.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 14, 2019

Tajuk 919 : Jom blajar cara nak bagi FEEDBACK



A. Bukan begini...

1.
Feedback yang mengandungi maklumat yang hanya diketahui oleh pemberi…. Tapi lansung tak ada idea bagi penerima.. “Bagaimana nak publish paper kalau macam ni lah objektif kajian awak?”.
2.
Feedback yang jump to conclusion….”Kalau macam ni LITERATURE REVIEW yang awak tulis, tak lepaslah PhD awak”…
3.
Feedback tergantung spt “OK... tulis dulu"
4.
Feedback negatif “Knp tulis finding macam ini? Ini bukan tahap PhD"... tu je feedbacknya
5.
Feedback yg baik tapi tak bagipun tak apa "Baca lagi.... baca lagi...."
6.
Feedback ini ada yg tanya.. tapi aku tak tahu nak masuk kategori mana "No gap no PhD.. so buy my book... "


B. Lebih sesuai begini...

a. “RESEARCH QUESTION nombor 3 ini perlu tally dgn objektif kajian yang u buat”

b. “Betulkan OBJECTIVE dengan memasukkan variable kajian”

c. “Sila rujuk artikel Author (2013) utk dapatkan OPERATIONAL DEFINITION"..

d. “Perlu baca juga tulisan Mayer dari tahun 2000 – 2004 utk tahu asas pembinaan teory ini dlm LITERATURE REVIEW"....

e. “Well done… the way you synthesized the argument for your variables in these paragraphs to support you thesis statement here is superb !”

Beri komen atau feedback…. dgn cadangan bukan lebih kpd tunjukkan kesalahan..

Salam sayang... salam Ramadan

OT



Tajuk 918 : Video for Luncheon Talk

8 MAY 2019

Video clip full version...
App Kimia Organic PERTAMA ini adalah satu pencapaian bsama sdr Azraai Bin Othman... jgn xtahu lebih mudah masuk jurnal IF dari masuk TV3 n NTV7 prime time news... video 1 min 22 saat ini sgt bmakna utk langkah commercialize selepas ini... (maaf kerana ada suara latar yg x diundang dlm clip ini....)


Tajuk 917 : Kenapa ada PG yang terpinga2... hilang punca sokmo diperingkat PG ....




1. Anda perlu explore sebab tajuk anda tentunya unik.. explore dari databases dan Mendeley. Explore secara sistematik, bukan buka google schoolar macam tu jer. Kena tahu primary keyword, secondary keyword, shared keyword... field of publication dll. Jgn main taram je


2. Anda tak ada pengalaman maka bina group utk saling bertukar pengalaman. Ini adalah SYNERGY ! Sapa yang kata PG is a lonely journey adalah mereka yang tinggal di lonely planet. Skit2 nk down... down to earth tak kena tempat

3. Anda dan rakan berbeza SV.. maka berkongsilah teguran dan pandangan masing2 SV. Kalau anda ada 3 kawan kamcing giler, spt anda ada 9 SVs yg anda boleh cedok pandangan mereka. Itupun kalau anda cari mereka ...

4. Berkongsi info bengkel analisis data utk dihadiri lebih awal dari senior... supaya tahu keperluannya. Jgn takut melabor masa dan skit kewangan kerana hasilnya sgt drastik... dan bombastik

5. Aturkan pertemuan kerap dgn SV diawal2 semester - crucial ! Tak perlu masa tertentu, tetapi tetapi paling tidak setiap bulan utk verify progress anda. Anda byr yuran ribu2 tau.... anda berhak dpt a gud supervision. Pertemuan mestilah ada 'substances' bukan touch-n-go... sampai ada yang driving 3 jam pergi balik, jumpa SV xsampai 30 minit dgn alasan ada meeting ! Demand for more meaningful discussion ma...

6. Blaja buat review article bila dah dapat tajuk... dan terlibat dgn atleast satu conference to feel the heat dalam bidang anda. Kalau dah 3 semester, satu conference / kolokium pun tak pernah tahu.... anda jenis tunggu bersuap dgn hal2 spt ini. Jgn salahkan SV sebab info berlambak dipasaran. Join jer kolokium IPTA/S lain... kadang2 RM50 jer dan lokasinya pun dekat dgn anda !

7. Jangka artikel yg bakal diterbitkan... tahu Scimago... tahu Clarivate...

Semua diatas adalah 'momentum' utk meletakkan anda dalam 'track' PG dan tidak tercicir atau menyimpang jauh lalu terpinga2... Anda bukan sahaja utk abiskan pengajian tetapi menceduk makna kesarjanaan. Kalau anda tak lalui sebahagian besar yang ditulis di atas... tentu ada yang memuyskilkan...

OT


Tajuk 916 : Lagi2 pasal tebal...



Maaf klu cara berfikir aku ini tidak popular. Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus artikel.. "tak PhD kalau tak membaca sampai menangis.." dan cari sampai ke akar umbinya.. jadi kalau baca bukupun agaknya mestilah dari kulit ke kulit… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, supaya sampai tahap PhD ! Kalau tidak... mana tahu PG tu ada pengetahuan tentang kajiannya?


Meh nk habaq sat... PhD dan research

1. Pengetahuan boleh dicari… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun... yang malang dah dapat PhD malas nak membaca..

2. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa / sedia ada.

3. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil beratus artikel sampai ke akar umbinya.

4. Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 high impact perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, cukup ditulis dalam artikel dgn beberapa helai pages ... bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala.

5. PhD tidak akan lebih baik dgn membaca ribuan artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yang baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat tuk terus meneroka potensi dalam bidang kajian !

6. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten. Kajian PhD yang hebat2 banyak yang datang dari idea yang simple dan praktikal….yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2 dan dipaksa2kan.. hanya kerana dogma "PhD mesti tebal".

7. Apa masalahnya tesis PhD yang relatively nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “outstanding” spt thesis di Jepun atau dissertation di US ?

OT


Tajuk 915 : She's crying....


Tahniah my angel Nor Tutiaini lulus viva dgn minor correction dan GOT.
Next target - best PhD student..
Alhamdulillah.... passed without gap !
OT





Tajuk 914 : A moment to remember....


My angel Nor Tutiaini's presentation...
Personally... she presented a fantastic slide presentation...
OT




Tajuk 913 : slide presentation

Ini 12 printed copies slide presentation angle Nor Tutiaini sebentar tadi atas permintaan...
Make it KISS... white space... (spt talk saya semalam..)
OT




Tajuk 912 : Phd Part Time



Aku minta izin nk petik kisah yg dipaparkan oleh angel aku Nur Farhana Ramli tentang kawan beliau..

"Hari ini aku rasa mahu menangis lagi. Turut rasa hiba dengan situasi sahabatku. Semester 6. Phd Part Time. Gigih dia ulang alik dari Uni ke tempat tinggal, 333km melalui lebuhraya Timur-Barat demi ilmu.

Hari ini dia Proposal Defend. 9 Pagi. Sebulan lepas dah dapat tarikh itu. Jantung dup dap dup dap sejak dari tarikh itu. Aku juga dapat rasa keterujaannya, memang dia teruja!.


Petang semalam pukul 6, Supervisor msg, dua-dua examiner kata perlu baiki proposal. Bab 1 dan 2 'too shallow'. Proposal Defend batal"

Respon aku:
Izinkan aku respon pasal proposal dan PD, tidak merujuk secara khusus kpd kes di atas, tetapi secara umum...

1. Susah nk fikir selepas beberapa semester berlalu, proposal PG masih 'shallow'
2. Jika di Oz atau setahu aku di Jepun pun.. dan maybe di US.. panel tidak ada kuasa melebihi SV utk 'mbatalkan' PD... kerana tujuannya utk menambah baik... dan klu ada isu2 yg betul genuine barulah mungkin kena PD sekali lagi.
3. Proposal mmg lah bersifat 'shallow' belum lagi mendalam sebagaimana thesis... dah pun namanya proposal.
4. Di US pun minta 5, 6 pages shj utk PD... dgn PG menerangkan idea utama sahaja bukan pendetailan
5. Aku sendiri minta PG aku sediakn 2 pages ROT dulu utk verify 'kedalaman' kajian menerusi PS.. RQ dan analisis data yg akan digunakan... tak perlu nk kupas dulu menjela2.
6. Terima atau komen dulu proposal PG... utk dia mulakan pembacaan mendalam.
7. Proposal hanyalah blue-print... dan tujuan asas PD adalah utk justify samada blue-print ini researchable dan menepati standard yang ingin dicapai.

OT


Tajuk 911 : 'missing element'



Ramai yg syahid tertimbun ketika mcari 'missing element' ini dlm timbunan literature.


Ramai lagi yg hilang tanpa dapat dikesan ketika mencari 'something has NOT BEEN DONE by ANY researcher so far'


OT

Tajuk 910 : Foto: Dia rasa tertampar dgn statement ini...


Ramai yg syahid tertimbun ketika menari 'missing element' ini dlm timbunan literature. Ramai lagi yg hilang tanpa dapat dikesan ketika mencari 'something has NOT BEEN DONE by ANY researcher so far'

Lalu bertanya.... Abis tu LR tu nak cari apa?


Respon aku sebelum berbuka:
1. Kita ada persoalan / isu / masalah semasa yang ada urgency yang nak dikaji, maka kita dapatkan teori dari LR dan review apa yang SUDAH dibuat untuk kita pastikan yang kita nak buat bukan repetition.

2. Ini bermakna kita melakukan kajian dgn menyelesaikan persoalan / masalah / isu lalu menambah pemahaman sedia ada tentang sesuatu persoalan / masalah / isu tersebut BUKAN mencari apa yang TIDAK dibuat lagi.

3. Sesuatu yang baru nak dibuat ada berbagai bentuk spt EXTENSION, ENHANCEMENT, DEVELOPMENT, EXPANSION, INTEGRATION, ADVANCEMENT, DESIGN dll mesti ada theory (esp quantitative) dari LR. Membuat sesuatu yang BARU (NOVEL) bukan filling the gap in the LR.

4. Sesuatu yang baru nak diterokai hasil dari pembacaan dari LR pula disebut EXPLORATION atau yang nak dikaji semula disebut REVISED, REFINEMENT ATAU RECONSTRUCTION.. bukan filling the gap in the LR.

5. Sesuatu yang dikaji yang menggunakan elemen baru bagi menghasilkan sesuatu product yang juga memerlukan pemahaman apa yang SUDAH dibuat dalam LR di sebut PROTOTYPE, SYNTHESIS... bukan filling the gap in the LR.

6. Semua 3,4 dan 5 di atas adalah penyelesaian kepada satu persoalan / isu / masalah semasa yang ada urgency dan signifikan yang CONTRIBUTE TO KNOWLEDGE mestilah researchable.. dan untuk researchable mestilah ada teori, method, varibles dll yang diketahui dari LR.

Straight forward je benda ni....

Itulah gunanya LR ..... bukan LR tu gunanya utk cari yang tak ada, yang hilang atau yang tak dibuat lagi !

OT


Tajuk 909 : Pengajaran dari VIVA..


Aku orang kedil. Aku dilihat weird. Semua orang berjalan kehulu beramai2.. aku lihat ada jalan yang lebih baik kehilir.. lalu aku terpinggir.

Ramai yang kenal Roselan Baki .... pensyarah cool yang sentiasa tenang mengucapkan kata dan sempoi kepada pelajar. Dato' Dr. Roselan Baki dah pun pencen tetapi kata-kata beliau dalam satu perjumpaan yang aku hadir


'Setiap manusia tidak sama... dan menetapkan satu standard yang rigid kepada apa yang kita setuju sahaja hanya akan mensia2kan potensi yang unik...'

Apa kaitan dgn VIVA?

Setiap PG adalah unik. SV perlu mencungkil keunikan ini dan mengembangkannya. Sama spt pemimpin, yang berjaya melihat potensi dan keunikan orang bawahan. Jgn kerana sedikit berbeza, dan status quo... kita terus mencantasnya. Abis cerita.

Ini apa yang aku lalui dari pengalaman sangat singkat terlibat dalam VIVA... utk berkongsi keunikannya...

1. Wording dalam tajuk kajian yang asalnya ditolak beberapa kali dan minta ditukar diawal-awal semester, kembali semula kepada wording yang sama oleh panel VIVA... lalu ia membuktikan terbuangnya masa di awal2 semester hanya kerana hal yang belum nyata.

2. Persembahan yang ringkas dan padat serta lancar adalah indikator penguasaan calon tanpa membaca satu persatu dari skrin.

3. Penyediaan slide yang ringkas memerlukan keberanian dan satu pemahaman kepada kajian sendiri. Betapa ramai yang copy and paste dari tesis utk disumbatkan dalam slide !

4. Berani mempertahankan hujah atau statement semasa VIVA sambil merujuk kepada nama-nama besar adalah sesuatu yang akan meyakinkan panel. Anda bukan sekadar tahu berhujah tetapi tahu sumber hujah tersebut.

5. VIVA adalah masa yang istimewa utk PG... masa utk touch up kajian mereka... bukan masa utk menunjukkan superiority !

Selamat berpuasa...

OT

Tajuk 908 : Petikan kisah benar


Dialogue yg tak sudah-sudah

A: What is your research gap ?
B: Maksud U?
A: Apa yg org lain tak buat lagi lah...
B. Knp saya kena tahu apa yg org tak buat lagi?
A: Utk mengisi knowledge gap
B: Module ni saya yg nk buat utk saya kaji... org lain tak buat benda ni sebelum ini bukan masalah saya..
A: Jadi apa gap yang U isi?
B: Saya tak isi gap... saya develop module
A: Ialah apa gap utk U develop module ?
B: Saya develop module utk apply strategi computer thinking dlm PBL... dan kaji kesannya dlm PnPc
A: Abis mana gap nya?
B: Adoii.. module ni novel... sbb computer thinking baru dlm PnPc.. tak ada kaitan dgn gap
A: Jadi gapnya tak adalah?
B: Gap apa lagi?
A: Utk isi kelompongan
B: Kelompongan lah pulak...
A: U ni tak faham.. takda kajian tanpa gap tau
B: Apanya yg xada. Module saya ni dah nk commercialize.. 4 artikel dah published.. tak ada kaitan dgn kelompongan...
A: Emm.. (melopong sambil berfikir utk mencari gap)


OT

Tajuk 907 : UPM..

Tesis pendidikan... dulu dan sekarang... hanya di UPM !


Tajuk 906 : Naskah selepas Suboh



 10 ALIRAN BERFIKIR TENTANG RESEARCH Master / PhD

Baca 10 aliran berikut dgn hati terbuka...

1. REsearch diperlukan kerana ada PROBLEM.
2. Problem mesti nyata wujud (termasuk secara hipotetikal) maka dikupas dalam PROBLEM STATEMENT
3. Dari problem statement yang nyata (ada rujukan / stat) maka disimpulkan dengan OBJECTIVE
4. Objektif kemudian di formulasikan dalam bentuk RQ
5. RQ perlukan measurement yang valid utk dapat DATA dan seterusnya di ANALYSIS
6. RQ perlukan teori yg didasari dari kajian lepas, maka diperlukan LR
7. REsearch mestilah signifikan dan dapatannya membawa implikasi PEMAHAMAN kepada masalah yang dikaji
8. Pemahaman yang novel ini adalah satu CONTRIBUTION to KNOWLEDGE dalam bentuk seperti refining the theory, methodology, understanding atau bersekali dgn PRODUCT spt SIMULATION, PROTOTYPE atau MODULE, MODEL, FRAMEWORK. Kesemua ini boleh dipohon INTELECTUAL PROPERTIES (IP).
9. REsearch diperingkat PhD mestilah lebih rigor dgn contribution yang JELAS dan dapat menghasilkan at least 2 articles. Semua di atas ditulis dalam satu manuskrip utk dinilai.. yang dinamakan DISSERTATION / THESIS.
10. REsearch adalah "SOLVE THE PROBLEM" bukan "FILL THE GAP". Masalah kekeliruan dan ntah apa2 bila problem disamakan dgn gap. Bukan semua gap adalah problem dan problem juga bukan gap !

Lebih mengelirukan bila dimasukkan perkataan knowledge gap dan gap analysis yang definisinya berbeza dari yang cuba dikaitkan dengan problem. Kalau nak guna dua perkataan tersebut, gunakan dgn definisi yang betul, bukan syok sendiri then dakwa orang lain tidak memahaminya.

FOTO 1:
Terima kasih kepada Linah Nurlina Bagu. Gap perlu dibuang dalam kamus perbualan dan interaksi PG. Statement dalam foto patutnya berbunyi...

"Kalau memang ada MASALAH yang ada urgency dan SIGNIFIKAN untuk dikaji berkaitan tajuk kita, maka pastikan kajian tersebut researchable (ada theory dan boleh diukur dlm jangka masa candidacy). Pastikan juga RQ yang rigor utk mencapai tahap master atau PhD dgn menghasilkan at least satu atau 2 artikel respectively..."

Lupakan sahaja GAP dalam perbualan, penilaian atau apa sahaja berkaitan REsearch.

Sebab itu artikel (Tadajewski & Hewer, 2011, p.450) menulis bahawa banyak kajian yang tergila-gilakan gap berakhir juga dengan ....
- The research questions being investigated are NOT VERY INTERESTING
- The research, although well executed, does not appear to make a sufficiently large contribution to the literature

FOTO2:
Ulasan seorang penganalisis menyebut sesuatu yang menarik utk dibaca tentang gap...dan kenapa beliau menyebutnya USELESS ?

FOTO3 dan FOTO4:
Artikel untuk anda baca kenapa research memerlukan problem yang baik dgn author guna istilah PROBLEMIZATION bukan gap.

Buang perkataan gap dalam pertanyaan bkaitan research !
a. GAP bukan keperluan dalam RESEARCH
b. Matlamat utama akademic research adalah to solve problem and to contribute to knowledge, bukan filling the gap
c. Gantikan sahaja pertanyaan
- 'What is your research gap?' kepada 'What is the specific problem you wanna solve / tackle / study?'
- 'I cant see you gap?' kepada 'I cant see you specific problem you wanna solve?'
- 'What is the gap you wanna fill?' kepada 'What is the specific problem you wanna solve ?'

SETTLED !

Jangan sampai ada dialog begini......
A: Saya ada masalah dgn majikan saya dan sedang cuba selesaikannya
B: Saya simpati tetapi saya tak nampak kelompongan yang awak cuba isi ... kalau saya nampak bolehlah saya tolong....
A: Terlopong...

Wallahualam..

OT - Sayang selalu !






Tajuk 905 : Berkongsi kelohan...



satu dari kelohan yg singgah di WA saya. Sy dah jawab dlm WA.

"Assalam Dr... terlebih dahulu saya memohon maaf kerana pm Dr... Saya merupakan student phd sem 5 di X. Baru selesai defend tapi sedih di reject mmandangkn banyak perkara perlu dibaiki dan tajuk juga perlu ditukar. Saya akui bnyk kesalahan saya dlm penulisan tersebut dan setelah dikritik ...i realised that memang perlu dibaiki dan dibentang semula.
Isunya.. saya agak sedih kerana saya lgsung tidak dibimbing. Walaupun memohon cadangan utk tajuk proposal. I hv done alone. Tidak pernah ada waktu utk berbincang atau melihat apa yg betul atau salah dgn proposal saya.
Perkara yg sama juga akan saya hadapi bila saya bertanya mengenai tajuk baru yg perlu saya submit utk dibentangkan, terpulang pada saya.
Allahuakbar.... saya rasa down sgt dan ada kala saya merasakan phd ini bukan rezeki yg Allah tentukan pada saya.
Sekarang ini saya cb mencari sisa2 kekuatan yg masih ada..bertanya kawan2 utk mencari semangat ..utk bgn dan mulakan penulisan yg baru.
Saya mohon maaf if saya mengganggu. Sekadar utk meluahkan... dan juga mencari semangat utk saya teruskan. Mgkin Dr ada nasihat utk tindakan yg perlu saya buat...."
Wassalam.

Tajuk 904 : 25 Jurnal "ISLAM"



25 Jurnal "ISLAM" indexed oleh ISI / Wos

AFKAR-JURNAL AKIDAH & PEMIKIRAN ISLAM-JOURNAL OF AQIDAH & ISLAMIC THOUGHT

AL-JAMIAH-JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES


ILAHIYAT STUDIES-A JOURNAL ON ISLAMIC AND RELIGIOUS STUDIES

INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC AND MIDDLE EASTERN FINANCE AND MANAGEMENT

INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC ARCHITECTURE

ISLAMIC INTER AFRICA

ISLAMIC LAW AND SOCIETY

ISLAMIYYAT-THE INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES

ISRA INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC FINANCE

JOURNAL OF ISLAMIC ACCOUNTING AND BUSINESS RESEARCH

CONTEMPORARY ISLAM-DYNAMICS OF MUSLIM LIFE

INDONESIAN JOURNAL OF ISLAM AND MUSLIM SOCIETIES

JOURNAL OF MUSLIM MENTAL HEALTH

JOURNAL OF MUSLIM MINORITY AFFAIRS

MUSLIM WORLD

JOURNAL OF ISLAMIC ARCHAEOLOGY

JOURNAL OF ISLAMIC MANUSCRIPTS

JOURNAL OF ISLAMIC MARKETING

JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES

JOURNAL OF SCIENCES-ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

JOURNAL OF SHIA ISLAMIC STUDIES

NAZARIYAT-JOURNAL FOR THE HISTORY OF ISLAMIC PHILOSOPHY AND SCIENCES

STUDIA ISLAMIKA

TURKISH JOURNAL OF ISLAMIC ECONOMICS-TUJISE

OT

Tajuk 903 : Hanya bbrp markah boleh bezakan masa depan anak-anak !



1. Sejak dulu aku berpendapat pendidikan awam (public education) adalah tentang membangunkan potensi semua anak2, bukan pengasingan yang dibuat sejak mula anak-anak memasuki alam persekolahan melalui gred.

2. Aku juga tidak bersetuju dgn tindakan menunjuk2 bilangan As diperingkat sekolah, baik tunjuk plakat atau apa saja sebab tiada lain maksudnya selain menujuk - inilah anak terbaik hasil sistem pendidikan !

3. Aku juga membantah banner yang dicetak dan dipapar dipintu pagar sekolah yang memaparkan sejumlah beberapa anak-anak yang semua As... dgn gelaran "Champion" atau yang sewaktu dengannya.

4. Begitu juga sekolah berprestasi tinggi dan lain2 sistem yang berunsur pengasingan berdasarkan skor. Apabila ada yang mempersoalkannya, barulah diambilkira prestasi kokurikulum dll aspek selain bilangan As.

5. Pengasingan (yang masih meletakkan As sbg kriteria) pada peringkat sekolah adalah suatu yang boleh dipersoalkan. Seseorang anak yang dapat 2 As dgn markah setiap subjek berbeza katakan hanya beberapa markah dari yang dapat 4, 5 atau 6 As akan mula terasing.

6. Perbezaan beberapa markah ini akan terus melebarkan mengasingan mereka kerana yang dipilih akan berada dalam persekitaran baru 'berprestasi'. Hanya kerana asalnya ada perbezaan beberapa markah ini lah juga, yang berada dalam persekitaran 'berprestasi' terus dijana pencapaian mereka. Inilah yang berlaku dan akan terus berlaku.

7. Ini tidak pula bermakna, anak2 yang terasing di sekolah biasa tidak boleh berjaya (ramai yang telah membuktikannya) tetapi berusaha dalam situasi berbeza tentunya tidak sama. Menjadi murid di sekolah harian biasa tentunya tidak sama dgn mereka di sekolah elitas. Sebab itu ibubapa 'meroyan' utk menempatkan anak masing2 di sekolah2 sedemikian, kecuali segelintir.

8. Atas alasan inilah kenapa semua sekolah perlu dilayan sama, tiada yang berprestasi dgn bantuan tambahan dan digilai ibubapa. Tentu weird anak yang berada disebelah pagar sekolah berprestasi hanya melihat dari dekat tetapi terpaksa ke sekolah lain pula.

9. Saya menulis tentang pendidikan asas yang perlu adil bagi semua anak-anak. Adil bermakna, yang kurang mendapat lebih perhatian, yang bekeperluan khas mendapat bantuan, bukan makin terperosok dipinggiran. Setelah mereka cukup bimbingan dan matang utk berdikari.. memasuki pra-uni dan menjadi dewasa... itu terserah kepada aqal budi sendiri....utk bersaing dalam dunia terbuka...

10. Memang sentiasa ada usaha utk memperkasa semua peringkat persekolahan... tetapi mestilah dengan satu premis yang lebih menepati tujuan pendidikan yang murni...

Wallahualam...

OT

Tajuk 902 : PG: Semak diri sebelum menuding jari !



Aku dapat pesanan dari seseorang yg menggunakan pesanan popular dari orang popular. Maksudnya PG perlu semak diri sebelum menjuding jari yg pihak lain tidak membantu. PG tak boleh ubah orang lain.... tetapi kena ubah diri sendiri...

Amboi.


PG perlukan bimbingan. Research bukan dipelajari sejak di sekolah. Research Master dan PhD bukan semudah bagi tips semak diri, nak buat boleh, tak buat pun tak apa, ada sapa kesah?

Aku belum pernah dengar ada PG yang mengeluh sambil tidur dirumah.. ponteng kelas Research Methodology lepas tu mengadu tak ada bimbingan. Yang ada adalah mereka yang awal2 semester bertungkus lumus, cuba mendapatkan guidance apa yang perlu dibuat... sehingga ramai yang sanggup terbang dari KK dan Kuching utk mengikuti bengkel2 berbayar di Semenanjung, sedang mereka dah berabis dgn yuran semester. Malah yang drive beratus km pun ada utk mendapat sinar melakukan kajian. Mereka bukan lagi semak diri, tetapi mengorbankan diri dgn apa sahaja yang ada utk mendapat panduan menjalankan kajian.

Mereka bukan nak suapan. Mereka nak panduan, verfikasi apa yang mereka persembahkan.. serta improvement yang perlu lagi dilakukan.

Cukup.

OT

Tajuk 901 : Bahan utk fikir jika anda sdg bina kaji selidik


Bahan utk fikir jika anda sdg bina kaji selidik

1.Factual item sometimes elicit invalid answers
2. What respondents say they do is not always what they always do
3. Respondents' opinions are ubstable
4. Respondents commonly misinterpret questions
5. Answers to earlier items can affect the later answers
6. Respondents often answer item even when they dont understand
7. The culture and context has an impact on the way respondents interpret the questions


OT

Tajuk 900 : Perkataan Extreme


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...