.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 18, 2011

SOALAN: KAJIAN PENGARUH IBUPADA


Soalan melalui sms:
Selamat pagi Dr…. saya FR pelajar   sem 2, apa statistik sesuai utk mengkaji pengaruh. Tesis saya ttg pengaruh gaya ibubapa thdp personality murid. Tq


Respon:
Kajian ini agak lazim dijalankan. Selalunya pelajar siswazah mengukur stail keibubapaan apabila apabila berinteraksi dengan anak-anak melalui soal selidik skala Likert yang  standard. Anda kena cari ler soal selidik yang telah dibina atau anda kena bina sendiri.Ini menghasilkn skor stail seperti authoritarian, permissive, authoritative dll 

Contoh item seperti:
  • Saya akan mendenda anak saya apabila dia melakukan kesalahan
  • Saya akan memberikan rasional selepas setiap kali memarahi anak saya

Anda juga perlu memperolehi skor personaliti murid-murid dengan soal selidik yang standard atau yang anda bina sendiri. Selalunya bagi setiap murid, skor stail ibubapa dan skor personalitinya dikorelasikan (analisis korelasi ler tu) seperti contoh dummy berikut:

Personaliti murid
Hubungan dengan stail ibubapa authoritarian
Ekstrovert
r =  0.34*
Ofensif
r  = - 0.12
Degil
r =  0.44*
Pendiam
r  = 0.02

Then anda kena huraikanlah kekuatan hubungan tersebut. 

Anda juga boleh jalankan analisis multiple regression, supaya kajian  anda lebih detail. Dalam multiple regression, anda jadikan IV (stail ibubapa) sebagai predictor kepada personaliti murid. Tujuannya adalah untuk anda mengetahui IV manakah (stail ibubapa manakah) yang menyumbang paling besar (prediktor atau peramal) kepada sesuatu personalit murid. Ingat... hanya peramal.... belum boleh disimpulkan sebagai cause-and-effect !!

Yang pasti, kajian sebegini sukar untuk dijalankan secara eksperimental. Apapun, selamat menjalankan kajian !!

Perpatah "Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"
dibuat hanya melalui pemerhatian sahaja, tiada kajian!





 OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...