.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 2, 2013

Tajuk 510: Tadarrus, Tarawikh, Tahlil dan Tesis - Jgn tunjuk kebodohan sendiri !

Ramadhan dah berlalu. Surau kembali sunyi..... pengumuman dan iklan tadarrus tidak kedengaran lagi... apatah lagi tahlil di malam Ramadhan.

Apsal ko sebut benda2 ni?

Aku dah tulis sikit pasal tahlil dalam entry yang lalu..... berebut2 nak buat tahlil sebelum tarawikh sebab ramai yang datang. Tahlil tak perlu ramai bro..... yang lebih penting adalah bacaan dalam tahlil tu dilafazkan dengan tertib dan ikhlas, terutama dari anak2 yang simati. Kalau sampai jadi acara wajib sebelum tarawikh, macam tak kenalah tahlil tu. Tambahan yang datang tu bukan nak baca tahlil.... lagipun bukan sedara mara mereka.

Tak boleh ker sedekah tahlil bro?

Tu ko tanyalah ustaz Don bukan aku. Pemerhatian aku menunjukkan yang ramai2 tu bacapun acuh tak acuh.... terputus sana terputus sini.... sambil sembang2 pun ada..... Aku sendiri baca al-fatihah jer.... utk aruah isteri aku....dan aruah anak aku yang bersemadi di Australia....


Al-Fatihah.......

Apa maksud ko?

Maksud aku.... kalau dah baca putus2.... sebab ada bermacam2 orang.... budak2.... kanak2....sambil mata terpejam.. tersenggut senggut.... takut jadi satu penghinaan kepada ayat Al-Quran yang dibaca secara sekerat2...dalam tahlil tu. Kalau lirik lagu Negaraku ko nyanyi sekerat2 pun ramai yang melenting.... inikan pulak ayat Al-Quran bro. Dah tu lepas tarawikh tergesa2 nak "taddarrus" utk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan jugak.... seperti acara tahunan, buat kumpulan... gotong royong bahagi2kan surah utk cepat khatam.... sedang taddarrus tu maksudnya saling semak menyemak supaya dibaca dengan betul.... maklumlah kalau baca sorang2 banyak yang tersilap tambahan kebanyakkan kita termasuklah aku... buta bahasa Arab...


Abis camner?


Tu ko fikirlah sendiri. Aku amalkan saranan taddarrus lepas Subuh dgn isteri... satu muka jer bro... sambil baca makna dan membetulkan mana2 yang tersalah baca... cuma bulan Ramadhan lebih sikit lah sebab banyak ganjarannya... itu sahaja. Aku cuma nak buat sesuatu secara istiqomah...bukan kerana ikut-ikutan atau senggol-senggolan jer.... 


Apa kena mengena dengan tesis dan citation?

Memanglah ada. Semunya bermula dengan huruf "T". Tapi aku nak sentuh sikit pasal proposal atau tesis dan penulisan citatio.Sering terjadi semasa penulisan proposal / tesis ... asal ada nama Mat Salleh jer macam (John, 2009) atau (Robin, 2010) dah kira citation....dan boleh ek... dan boleh senyum lebar dan dah boleh memanjangkan senarai references tesis ko...dan boleh tunjuk dengan SV. Sana sini penuh dengan citation dgn nama Mat Salleh.... wusss terasa terangkat makam tesis ko !!


Memanglah kenapa?

Bukan semua pernyataan atau petikan perlukan citation....bukan asal baca buku Mat Salleh jer nak kena cite.... sebab ramai yang tulis citation bukan utk menguatkan idea. hujah, rasional dalam tesis... tetapi secara tak sengaja menunjukkan "kebodohan" sendiri !!


Fuhh........


Meh aku bagi tahu. Terdapat ramai yang membaca dari sumber sekunder terutama buku spt Research Methodology - Creswell (2009), Greene (2010), Lynn (2008) dan sewaktu dengannya. Ini tidak salah... untuk pemahaman... 


Cer ko baca satu2 contoh ayat yang aku petik dari beberapa tesis pelajar:


  • Population is a group for which the researcher would like the findings to be generalized (Creswell, 2009).
  • A sample is a potion of the population comprises members selected from the population (Sekaran, 2001)
  • Greene (2010) stated that a construct usually refers to a complex concept includes several interrelated factors.
  • According to Hair & Black (2010), factor loading presents  the level of a regression path from a latent variables.
  • Improving the soft skills of undergraduates students in Malaysian public universities is very important (Pandian, 2005)


Semua petikan di atas adalah antara contoh petikan yang diambil dari sumber sekunder (spt buku) yang sebenarnya adalah pengetahuan UMUM dalam bidang tertentu dan tidak perlukan citation. Pernyataan "Cronbach alfa yang tinggi menunjukkan ketekalan dalaman sesuatu soal selidik" adalah satu pernyataan UMUM dalam sosial sains dan telah wujud sejak lama dulu dalam hampir semua buku research yang tak terkira banyaknya. 

Contoh di atas dengan pernyataan "Population is a group for which the researcher would like the findings to be generalized (Creswell, 2009)" adalah pernyataan yang sangat UMUM yang terdapat dalam SEMUA buku research methodology. Pengetahuan yang dah jadi terlalu umum, tak perlulah ko cite .... seolah2 ko sendiri tak tahu pernyataan tersebut sedangkan ianya asas dalam bidang ko... sampai ko nak kena cite pernyataan orang lain....yang dia tulis kerana ianya pernyataan umum....alih2 ko pergi cite pulak.....bukankah ini menunjukkan "kebodohan" ko....perkara basic dalam bidang kajian sendiripun tak tahu sampai nak kena cite!!

Alamak....yer ke bro? Tak cayalah....

Katalah ko baca buku tulisan Husin (2010) tentang banjir. Then ko tulis petikan begini "Menurut Husin (2010), hujan lebat di musim tengkujuh sering menyebabkan berlakunya banjir di Malaysia". 

Salah ker tu?

Persoalannya - nenek akupun tahu benda tu tanpa baca buku Husin (2010) tu bahawa hujan lebat berlaku semasa musim tengkujuh maka akibatnya berlakulah banjir di Malaysia...Kalau nenek aku tahu... takkan ko tak tahu sampai nak buat citation pulak? Abis.... banjir kat China..kat Amerika.. kat Thailand berlaku banjir musim panas ker?

Jgnlah marah bro...

Bukan marah.... supaya ko lebih cerdik skit lepas membaca artikel ini.....bayangkan.... aku pernah memeriksa satu thesis dgn 112 rujukan.... hanya 7 sahaja dari sumber primer terutama journal artikel... yang dari dari sumber sekunder kebanyakkannya buku.... !!! Lotih den...

OT









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...