.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 8, 2013

Title 513: Calon baru PhD / Master - mencari tongkat ali dlm rimba sepi.......

Salam bro….. pelajar postgraduate (PG) mula mendaftarkan diri minggu ini diseluruh IPTA. Aku sempat berkongsi kehangatan ini di Dewan Tun Abdullah UKM…. …. tahniah !! Berikut beberapa pics yang singgah dilensa kamera aku pagi tadi....ketika PG UKM menghadiri sesi taklimat UKM...









  


  
Apasal tajuk ko rimba....analogi ker… ?

Ha ha… banyak ler ko punya analogi…aku cuma nak tulis perumpamaan calon master / PhD yang aku lihat di UKM tadi….ibarat seseorang yang sedang menunggu utk meneroka hutan rimba yang penuh misteri dan teka teki….

Wow…… real punya analogi tu….

Camnilah … PG yang baru mendaftar datang dgn penuh azam… cita2… persis seorang peneroka yang sedang menunggu dipinggiran  hutan rimba yang asing bagi mereka…..hutan yang bakal diteroka. Masing2 bersemangat, yang full time, part time jiwa penuh gelora! Masing2 mengharapkan SV sebagai pemberi pedoman supaya tidak sesat dan hilang panduan…keluar dengan selamat, membawa khazanah rimba sebagai syarat….sebelum gelaran PhD berjaya dinobat !!

Fuhh…. dalam sungguh analogi ko bro….

Belum dalam lagi tu…. Apa yang nak diteroka…kulit harimau…tongkat Ali…kacip Fatimah atau tanduk rusa? Emmm semuanya macam dah biasa dipersembahkan oleh peneroka terdahulu …. Mendengarkannya  pun dah membuat telinga berbulu….sehingga ada SV yang impikan khazah luar biasa utk ko teroka… yang belum ada sesiapa yang jumpa, termasuklah buluh perindu dan batu geliga.

He he….

Timbul persoalan…..berapa besar pula kawasan hutan rimba yang perlu diteroka? Ada SV yang kata, demi mencari buluh perindu…. demi mendapat batu geliga…. seluruh hutan mesti teroka….biarlah sengsara dan badan merana, biar bertahun berkelana demi hajat yang satu mesti dilaksana!

Makin dalam falsafah ko bro…

Berkatalah seorang peneroka…. yang hajat dihati utk mendapatkan juga tongkat Ali… namun disanggah oleh SV… dengan alasan tiada lagi bahagian tongkat ali – akar dan batangnya semua telah ditemui ! Lantas berkata lagi sipeneroka….. memang batang dan akar bukan lagi sesuatu yang sukar….kerana telah ramai peneroka yang membawanya keluar….. tetapi mencari tongkat Ali bukan sahaja akarnya yang perlu digali…tapi intipati nya yang kini dicari… sementelahan adanya teknologi…. menghasilkan serbok tongkat ali yang lebih berkualiti…! Menggigil SV menahan sabar….. kerana gelaran dukun tongkat Ali nya mula tercabar…. bila berhadapan dengan peneroka yang lebih berkalibar…..

Era kini semakin sensasi...panduan SV bukanlah hakiki….hutan bukan lagi misteri...dgn adanya Mendeley, Atlas.ti malah fesbuk....tiada lagi alasan hidup yang terlalu sibuk !

Gulp ! Cer ko tulis straight to the point bro…

OKlah… oleh kerana ko ni lembab skit bab analogi ni, aku straight to the point. Katalah ko adalah PG tersebut, yang baru nak mendaftar…. Ko ibarat penoraka sebab ko tak tahu apa yang bakal ko hadapi sepanjang tempuh pengajian ko yang ibarat hutan rimba yang penuh mistri.

Sebelum ko jumpa SV…. sebelum ko masuk hutan… ko perlu siapkan beberapa kemahiran supaya ko tak sesat dan jelas hala dan tujuan…

Mak ai… kemahiran apa pulak ko ni.. ? Setahu aku…. kalau ada laptop dan pitihPTN tu dah memadai.

Tu pasallah banyak yang sesat… bertahun2 meraba2 dalam hutan… tak tahu apa yang nak dicari… sehingga membuang masa dan menyeksa diri...

Cepatlah bro… apa kemahiran itu?

Pertama:
Kemahiran mencari bahan bacaan dari kajian terdahulu supaya tahu apa yang telah ditemui dan apa lagi yang masih perlu diketahui. Inilah kemahiran literature search supaya dapat dikumpul seluruh artikel yang relevan dan menguasai apa yang ko nak cari…

Kedua:
Kemahiran mengkategori artikel supaya ko tahu mana lembah mana gunung mana lurah dan mana lohong… maka kuasailah kemahiran reference manager dengan aplikasi Mendeley… 

Ketiga:
Kemahiran menulis dengan aplikasi document map…. ini ibarat kemahiran membaca peta agar tak sesat arah selatan ataupun utara

Keempat:
Kemahiran analisis data sama ada dengan aplikasi SPSS, AMOS, PLS, Winstep…. Kemahiran yang tidak akan diperolehi dengan kerja kursus…. atau ditimba dari SV….


Inilah ibarat PG yang bakal menempuh satu alam rimba yang asing dan penuh misteri. Oleh itu sayugia dinasihatkan supaya membuat persiapan awal kerana semangat boleh luntur, kudrat boleh hancur, kekuatan boleh kendur jika meredah hutan tanpa kemahiran yang teratur.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...