.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 22, 2011

SOALAN: TEMPUH KAJIAN EXPERIMENTAL - NEVER SAY NEVER

Salam doktor, 
1 soalan berapa kali pengajaran yang sesuai utk kumpulan kwln dan eksperimen utk melihat keberkesanan teknik A.


Respon:
Alangkah manisnya jika dapat diperkenalkan diri dulu atau tulislah nama sikit diakhir ayat.... bukannya apa, walaupun kita di alam maya, elok juga perkenalkan diri, at least nama samaran....tak begitu ?


Alam maya atau nyata saya tetap OT


Saya cuba respon soalan anda. Ini soalan subjektif sifatnya. Jika anda buat kajian eksperimental, ingat, anda mencari "kesan" kepada teknik A. Jarang kajian guna perkataan "berapa kali" selalunya "berapa jam". Sebabnya kalu 5 kali.... pembaca nak tahu gak berapa lama setiap kali. Jika anda katakan 5 jam.... tak kisahlah berapa kalipun sebab pembaca boleh menjangkakan 5 jam tersebut banyak mana "kesan"nya berbanding 5 kali.


Anda boleh jalankan pengajaran teknik A, katakan satu semester (4 bulan, 14 minggu, 48 jam), tetapi sukar untuk mengawal faktor seperti kematangan, interaksi subject dan interfere variable extranous kerana 4 bulan tu lama. 


Anda juga boleh buat 2 minggu sahaja tetapi mungkin anda tidak dapat lagi "kesan" yang anda inginkan. Maka andalah yang tahu berdasarkan literature review berapa lamakah teknik A (berdasarkan teknik yang setara dgn teknik A yang telah dijalankan dalam kajian lepas) boleh dijangka memberi "kesan" yang anda inginkan. Jika anda guna ICT, carilah kajian lepas yang hampir sama dengan teknik A dan kenalpasti berapa lama kajian tersebut dijalankan. 


Wbp memang ada kajian yang dijalankan sehingga 6 bulan atau lebih lama. Kajian ini mungkin dilakukan atas grant dan penglibatan banyak pihak tapi penulis tak citerkan dalam journal tersebut so jgn lurus BENDUL. Contohnya kajian oleh KPM, maka sekolah terpaksa akur dan pengetua tak ada pilihan selain memberi laluan seluas yang mungkin... NEVER SAY NEVER! So jgn ambil ler kajian macam ini.... sebab anda lakukan sorang, sedang pihak yang dikaji pulak tak akan mahu bekerjasama "free" begitu sahaja....  


Abis camno?


Rule of thumb. Semua ini memerlukan rasional anda. Namun, dari pengalaman saya, tempuh 4 - 6 minggu untuk pengajaran 2 jam seminggu adalah "memadai" untuk mendapatkan "kesan" dan tidak terlalu lama sehingga sukar dikawal. Namun..... baca nasihat berikut:


Nasihat 1:
Dapatkan beberapa rujukan dari kajian lepas yang menggunakan teknik terhampir dengan teknik yang anda gunakan. Dari beberapa kajian tersebut anda ambillah satu tempuh yang serasi dgn kemampuan anda yang tidak terlalu singkat atau terlalu lama. Ini untuk mem"backing" rasional anda. Sebabnya, dalam sosial sains, examiners yang pakar2 tu akan hanya terima rasional anda (kerana anda masih buah cempedak diluar pagar a.k.a novice) setelah ada citation yang backing.


Nasihat 2:
Katakan anda memilih 4 minggu kerana ada kajian lepas yang buat begitu, namun kekuatan kajian anda masih lagi terletak kepada bagaimana anda mengawal kumpulan kawalan dan eksperimen anda. Sebab kedua2 aspek ini, tempoh masa treatment dan kawalan adalah ciri utama dalam kajian eksperimen. So anda kenalah tulis bagaimana anda mengawal sebanyak mungkin extraneous variable anda!


Jika tak faham juga.... tanya lagi...Jgn lupa jadi FOLLOW blog ini dengan sign-in di atas....Terima kasih.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...