.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 22, 2011

Pesan buat suami: Hari Ibu.....hati isteri

Ramai yang samput hari ibu baru2 ini dengan macam2 cara. Tapi percayalah….. itu hanya segelintir sahaja. Bagi ibu yang di kampong… hari ibu ker.. hari bapa ker.. .. macam hari2 biasa juga.

Saya? Emmm…

Saya org kampong yang susah. Bukan sahaja hari ibu…. Hari jadi pun kami tak pernah sambut… sehinggalah saya kahwin. Jadi tradisi sambut menyambut ini tak ada dalam kehidupan kami yang susah. Saya dan wife pernah belikan rantai.. tapi ibu saya kata tak perlulah… sebab takut byk kejadian ragut. Maklumlah ibu duduk di kg dengan ayah.

Sebagai anak lelaki, saya memang berhajat untuk berbuat sesuatu bagi mengenang jasa ibu saya. Dengan dorongan isteri tercinta…. Saya sambut hari ibu dengan memastikan ibu saya mendapat jagaan kesihatan yang baik. Saya pakat dgn wife bawa ibu untuk routine medical check-up di UPM baru2 ini sebab kesian dia nak beratur panjang di klinik kesihatan di kg. Selepas dapat keputusan, memang ibu perlukan rawatan secara konsisten. InsyaAllah, saya akan ambil ibu sebulan sekali untuk rawatan di UPM selain memastikan nasihat Dr. dipatuhi ibu. Maybe inilah hadiah hari ibu saya…..

OK tukar topic..

Nak citer sikit… buat bertukar2 pengalaman hidup. Ini pesanan untuk pasangan muda ler… Tak semua perkara boleh cerita dengan isteri kerana hati isteri perlu dijaga...

Berikut ini bukan tips… nak ikut ok tak ikutpun ok…sebab saya bukan pakar psikologi… cuma orang lama yang ada sedikit pengalaman…jagalah hati isteri… kerana dia seorang perempuan !

1. Jika anda bermimpi jumpa ppuan cantik ker, bidadari ker…. jgn bagi tau isteri…sebab hati dia akan “terdetik” ntah2 suami aku ada perempuan lebih cantik dari aku…. He he ! Apatak lagi jika anda kata ada aweks cun tumpang kereta anda...boleh nangis tau !

2. Jika isteri masak… jgn tolong tambahkan garam ker.. aper ker… atau komen ker…nanti dia perasan mcm  dia tak reti masak… esp bila ada mak mertua.... kalau rajin sangat... tolong basuh pinggan dan kuali !

3. Jika isteri dah masak… MESTILAH PUJI…. Sebab anda tentu pernah makan direstoran yang rasanya jauh lagi tak sedap dari masakan isteri anda - betul tak? (bagi pasangan yang dah lama kawin… ni bukan problem lah.. isteri mesti dah pro)

4. Jangan puji kelebihan kawan perempuan isteri anda …. Isteri akan terasa…. Jika dia yang bercerita… buat derk jer..

5. Kekalkan sebanyak mungkin sms “sayang”.. “luv U”  seperti sebelum kawin. Jika tak… dia rasa cinta anda berkurangan.

6. Jgn sekadar kata anda akan balik lewat dari ofis…. atau anda akan keluar dengan kawan…bagi ler DETAIL bahawa anda ada meeting dengan boss di tempat A kerana nak siapkan projek B sehingga pukul C dan anda akan sampai rumah pukul D! Barulah hati isteri akan tenteram….
Tetap bersama dilaut, didarat atau udara !

INGAT: Tips ini untuk perempuan yang normal jer. Sebab hanya perempuan yang normal sahaja hatinya mudah tersentuh… sebab bagi perempuan yang “tak normal” lantaklah apa suami dia nak buat dia buat tak kisah ! 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...