.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 8, 2013

Title 513: Calon baru PhD / Master - mencari tongkat ali dlm rimba sepi.......

Salam bro….. pelajar postgraduate (PG) mula mendaftarkan diri minggu ini diseluruh IPTA. Aku sempat berkongsi kehangatan ini di Dewan Tun Abdullah UKM…. …. tahniah !! Berikut beberapa pics yang singgah dilensa kamera aku pagi tadi....ketika PG UKM menghadiri sesi taklimat UKM...









  


  
Apasal tajuk ko rimba....analogi ker… ?

Ha ha… banyak ler ko punya analogi…aku cuma nak tulis perumpamaan calon master / PhD yang aku lihat di UKM tadi….ibarat seseorang yang sedang menunggu utk meneroka hutan rimba yang penuh misteri dan teka teki….

Wow…… real punya analogi tu….

Camnilah … PG yang baru mendaftar datang dgn penuh azam… cita2… persis seorang peneroka yang sedang menunggu dipinggiran  hutan rimba yang asing bagi mereka…..hutan yang bakal diteroka. Masing2 bersemangat, yang full time, part time jiwa penuh gelora! Masing2 mengharapkan SV sebagai pemberi pedoman supaya tidak sesat dan hilang panduan…keluar dengan selamat, membawa khazanah rimba sebagai syarat….sebelum gelaran PhD berjaya dinobat !!

Fuhh…. dalam sungguh analogi ko bro….

Belum dalam lagi tu…. Apa yang nak diteroka…kulit harimau…tongkat Ali…kacip Fatimah atau tanduk rusa? Emmm semuanya macam dah biasa dipersembahkan oleh peneroka terdahulu …. Mendengarkannya  pun dah membuat telinga berbulu….sehingga ada SV yang impikan khazah luar biasa utk ko teroka… yang belum ada sesiapa yang jumpa, termasuklah buluh perindu dan batu geliga.

He he….

Timbul persoalan…..berapa besar pula kawasan hutan rimba yang perlu diteroka? Ada SV yang kata, demi mencari buluh perindu…. demi mendapat batu geliga…. seluruh hutan mesti teroka….biarlah sengsara dan badan merana, biar bertahun berkelana demi hajat yang satu mesti dilaksana!

Makin dalam falsafah ko bro…

Berkatalah seorang peneroka…. yang hajat dihati utk mendapatkan juga tongkat Ali… namun disanggah oleh SV… dengan alasan tiada lagi bahagian tongkat ali – akar dan batangnya semua telah ditemui ! Lantas berkata lagi sipeneroka….. memang batang dan akar bukan lagi sesuatu yang sukar….kerana telah ramai peneroka yang membawanya keluar….. tetapi mencari tongkat Ali bukan sahaja akarnya yang perlu digali…tapi intipati nya yang kini dicari… sementelahan adanya teknologi…. menghasilkan serbok tongkat ali yang lebih berkualiti…! Menggigil SV menahan sabar….. kerana gelaran dukun tongkat Ali nya mula tercabar…. bila berhadapan dengan peneroka yang lebih berkalibar…..

Era kini semakin sensasi...panduan SV bukanlah hakiki….hutan bukan lagi misteri...dgn adanya Mendeley, Atlas.ti malah fesbuk....tiada lagi alasan hidup yang terlalu sibuk !

Gulp ! Cer ko tulis straight to the point bro…

OKlah… oleh kerana ko ni lembab skit bab analogi ni, aku straight to the point. Katalah ko adalah PG tersebut, yang baru nak mendaftar…. Ko ibarat penoraka sebab ko tak tahu apa yang bakal ko hadapi sepanjang tempuh pengajian ko yang ibarat hutan rimba yang penuh mistri.

Sebelum ko jumpa SV…. sebelum ko masuk hutan… ko perlu siapkan beberapa kemahiran supaya ko tak sesat dan jelas hala dan tujuan…

Mak ai… kemahiran apa pulak ko ni.. ? Setahu aku…. kalau ada laptop dan pitihPTN tu dah memadai.

Tu pasallah banyak yang sesat… bertahun2 meraba2 dalam hutan… tak tahu apa yang nak dicari… sehingga membuang masa dan menyeksa diri...

Cepatlah bro… apa kemahiran itu?

Pertama:
Kemahiran mencari bahan bacaan dari kajian terdahulu supaya tahu apa yang telah ditemui dan apa lagi yang masih perlu diketahui. Inilah kemahiran literature search supaya dapat dikumpul seluruh artikel yang relevan dan menguasai apa yang ko nak cari…

Kedua:
Kemahiran mengkategori artikel supaya ko tahu mana lembah mana gunung mana lurah dan mana lohong… maka kuasailah kemahiran reference manager dengan aplikasi Mendeley… 

Ketiga:
Kemahiran menulis dengan aplikasi document map…. ini ibarat kemahiran membaca peta agar tak sesat arah selatan ataupun utara

Keempat:
Kemahiran analisis data sama ada dengan aplikasi SPSS, AMOS, PLS, Winstep…. Kemahiran yang tidak akan diperolehi dengan kerja kursus…. atau ditimba dari SV….


Inilah ibarat PG yang bakal menempuh satu alam rimba yang asing dan penuh misteri. Oleh itu sayugia dinasihatkan supaya membuat persiapan awal kerana semangat boleh luntur, kudrat boleh hancur, kekuatan boleh kendur jika meredah hutan tanpa kemahiran yang teratur.

OT

Friday, September 6, 2013

Tajuk 512: Mendeley - Mencari semula citation dalam artikel dgn Annotations....

Aku nak buat simulasi..... katakan ko ada 100 artikel dalam Mendeley desktop ko.... then ko baca dan cite dua statement dari satu artikel, katakan artikel oleh Mayer and Moreno (2002) ke dalam proposal / tesis spt berikut:


Selepas beberapa lama ko nak semak semula kat mana statement di atas tersebut ko ambik. 

1. Sudah pasti ko tahu bahawa artikel tersebut dari Mayer dan Moreno (2002) dan ko boleh cari berdasarkan "Author" pada fungsi Search pada Mendeley

2. Wbp ko tak tahu pulak paragraph dan muka surat mana pulak statement tu berada dalam artikel tersebut. Takkanlah ko nak baca semula keseluruhan artikel...

3. Ko boleh highlight statement tu semasa ko nak cite...sebelum ko tulis dalam tesis ko tetapi ko masih kena cari jugak mana satu yang ko highlighted....cara paling cepat adalah dengan menggunakan Annotations !

Camno ko nak buat?

Ko buat cam ni.... 

1. Mula2 sebelum ko cite statement tu  kedalam tesis ko, ko "right click" atas statement yang ko nak ambik.....dan pilih "Add Note". 

2. Then dalam note yang muncul tu ko tulis lah apa-apa sebagai panduan ko seperti cite1.. cite2 dll. Then ko akan dapati cite1 akan appear dalam Annotations siap dgn page sekali dibawah ruangan Note spt berikut:





3. Apa yang ko perlu buat adalah klik sahaja cite1 dalam annotation ini dan ko akan dibawa terus ke statement yang ko cite tadi iaitu cite1....jadi tak perlulah ko membaca semua semua artikel utk tahu dimana statement yang ko dah cite 

Selamat mencuba.... jgn tak cuba.... kalau tak cuba tak dapek lah den nak tolong !!

OT


Tajuk 511: Double search Mendeley dan Bengkel di Accounting Research Institut UitM

Aku sedang memikirkan bagaimana utk membuat pencarian lebih effective dengan Mendeley. Aku try and error utk buat dua pencarian atau double search Mendeley. Memang tak ada perkataan double search tu....aku jer yang guna.  Ini memudahkan lagi pencarian jika ada banyak artikel.

Sebelum aku jelaskan apa itu double search....aku download beberapa pics bengkel tertutup di Accounting Research Institute Uitm Shah Alam......sudi2lah lihat rakan2 di Uitm tu.....



















Camner pencarian double search tu bro?

Katalah ko nak cari tajuk artikel yang ada perkataan "chemistry" yang di published dalam journal "Science Education" sahaja. Ko tak nak yang lain-lain....sebab ko nak fokus kepada 2 aspek itu sahaja...

Katakan ko ada senarai file berikut dalam Mendeley...sampai ratus2 artikel....




Mula2 ko pergi ke bahagian "Search" Mendeley....
1. klik Title: Chemistry.... 
2. klik Publication:"Science Education" 

Maka dalam Search tu akan tertulis dalam bentuk double search:

Title: Chemistry Publication: "Science Education"

Lihat contoh spt berikut dan ko akan terus dapat artikel yang berkenaan sahaja...iaitu artikel yang hanya ada tajuk Chemistry yang diterbitkan oleh Journal of Science Education sahaja !!

Inilah double search..... wpun mendeley tak guna perkataan tersebut.... saja jer aku reka !!






Selamat mencuba...

OT



Thursday, September 5, 2013

Bengkel SPSS di Kolej Murni Putrajaya

Saksikan beberapa gelagat peserta...menyelami konsep parametrik, non-parametrik, inferens, normality, signifikan, n=30.....  



























Monday, September 2, 2013

Tajuk 510: Tadarrus, Tarawikh, Tahlil dan Tesis - Jgn tunjuk kebodohan sendiri !

Ramadhan dah berlalu. Surau kembali sunyi..... pengumuman dan iklan tadarrus tidak kedengaran lagi... apatah lagi tahlil di malam Ramadhan.

Apsal ko sebut benda2 ni?

Aku dah tulis sikit pasal tahlil dalam entry yang lalu..... berebut2 nak buat tahlil sebelum tarawikh sebab ramai yang datang. Tahlil tak perlu ramai bro..... yang lebih penting adalah bacaan dalam tahlil tu dilafazkan dengan tertib dan ikhlas, terutama dari anak2 yang simati. Kalau sampai jadi acara wajib sebelum tarawikh, macam tak kenalah tahlil tu. Tambahan yang datang tu bukan nak baca tahlil.... lagipun bukan sedara mara mereka.

Tak boleh ker sedekah tahlil bro?

Tu ko tanyalah ustaz Don bukan aku. Pemerhatian aku menunjukkan yang ramai2 tu bacapun acuh tak acuh.... terputus sana terputus sini.... sambil sembang2 pun ada..... Aku sendiri baca al-fatihah jer.... utk aruah isteri aku....dan aruah anak aku yang bersemadi di Australia....


Al-Fatihah.......

Apa maksud ko?

Maksud aku.... kalau dah baca putus2.... sebab ada bermacam2 orang.... budak2.... kanak2....sambil mata terpejam.. tersenggut senggut.... takut jadi satu penghinaan kepada ayat Al-Quran yang dibaca secara sekerat2...dalam tahlil tu. Kalau lirik lagu Negaraku ko nyanyi sekerat2 pun ramai yang melenting.... inikan pulak ayat Al-Quran bro. Dah tu lepas tarawikh tergesa2 nak "taddarrus" utk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan jugak.... seperti acara tahunan, buat kumpulan... gotong royong bahagi2kan surah utk cepat khatam.... sedang taddarrus tu maksudnya saling semak menyemak supaya dibaca dengan betul.... maklumlah kalau baca sorang2 banyak yang tersilap tambahan kebanyakkan kita termasuklah aku... buta bahasa Arab...


Abis camner?


Tu ko fikirlah sendiri. Aku amalkan saranan taddarrus lepas Subuh dgn isteri... satu muka jer bro... sambil baca makna dan membetulkan mana2 yang tersalah baca... cuma bulan Ramadhan lebih sikit lah sebab banyak ganjarannya... itu sahaja. Aku cuma nak buat sesuatu secara istiqomah...bukan kerana ikut-ikutan atau senggol-senggolan jer.... 


Apa kena mengena dengan tesis dan citation?

Memanglah ada. Semunya bermula dengan huruf "T". Tapi aku nak sentuh sikit pasal proposal atau tesis dan penulisan citatio.Sering terjadi semasa penulisan proposal / tesis ... asal ada nama Mat Salleh jer macam (John, 2009) atau (Robin, 2010) dah kira citation....dan boleh ek... dan boleh senyum lebar dan dah boleh memanjangkan senarai references tesis ko...dan boleh tunjuk dengan SV. Sana sini penuh dengan citation dgn nama Mat Salleh.... wusss terasa terangkat makam tesis ko !!


Memanglah kenapa?

Bukan semua pernyataan atau petikan perlukan citation....bukan asal baca buku Mat Salleh jer nak kena cite.... sebab ramai yang tulis citation bukan utk menguatkan idea. hujah, rasional dalam tesis... tetapi secara tak sengaja menunjukkan "kebodohan" sendiri !!


Fuhh........


Meh aku bagi tahu. Terdapat ramai yang membaca dari sumber sekunder terutama buku spt Research Methodology - Creswell (2009), Greene (2010), Lynn (2008) dan sewaktu dengannya. Ini tidak salah... untuk pemahaman... 


Cer ko baca satu2 contoh ayat yang aku petik dari beberapa tesis pelajar:


  • Population is a group for which the researcher would like the findings to be generalized (Creswell, 2009).
  • A sample is a potion of the population comprises members selected from the population (Sekaran, 2001)
  • Greene (2010) stated that a construct usually refers to a complex concept includes several interrelated factors.
  • According to Hair & Black (2010), factor loading presents  the level of a regression path from a latent variables.
  • Improving the soft skills of undergraduates students in Malaysian public universities is very important (Pandian, 2005)


Semua petikan di atas adalah antara contoh petikan yang diambil dari sumber sekunder (spt buku) yang sebenarnya adalah pengetahuan UMUM dalam bidang tertentu dan tidak perlukan citation. Pernyataan "Cronbach alfa yang tinggi menunjukkan ketekalan dalaman sesuatu soal selidik" adalah satu pernyataan UMUM dalam sosial sains dan telah wujud sejak lama dulu dalam hampir semua buku research yang tak terkira banyaknya. 

Contoh di atas dengan pernyataan "Population is a group for which the researcher would like the findings to be generalized (Creswell, 2009)" adalah pernyataan yang sangat UMUM yang terdapat dalam SEMUA buku research methodology. Pengetahuan yang dah jadi terlalu umum, tak perlulah ko cite .... seolah2 ko sendiri tak tahu pernyataan tersebut sedangkan ianya asas dalam bidang ko... sampai ko nak kena cite pernyataan orang lain....yang dia tulis kerana ianya pernyataan umum....alih2 ko pergi cite pulak.....bukankah ini menunjukkan "kebodohan" ko....perkara basic dalam bidang kajian sendiripun tak tahu sampai nak kena cite!!

Alamak....yer ke bro? Tak cayalah....

Katalah ko baca buku tulisan Husin (2010) tentang banjir. Then ko tulis petikan begini "Menurut Husin (2010), hujan lebat di musim tengkujuh sering menyebabkan berlakunya banjir di Malaysia". 

Salah ker tu?

Persoalannya - nenek akupun tahu benda tu tanpa baca buku Husin (2010) tu bahawa hujan lebat berlaku semasa musim tengkujuh maka akibatnya berlakulah banjir di Malaysia...Kalau nenek aku tahu... takkan ko tak tahu sampai nak buat citation pulak? Abis.... banjir kat China..kat Amerika.. kat Thailand berlaku banjir musim panas ker?

Jgnlah marah bro...

Bukan marah.... supaya ko lebih cerdik skit lepas membaca artikel ini.....bayangkan.... aku pernah memeriksa satu thesis dgn 112 rujukan.... hanya 7 sahaja dari sumber primer terutama journal artikel... yang dari dari sumber sekunder kebanyakkannya buku.... !!! Lotih den...

OT









Saturday, August 31, 2013

Tajuk 509: Dilema nak buat qualitative atau quantitative? Jgn jadi burung kakak tua !!

Ramai yang suka menonton rancangan kendalian chief…. Kerja2 memasak nampak begitu sempoi…. Tak perlu kumpulkan kayu api, berpedih mata dengan asap, potong jer kotak santan dan perasa…. Campak jer dalam periok berjenama Cornell, Tramontina, Emeril, Stonedine, Rachael Ray, Cuisinart ….tanpa perlu menggiling chili ataupun menjaga suhu dan menunggu oven…. Semuanya dilakukan serentak dengan alat yang canggih. Setakat masak lomak cili api… 30 minit dah siap ! Kalau nak kuar airmatapun hanya ketika memotong bawang…..

Apsal ko tiba2 minat chief ni?


Aku minat semua... tapi aku nak bawa ko ke zaman dulu2... zaman nenek ko dulu…. memasak memang syahdu… memang sentimental…tangkap lentok bro....dgn dapur kayu dan periuk tanah. Mula2 ambil kayu api, kupas dan kukur kelapa, perah santan…. giling chili, cari serai, hidupkan api… tiup..tiup sampai hitam muka nenek ko…..Kalau pukul 8 mula ke dapor…. pukul 12 baru siap bro…4 jam tu !! 



Cam ni ler lebih kurang nenek ko dulu masak... berasap !!
(Photo: kfk.kompas.com)

Memang sodap… sebab bukan sahaja air tangan nenek …. air peluh dan air mata nenek ko pun ada dalam masakan tu…. pasal tu terkeluar air liur atok ko bila rasa jer masak lomak chili api tu...!

Aahlah…. sekarang ni masak 30 minit… dulu berjam2 bro !! 


Aku cuba nak kaitkan dengan satu isu yang sering bermain2 dan dimomokkan kepada calon master / PhD.


Karipap pun dah ada yang ready made....
2 minit jer goreng dah siap... sodap jugak hingga licin !!

(pic masa break bengkel Penulisan Cepat Tesis K. Kinabalu)

Isu masak ke?

Iskhh…. Bukanlah tapi isu momokan apabila ada pelajar yang nak buat kajian kualitatif .... ada saja statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” !!


Kenapa ni berlaku?

Contohnya seorang pelajar, A bercadang untuk membuat kajian kualitatif….. lantas disanggah oleh SVnya “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Pelajar A pun kata kepada pelajar B “Jgn buat kajian qualitative sebab SV aku kata susah dan memakan masa yang lama”. 


Pelajar B pulak kata kat pelajar C “Jgn buat kajian qualitative sebab SV kawan aku kata susah dan memakan masa yang lama”… then pelajar C tanya kat aku pulak “betul ker kajian qualitative susah dan memakan masa yang lama ?”…maka bersambung2lah rumours ini meniti mulut ke mulut... persis burung kakak tua yang menyebut sesuatu yang dia sendiri tidak faham.... sehingga menjadi satu STIGMA dan mendatangkan DILEMA ! 

Fuhh… sungguh sadis !


Apa yang sadis?


Mana tak sadis… A, B, C termasuk SV A sendiri TAK PERNAH pun buat kajian kualitatif…. Bukan sahaja NVIVO dia tak tahu….ATLAS.ti tu dia ingat buku peta !! Sama spt ko yang tak pernah masak lomak cili api…. tiba2 bagi nasihat .... “Jgn masak lomak cili api sebab susah dan memakan masa yang lama”... banyak ko punya cantik !!!

Taklah hairan jika SV yang expert kuantitatif tak tahu amende NVIVO dan ATLAS.ti…..sebab tak pernah buat kajian kualitatif…. tapi jgn ler buat andaian….menakut2kan supervisees... hanya kerana nak tutup kelemahan sebab tak tahu kualitatif... !! 


Malah satu lagi bro…..SV yang konon2nya cenderung ke arah kualitatifpun ada juga yang tak tahu NVIVO apatah lagi ATLAS.ti…..konon2nya mereka dah selesa "masak cara lama"....sebagai cara terbaik....sehingga pelajar yang nak buat guna ATLAS.ti pun disanggahnya !! 


Sodap ko cakap bro…. nak kono cili api ke mulut ko tu? 

Baca buku ini jika nak tahu apa itu ATLAS.ti

Kenapa? Salah ker? Kalau salah betulkan lah… aku pun nak tahu… asal jangan spread rumours yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kalau budak2 remaja tulis dalam FB pasal rumours Heliza AF nak kawin dgn OT… tak apalah…. Ini SV bro…. SV….yg buat rumours yang dia sendiri tidak jelas !!

Kajian baik kuali mahupun kuanti ada peranan masing2 bergantung kepada nature kajian. Malah peranan keduanya sering melengkapi. Kajian kuali perlu bagi mendapatkan data non-numerical spt pendapat yang mendalam, perasaan atau analisis temubual, pemerhatian, catatan lapangan, transkrips, document, audio, video, photo… yang tak dapat diproses oleh kajian kuanti. Jika kajian ko memerlukan pemahaman terhadap sesuatu fenomena, budaya, isu ataupun proses secara mendalam dan specific , jalankanlah kajian kualitatif. Sample selalunya adalah kecil dan specific.


Sebaliknya kajian kuanti pula dijalankan bagi mengetahui variables (IV, DV, mediator, moderator…) dalam kajian dan membuat inferens kepada populasi. Sample selalunya besar dan representative kepada populasi.


Pokoknya – samada nak buat kuali atau kuanti…. yang pertama perlu jelas adalah objektif kajian. Kalau objektif kajian tersebut sesuai terjawab dengan kajian kuali, maka itulah pendekatan kajian ko… maka momokan spt “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” tak sepatutnya keluar dari mulut sesiapapun… apatah lagi dari mulut mereka yang tidak pernahpun membuat kajian kualitatif. Dgn bahasa yang mudah - diam sahaja kalau tak tahu !!


Kenapa kajian kualitatif susah? Kenapa makan masa yang lama? Tak sedarkan ko bahawa menghasilkan proposal yang patutnya 1,2 semester pun disusah2kan sampai menjangkau 5, 6 semester !! Aku nak cabar ko…. berapa ramai pelajar yang buat proposal kuantitatif yang kononnya kajian tu mudah berbanding kualitatif TETAPI penghasilan proposal jer dah berlanjutan sehingga 3, 5 semester ! Kalaulah buat proposal pun sampai berlanjutan begitu lama…. jangan salahkan pula kajian kualitatif dengan momokan “susah dan lama”.


Susah dan senangnya kajian samada kuali mahupun kuanti sangat bergantung kepada pemahaman proaktif pelajar tentang kajian yang mereka ingin jalankan. Jika kajian mereka sesuai dengan pendekatan kualitatif..... menguasai aspek coding, themes, triangulation.... yang dipermudahkan dengan kemahiran perisian NVivo mahupun Atlas.ti adalah satu kemestian. Dgn penguasaan ini.... kajian kualitatif bukanlah sesuatu yang "susah dan lama....." 


Emmm…


Aku nak sentuh sikit pasal statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Statement ini maybe releven 5, 10 tahun dulu… ketika NVIVO dan ATLAS.ti begitu asing… sama spt nenek ko berhempas pulas utk masak lomak cili api....... Dengan bantuan ATLAS.ti misalnya…. kerja2 open, axial dan selective coding dulu yang makan masa berjam2 telah dipermudahkan menjadi bbrp minit sahaja. 


Malah, ko boleh gunakan ATLAS.ti utk menguji reliability data ko dengan Cohen Kappa misalnya. Dengan ATLAS.ti juga, ko boleh bina “model” dengan networking… secara visual… explicit…. Jauh lebih meaningful dari data2 kuantitatif …. Sama spt tukang masak yang mahir menggunakan segala peralatan bagi memasak lomak cili api…

Lagi bro?


Bukan sahaja kerja2 coding jauh lebih mudah dgn ATLAS.ti…. Sample juga bersifat non-random, purposive dan convenience…. Katakan seramai 10 orang…. dan ini menjadikan kajian ATLAS.ti relatively lebih mudah. Jangan ler buat kajian utk interview gengster atau along...atau Siti Norhaliza.... payah ler ko nak jumpa bro !! 


Aku nak tanya ko?


Mana lebih mudah…. Interview 10 orang ataupun mengedarkan soal selidik kepada ratusan responden yang ko tak kenal… yang tiada jaminan akan memulangkan soal selidik ? Jadi sekali lagi… susah senang lama atau cepatnya kajian  kualitatif… ataupun kuantitatif…. yang penting adalah penguasaan ko sendiri kepada kemahiran dan pengetahuan kajian ko sendiri.


OT - adanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...