.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 3, 2011

Tajuk 130 - STATISTIK + SPSS - SEBAK DADA DAN JIWA!!

Saya menulis kerana respon kepada salah seorang pembaca blog dari JB. Dia bimbang kerana tiada asas statistik dan SPSS dan macamana saya boleh anjurkan bengkel sehari sahaja. 


Saya memahami betapa pelajar siswazah tersepit antara statistik dan SPSS. Saya telah lebih dahulu tersepit... malangnya tiada sapa yang membantu saya ketika itu...mujur le tak mati.... Namun tersepitnya saya, membawa banyak pengalaman. Mana lagi nak faham statistik, mana lagi nak apply SPSS yang ketika itu alien bagi pelajar siswazah... maklumlah tahun 1993.


Memang ler bengkel sehari tidak memadai. Sedang kuliah 14 minggu pun ramai yang makin tak faham... nikan sehari. Dalam bengkel saya berikan penjelasan overview konsep inferens bermula dari konsep min dan variance yang membawa kepada ujian-t, ANOVA dll yang diaplikasikan dalam SPSS untuk membuka minda bahawa semua yang dipelajari dalam statistik saling berkaitan dan bukan dipelajari secara bab demi bab. Sebabnya, bila kita buat research, kita tak semestinya buat t-test yang dipelajari pada bab awal silibus statistik. Kita mungkin buat chi-square, anova, ancova atau multiple-regression. Jadi dengan pemahaman menyeluruh, kita dapat allocate statistik yang ingn digunakan.


Setelah melalui ranjau membuat SPSS dan mempelajari statistik semasa membuat master dahulu, saya berpendapat KAHWIN kan STATISTIK dengan SPSS. Ini kerana SPSS akan memudahkan anda belajar statistik TANPA perlu tahu formula yang bukan sahaja banyak tetapi panjang2 dan pelik2 belako. Setakat min, mod dan median tu OKlah... macam cerita do, re mi. Bila dah masuk bab t-test, nak kira t obtained.... dah macam cerita Matrix.... confused antara realiti dan fantasi. 


Kahwinkan camner pulak? Contohnya, jika anda faham konsep normality, satu syarat wajib dalam memastikan statistik parametrik dapat digunakan, maka anda terus apply SPSS untuk samada lukis graf histogram atau uji dengan ujian Kolmogrov-sirnov atau shapiro-wilk atau mengukur skewness. Sedang Kolmogrov-sirnov tidak ada dalam silibus statistik tetapi perlu dalam kajian anda. Sebab itu, bila belajar baba kenormalan, tak leh asingkan dengan SPSS. Ibarat sepasang kekasih yang menghitung hari untuk diijabkabulkan...


Dengan SPSS, anda cuma perlu tahu membaca hasil analisisnya tanpa perlu tahu formula mengira kenormalan. TETAPI jika anda buta kayu mengapa perlu kernomalan, nak tahu outlier dll yang berkaitan.... maka SPSS tak boleh buat apa2. Sebab itu, asas statistik perlu dahulu...


Hal yang sama, jika anda ingin menguji perbezaan dua kumpulan tak bersandar, anda perlu uji dengan ujian Levene, dan biarkan SPSS yang buat. Ujian Levene ni tak der dalam silibus statistik tapi jika anda tak buat..... naya bila nak present.... sebab takut2 kumpulan anda tidak homogen. Jadi banyak asas statistik anda kena FAHAM dahulu.... SPSS hanya calculator sahaja untuk merealisasikan pemahaman anda tersebut. 
Mengikut statistik hanya tak sampai 1% penduduk malaysia adalah jutawan...saya adalah seorang daripada mereka.... he he ...sila lihat gambar sebagai bukti !


Sebab itu anda boleh short-cut dengan belajar statistik khususnya statistik inferens dengan SPSS sekali, bukan asing2.. macam amalan di IPTA. Bukan tak boleh asing, tapi anda mungkin mengambil masa yang panjang utk faham statistik... nak kena tahu formula... lama2 formula ntah ke mana.... minatpun tergugat !! Jika minat dah tergagat... bilalah pulak nak belajar SPSS. Sapa nak jawab ? Ini samalah halnya dengan belajar darab dan bahagi tapi kena guna formula dan kira cara manual dulu.... dah faham baru guna calculator.. boleh tak? Jawapnya boleh tapi takut belum sempat nak faham pengiraan yang menjela2.... terus give-up........tak sempat nak guna calculator lagi...hu hu. 


Ini adalah pengalaman saya. Pelajar yang dah senior macam kita ni, janganlah detail sangat belajar... sebab kita bukan nak jadi statistician atau aper.... hanya untuk justify apa yang kita buat dan analisa adalah betul dan tepat.... dengan bantuan SPSS. Patutnya IPTA ajar kursus analisis data dengan merangkumkan statistik dan SPSS sekali.... kahwinkan mereka.... bukan diasing2kan....Jika belajar statistik sahaja.... ramai yang sebak dada dan sebak jiwa....


OT

1 comment:

  1. betul tu Dr.. :)
    Dr memang faham jiwa student master sungguh.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...