.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, May 14, 2011

Sembang Santai 4: ETIKA BERGADUH DENGAN ISTERI….

Bila dah kongsi bantal, …mestilah ada kalanya tergesel sana dan sini…. Bergaduh dan masam muka. Jika penyelidikan ada etika….. gaduh suami isteripun kena ada etika, sebab tiada rumahtangga sunyi dari pergaduhan. Etika ini adalah etika mengikut kamus hidup bukan kamus dewan ataupun kamus Dr. Fadhilah Kamsah.
1.      Bila marah, akal akan jadi kecik jer… jadi berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata pada pasangan. Ini kerana kata2 kesat akan menggoris hati pasangan… berdarah oo…Marah lah apa yang kita tak suka… macam
“I tak fikir sesuai U lepak dengan kawan2 sampai malam2 macam U belum kahwin dulu....”
Bukannya “U ingat I ni perempuan aper…orang gaji U ker kat rumah ni....malam2 baru balik…”
2.      Marahlah dengan alasan wajar… bukan maki hamun
3.      Elakkan provokasi ….. “U berani pukullah I… bapak I Ketua Polis tau… cubalah... cuba... takut ker !”
4.      Marahlah dalam bilik… dalam keta ker (kat porch ler bukan tgh memandu... naya !) bukan depan jiran, depan anak2.….dilarang sama sekali gaduh kat dapur....


Hargai masa bersama...

5.      Biarlah suhu badan naik bila marah .. cukuplah….jgn sesekali tangan dan kaki naik pula…
6.      Eloklah seorang berdiam dulu…. Jgn buka gelanggang debat…. Nak buka gelanggang berbalas pantun tak per….
7.      Fikirkan kembali masa bercinta…. Pujuk hati….. ambil wudu' then gi solat….Allah sayang hambaNya

OT: Tengok inspirational movie, baca Quran, solat bersama wife....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...