Soal selidik yang diukur nilai alpha cronbachnya mestilah bersifat unidimensi. Saya pernah bincangkan dalam post yang lepas tetapi ingin memanjangkannya lagi, mcam coney dog A&W yg diperpanjangkan 7 inci ! Tambahan, tajuk ini tidak banyak dibincangkan dalam buku research methods.....
Ni ler coney dog, sedara hot dog... dog lagi... |
Tinggi adalah contoh mudah unidimensi, Jika ada ada pembaris, anda boleh ukur, sama ada sesuatu objek itu panjang, atau pendek dalam satu dimensi atau satu arah (ke kiri atau kanan):
Panjang ----------- Pendek
Jarak juga satu dimensi sama ada jauh atau dekat.
Jauh ----------- Dekat
Begitu juga dengan persetujuan adalah satu dimensi samada sgt bersetuju atau sangat tidak bersetuju (satu arah sahaja):
Sgt setuju --------- Sgt tidak bersetuju
Namun begitu juga pencapaian dalam BM mungkin bersifat two-dimension sekiranya skor dalam BM mengandungi kebolehan pemahaman (sgt faham - kurang faham) dan kebolehan mengarang (boleh mengarang - tidak boleh mengarang). Jadi konsep dua dimensi ini tidak boleh diukur dengan hanya satu item dalam soal selidik apatah lagi untuk diambil nilai cronbach alpha, kerana cronbach alpha hanya mengukur konsep satu dimensi sahaja. Seorang yang baik kebolehan mengarang tetapi lemah pemahaman atau vice versa sukar menjawab item satu dimensi. Jika anda ingin membina item konsep yang ada dua dimensi, pecahkan sahaja kepada dua item seperti berikut:
Pemahaman: Sgt faham --------- Kurang Faham
Mengarang: Sgt baik ---------Kurang baik
Dan salah jika anda membina item berikut yang dalamnya mengandungi dua dimensi (kebolehan pemahaman dan kebolehan mengarang):
Kebolehan dalam BM: Sgt baik --------- Kurang baik
Akhirnya sukacita dimaklumkan skala Likert adalah skala satu dimensi sahaja. Jadi fahami konsep ini dan hati2 dalam membina item yang bersifat multidimensional ....seperti konsep "kacak" atau "cantik" yang ada dua dimensi seperti luaran (fizikal) dan dalaman (spiritual).....
Gambar hiasan jejaka kacak luar dan kacak dalam sedang posing di Sungai Lugarno tengah bandar Florence, Italy.. he he |
SELAMAT MEMBINA SOAL SELIDIK !!
OT
OT
No comments:
Post a Comment