.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, May 17, 2019
Tajuk 1392 : PASKAL - Tertumpah jua air mataku
Aku dan ank bujang ku menonton PASKAL. Aku mmg skeptikal dgn filem 'Made in Msia' tapi itu shj filem P13 yg ada.
1. Cerita ini mulanya kelihatan spt dokumentari satu operasi menyelamatkn kapal dari lanun Somalia (peristiwa benar suatu ketika dulu).. adegan ini mula menarik perhatian aku..
2. Plot dramatik bermula bila 'hero' balik kg selepas satu operasi dan blaku polemik dgn ibunya (weird skit perangai ibu ini mungkin kerana kematian suami juga perajurit)
3. Jln cerita dan plot yg awalnya terasa biasa sahaja
Kehebatan filem ini bermula dgn...
4. Cinematography yg pada aku 'perfect' sehingga pergerakan pantas dan pertempuran mula dpt dihayati dan kelihatan realistik..
5. Aku mula fokus dan skeptikal aku mula hilang dgn plot yg tidak meleret2
6. Angle yg menarik dlm filem ini dari darat... udara... laut hingga submarine
7. Peralatan yg digunakn persis aku melihat filem hollywood ... dgn PASKAL yg cekap
8. Aku mula rasa 'wow' menonton filem 'Made in Msia'
9. Anggota bbadan sasa tiba2 mberikan aku motivasi utk terus mengekalkn kecerdasan aku...
10. Babak kematian dan kata2 ibu serta anak yg kematian ayah.. serta isteri kematian suami wpun satu yg lazim dlm filem namun bila dipaparkan dlm PASKAL telah menyentuh hati ku... dan tertumpahlah air mata ini tanpa dapat ditahan-tahan lagi..
Klu anda dan keluarga ingin menonton filem Msia.. sy sekadar mberi pendapat peribadi... ini filem yg boleh mbawa sesuatu yg boleh dihargai..
Syabazz semua pihak yg terlibat dgn filem PASKAL
OT
Tajuk 1391 : Proses menyiapkan proposal..
Salam....
Sy pernah nasihatkn..
1. Utamakn bidang kajian yg anda ada pengetahuan tentangnya
2. Anda boleh gabungkn bidang lain dlm bidang anda ikut kesesuaian dgn bidang anda lebih dominan
3. Anda boleh extend bidang anda dgn kajian yg mmerlukan analisis yg lebih advanced misalnya
4. Elakkan buat kajian dlm bidang baru bagi anda yg juga baru bagi SV anda
5. Anda boleh blaja bidang baru.. selepas dpt PhD dlm bidang anda.. bukan ketika nk buat PhD
6. Dare to say no... klu SV dok tekankan kajian anda dlm bidang lain dari bidang anda... nak2 jenis yg suruh baca artikel tak abis2.. pastu dia sendiri tak brapa nk tahu...
OT
Tajuk 1390 : Fungsi proposal..
Dialog baik punyer..
PG: Boleh ka sy nk PD ?
SV: Proposal awak belum 'tough' lagi
PG: Apa perlu sy buat ?
SV: Bagi 'kemas' lagi tulisan awak
PG: Tapi sy dah 4 semester... dah byk kali baiki
SV: Tak pa...
Fuhhh...
1. Inilah miskonsepsi besar terhadap fungsi proposal yg sifatnya hanya idea awal utk mulakn research... bukan pendetailan yg meleret-leret spt xberkesudahan
2. PG buntu bila dikatakn proposal belum 'tough' dan perlu 'diperkemas' tanpa apa2 cadangan
3. Masa 4 semester terbuang hanya nk layan karenah proposal yg tak sudah2 tentu suatu yg menyakitkan
4. Sikap 'tak pa' bukan sikap yg professional
OT
Seri Msia P. Pinang
Tajuk 1387 : Adakah aku yang terkhilaf?
1. Bengkel di Penang semalam aku dapat banyak persoalan. Seorang jurulatih untuk guru prasekolah mendatangi aku. Kajiannya menggunakan satu model kit sains untuk generate minat terhadap sains. Pertemuan dgn SV sungguh membengongkan beliau kerana:
a. SV pertama minta dia dapatkan teori utk kajian kuantitatif
b. SV kedua minta dia buat kajian experimental pre-post
c. Pihak jabatan cadangkan pulak SV ke3 dari fakulti sains, kerana kajian menggunakan kit sains... adoi.
2. Aku yang mendengar terus terkejut macho... masakan kajian terhadap kanak-kanak 4-5 tahun nak dibuat kajian kuantitatif dan nak buat apa diimport SV dari fakulti sains? Ini bukan kajian sains tetapi kajian reaksi dan komunikasi kanak2 terhadap kit sains. Tajuk kajian yang telah dibincang siap dgn IV dan DV... sah kajian kuantitatif.
3. PG tersebut sendiri tak tahu nak mula kat mana, nak buat soalan pre-test macamana, dan apa pulak teori nak guna.. sedang sepanjang dia menjadi jurulatih dan guru prasekolah, anak-anak ini hanya boleh lukis gambar sahaja. Lalu timbullah istilah 'saya ni mentimun'.. abis nak buat camner?
4. Ketahuilah...
Kajian yang melibatkan kanak-kanak yang belum mahir membaca dan menulis atau menjelaskan sesuatu hanya sesuai dgn genre kajian kualitatif dgn observation sebagai prominent design.
5. Aku tidak faham, kenapa situasi ini wujud sehingga PG tertekan (aku jadi tempat mengadu). Sebagai SV, tidak perlulah mengambil PG utk kajian yang kita tidak ada kepakaran sampai menyusahkan mereka.
OT
Tajuk 1386 : fungsi 'NOT' dalam Mendeley..
Masih lagi fungsi 'NOT' dalam Mendeley
Ramai yang masih tak mahu guna fungsi 'NOT' yang boleh memberikan fokus kepada pencarian menggunakan Mendeley.
Berikut foto kajian 'Big Data' dalam 'learning' dengan dan tanpa melibatkan perkataan 'analytics'
Dgn menggunakan 'NOT title:analytics' maka artikel yang diperolehi semakin fokus.
Foto 1: Tajuk artikel dgn analytics
Foto 2: Tajuk kajian tanpa analytics
OT
Tajuk 1385 : Tak leh buka Mendeley - guna previous version
Sekali lagi... jika anda bermasalah dgn latest version Mendeley, yang tak boleh anda download, boleh sahaja kekal dgh old version.. macam tak ada beza sgt pun. Sila download disini dari website filehippo (selain dari website Mendeley)
Link : https://filehippo.com/download_mendeley/82519/?fbclid=IwAR1Lj3LvVYgsa9HEAot04yhh_cipd38GOthw-TSKsV1VnytwxpocCiDw1Nc
OT
Tajuk 1384 : Mudah kerja Dengan 2 monitor dgn 1 CPU..
Semua dpt dibuka serentak.. dan kerja menulis dan mbaca juga dilakukan serentak.
Beralihlah kpd dual monitor...speed up you writing and reading.. and preparing articles...
Foto - ini desktop aku di ofis
OT
Tajuk 1383 : 13 individu pakar lagi superhero dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN)..
Status terbuka untuk anda dan 13 individu pakar lagi superhero dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN).
-----------------------------------------------------------------------------------
Pendidikan Msia menuju pentaksiran - UPSR ke PPSR.
Im a realistic person. Idealistik ok.. tetapi perlukan langkah yang realistik utk melaksanakannya. Ini pendapat 'realistik' aku tentang senario pendidikan Msia dan kebimbangan ibubapa jika exam diganti dgn pentasiran berterusan... yang dikhuatiri terlaksana sekadar dipinggiran...
1. Exam dikaitkan dgn sijil. Sijil adalah indikator utama utk masuk pengajian peringkat lebih tinggi dan seterusnya dapat kerja.
2. Tanpa exam yang kerap, ibubapa yang 'prihatin' terutama yang berjawatan dgn SES yang tinggi tak tahu samada anak mereka berstatus A, B atau E.
3. Tanpa gred, ibubapa tak tahu samada anak mereka perlu latihan tambahan atau sebaliknya
4. Mereka juga tak yakin, tanpa exam, anak mereka akan belajar
5. Mereka lagi tak yakin guru dapat menjalankan tugas pengajaran dgn baik tanpa tekanan exam kerana guru selama ini terlatih dan terbiasa dgn pengajaran utk menyediakan pelajar menduduki exam.
6. Mampukan sekolah dan guru menjadikan 3 tahun pertama (tahap 1) sebagai 'character building' jika jumlah murid masih sesak dalam satu kelas ... kebergantungan kepada buku teks ... dan approach pengajaran masih tidak berubah?
7. Kata-kata spt 'exam mendatangkan stress' dan 'exam tidak menguji potensi sebenar murid' belum cukup baik jika alternatifnya continuous assessment tidak berjalan secara efektif dan efisyen.
8. Keprihatinan juga tertumpu kepada individual murid. Adakah guru boleh beri perhatian kepada individu dalam menjalankan aktiviti. Besar kemungkinan ada kelompok murid yang lebih terkehadapan dan mendominasi apa sahaja aktiviti sehingga berlaku 'ketidakadilan' dalam penilaian dan pentaksiran.
9. Ibubapa yang 'berkemampuan' tahu anak mereka ada byk advantages dgn sistem exam, maka menghapuskannya akan mengurangkan kelebihan ini, sedang anak2 disadvantages belum tentu dapat dinaikkan potensi mereka. Ibubapa khuatir yang dikendong tak dapat, yang dikejar pun berciciran...
10. Tak perlulah pergi Finland. Sekolah international di KL pun banyak dan lebih berjaya menjalankan continuous assessment kerana bilangan murid yang kecil, kemudahan yang tip top serta peer dari kelompok yang 'advantaged' yang tak wujud di sekolah kerajaan. Mereka juga mengambil guru berpengalaman dgn kelulusan tinggi - pendek kata guru terbaik dgn kemudahan tip top!
Mari fikirkan sebentar...
UPSR misalnya tidak dimansuh tetapi dicairkan menjadi PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) dgn merangkumi element lain iaitu PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum), PPSI (Pentaksiran Psikometrik), PASR (pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah - utk murid bkeperluan khas).
Persoalan - mampukan sekolah melaksanakan PBD, PAJSK, PPSI dan PASR sebagai elemen meningkatkan potensi INDIVIDU murid dan dalam masa yang sama melaksanakan DSKP dgn berpuluh2 elemen berikut?
Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizizkal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai
Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai
Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.
Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan
Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta
Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah
Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen
Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul
Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
2.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
3.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.
4.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
5.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.
6.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.
Dua belas Sikap saintifik dan nilai murni
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.
Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik
Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT
Dan yang berikut, dah tak larat dah aku nak tulis...
Empat tahap standard proses sains
Tujuh langkah penyiasatan saintifik
Lima tahap penguasan standard prestasi...
Memang mudah 'pakar' menyenaraikan apa sahaja tetapi melaksanakannya adalah perkara berbeza. Apa jaminan penambahbaikkan akan melibatkan semua aspek ini, bukan sekadar menambah lagi senarai panjang di atas.
Be realistik.
OT
Tajuk 1382 : Pentingnya masjid dari mendaki..
Aku tahu ramai yg suka kata2 spt ini... sampai beratus ribu share ... khususnya kaum hawa dan aku suka juga memikirkan akan kata2 spt ini...
1. Ia sindiran kpd kelompok yg sanggup mdaki gunung tapi xpergi masjid. Sindiran ini tidak perlu kerana byk manfaat mdaki gunung... dan bila dah pergi jauh.. musafir.. ramai yg tetap mjaga solat dan mjadikn bumi Allah ini tempat sujud.
2. Ramai sgt kah yg mdaki gunung bbanding tak mendaki apa2 tapi tak gi masjid?
3. Pernah ke penulis kata2 ni mendaki gunung?
4. Kaitkan dgn mati... sdg kematian tidak siapa yg tahu..
5. Sindiran ini spt menyatakan yg mendaki dah mati baru akn dibawa ke masjid... sdg kitapun tak tahu siapa yg lebih mulia.. yg mati ketika mamanjat gunung atau mati sakit dlm hospital atau mati ketika menuju ke masjid. Ada sesapa boleh tahu apa ada dlm hati mereka... niat dan amalan mereka sebelum mati ?
6. Tulisan ni cuba kiaskn kpd pendaki gunung...yg tinggal sebelah masjid.. sanggup pergi jauh2.. tapi tidak pergi ke masjid. Penulis ada kepastian ke yg kiasan ini spt yg diandaikan ?
7. Siapa boleh tahu yg mdaki gunung mati bukan dlm husnul khotimah ?
8. Tentulah lebih byk pengalaman mereka yg mendaki gunung dan juga sering solat di masjid
9. Jgn kerana kita tak mdaki gunung.. kita boleh kiaskn begitu sekali..
10. Adakah mesti setiap kematian dibawa ke masjid ?
OT
Tajuk 1381 : SV penting utk selesaikn PhD..
SV penting utk selesaikn PhD. My simple advice..
1. try to find a new SV who are expert in your field of research in the same uni
2. stick with your SV and get another members of the supervisory committee who are knowledgable in your field from your uni or from other uni (if possible)
3. change uni and look for a more competent SV
Dont let yourself be in uncertainty...
OT - Gud luck
Tajuk 1380 : Conference.. Colloquium.. seminar presentation..
I KISS u babe !
Conference.. Colloquium.. seminar presentation
Aku selalu gak present kat conference 'a formal meeting in which scholars gather in order to talk / present about ideas related to a particular topic" sambil makan2 dan jalan2.
Jadi, bila aku datang conference atau apa2 presentation aku nak bkongsi apa2 idea terkini yang menarik dari scholars seluruh dunia .. bukan nk dengar org meracau tak tentu hala.. Maka belajarlah semasa bentang dalam seminar dalam kelas misalnya semasa jadi PG.
Kena ingatkan selalu... sbb dunia PG diboringkn dgn stereotype.. klise.. dan amalan turun temurun yg ntah apa2.. main ikut jer.. boring tau tak ?
Ini species boring sbb asyik meracau.......
1. Present paper syok sendiri... menjela2 dia tulis ... menyusahkn pengerusi majlis
2. Semua benda yang dia buat nak bagi tahu.. dia ingat semua partisipan yg hadir tu kayu
3. Ada yang macam kena tambat di rostrum... tak bergerak2 mcam trak rosak
4. Ada juga yang pegang kertas sambil baca ...ingat baca berita ke?
5. Tak kurang yang baca direct dari slides yg dia sedia menjela2.... dia ingat ini kelas orang dewasa
6. Ada plak yang recycle slide masa dia viva ..dia ingat dia diva...
7. Ada yang perasan macam keynote speaker.... muqaddimah dia jer dah 20 minit tapi lom mula2..
Ketahuilah...
1. Kita datang konferens sebab nak tahu topic kajian tkini yg novel dan menarik dalam bidang yang ada kena mengena dengan kita dan cuba bina networking. Jika berminat dgn sesuatu tajuk barulah kita approach presenter tersebut to know more.
2. Jgn pulak lepas present paper sendiri terus chau... nak2 paper hari pertama, paper slot pertama.... tunggulah sampai abis conference
Sedikit tips
1. Masa diberi 20 minit.... 15 minit + 5 minit Q & A... jadi tunjukkan sahaja apa NOVEL pada kajian dan dapatan serta keperluan utk dikembangkan idea tersebut
2. Jadikan presentation anda "catchy" ... bukan macam mjela2 mcm VIVA .. hambar !
3. Slide dalam 5 -7 dah cukup ... hanya perlu jelaskan apa yang "menarik" dan "novel" dalam kajian utk dikongsi dgn partisipan yang lain.. bukan membebel.
4. Tak perlulah bincang methodology yg lazim kerana partisipan boleh baca lanjut dalam prosiding atau jumpa lepas tu... omputih kata:
KISS - Keep it short simple
5. Persembahan bukan nak ganti artikel atau kajian yang dibuat. Persembahan sekadar memberikan gambaran ringkas tentang kajian. Tahu tak maksud ringkas ? Kena nak kena explain menjela2 jugak?
6. Tarik perhatian partisipan dgn relate kajian anda dgn isu global ... isu terkini yang hooked... sebab mereka datang dari seluruh pelusok dunia.... pelawa mereka tanya soalan...
7. Elakkan terms yang bsifat local.. mcm KBAT.. IPT.. gunalah HOTs, HEI (Higher Educational Institution)
8. Slide PowerPoint masukkan hanya point yang power2 jer ! Kalau power giler lagi bagus !
9. Kalau ada product....tunjukkan.. atau tunjuklah video clip supaya partisipan boleh imagine apa anda buat... atau jika ada courseware, animation, app dll... demo beberapa minit.... baru lah REAL .. boleh tenganga partisipan yg tadi dah nak lena ..
10. Nama dan institusi tulis di slide awal... supaya dia tahu sapa yang present dan alamat lengkap serta contact / email di slide akhir jika ada yg berminat nak tahu lanjut.
Abis tu bro... ramai jer yang present ala2 viva.. macam diva..
Itu bukan diva tapi MERACAU tahap dewa !
OT
Tajuk 1379 : Please believe me that there is no such thing as a short cut in thesis writing !
Seorang Prof berjawatan tinggi kira-kira 4 tahun lepas menghantar emel kpd salah seorang penganjur bengkel saya, mungkin penganjur tersebut adalah supervisee beliau, emel di forward kepada saya. Ini isi emel tersbut.. yg menunjukkan beliau tidak tahu dan tak mahu tahu.. tapi terus buat assumption.
Saya sebagai salah seorang professor telah mengraduatkan dan sekarang menyelia beberapa pelajar Master dan PhD dan tidak pernah mengajar dan menyelia penulisan tesis secara cepat. Penulisan thesis adalah berdasarkan penorakaan ilmu berasaskan penyelidikan. Please believe me that there is no such thing as a short cut in thesis writing. Perlu focus dalam membuat penyelidikan dan sentiasa berbincang dengan penyelia. Mohon dapatkan bimbingan daripada penyelia jika menghadapi masalah"
Prof tersebut telah bersara dan ini jawapan saya ketika itu....
Salam Prof (panjang lagi salutation dia),
Saya tidak mengajar "menghasilkan content" mana-mana tesis secara short-cut, tetapi saya berkongsi pengetahuan bagaimana menjalankan Literature Search dgn operater Boolean dan search modifier, pengurusan ratusan articles, pengasingan artikel berdasarkan tema, menggunakan keywords dalam pencarian isu yang releven, mencari artikel yang high impact, mencari leading authors dalam bidang masing2, menentukan territory atau fokus dalam bidang masing2 semunya menggunakan integrasi 3 tools iaitu Mendeley sbg Reference manager, Scimago dan ZDOT.
Untuk pengetahuan Prof, perisian Mendeley adalah kepunyaan ELSEVIER dan ia percuma, Scimago pula powered by Scopus dan ZDOT adalah templat word processor. Maka pencarian artikel yang high impact dan releven dengan leading authors perlu dikuasai terlebih dahulu, diikuti dgn pembacaan yang bersistematik supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.
Contoh1:
Saya boleh tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan 30 artikel terbaik dalam bidang multimedia dan animation misalnya, yang hanya Q1 dan high impact journal, ditulis oleh leading authors dalam bidang tersebut hanya dalam masa 30 minit. Pelajar siswazah yang baru, mungkin mengambil masa berminggu2, malah tidak pula memperolehi artikel yang high impak. Tentu ada beza 30 artikel dalam 30 minit berbanding 30 artikel dalam 3 minggu yang dipetik dari pelbagai sumber tanpa diambilkira ranking jurnal tersebut.
Contoh2:
Pelajar siswazah boleh menyusun 30 artikel terbaik tersebut, mengikut tema2 penting spt keyword, teori, analisis data dll dalam 20 minit (dilakukn dgn Mendeley) sedang ramai pelajar siswazah tidak tahu apa yang hendak dibaca, artikel mana dulu dan mana kemudian lalu mengambil masa berminggu2 untuk menyusun secara manual dalam folder2, malah kekusutan ini berlaku sepanjang pengajian mereka.
Contoh3:
Menulis dan menyusun idea dalam tesis adalah satu lagi cabaran besar. Ini belum dikira utk menyusun puluhan rajah dan jadual. Hanya dengan menguasai References dan Cross References dalam ZDOT, semua kerja2 penyusunan ini dilakukan secara otomatik. Malah, pelajar yang sedang menulis pada muka surat 200, boleh merujuik rajah atau jadual yang berada pada muka surat 10, misalnya. .
Contoh4.
Menulis rujukan / citation adalah kerja yang perlu dilakukan berhati2 dan menjerihkan. Mendeley akan membantu pelajar menyediakan rujukan mengikut format yang dipilih secara automatik dan menyusunnya mengikut alphabetical order. Maka fokus pelajar tertumpu kepada membaca, memahami isi, membuat analisisi yang kritikal, kerana kerja2 penulisan citation / references diambil alih oleh Mendeley.
Cukuplah sekadar 4 contoh di atas dan ia bukan short cut dalam memahami content, tetapi mengurangkan dgn banyak dan signifikan kerja2 buruh yang berbelit-belit sehingga ramai pelajar sisiwazah hilang arah dan demotivated.
Motif saya supaya pelajar siswazah memanfaatkan tools spt Mendeley (ELSEVIER), Scimago (Scopus) dan ZDOT (MS Word) untuk menghasilkan tesis yang berkualiti semoga GOT (graduate on time) sebagaimana automasi mesin membajak, menyemai, memotong dan mengisar padi, yang mencepatkan proses mendapatkan beras, bukan mempercepatkan proses pembesaran dan padi.
Saya ingin membantu pelajar siswazah berkeyakinan tinggi kerana fokus mereka adalah menguasai pengetahuan dari pembacaan berkualiti tinggi, lalu fokus kepada menjalankan kajian bagi menghasilkan tesis berkualiti tinggi, bukan tertumpu kepada isu pencarian artikel, pengurusan artikel, pembacaan artikel yang banyak tetapi tidak releven, berkualiti rendah, terganggu oleh penulisan citation, jadual, rujukan. proses editing yang berbelit-belit dan menjerihkan.
Moga Prof mendapat sedikit penjelasan. bahawa "Tulis Tesis Cepat" bukan short-cut tetapi memanfaatkan research tools bagi penulisan yang efisyen bagi menghasilkan tesis yang berkualiti, mudah-mudahan mencapai hasrat GOT.
Othman Talib
Tajuk 1378 : Mahsuh peperiksaan murid tahap 1..
Aku menulis puluhan status tentang pentingnya fokus diberikan kpd Tahap 1 .. tanpa exam dan gred .... tapi aspek lain termasuk readiness to learn dgn sistem penilaian yg betul dgn pengajaran yg menepati keperluan anak2 Tahap 1 tersebut. Aku cadangkn ..
1. Dptkn parents yg sempat menghantar anak mereka belajar di obersi yg melalui sistem tanpa exam dan gred diawal2 psekolahan dgn apa yg ank mereka lalui di Msia pula. Ini lebih realistik kerana mereka dan ank mereka telah melalui 2 sistem tersebut.
2. Lakukan secara pilot dahulu supaya berlaku soft take off... jgn tergesa2
3. Semua bahagian termasuk buku teks perlu terlibat
4. Fokus kpd aspek diagnosa dan pemulihan
5. Sekolah pilot dgn hanya max 30 murid bermula Tahun 1 dahulu
6. Juga dapatkn wakil2 internasional school di Msia yg amalkn sistem tanpa exam dan gred di Tahap 1
7. Dari situ guru perlu touch up skills sesuai dgn environment yg diperlukan
8. Jgn panggil ntah sesapa then gelarkn mereka pakar.. pakar apa ?
9. Orientasi PnPc dan BBM mesti memadai n sesuai
10. Jgn bagi yang tak ada pengalaman sekadar teori dan kedudukan tinggi dari guru utk memantau..
Cukup dulu...
OT
Tajuk 1377 : Sapa kata tak ada peperiksaan?
1. Ramai yang kaget pasal pemansuhan peperiksaan. Aku percaya KPM hanya akan mansuhkan peperiksaan setara. Peperiksaan setara adalah peperiksaan standard pertengahan dan akhir tahun peringkat sekolah (mungkin daerah juga) yang semua murid dari satu2 tahun akan mendudukinya disekolah masing2.
2. Pemansuhan peperiksaan ini akan diganti dgn PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) yang sering disebut. Ini bermakna ujian bertulis (spt format peperiksaan standard) .. diikuti dgn penilaian formative yg pelbagai tetap ada bagi menguji murid utk mengetahui tahap penguasaan mereka dgn cara yg lebih flexible.. dgn kenahiran2 yg lain juga ..bukan tertumpu semuanya hanya kpd exam n gred peperiksaan standard spt sebelumnya.
3. Ini bagi mengelakkan ppemikiran murid dan ibubapa bahawa pembelajaran hanya tertumpu utk sediakn murid menjawab exam (dgn adanya pperiksaan standard yg setara) diikuti dgn gred... tanpa ada penilaian yg lain.
4. Maknanya juga ibubapa masih boleh mengetahui perkembangan murid, cuma mungkin bukan hanya dlm bentuk gred. Soalan2 ujian bertulis ini disediakn oleh guru kelas dgn cara mereka sendiri... bukan lagi standard utk semua kelas.
5. Bila di sebut PBD, tentunya timbul persoalan - sejauh manakah guru mampu menjalankan PBD jika sistem masih dgn subjek yang banyak... menggunakan buku teks yg tebal2, curriculum mengikut standard (DSKP) yang ingin dicapai dll? Bagaimana pula bentuk intervensi / pemulihan utk murid2 yang didapati tidak dapat mengusai apa yang diajar dalam bilik darjah ?
6. Aku fikir baik jer permudahkan dari DSKP kepada 4M yang berasakan competency-based education. Tiada subjek yang khusus tetapi semuanya mengikut thema. Katakan penguasaan mengira 1-10, ajar sahaja thema ini dibawah pengiraan asas (M1) tanpa perlu diadakan subjek maths yg khusus. Kemudian menulis dan membaca (M2, M3) pula dengan thema spt mengenal huruf dalam BI dan BM. Kemudian memahami / menaakul (reasoning M4) dimasukkan dalam mana-mana thema yang sesuai.. termasuk dlm aktiviti yg dijalankn.
7. Jadi tak adalah terbeban dgn subjek yg banyak, silibus spt dalam DSKP yang rigid. Guru perlukn flexibility utk laksanakan PBD. Masa pengajaran berjalan dgn banyak aktiviti dan interaksi dgn dimasukkan nilai2 dan adab. Subjek khusus agama juga tidak ada tetapi wujud thema spt solat dan tulisan jawi yang dilakukan dgn praktis.
8. Menteri ada sebut character building (termasuk patriotism) yg aku fikir boleh saja berlaku dgn 'well trained' teachers dan persekitaran sekolah yg juga berkarakter... tanpa perlupun subjek spt sivik. Klu bulan Ogos umpamanya.. semua aktiviti pengajaran thema2 dgn 4M menjurus kpd patriotism... ada masalah ?
9. Jgn takut... KBAT masih ada.. malah PAK21 lebih ketara dgn PBD. KPM cuma perlu bincang secara dalaman betul2 ... panggil semua bahagian.. BBT... BPK.. dll tu dan bukan bincang dgn pakar yg entah apa kepakarannya. Malah ada yg mungkin DSKP pun tak pernah tengok !
10. Klu lah panggil perlaksana spt guru utk bbincang hanya utk beri arahan 'you are here not to change anything...' sambil mbetulkn blazer mahal atau tudung berswarovski... mcm lah guru ini xtahu apa2 ... baik tak payah. Klu masih ada perasaan aku di atas ni lebih hebat dari guru disekolah yg layaknya hanya utk ikut arahan kena buat itu dan ini ... eloklah betulkn mantaliti tersebut... tak cecuai dah utk dunia pendidikan abad 21...yg dilaung2kan sendiri oleh KPM.
OT - aku plak yg ulas... cikgu relex jer...
Tajuk 1376 : Kaitkan proposal dgn gap ?
Aku sayang kamu...tapi ada GAP antara kita ? Aku abadikan perasaan ini dalam sebuah NOVEL cinta...
Pertama:
Saya terima mesej (rujuk status semalam) sorang calon HLP yg terkedu bila dikatakan proposalnya tiada GAP. Kegilaan gap ini suatu yang sangat menyentuh minda aku sejak dulu.
Bertanya 'Mana research gap?" dalam satu even sepenting temuduga adalah perbuatan yang sgt tidak wajar. Untuk apa?
Kedua:
Saya dgn ini nak minta penal2 temuduga supaya jelaskan dahulu maksud 'research gap' sehingga boleh difahami dan buktikan ia satu kewajipan malah kemestian yang perlu ada dan bagaimana ia perlu dipersembahkan dalam mana2 proposal seperti mana keperluan utk menyatakan masalah kajian, kaedah dan analisis yang dicadangkan. Jgn bercakap atas angin kemudian merendahkan mereka yang 'gagal menunjukkan gap'.
Note: Kalau anak saya ditanya soalan itu, saya akan berdepan dengan panel tersebut dan minta dia jelaskan kepada saya selepas temuduga. Panel hanya jalankan tjawab sedang budget HLP adalah duit rakyat, bukan duit ahli panel sehingga bertanya soalan yang dia sendiri mungkin tak faham.
Ketiga:
Bukalah ResearchGate dan baca perbincangan tentang GAP... semuanya berbahas menjela2 tanpa satupun bagi maksud yang disepakati. Kenapa? Kerana gap adalah elemen yang cuba diada2kan sedang yang patut dibincang adalah novelty, bukan gap. Ada 37 jawapan dan beratus recommendation dalam forum ResearchGate yang berpusing2 tentang maksud research gap. Ini perbincangan dikalangan scholar, bukan cikgu sekolah yang nak minta biasiswa HLP. Mereka sesama merekapun pening.
Keempat:
Novelty adalah satu elemen dalam research yang membawa kepada contribution to knowledge seperti
1. membina / revised satu instrument
2. menguji model fiteness
3. meneroka tema2 dalam satu fenomena (kualitatif)
4. menghasilkan satu prototype / model / modul
5. menguji satu teori dalam kontek / sampel berbeza
6. mengulangi satu strategi dgn method berbeza
7. menguji gabungan beberapa teori
8. menghasilkan algorithm
9. menghasilkn simulasi / animation / pilot plan
10. mengupas manuskrip (kualitatif)
11. menguji keberkesanan satu intervensi
12. Tambah sendirilah.....
Kelima:
Ada yang kata #5 di atas misalnya bukan gap. Memanglah sebab novelty adalah novelty.. gap is out of question. Katalah PG (PhD) ingin menguji multimedia learning theory (MLT) oleh sifu Richard R. Mayer yang dijalankan kepada pelajar menengah utk diuji pula kepada murid Dyslexia, misalnya.
PG tersebut mesti .....
a. menguasai dahulu MLT
b. mengupas semua dapatan MLT terdahulu
c. menguasai teori psychology, pembelajaran serta neurology-based instruction anak2 Dyslexia
d. membina instrument dengan menyesuaikan MLT dgn aspek neurology-based instruction utk anak2 Dyslexia
e. melakukan validation demi validation
f. keperluan aspek observation kepada mereka anak2 Dyxlexia
g. menjustifikasikan mixed-methods
i. memilih prosidur kajian yang sesuai
j. menentukan analisis yang berkaitan
Kesimpulan:
Tentu sahaja apa yang dilakukan di atas dari a. - j bukan kerja mudah.. memerlukan pembacaan yang mendalam dan kritis dan seterusnya menjalankan kajian yang NOVEL. Dapatan kajian akan memberi satu insight kepada aplikasi MLT yang digabungkan dgn neurology-based instruction anak2 Dyxlexia utk menyumbang kepada knowledge.
Jadi apa KEPERLUAN nak kaitkan proposal dgn gap ? Utk apa? Utk perangkap atau serkap jarang ?
OT
Tajuk 1375 : Jangan rendah dirimu berakhir dipentas konvo..
1. Master / PhD in nature adalah academik research... melalui proses penilaian summative (research progress) dan formative (PD dan VIVA).
2. Tujuan utama utk memberi pengetahuan dan kemahiran mbuat "original" research kpd calon.... menumpukan kepada "generation of some knowledge"... yang dijustifykan oleh publication... dan akhirnya.. naik pentas ambil scroll.
3. Namun bila dah dapat PhD....dipanggil Dr... renungkan bersama... supaya apabila anda pula bgelar SV.. tidak dgn tiba2 mengharapkan pula taraf research master / PhD yang luar biasa.... yang hasilnya lansung boleh mengubah dunia dan segala isi alamnya... yang sekali baca terus menyergah policy maker.... sedang thesis anda dan generasi2 sebelum anda dulu bukan pulak begitu hebatnya.
4. Kekalkn sifat humble sampai bila2... mpermudahkn urusan sesiapa sahaja...
OT
Tajuk 1374 : Kuliah sesudah suboh.. 4 min 26 saat sahaja !
- Ketahui the whole concept of doing academic research for PG.
- Kenapa pemahaman 'research gap' yg dimomokkan kpd PG adalah satu bidaah (dholalah)?
OT
Anda tak akn dpt penjelasan ringkas tapi menyeluruh begini ... cayolah ckp den...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















