.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 4, 2011

SOALAN DARI TRENGGANU KITE - JADIKAN PENGAJARAN !

SOALAN:
assalamualaikum Dr.
saya merupakan pelajar sarjana  skrg saya dah masuk bab 5, untuk topik perbincangan namun agak menyedihkan apabila saya baru sedar bahawa bab 4 dapatan kajian saya masih blm sempurna.
utk pengetahuan Dr, kajian saya merupakan kajian persepsi pelajar terhadap kredibiliti pemimpin. saya telah melakukan korelasi pearson. itupun melalui pembacaan dan tesis2 lepas. tp sy br dpt tahu bahawa perlu dibuat ujian normaliti sblm menentukan jenis korelasi. dgn tdk disangka apbila sy try search di internet bgmaian cara menguji normaliti, terjumpa blog Dr yg menerangkan berkaitan spss. terima kasih byk2 sbb blog Dr byk mmbantu sy memahami lbh dlm psl spss.
yg menjadi mslah sy skrg, ujian normaliti yang sy dapat seperti yg sy attachkan, namun ada yang melebihi '0' yg di anggap sbg tdk normal. apakah ianya blh diguana pakai memandangkan hanya dua shj yng melebihi '0'. jika tidak, bagaimanakah utk sy mengatasi mslh trsebut. maka sy mohon Dr bg sedikit pandangan dan penerangan berkaitan dapatan kajain sy. sy dpt tahu ada cr utk me normalkan semula ujian tersebut, tp sy tdk tahu bagaimana caranya. sgt berharap Dr dpt menolong dan mmberi respon secepat mungkin, manalah tahu kalau sy TERPAKSA juga kena mengutip data semula.harap2 dijauhkan lah sbb ni dah masuk stage kedua terakhir sblm present pre viva.
sekian. 

RESPON:
Syabas kerana dah menulis sehingga bab 5. Pertanyaan anda boleh membuka mata kawan2 supaya berhati2 semasa menentukan analisis data. Wbp jgn panik, inilah lumrah membuat kajian. Ramai yang hadapi situasi yang sama tidak terkecuali saya dan pelajar2 saya juga.

Jika data u adalah skor atau summated dari soal selidik yang u anggap data interval, bolehlah u jalankan korelasi pearson. Setelah u anggap data u sebagai interval, agak sukar untuk mendapat kenormalan. Cuma saya tak faham  apa yang u maksudkan dengan "melebihi 0" dan apakah ujian kenormalan yang u gunakan? U pun tak attach apa2 pada email u. 

Sebab itu adalah lebih straight forward u kekalkan data dalam bentuk ordinal kerana tidak ada masalah untuk u jalankan ujian korelasi Spearman. Berita baiknya, U tak perlu ulang data collection, gunakan data yang sama juga cuma analisis yang berbeza. 

Setakat ini saya dapat respon berdasarkan maklumat yang u beri. 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...