.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 10, 2011

Tajuk 132: ANDA LEBIH PANDAI DARI SUPERVISOR !

Anda patut lebih pandai dari supervisor anda !!

Emmm… tajuk ni macam nak cari kontroversi jer. Tak lah…. cuma nak tarik perhatian jer. Saya telah memikirkan tajuk ni sejak semalam…. apabila seorang pelajar  bertanya kepada saya.

Begini soalan yang diaju:

Bila jumpa supervisor jer tunjukkan apa yang saya tulis, sv mesti bagi 3 soalan ni:
·         Apsal u tulis macam ni… ada backing ker?
·         Sapa u nak tulis macam ni.. ada citation ker?
·         Mana boleh tulis macam ni… u rujuk saper?

Cukuplah 3 soalan tu membuatkan pelajar tersebut …. terkesima…terpukau…. terkedu-kedu dan akhirnya tersedu-sedu…

Emmm camner nak jawab ni?

Saya ingat Aristotle jer jadi pemikir…. Now saya lak nak kena fikir .  Abis camner ? Saya tak ada resepi tetapi ada sedikit pengalaman.
Satu yang saya nak syorkan disini adalah:

ANDA PERLU LEBIH PANDAI DARI SUPERVISOR ANDA !!

Payahlah macam tu…. !

Biar saya kupas satu-satu slow and steady…..
1. Anda terima sv anda kerana sv ada kepakaran tersendiri dalam bidang kajian anda
2. Anda perlu tahu bahawa sv bukan malaikat, bukan komputer atau library bergerak atau google search yang tahu semua perkara
3. SV bertanggungjawab membimbing dan memberi panduan sahaja
4. SV suka tanya soalan sebab diapun nak tahu apa anda nak kaji!


Selalunya bila SV tanya, "apa maksud awak dengan pernyataan ini?"... jangan terus gabra sebab itu bukan bermakna SV awak tu tahu dan nakkan kepastian. Dalam banyak kes, diapun tak tahu sebab itu dia tanya.... cayalah...


Oleh itu, anda perlu “mendahului” sv anda dalam mendalami tajuk anda lebih2 lagi jika tajuk kajian anda adalah dalam kepakaran khusus sv anda.

Maksudnya?

Setelah anda menentukan gap kajian, permasalah kajian, focus kajian, anda TERPAKSA membaca, meneliti, mendalami SEMUA aspek teori dan methodology kajian anda. Jangan jumpa sv anda selagi anda tidak lakukan ini. Semua ini hanyalah literature search jer dulu.

Tak fahamlah !

Maksud saya, selagi anda TIDAK membaca, mentelaah dan menguzlahkan diri katakan sebulan, membaca dan meneliti katakan 50 artikel, 10 thesis, 10 prosiding… memahami 5 teori yang relevan dan menyelongkar 5,6 metodology kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk anda secara konsisten  – ANDA JGN JUMPA SV ANDA !

Kenapa ler macam tu pulak !

Supaya anda dapat menghayati seluruh aspek kajian anda dan supaya anda LEBIH PANDAI dari sv anda. Ini belum lagi anda membuat kajian. Ini hanya muqaddimah. Sebaik sahaja anda membuka mulut, sv anda tahu “budak ni nampak konfiden… tahu apa dia cakap dan dia tahu apa yang dia nak buat”. Jika inilah persepsi sv anda, sebahagian besar halangan untuk menyiapkan tesis dah selesai.

Tak caya? Cuba ler dulu baru percaya !

Jika anda jumpa sv dengan otak blurr….bila ditanya basic “Awak nak guna teori apa dalam kajian awak?” “kenapa anda guna teori tersebut?” Mulalah menggeletar…..tak sure… lom baca lagi…. tak faham…
Ingat master dan  PhD bukan peringkat nak kena ajar baru faham…. Kena fahamkan sendiri tau ! Jika tak sanggup terima cabaran ini, cukup ler dengan 1st degree tu… Jangan buang masa anda.

Saya dapat bayangkan seorang pelajar yang datang sambil mulutnya becok menerangkan kajiannya dengan yakin sambil mengaitkannya dengan kajian2 lepas…. Setiap halangan dapat diterangkan dengan baik…. Jika teori ini tak kena, dia ada backing teori lain… bak kata orang….dia tahu segala aspek kajian yang nak dilakukannya.

Bila ini terjadi, anda sebenarnya LEBIH PANDAI dari SV khususnya dalam kajian anda sendiri. Secara tak lansung, anda akan yakin, dan akan mula menulis dengan lancar. KEYAKINAN inilah yang saya tak dapat nak terangkan…. Bila dah yakin…anda dengan sendiri berani menulis apa sahaja, backing ker, citation ker atau apa sahaja kerana anda cukup material dalam dan luar kepala anda. Anda memahami kajian anda dari pelbagai aspek…. Anda yang jelaskan kajian anda kepada sv dan BUKAN sebaliknya.

Inilah pelajar MASTER apatah lagi PhD….sebab anda kena MASTER (jika buat master lah) dan bukan saja MASTER mesti  sampai memahami Philosophy (jika buat PhD lah) dalam kajian anda, bukannya SV anda yang kena tahu pulak kajian anda!! Sebab itu anda kena LEBIH PANDAI (aspek2 kajian anda) dari SV anda.. fahamkan..?
Anak-anak dara dan bujangku.... tentu lebih pandai dari ayahnya

Moral of the story:

Pengajian peringkat postgraduate adalah pengajian “student-and-research centered”. Andalah yang perlu kehadapan melebihi SV anda dalam kajian anda sendiri. SV hanya membimbing kerana SV pakar dan berpengalaman melebihi anda. Jika anda boleh buktikan ini, anda akan menjadi kebanggaan SV anda, sampai keperingkat sama2 menulis hasil kajian….malah ada peluang present paper sama2….kat obersi lagi!! Silap2 yang cikgu tu, SV pelawa jadi lecturer ler pulak...... 

Ada sesapa ingin bagi komen !!
OT

5 comments:

  1. when i first register for phd course, i did expect that my SV would always be there for me..helping and guiding bla..bla..bla...After 1 year, i realise...it's me and my proposal..it's me and my research...mmg betul Doc...now i become more independent...i tulis..i present..SV comment..i buat correction...begitulah seterusnya....:)

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn aneem. saya pun dulu berfikiran gitu. after a year, yes...jgn harapkan sv sangat. kita yang kena pulun dan pulun dan kasi tunjuk pandai sikit dari sv. kalau def leppard kata "Two Steps Behind", kita pulak kena "two steps ahead" dr sv heehe

    ReplyDelete
  3. br jmpa sv 3 kali...n apa yg dr. OT tulis kat entry ni mmg la tersgggtttt la betulnya...

    ReplyDelete
  4. Tqvm dr. OT..ingatan dn nasihat yg sgt bagus untuk bakal2 pelajar PhD sprt sy..nmpknya ia bukan satu jln yg mudah..perlu semangat juang dn keyakinan yg tinggi pastinya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...