.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 24, 2011

TAJUK 140: JADUAL ANALISIS STATISTIK - JGN BERNAFAS DALAM LUMPUR

Apabila anda membina persoalan kajian atau hipotesis, jgn ghairah menulis TANPA anda mengetahui apakah analisis statistik yang bakal anda gunakan. Oleh itu pengetahuan statistik sebenarnya penting SEBELUM anda membuat proposalpun.

Oleh itu, saya cadangkan anda membuat JADUAL PENENTUAN STATISTIK (JPS) bagi meningkatkan darjah keyakinan anda. Akronim JPS ni saya jer yang reka... bolehlah anda gunakan... he he

NAMUN aduhai seribu kali sayang (Saleem)….. pengetahuan statistik selalunya tidak dibekalkan kepada siswazah pada Semester 1. Selalunya kursus research method diberi keutamaan membuatkan ramai siswazah tercungap2 seperti bernafas dalam lumpur (Wings) atau bernafas dalam air (Yuna) atau seperti menghela nafas terakhir (Hazami).

Kuasailah statistik setapak demi setapak....
spt bertatih menaiki tangga...kalau jatuh... bangun semula!

Dalam penentuan analisis statistik yang tepat, anda mesti mengetahui IV dan DV kajian anda. Dalam kes korelasi,  sukar untuk anda menentukan manakah IV dan DV kerana anda tidak mengkaji kesan-akibat, malah anda tidak boleh membuat kesimpulan bahawa satu variable mengakibatkan perubahan kepada satu variable yang lain. Jika anda pasti ada hubungan kesan-akibat, maka kajian eksperimental adalah lebih sesuai.

Namun… saya ulang.. namun bagi tujuan penentuan analisis statistik dalam bentuk jadual, anda boleh membuat andaian berdasarkan rasional anda bahawa satu variable lebih mudah dikelaskan sebagai IV manakala satu variable lagi, DV.  Cuma dalam perbincangan anda, sila berhati2 sebab selalunya tiada sempadan yang jelas antara IV dan DV dalam kajian korelasi.

Perhatikan bahawa skala ujian-t dan ANOVA memerlukan DV pada skala interval untuk analisis.

Berikut adalah satu DUMMY sahaja bagi memudahkan anda membuat JPS !! Yang lain2 spt ANCOVA, ANOVA Faktorial tu anda buat ler sendiri...

Bil
Hipotesis
Variable
dan skala
Variable
dan skala
Analisis Statistik

H1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

 Self-esteem


Interval
Kepuasan
Pearson
H2
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara option / bukan option dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

Option / bukan option

Nominal
Kepuasan bekerja

 Interval
Point-biserial
H3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persetujuan system baru SSM dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

Persetujuan SSM


Ordinal
Kepuasan bekerja


Interval
Biserial
H4
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persetujuan system baru SSM dengan persetujuan keniakan pangkat  dalam kalangan guru sekolah menengah

Persetujuan SSM



Ordinal
Persetujuan kenaikan pangkat


Ordinal
Spearman
H5
Tidak wujud perbezaan self-esteem antara guru option dan  bukan option dalam kalangan guru sekolah menengah

Kumpulan option dan bukan option

Nominal
Self-esteem


Interval
t-test / ujian-t
H6
Tidak wujud perbezaan self-esteem antara guru sains, guru bahasa dan kaunselor dalam kalangan guru sekolah menengah
Kumpulan guru sains, guru bahasa dan kaunselor

Nominal

Self-esteem




Interval
ANOVA satu hala
H7
Kepuasan bekerja tidak dapat dijelaskan oleh variasi self-esteem, motivasi dan sokongan organisasi
self-esteem, motivasi dan sokongan organisasi

Interval

Kepuasan bekerja



Interval
Multiple regression

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...