.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 17, 2011

TAJUK 139 - PENING TUL NAK TENTUKAN POPULASI NI?

Populasi ini satu Malaysia ke satu Negeri ke Satu daerah ke?
Masih ada yang bertanya tentang populasi kajian. Saya dah kupas tajuk ini tetapi saya cuba kupas lagi…. Mudah2an anda mendapat pemahaman yang lebih. Persoalan yang diajukan kepada saya : Camner nak tentukan populasi kajian, satu daerah ke, satu sekolah ke, satu Malaysia ke? Keadaan ini makin ketara bila kajian anda tiada focus group ataupun anda membuat kajian tinjauan.

TARGET POPULATION
Saya cuba mudahkan sahaja. He he jangan susah2…..Secara umum jika anda ingin mengkaji kepuasan pengguna ASTRO katakan, sudah pasti populasi adalah semua pengguna ASTRO di Malaysia. Ini adalah target population anda iaitu “SELURUH pengguna ASTRO yang anda berminat untuk membuat generalisasi”. Ini adalah populasi secara hipotetical, kerana tidak mungkin anda boleh mencapai semuanya. Jika anda buat kajian pada semua populasi… itu bukan research….dinamakan BANCI ! Tentu mustahil untuk anda membanci.  Yang mudah adalah untuk membenci….. bagaimanap  pula benci tapi rindu !!

ACCESSIBLE POPUATION
Lupakan banci. Anda bercadang untuk mengambil sample, tetapi  mana mungkin anda boleh buat persampelan dari populasi seluruh Malaysia, segenap ceruk rantau….Sapa ler pulak nak bantu anda buat persampelan rawat satu Malaysia ! Maka anda perlu fikirkan accessible population, atau study population iaitu subset kepada target populasi yang membenarkan anda mengambil sampel dan berupaya membuat kesimpulan dari dapatan kajian anda.

Anda boleh menjadikan katakan Gombak sebagai accessible population kerana Gombak mempunyai ciri bandaraya, pinggir bandar, serta terdpat kawasan kampong juga, seperti mana ciri2 target populasi. Ini bermakna anda boleh membuat kesimpulan dari dapatan penggunan ASTRO di Gombak dan boleh membuat generalisasi secara umum dengan pengguna ASTRO di Malaysia. Anda tidak boleh ambil kawasan Bandar Tun Hussein Onn umpamanya sebagai accessible population kerana ciri pengguna ASTRO yang homogen dan  tidak mewakili target populasi.

FOCUS GROUP
Lain halnya jika anda ada focus group, misalnya kajian tinjauan terhadap beban tugas dalam kalangan guru Bahasa Inggeris seluruh Malaysia. Jadi accessible populasi anda telahpun focus kepada guru BI dan ciri guru  BI agak homogen tidak kira di mana mereka mengajar. Jadi anda boleh mengambil sample guru BI di seluruh Selangor (N= 12,000) kerana beban tugas mereka tidak banyak berbeza dengan negeri lain. Oleh kerana anda ada kekangan wang dan masa, anda terpaksa mendefinisikan accessible populasi  anda kepada guru BI kawasan daerah Hulu Langat, Selangor (N=5000) sahaja.

NAK KENA RASIONALKAN LE PULAK !
Abis tu, tentu kajian seluruh Malaysia lebih baik dari seluruh Selangor dan lebih baik dari hanya satu daerah sahaja? Betul ler tu. Oleh kerna anda seorang pelajar yang ada kekangan masa – nak balik masak, ambik anak dari sekolah, balik kampong, shopping dan ada kekangan wang – keje kerajaan ni faham2 ler… Nampak jer bergaya tapi hujung bulan pape…… maka anda perlu rasionalisekan ler sikit mengapa anda ambil satu daerah jer:
1.       Ciri populasi Gombak sudah memadai untuk menjawap persoalan kajian anda kerana populasi Gombak boleh mewakili (representative) ciri2 populasi.
2.       Selain dari sample, baik dan tak baik sesuatu kajian bergantung kepada prosidur kajian dan analisis statistic yang anda gunakan. Adalah lebih baik mengmbil sampel di satu daerah dengan kajian yang mantap dan analisis yang mendalam berbanding dengan kajian di satu negeri yang hanya bersifat deskriptif sahaja. Ingat ! Sampel sekecil n=30 sudah memadai untuk anda menjalankan analisis inferential seperti t-test asalkan taburan data adalah normal, seperti ciri-ciri populasi.

Jika anda ingin lakukan juga di sebuah negeri, sebabnya anda “TAKUT” kajian and dipandang rendah ( he he macam drama ler pulak) gunakan teknik persampelan kluster / kelompok bagi menjimatkan kos dan masa anda. Anda bahagikan Selangor kepada beberapa Zon dan kemudian klusterkan lagi kepada daerah dan akhirnya pilih secara sampel rawak 2, 3 daerah sahaja. Cara inipun anda boleh membuat inferens kepada target populasi. Gunakan jadual penentuan siz sample yang ada dalam blog ini bagi mementukan saiz sampel anda. Namun, masa dan kerjanya tentu lebih rumit berbanding hanya satu daerah.

RASIONAL
Bagi kajian tinjauan - Mengapa perlu ambil sampel satu Malaysia (yang mustahil dilakukan) atau seluruh Selangor (juga sukar dilaksanakan) jika sample satu daerah di Selangor yang mempunyai ciri-ciri sampel boleh memberikan dapatan yang sama juga!
Bagi kajian eksperimental pula, anda memang DILARANG mengambil sample yang ramai kerana kekuatan untuk membuat generalisasi terletak kepada sejauhmana anda mampu mengawal  kumpulan ekseperimen dan kawalan dengan jumlah yang kecil bagi tujuan menentukan kesan treatmen. Sebab itu dalam kajian eksperimen, anda boleh mengambil sampel dari hanya satu sekolah sahaja. Apa yang anda kaji adalah kesan treatment yang anda kenakan (IV) terhadap sampel dan mengukur perubahan ini terhadap DV. Malah anda tidak boleh mengambil sample yang terlalu besar (spt kajian tinjauan), anda akan sukar mengawal eksperimen anda dan akhirnya dapatan anda tercemar.  Jadi, bagi kajian eksperimental 30 sampel bagi kumpulan eskperimen dan kawalan masing2 adalah memadai.
Sebahagian populasi rakyat Malaysia....

CONTOH
Jika secara rawak 40 pelajar tingkatan 4 di Kajang secara signifikan suka satu perisian pengajaran Matematik setelah dilakukan eksperimen selama 6 minggu….berbanding dengan 40 pelajar kumpulan kawalan…. tentu anda boleh buat generalisasi bahawa pelajar tingkatan 4 “seluruh Malaysia” sukakannya juga lebih signifikan berbanding dengan TIDAK sukakan perisian tersebut sebab kedua2 kumpulan yang  dibandingkan kesan treatment tersebut adalah pelajar tingkatan 4 yang sama / homogen / setara!!  Jika berbezapun telah di setarakan dengan ANCOVA. Paling tidakpun….. perisian tersebut berpotensi untuk disukai…. oleh pelajar Tingkatan 4 berbanding dengan yang tidak disukai. Cuma jangan buat generalisasi kepada pelajar Tingkatan 3 atau 5 seluruh Malaysia atau kepada pelajar berumur 16 tahun di Singapura atau Indonesia sebab latarbelakang akademik mereka tidak setara !!

Namun anda perlu laporkan prosidur kajian eksperimen secara terperinci (berbanding dengan kajian tinjauan) bagi meyakinkan bahawa sebarang perubahan yang signifikan dalam kajian anda adalah kesan IV terhadap DV. Jika ini dapat dilakukan, anda boleh membuat generalisasi kepada populasi. Jika anda mengkaji kesan satu treatment terhadap motivasi pelajar tingkatan 4, maka hasil dapatan anda boleh digeneralisasikan kepada semua populasi tingkatan 4 yang mepunyai ciri2 yang sama dengan sample kajian anda diseluruh Malaysia.

Demikian adanya
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...