahasan hangat sebab ramai penyelidik "tutup mata" dengan merasional skala ordinal menjadi interval. 

Saya cuba ringkaskan perbahasan ini... 

Katakan anda ada skala ordinal berikut bagi mengetahui persetujuan guru:
Item: Hukuman denda membersihkan kawasan patut dilaksanakan disekolah rendah.

1: Sgt tak setuju; 2: Tak setuju; 3: Setuju dan 4: Sangat setuju

Anda berminat untuk mengetahui samada guru disekolah anda setuju mahupun tidak hukuman tersebut dilaksanakan.Jika anda meminta seorang guru menjawab item anda, peluang anda mendapat jawapan bersetuju (termasuk sgt bersetuju) atau tidak bersetuju (termasuk sangat tidak bersetuju) adalah 50:50. 


Simple kan!

Jika anda meminta 10 guru menjawab item anda, anda mungkin mendapat  berangkalian 1 setuju, 9 tak setuju ataupun 1/9 ataupun dalam bentuk ration 1:9.
Boleh jadi juga 2 yang setuju, maka rationya menjadi  2:8 ( ye ler 2 setuju , 8 tak setuju)
Jadi kebarangkalian ini boleh berada dalam julat 1/9, 2/8, 3/7, 4/6 hinggalah  9/1

He he… sempoi !

Tukar nisbah ini dalam perpuluhan jadile dia 10/90 hingga 90/10 berrsamaan nisbah 10:90 hingga 90:10.
Lagi sempoi....!

Apa yang berlaku tanpa anda sedari….anda telah menukar data ordinal dalam bentuk ratio.

Ye ker? 

Jika anda berikan item tersebut untuk dijawab oleh kepada 100 guru, anda boleh illustrasikan sebagai ukuran rationp berikut:

ratio
1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1


Kemudian anda dapatkan nilai ratio tersebut untik menukar ke skala interval.


1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1

Nilai
ratio
0.01
0.1
0.25
0.43
0.67
1
1.5
2.3
4
9
99


Malangnya…. Anda dapati skala  interval anda tidak mempunyai equal interval, macamana nak ukur. Ini kerana jarak antara 0.01 dengan 0.1 dan seterusnya antara 4 dengan 9 atau antara 9 dan 99 semuanya tak sama! Phew…. Skala interval anda semakin besar kearah kanan ! Abis camnor? Mana boleh buat ukuran jika tak sama interval!!

Jeng…jeng…jeng….. 

Rasch telah mendapat ilham untuk mengunakan log (yang kita belajar add maths masa form 4 dulu, tapi sampai sekarang tak faham nak guna benda tu) bagi semua ratio di atas dan akhirnya beliau mendapat satu SKALA INTERVAL yang equal….. he he… yang dinamakan skala logit.


1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1

Nilai
ratio
0.01
0.1
0.25
0.43
0.67
1
1.5
2.3
4
9
99

Skala Logit
-2
-1
-0.6
-0.37
-0.17
0
0.17
0.37
0.6
1
2.0


Ini samalah macam pembaris dengan nilai antara -2, 0, 2. Maka nilai ini menjadi asas kepada Model Rasch yang menggunakan nilai logit sebagai mengukur keupayaan sesorang dalam menjawab item2 yang diberikan. 


Cukupler dulu pengenalan logit (jgn salah anggap sebagai logic dah ler)
Nak dapat persetujuan anak..... bagi jer aiscream....

OT

2 comments:

  1. Dr OT mmg canggihlah....terkedek-kedek lah sy nak faham Rasch....maklumlah mana dtgnyer logit tu....fuhh..tabekk Dr!!

    ReplyDelete
  2. Bestnya..mmg saya suka sgt penjelasan yg mudah dan kelakor ni..best!!!! Tq Dr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...