SOALAN:
Salam dr...nak tanya...
berkenaan dengan research gap,adakah researcher boleh menjadikan subjek/lokaliti sebagai research gap? contohnya...kajian tentang computer anxiety towards new software among chief clerk in malaysia...subjek chief clerk dijadikan sebagai research gap..(andaian responden chief clerk blum pernah dikaji) Bleh tak dr?
Respon:
Isu gap ada dalam entri saya dalam tajuk yang lepas. Dengan mengetahui semua aspek dari kajian2 lepas, anda boleh mengorak langkah menjadikan kajian anda lebih mantap dalam mengisi kekosongan atau "gap" yang masih belum diisi dari kajian terdahulu. Gap ini perlu dinyatakan dengan jelas bagi menyakinkan bahawa anda tidak mengulangi kajian yang sama dengan kajian2 lepas.
Reunion: Bersama teman2 sekolah rendah (35 tahun lalu).... buka kesah lama tiada "gap" antara kita |
Subjek boleh dijadikan gap - no problem. Even prostitutes dan pendatang tanpa izin pun boleh jadi gap....Tugas anda adalah menyatakan "apa masalahnya sehingga anda ingin mengkaji computer anxiety among chief clerks?" dan apakah signifikannya kajian anda?". Sebab itu pernyataan masalah ditulis dahulu sebelum objektif. Jika memang wujud masalah yang "signifikan" untuk di selesaikan dengan kajian anda, teruskan dgn objektif dan persoalan kajian. Anda kena yakinkan pembaca, kenapa chief clerk? Signifikan sgt ker masalah tersebut? Jika OK, teruskan......
OT
No comments:
Post a Comment