SOALAN:
Assalamualaikum Dr. Othman,
saya sedang menggunakan G*Power bagi menguji kesan size / effect size. Effect size (f square) dikira terlebih dahulu menggunakan formula effect size dari Chin (1998), bagi melihat kesan moderator (moderating effects) di antara dua pembolehubah bersandar / endogenous latent variables dalam Partial Least Square -path modeling (PLS-PM). Kesimpulannya menggunakan pos-hoc analysis berdasarkan nilai N, alpha, df yang diketahui. Adakah ujian ini OK?. Terima kasih.
RESPON:
Tahniah kerana menggunakan advanced statistics seperti Partial Least Squares (PLS) bagi menganalisa data seperti yang dicadangkan oleh Chin (1998) selain dari teknik modeling yang lain. Saya tidak mendalami apa yang u buat tetapi apa yang u tanya ada dikupas dalam artikel Chin (1998) “The Partial Least Squares Approach For Structural Equation Modelling. Modern Methods For Business Research” memberikan penjelasan kesesuaian teknik tersebut. Saya dapati ramai juga yang merujuk kepada Chin dengan kombinasi effect size Cohen (1988), maka tiada masalah untuk U gunakan bagi perbandingan model pos-hoc dan yang asal.
Teruskan dan moga sukses!!
OT
Dr. Othman,
ReplyDeleteTerima kasih atas response yang diberikan. Juga citation yang dinyatakan itu.