.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 29, 2013

Tajuk 478: Proposal PhD – SEMPORNA kah kajian tanpa sumbangan kpd KPM?


Aku baca dalam fb ko merayap sampai ke SEMPORNA?

Aah…pemergian aku ke TAWAU utk mengisi bengkel penulisan thesis ler… then keesokkan harinya aku ke SEMPORNA pula. Rasa tak sempurna jika tak ke sana. Aku membawa kereta merentasi ladang kelapa sawit dari TAWAU ke SEMPORNA… daerah yang tiba2 tersohor kerana peristiwa di Lahad Datu.  

Sampai di SEMPORNA, aku terus ke Pulau MABUL….  pulau transit sebelum ke Pulau Sipadan, 40 minit menaiki speed boat dari jeti di SEMPORNA.

OO…. apa hal ko citer pasal proposal PhD lagi ni?

Adalah sikit… sekadar memberi pandangan… barulah meriah dunia pendidikan kita…

Aku nak citer dua kisah...
Kisah 1: Kisah proposal PhD ( kisah proposal lagi...)
Kisah 2: Kisah anak Pulau Mabul (spt photo di bawah ini....)

Ko baca ler sampai abis…


Lensa kamera aku merakam sebahagian kehidupan di Pulau Mabul...


Kisah 1:

Dalam perjalanan ke SEMPORNA sambil aku melihat jutaan poster dan sepanduk calon2 PRU13, aku teringat satu perbualan antara dua pendidik. 

Salah seorang berkata…sambil mengeluh:

“Susah buat proposal utk  mohon PhD bila ditanya – Apakah sumbangan kajian ini kepada KPM? "

Aku buat kaedah pengajaran so aku jawab begini begitu… tapi aku dimaklumkan kajian aku masih tak sampai kepada menyumbang sesuatu kepada KPM….

Sebelum aku teruskan tulisan ini…anggaplah apa yang ditulis ini sebagai intellectual discussion…. dan aku ingin berkongsi pemahaman aku dgn ko dalam hal ini 

No problem bro… ko citer jerlah…

Berbalik keluhan dalam dialog di atas…aku cenderung utk berpendapat bahawa adalah “terlalu awal” utk  meminta bakal calon PhD membuat kajian diperingkat master atau PhD dgn penekanan difokuskan “sumbangan kajian kepada KPM”. 

Aku berpendapat sumbangan paling UTAMA yang diperlukan diperingkat master dan PhD iaitu sumbangan kesarjanaan / intellectual dalam bentuk “contribution to the body of knowledge”  dalam bidang pendidikan yang dikaji.

Cer ko bagi analogi sikit… maklumlah aku ni bukan bidang pendidikan…

Aku bagi situasi simple….bukan analogi....

Apa sumbangan pelajar SPM yang cemerlang kepada KPM?

Errr…. Cam tak der jer ..

Memang lah “tidak ada” kalau diambilkira sumbangan secara lansung, sebab mereka ini berjaya dalam SPM utk melayakkan diri memasuki matrik / IPTA… bukan masuk KPM.

Maknanya bro?

Maknanya….KPM lah yang bertanggungjawab menyumbang kepada pelajar SPM bukan sebaliknya. Sumbangan ini dalam bentuk penyediaan guru terlatih dan kemudahan terbaik disekolah… dan hasilnya pelajar mendapat KNOWLEDGE….

Jadi KNOWLEDGE adalah objective apabila ko belajar dlm system pendidikan negara….dari tadika lagi sampailah PhD.

Tadika sampai PhD?


Convocation: Bakal calon PhD .....
Convocation: Inipun bakal calon PhD....
(www.imsipda.net)

Pelajar PhD adalah produk sebagaimana pelajar TADIKA dan SPM juga…jgn ko tak tahu. Bezanya calon PhD perlu meneroka sendiri KNOWLEDGE yang lebih specific secara mendalam yang diperlukan utk jadi bakal penyelidik yang berwibawa dan yang mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dalam pendidikan. 

KNOWLEDGE dan kemahiran ini kemudiannya diadun dalam satu kajian yang akhirnya dapat pula menyumbang kepada “the body of knowledge” dalam bidang yang dikaji.  

Sumbangan ini sangat crucial sehingga IPTA mensyaratkan semua calon PhD “wajib” ada publication. Jadi menerbitkan artikel dalam jurnal adalah satu indicator yang jelas sbg “contribution to the body of knowledge”....bukan contribution kepada mana-mana pihak...dan penerbitan artikel ni menjadi benchmark quality research yang menjadi amalan semua universiti di dunia....

Emmm…. lagi bro?

Selepas mendapat PhD, barulah wujud tuntutan supaya Dr-Dr ini menjalankan kajian yang secara lansung berkait dgn KPM, bukan ketika menjadi calon PhD yang serba novis, terbatas dgn pelbagai kekangan. 

Abis apa yang dimaksudkan dengan”sumbangan kepada KPM?”

Aku tak sure pula maksudnya…agak2 ko?

Katalah sumbangan tersebut maybe dalam bentuk kajian yang hasilkan misalnya.....

a. soal selidik baru utk kegunaan KPM
b. model baru untuk kurikulum KPM
c. faktor-faktor pengajaran berkesan dalam sains

OK… kalau macam tu…. aku ada soalan basic untuk ko jawab.

Adakah KPM bersedia untuk menggunakan soal selidik, model atau apa sahaja dapatan kajian calon PhD?

Wooo… aku tak fikir KPM akan guna sebab itu hanya dapatan dari seorang calon PhD yang novis… mana sampai standard KPM nak guna… malah setahu aku “belum” adapun mana2 “product” PhD pun yang digunakan sepenuhnya oleh KPM. Kalau ada ko tolonglah maklumkan pada aku....

Contohnya perubahan kurukulum dari KBSR ker KSSR adalah hasil penelitian, lawatan, bengkel, perbincangan pakar KPM / IPTA dan lawatan ke puluhan negara luar sehingga ke negara Scandinavian  dan bukannya hasil dari  gabungan dapatan sekumpulan calon PhD...apatah lagi dari hanya dapatan individu calon PhD !! 

Bagaimana dgn PPSMI yang dah dimansuhkan atau  dasar2 lain? Adakah terdapat sumbangan dari kajian calon PhD yang menyumbang kepada terhasilnya dasar2 tersebut? Malah pernahkah dalam diskusi KPM, ada thesis PhD yang dirujuk? 

Emmmm…. cam tak der jer.....

Memang KPM ada menggunakan soal selidik dan inventori seperti Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) utk bakal2 calon guru….tetapi inventori ini dibina oleh sekumpulan pensyarah / pakar dari KPM dan IPTA yang berpengalaman yang dah bertahun terlibat dalam pembinaan instrument psychometric… bukannya sumbangan dapatan yang terhasil dari seorang calon PhD!

Apa yang ko cuba sampaikan ni bro?

Aku cuma terfikir… standard “sumbangan” calon PhD yang novis memang tak sampai utk dijadikan "contribution" kepada KPM kerana KPM sendiri memiliki cukup kepakaran. Jika beginilah halnya…. tentulah tidak wajar meminta proposal yang “dapat menyumbang” sedangkan  realiti sebenarnya "sumbangan" ini tidak berlaku pun....sebab yang berlaku adalah "contribution to the body of knowledge" yang akhirnya akan melahirkan pakar yang juga akan contribute kepada KPM. 

Yang perlu ditekankan dalam penyediaan proposal adalah satu kajian dalam bidang pendidikan yang akan memberikan pengetahuan dan kemahiran up-to-date, mantap dan tip top dgn keperluan semasa....supaya KPM terus melahirkan pensyarah yang bukan sahaja IT savvy tapi menguasai pengetahuan pendidikan yg mendalam dalam bidang masing2  sehingga terus berupaya membuat penyelidikan berkualiti walapun selepas bergraduate utk menaikkan martabat KPM sendiri...

Percayalah.... berapa ramai calon PhD terutama pendidik KPM yang tak mendalami analisis qualitative serta menggunakan aplikasi ATLAS.TI, atau membuat reference manager dgn MENDELEY, atau analisis statistik dengan MANOVA, RASCH MODEL, FACTOR ANALYSIS, MANCOVA, SPANOVA, DISCRIMINANT ANALYSIS, SEM / AMOS, PLS....  dan lain2 analysis yang advanced.... termasuklah membuat validation instrument secara convergent, divergent, predictive....dan inilah yang perlu diberikan perhatian dan fokus dalam penyediaan proposal supaya bakal calon PhD KPM dapat hasilkan kajian yang MANTAP dalam bidang pendidikan.... dan sudah barang pasti kepakaran yang terbina ini akhirnya akan dapat dimanfaatkan oleh KPM juga....

Cer ko bayangkan….

OK per dia…

Bayangkan jika bahagian biasiswa PETRONAS pun minta proposal yang dapat “kajian yang dapat menyumbang kepada PETRONAS” …. Agaknya berapa orang yang akan dapat biasiswa….? 

Mujurlah PETRONAS utamakan bidang…. maka pelajar yang berhasrat utk buat PhD mestilah dari bidang seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains….itu sahaja !

Jadi apa kesimpulan ko bro?

Aku cuma nak menyatakan bahawa adalah lebih wajar meneliti proposal bakal calon PhD / Master  dalam aspek sumbangannya kepada “body of knowledge” dalam bidang masing2 dgn memberi focus misalnya kepada pernyataan masalah yang mantap dalam pendidikan, reka bentuk kajian yang komprehensif serta  analisis data yang lebih advance dan rigorous supaya terhasilnya “Dr” yang kompeten utk  menyumbang kepada KPM selepas mereka lulus PhD !!

Kisah 2

Ini adalah sedikit photo lawatan aku ke Pulau Mabul. Aku tak pergi menyelam sebab aku buat lawatan day trip jer tapi aku ke sana utk menyelami sedikit kehidupan anak-anak di Pulau Mabul yang cukup baik dan friendly yang aku temui... kekurangan kemudahan bukan satu masalah bagi mereka.. mereka tetap spt kanak2 lain, ceria dan bermain....bezanya mereka boleh survive di darat dan di air wpun baru setahun jagung....

Biarlah photo-photo aku ini berbicara....

Satu situasi kanak-kanak di Pulau Mabul
Berani sungguh si kecil...spt tiada risiko..

berpanas tanpa baju dan seluar
apatah lagi berjenama KIKO 


Memancing adalah aktiviti kanak-kanak di sana
Inilah yang akan dibawa balik...

Aku abadikan kenangan bersama anak-anak Pulau Mabul


Lihatlah kehidupan atas sampan tradisi ini dibuat dari batang kayu yang di pahat... 
Kita pulak buat PhD / Master dalam bilik aircond, dgn laptop canggih.. itupun dah keluh kesah...


Remaja Pulau Mabul... seharian memancing.. tiada hp atau Ipad utk chatting...

Photo coral yang diambil dari jeti...


Kanak-kanak sedang membina sampan dari botol air yang dikutip... emmm kreatif 
Anak-anak kita.. semua tersedia didepan mata...

Nine dan Zuhayr tak sabar utk menimati air yang jernih

Inilah hasil tangkapan dari jeti....

Terjun gaya ballad.. berani sungguh !!
Kalau dilatih boleh ganti Pandelela Rinong ni...



Aik apsal Nine sampai kat sini?


Oppss..... akak2 jangan tergoda...

Pantai yang memutih... tapi ramai orang putih...


Anak-anak bermain dgn bahan buangan
dibawah rumah bila air surut.. 

Tiada mainan Ben-10 atau Upin dan Ipin bagi mereka...

Emmm ..... makan sendiri adik ni...

Aku tabek spring bila mereka buat wau dari plastik sampah terpakai ..main pulak atas jeti sempit atas air !!
Anak kita dah belikan layang2 pun menangis sebab tak tahu nak main... emmm !

Sementara si abang mencari rezeki dalam air jernih...

Suasana kampung air di Pulau Mabul

Nine (baju purple) kehairanan tengok
rakan sebayanya main guli...
Nine ingat main guli dalam Ipad jer....my poor little boy !!
  
SubhanAllah.... kejernihan air yang memukau.....

Bot adalah pengangkutan utama utk bergerak dan mencari nafkah

Lihat si adik kecil ni.... selamba jer atas perahu uzur...
  
Pulau2 sekitar....

Ketam tangkapan penduduk Pulau Mabul.....
dibeli oleh pelancong.
Aku dulu pernah crabing di Australia tapi semua ketam bertelur wajib campak semula dalam laut...sebab setiap ketam bertelur akan hasilkan ratusan ribu anak2 ketam...

Tiga beradik memerhatikan aku yang sedang menghalakan kamera kepada mereka... 
mereka tak pernah ada hand phone paling murah sekalipun...apatah lagi kamera Nikon...
  
Tapak Sulaiman yang banyak di sana sini.....

Inilah aktiviti masa lapang.... laut adalah padang permainan anak-anak ini

Adik ini mencari sesuatu di air cetek....

Coral ditepi jeti....

Kejernihan air menjadi tarikan pengunjung...
  
Lagi coral di tepi jeti yang kelihatan uzur.......
  
Laluan balik ke rumah...
Confident jer adik ni....
  


Anak-anak ini wpun hidup serba kekurangan tapi mereka ceria.... tiada masalah.... wpun tiada Ipad... tiada Astro... bye-bye sayang.......uncle OT akan datang lagi..... insyaAllah....

OT



Saturday, April 27, 2013

Bengkel di UMS Tawau Sabah... bah !!

Akhirnya aku dan wife selamat menjejakkan kaki di Tawau. Sampai di airport aku disambut oleh Sdri Noraishah dan hubby Din. 


 Berehat di lobby Promenade
bersama Noraishah dan Din...

Panorama dari bilik hotel


Bengkel bermula jam 830 am. Peserta adalah pensyarah IPG Tawau serta tuan rumah UMS Tawau. Suasana pilihanraya juga terasa dgn poster dikiri kanan jalan. 

Tesis menang susah... jadi buatlah cara yang mudah...

Dah mula menaip... sukar nak berhenti !!

Pendidik harapan negara !!


1file1thesis !!



Sampai jugak aku di sini bah !!

Tido research.... makan research !

Bila otai bersembang..... kalah menteri !!






Thursday, April 25, 2013

Tajuk 477: TEMPLATE RFOT.... Sila download

Ramai yang tercari2 template RFOT.... Aku sertakan dalam bentuk pdf. RFOT tu flexible jika ko nak adjust mana-mana yang ko fikir sesuai. Malah ada yang terus present proposal dalam bentuk RFOT tu. 

Sila klik link berikut:

LINK DOWNLOAD RFOT

Tajuk 476: Lagi kisah dari email...."Akhirnya wife aku yang jadi supervisor .."

Hari ini sungguh letih. Sejak malam kelmarin aku di Tangkak, Johor, menjalankan penyeliaan guru pelatih UPM di 4 buah sekolah disana. Seronok bila ex-student aku tahun 2000 yang telah mengajar di sana menegur aku.....

Esok malam aku akan bertolak ke Tawau, dengan wife dan the two boys, InsyaAllah. Mudah2an semuanya berjalan spt dirancang utk berjumpa rakan2 master dan PhD yang dah menunggu di sana. 

Ntah mengapa, aku dapat banyak respon melalui email pasal proposal. Ada yang pendek dan ada yang panjang... namun satu dari email tersebut menarik minat aku. Ko bacalah dulu...

Assalamualaikum Dr OT. 

Saya doakan dr sekeluarga dirahmati Allah, amen... just nak share pengalaman sy.. pada semester 1 saya disuruh oleh SV defend proposal.

Menggelabah saya terkial-kial buat proposal. Seingat saya sekurang-kurangnya 6 kali jumpa SV utk discuss. Masa jumpa just borak2 pasal kerja pastu makan/minum... last last suruh saya baca buku tu, baca buku ni. buku tu cari sendiri :) discus ttg proposal ada la 20 minit.


Dilema melanda apabila ada PROF & DR yang nasihatkan sy jgn defend proposal pd semester 1. sbb proposal xmantap lg. Alamak menggelabah sy. Tp SV suruh jg, xkasi drop! 
PROF tu cakap sem 1 student xready. Dr tu pulak cakap proposal student sem 1 xmasak lagi.. ayoyoooo. 


Mintak nasihat DR penyelaras program, dia tu cakap present je, dia nak student habis ikut jadual 3tahun.
Pastu tanya wife camne, sy da stress, xtau mana nak ikut. Semua tu guru saya. 


Wife cakap "xpayah la ikut cakap DR tu, proposal nak tunggu masak sampai bila? Sbb tunggu proposal masak la DR tu buat PhD 6 tahun!" 

Wife cakap lagi "kalo nak tahu, PROF tulah SV DR tu buat PhD." alamak! Wife sy ni student DR tu masa dia masih En. lg… (macam wife pulak jadi SV) 


Lepas saya mengikuti Bengkel Penulisan Tesis Pantas & Pengurusan artikel Mendeley (kat KUIS) dgn DROT saya terussssss konfiden. dgn RFOT & Mendeley sy betul2 organize proposal sy. Masa defence proposal semua PROF & DR hepi dgn proposal sy. dorg xhantam sy. byk advice lagi... hihi 

Alhamdulillah. 
Sekarang saya tengah touch up 3 chapter tesis saya dgn jayanya. saya da siap buat pretest lagi. 

Disini, Saya nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada DR. Hanya Allah yang mampu membalas jasa DROT. Sekarang saya semester 2 PhD di UPM. Insha Allah nak siapkan cepat2 phd ni dgn hepi. Nak siap cepat2 lebih cepat dr DROT hihi.. Sy jdkan itu pembakar semangat.

Terima kasih byk2 DROT. Ni bulan 5 sy nak ikut kursus atlas.ti pulak.. Insha Allah, Amenn..

Aminn.... mudah2an jalan yang bakal ditempuh oleh penulis email akan jadi mudah. Ada beberapa perkara yang aku ingin sentuh sedikit. 


Yang Hijau tu Proposal....
Yang hitam tu Thesis...

Pertama:
SV akan supervised supervisee sebagaimana dia di supervised dahulu. Ini bermakna terdapat SV yang "tidak effecient" ketika beliau membuat PhD akan mewariskan nasihat dan tindakan yang tidak efficient juga keoada supervisee.... 

Ramai SV dan tak terkecuali yang dah ada PROF (spt email di atas) yang menganggap proposal yang baik adalah proposal yang dah masak.... dan mantap.....yang maybe membawa maksud perfect... ibarat buat delima yang merah  merekah.... sedang proposal adalah ibarat blue print di atas kain putih seputih melati ... yang belum tiba masanya utk masak... dan perlu dimantapkan hatta ketika kajian sedang berlansung. 

Putih-putih melati....
Merah-merah delima....
SV yang baik hati pasti ku terima...

Proposal kajian qualitative misalnya..... TIDAK AKAN mantap dan TIDAK AKAN masak kerana memang nature kajian tersebut bersifat flexible..... sentiasa berubah dan perlukan adjustment. Yang perlu mantap adalah pernyataan masalah dan theory yang terlibat... bukannya proposal. Jadi pernyataan masalah dan theory dalam kajian kualitatif tak payah tunggu masak.... sebab itu adalah ingredient utk buat dough yang memang kita tak masak cuma gaulkan sahaja! Dah siap dough baru ler masak....

Kedua:
Akhirnya penulis mengikut nasihat wifenya sendiri....supaya teruskan menulis proposal, kerana kesihankan suami yang dah confused .... barulah penulis email mendegilkan diri utk memulakan penulisan proposal, kebetulan beliau telah tahu  RFOT dan Mendeley... ternyata semua pihak dapat menerima proposal tersebut dengan baik apabila dibentangkan !! Maknanya... perlu ada sedikit keberanian utk sekali sekala against your SV

Ketiga:
Namun, proposal bukan sesuatu yang cincai. Supervisee perlu bersedia dengan pembacaan yang meluas dan mendalam. Itu sebablah aku tulis entry bertajuk "Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari SV anda" !! Kalau tak baca lagi... sila lah baca.
Jadi pendapat PROF dalam email tersebut yang membuat generalization bahawa pelajar semester pertama belum ready boleh dipersoalkan...

Ready atau tidak bukan terletak kepada semester tetapi persediaan yang dibuat. Berapa ramai yang dah semester 3, 4 dan 5 pun tak ready2 utk buat proposal.... tapi ready nak berhenti  !! 

Sayugia dinyatakan disini, telah ada peserta bengkel aku, malah ada pelajar master semester 1 dalam kelas Research Methodology aku telah bersedia utk menulis proposal... even belumpun jumpa SV lagi... sebab proposal adalah tanggungjawab pelajar....lebih awal disediakan lebih baik.... hatta tak perlu menunggupun coursework selesai. SV hanya memastikan proposal tersebut cukup segala ingredient nya... bukan tunggu masak !

Hal yang sama berlaku ketika aku menulis dan mencadangkan supaya pelajar master semester 1 mengambil coursework Research Methodology serentak dengan Statistik... sebab kedua2 saling melengkap. Ketika itu pihak Graduate School HANYA menawarkan Statistik utk diambil pada semester 2 dgn alasan, pelajar tak mampu nak bawa kedua2 subject tersebut sekaligus !

Bagi aku, memanglah tak mampu kalau statistik yang diajar tu adalah statistik utk statistik dengan formula yang segala macam tok neneknya sehingga nak kira nilai-t pun akan ambil masa 3 jam... guna calculator, sedang statistik perlu difahami aplikasinya melalui SPSS... sebab pelajar bukan nak guna formula dan calculator pun dalam research !! Betul tak? Yang patut dibawa dalam kelas statistik termasuk waktu exam adalah lab top dgn perisian SPSS bukannya calculator....

Keempat:
Atas sebab yang sama juga mengapa aku katakan bahawa semester pertamalah paling penting dan paling sibuk bagi pelajar dan SV... bukannya honeymoon atau sembang2 dgn SV seperti yg difahami dan diamalkan oleh majoriti pelajar.... Semester 1 adalah masa sangat curucial utk mula membaca, memahami dan cuba mendalami bidang kajian yang diminati.... khususnya pembacaan jurnal-jurnal yang established bukannya buku !!

AKu nak tanya ko bro? 

Mana yang lebih baik? Mempercayai apa yang fahami dari pembacaan sendiri ATAU menerima saja cadangan dari SV (sambil ko honeymoon) ?

Ramai pelajar sukakan yang kedua sebab mereka tidak ada keyakinan dan persiapan sendiri dan mempercayai SV tahu segala2nya... dan apa yang datang dari SV adalah betul belaka.... tidak akan salah.....betulkah begitu?

Jika ko membaca, memaham dan mendalami kajian ko sendiri dan jika terdapat kekurangan dalam  pemahaman ko, sekurang2nya ko dah ada asas yang kukuh. 

Jika ko dapati apa yang ko dapat dari SV juga ada kekurangan....atau kejap SV kata macam ni kejap kata macam tu......apa ko nak buat? 

OT

Tuesday, April 23, 2013

Tajuk 475: Proposal adalah dough bukan kek !!

Tulisan ini terhasil dari respon aku kepada pertanyaan yang aku terima semalam melalui FB.. dari oversea...

HMS:
Salam Dr
hihihi sory2...ada satu persoalan dlm benak fikiran sy nih
kenapa kat M;sia, proposal PhD org kena siapkan sampai bertahun-tahun?

kat sini 6 bulan je tempoh diberi..then bile approve leh terus proceed dgn projek

saya bc dalam DSG ada yang 2 thn masih defend proposal...maka, hypotheses saya adalah membuat phd di M'sia nampak gayanya susah.... anyway, itu je nak tanya....

OT:
Saya cuma nak tahu bmana u siapkan proposal 6 bulan.... kat Msia 6 bulan baru nak cari jurnal..
Berapa pages?

HMS:
jap.check blk
28 pages termasuk reference
tp saya rasa kan..kat sini mcm senang je nak lulus proposal



Ini masih pasal proposal.... proposal... proposal... Aku sengaja tulis lagi sebab ramai yang stucked nak siapkan proposal. Ramai yang phobia nak siapkan proposal. Proposal spt satu naskah yang mesti disiapkan tanpa pembetulan. Kalau boleh SV nak lihat proposal yang molek2.... proposal dalam bidang yang dia expert sahaja....

Ramai yang dah siapkan proposal dalam 30, 40 pages... tapi SV kata.... tak cukup dalam... gali lagi...gali jgn tak gali wpun proposal yang 40 pages sudah mempunyai ingredient yang mencukupi...

Jadi aku nak respon dialog di atas secara santai..... dgn kisah dough dan kek sahaja..... seperti melalui progam realiti Master Chef ! Kenapa Chef? Saja jer....mood PRU13 kot !!

Rancangan reality ini berjaya meletakkan chef yang selama ini hanya terperap di dapur ke pentas gemerlapan. Profession chef bukan sahaja diikhtiraf malah mula menjadi glamour… malah meletakkan chef sebaris dengan artis popular !! 

Hayati skrip P. Ramlee ini:

Siapa Kassim Selamat? 
Lawyer? Doktor gigi? Majistrate? Angkasawan? Tukang Masak? 
Pantang keturunan aku berkahwin dengan Tukang Masak !!

Emmm... sekarang bukan sahaja angkasawan pun nak jadi chef, doktor gigipun dah jadi chef tau.....tukang masak ler tu. Tapi aku bukan chef. Aku tahulah masak sikit2. 

Apapun, aku nak ucapkan terima kasih kerana isteri aku yang sentiasa ke dapur dan aku pun tumpang sekaki membantu bagi memastikan makan malam adalah campuran air tangan kami berdua. 

Chef pun kena study ooo...
Memasak bukan lagi tugas sukar. Anda tak perlu lagi meniup dapur untuk menyalakan api, memarut kelapa untuk dapatkan santan atau menggiling cili kering dengan batu giling. Kini semuanya telah tersedia. Dari bunjut sampailah ke kiub ikan bilis… dengan resepi yang boleh di upload dalam internet.

Silap hari bulan.... budak2 sekarang ingat benda ni batu belah batu bertangkup ! Ini ler baru giling, abang kepada lesung...
Kemahiran memasak kini bergantung kepada “hendak atau tidak”. Kalau malas nak cuba… sampai bilapun makan kedai mamak ler jawabnya. Pendek kata, sesiapapun boleh memasak. Jika ada suami yang kata tak tolong isteri kat dapur kerana tak tahu masak… memang suami yang hypocrite.

Jangan bagi muka dengan suami yang begini. Kalau dia sanggup sengkang mata menyaksikan MU lawan Liverpool… tentu dia sanggup sensing lengan baju membantu isteri di dapur… paling tidakpun tolong basuh pinggang dan kemaskan dapur.. barulah sweeeeet…. Jangan bila bercinta nakkan yang sweet2 jer.. then lepas kawin isteri sorang2 sweat kat dapur !!

Aku sebenarnya nak menulis pasal proposal, tak tahu camner nak mula. Beginilah. Seorang chef yang baik akan berusaha sendiri mempelajari dan memahami semua ingredient yang dia perlukan utk memasak, katakan membuat kek. Walaupun kerja memasak semakin mudah tetapi kepelbagaian resepi baru memerlukan pengetahuan yang mendalam...

Inilah dough.. lansung tak cantik !!

Bagi seorang chef yang baru nak belajar buat kek, pertama perlu mengetahui dan memehami fungsi bahan-bahan utama dalam membuat kek seperti jenis2 tepung, esen vanilla, butter, baking powder, telor dll. Kemudian belajar mengadun bahan-bahan tersebut dengan betul termasuk sukatannya bagi membuat dough. Ingat.. buat dough dulu. Dough tak cantik dan maybe tak sesedap kek yang telah dimasak dan dihias !! 

Dari dough menjadi kek yang cantik !
Ini samalah seperti permulaan supervisee ingin membuat proposal. Aku telah menulis bagaimana proposal perlu disediakan secara lengkap tetapi bukan detail. Maka proposal ibarat dough. 

Dough belum lagi menjadi kek. Jika dough adalah proposal maka kek adalah thesisnya. Dough yang betul ingredient akan menghasilkan kek yang sedap walaupun dough tersebut tak ler sedap. 

Jadi, tugas SV adalah memeriksa samada segala ingredient dalam dough adalah lengkap, bukannya meletakkan syarat dough memenuhi kriteria sebuah kek ! Malah jangan pula merasa dough tersebut dan mengharapkan rasanya menyamai rasa sebuah kek yang telah dimasak!

Terdapat 2 kesalahan asas dalam penyediaan dough tersebut:
a. ingredient yang salah 
b. ingredient yang tidak mencukupi 

Kedua2 di atas akan menghasilkan dough yang tidak sempurna dan akan menjejaskan rasa kek yang terhasil. Maka menjadi tugas SV membimbing supervisee supaya membetul kesalahan di atas sebelum boleh diterima sebagai dough yang baik.

Jadi SV jgnlah memeriksa dough sebagaimana dia memeriksa kek yang telah siap. Luluskan dahulu dough tersebut supaya supervisee boleh memulakan langkah seterusnya - memasak dough utk dijadikan kek. Ini memerlukan masa yang lebih lama.. kalaulah kek lapis Swak.... masa berjam2 perlu diperlukan...



Kek lapis Sarawak
sumber: roszaroslan.blogspot.com
Jadi memeriksa dough lebih tertumpu kepada aspek ingredient dan bagaimana ingredient tersebut disediakan sahaja bukan seperti memeriksa kek yang juga dinilai secara detail dari aspek rasa, presentation, moistness, texture, kegebuan dan color. 

Atas alasan ini mengapa aku tak setuju bila SV menilai penyediaan proposal persis menilai sebuah thesis... sangat detail sehingga memakan masa bertahun2 lamanya ! Malah proposal di IPTA Msia ni kalau tak tebal tak sah....sehingga ada yang mencapai 150 pages... pheww...jgn tak caya ! Proposal setebal ini pasti memakan masa bertahun sedangkan apabila defend proposal, hanya kriteria2 asas sahaja yang dibentangkan....

Jadi tugas supervisee pula menyediakan proposal.  SV pula memastikan proposal tersebut menepati criteria proposal yang baik, bukan criteria yang terlalu rigid persis sebuah thesis. Jika dough tersebut kurang gebu… boleh ditambah baking powder.. masih belum terlambat.

Oleh kerana proposal adalah hasil kerja pertama supervisee, proposal ini hendaklah disediakan dengan baik bukan secara cincai hasil bacaan yang dangkal. SV akan kecewa apabila membaca sebuah proposal yang mempunyai cirri-ciri berikut antaranya:

a. Tidak lengkap seperti ada terminologi yang tidak didefinisikan atau tiada conceptual framework

b. Tajuk yang terlalu luas sehingga tiada focus yang jelas

c. Mengkaji sesuatu aspek yang tidak di review secara menyeluruh

d. Menggunakan bahasa yang berbelit-belit yang sukar difahami.

e. Membuat pelbagai andaian sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana articles

f. Membiarkan banyak kesalahan ejaan

g. Tidak mengikut format citataion / bibliografi yang betul


Jadi supervisee lah yang terlebih dahulu sediakan proposal yang disediakan mencapai satu standard penulisan ilmiah dgn mengelakkan perkara di atas. Jika tidak.... anda terang-terang gagal menyediakan dough yang baik....

OT

Sunday, April 21, 2013

Tajuk 473: PRU 13 dan Kenapalah supervisee aku ni slow sangat ?

Amacam bro…. buat apa hari ni? 

Aku ke RTM, hantar wife utk program Selamat Pagi Msia. Lega jalan lengang..... Ini kali kedua aku gi RTM selepas kali pertama masa Darjah 6 dulu… masa tu aku jugak pergi mezium dan Tugu Peringatan Negara…. tempat wajib tu kalau ikut rombongan sekolah zaman tu bro !! Itu tahun 1975 ....  ko pun belum lahir lagi....


Satu-satunya bangunan yang seperti ini... classic
  
Then aku ke Taman Tasik Perdana…. took my breakfast sambil melihat2 peluang utk shot close-up. Inilah dua dari hasilnya…. dgn thema "Objek bukan warna parti PRU13"


Shoot 1

Shoot 2

Kali ni aku nak citer pasal Taksonomi Bloom. Tahu kenapa?


Sebagai rakyat aku terfikir akan situasi PRU13. Aku fikir kempen PRU13 adalah yang paling tidak kena dengan semangat PRU itu sendiri... semangat demokrasi apatah lagi melibatkan calon2 Islam.

Kenapa bro?

Memilih calon memerlukan rakyat TAHU siapa calon .... TAHU apa yang calon dan partinya boleh lakukan...terutama kepada rakyat yang bukan pengikut tegar mana2 parti.... yang atas pagar... atas tembok.... atas motor.... yang menjadi majoriti pemilih dan penentu kerajaan Malaysia !!

Perkara paling asas adalah TAHU pun macam tak lepas sebab FAKTA yang dilaporkan oleh pelbagai bentuk media yang mewakili atau simpatisan kepada calon dari yang bercetak sampai yang berdigital....bukan lagi FAKTA yang menjadi asas kepada TAHU tapi lebih kepada AUTA. Usaha ingin menewaskan calon lawan seakan2 terletak kepada pihak yang paling berjaya mewar2kan keburukkan pesaingnya... bukan kelebihan sendiri dan parti...maka hilanglah segala kejujuran dan kewarasan.... 

Samalah macam kita nak beli kereta  A atau B. Pembeli memilih kereta A kerana penjual kereta A berjaya memburukkan kereta B, samada secara lisan mahupun iklan...bukan dibeli kerana kereta A tu diketahui baik....tapi dimomokkan dgn keburukan kereta B.... 

Perkara ini menjadi lebih sadis bila pembeli kereta tersebut malas nak membaca, malas nak ambil tahu dan malas mencari fakta yang betul.... lalu mempercayai lisan dan iklan penjual A secara semborono. 

Jadi persoalan TAHU ini membawa aku berfikir tentang Taksonomi Bloom....


Aku ni bidang hard science.... mana kau tahu taksonomi Bloom tu.... apa kaitan Taksonomi Bloom tu dgn aku, thesis dan research? 


Inilah dia Taksonomi Bloom
(source: http://doverdlc.blogspot.com/)

Kalau ko tak tahu…. Mehler aku bagi tau… Taksonomi Bloom atau Bloom’s Taxonomy adalah tahap urutan penguasaan terhadap sesuatu pengetahuan.... sempoi jer.... ko baca tukisan aku ni slow2...

Tahap terendah adalah tahap pengetahuan (knowledge) atau mengetahui sahaja. Tahap ini menjadi asas. Kalau dah tak tahu.... apapun tak guna....

Aahlah….

Bagi mereka yang terlibat dalam pendidikan, taksonomi ini adalah sesuatu yang asas. Tahap urutan ini membawa maksud, penguasaan sesuatu pengetahuan bermula dengan mengetahui sampailah tahap tertinggi iaitu berupaya membuat penilaian.

Aku akan jelaskan bagaimana urutan ini berkaitan dgn ko yang sedang buat thesis.


1. Knowledge / fakta 
Ini adalah tahap paling rendah.... macam ko tahu persamaan Einstein E=mc2. Ko setakat tahu jer.... tapi amende formula itu lansung ko tahu....

Maknanya sebelum ko nak buat kajian…. Ko kena TAHU dulu apa yang ko nak buat. Contohnya kalau ko hanya “terfikir” satu tajuk yang ko nak buat kajian tanpa ko ada pengetahuan … ko tahap pertamapun ko tak lepas !! Ko akan relex jer…. sebab kepala ko pun tak pening.. sebab ko tak tahu apa yang ko tak tahu…. Natijahnya bila SV tanya kenapa pilih tajuk kajian ni…. dan soalan lain yang satu parti dengannya….mulalah ko merapu….tenganga macam mulut ikan kerapu…. 

2. Comprehension / understanding 
Jadi jgnlah merapu bro…. mulalah membaca dan terus menulis draf proposal ko. Jika ko dah mula membaca article yang releven…menulis… berfikir…membaca… dan terus menulis….Ko akan mula pening kepala sebab byk benda baru yang ko TAHU tapi ko masih tak FAHAM. 

Ko jgn kisah bro… ko baca dan tulis jer dulu…sambil cuba memahami….Ini normal lah bro…. yang penting ko dah nak masuk tahap 2…. tahap ko mula nak faham.

Inilah tahap yang pada aku sangat menyeronokkan sebab ko boleh guna Mendeley utk membaca secara khusus apa2 aspek yang ko TAHU tapi belum FAHAM. Maybe ko boleh mulai dengan definisi oleh Wikipedia. Katakan ko jumpa perkataan “assimilation” yang digunakan oleh Piaget… utk kajian yang ko nak jalankan…maka dgn bantuan Mendeley… ko membaca secara focus apa sahaja yang berkaitan dgn terminology tersebut dari artikel yang ko kumpulkan dalam Mendeley

Ko akan mula memahami apa yang ko tahu. Semakin banyak ko membaca…dan menulis… lagi dalam kefahaman ko. Ketika ini draf proposal ko dah mula berkembang…. lengkap 3 chapters dgn semua heading dan sub-heading wpun penulisan ko masih dangkal dan baru peringkat awal lagi… maybe dalam 10 pages !

3. Application

Ini tahap penguasaan naik setakuk lagi. Memahami terminology, variable, analisis data, rekabentuk kajian dll yang berkaitan dgn apa yang ko nak kaji belum memadai jika ko tak tahu bagaimana semua itu diaplikasikan. 

Jadi teruskan pembacaan secara khusus dan menulis bagi memahami pula bagaimana kesemua ini diaplikasikan dalam kajian2 lepas. 

Katakan ko tahu dan faham ANOVA tapi tak tahu bagaimana diaplikasikan dalam kajian ko. Maka dengan membaca artikel2 yang releven yang menggunakan aplikasi analisis ANOVA…. Barulah ko tahu dan faham applikasi ANOVA dan boleh ko gunakan pulak dalam kajian ko. 

Apa lagi…. penulisan ko dah mula berkembang…. dari 10 pages ke 20 pages !

4. Analysis

Bagus…. ko dah tahu, faham dan mula kuasai aplikasi, katakan terminology “assimilation”. Dgn pembacaan dari pelbagai kajian, ko dah boleh menguasai konsep “assimilation" dari pelbagai sudut dan context kajian. Ketika inilah kemahiran aplikasi ko dah mula memasuki fasa analisis. Ko dah mula tahu menganalisis semua aspek kajian berkaitan assimilation. Ko dah mula berupaya mengekstrak maklumat dan pendetailan assimilation yang hanya releven dengan kajian ko. 

Pada tahap ini penulisan ko dah mula mantap wpun masih longgar sana sini…. dari 20 pages naik ke 30 pages ! 


Oleh kerana ko dah tahu, faham malah boleh mula mengaplikasikan apa yang ko faham dalam kajian ko maka pada tahap ini proposal ko sepatutnya dah boleh dibentangkan. 

Ingat bro....pada tahap ini proposal tak perlu begitu kritis bukan kerana kritis tu tak penting tetapi ko belumpun mencapai tahap tersebut.... baru tahap applikasi....tapi tahap ini dah memadai utk ko siapkan proposal yang lengkap....

Jadi SV jgn tak sabar2 nakkan pelajar menulis dan berbahas  secara kritis pada peringkat ini...belum sampai makam lagi supervisee utk berbuat demikian.....ini baru proposal... nantilah ketika menulis thesis....

5.Synthesis

Tahap ini ko dah sepatutnya dah mula menaiktaraf penulisan proposal ko ke thesis. Tahap analysis bermakna ko berupaya mengektrak maklumat penting dari kajian dan theory yang releven dgn kajian ko. Maklumat yang diekstrak dari pelbagai sumber ini perlu disintesis supaya penulisan thesis ko menjurus kepada apa yang ko ingin lakukan secara kritis. 

Menulis secara kritis memerlukan masa dan tahap penguasaan yang tinggi…. Iaitu gabungan keupaayaan menganalisis dan mensintesis. Mensintesis bermakna gabungan pelbagai maklumat yang dah ko analisis… lalu ko sintesis supaya jelas kaitannya dengan kajian ko…. Atas sebab inilah, mengapa penulisan dalam proposal tidak lah perlu sekritis dalam penulisan thesis. 


Wahai SV... barulah tiba masanya supervisee menunjukkan keupayaan menulis dan berhujah secara kritis.... bukan ketika mereka menyiapkan proposal..... proposal bagi sempoi2 sudahlah asalkan menepati tahap yang diperlukan.

6. Evaluation

Ini tahap tertinggi. Ko kenalah lulus PhD ko dulu utk capai tahap ini. Tahap ini dikatakan dimiliki oleh mereka yang bergelar expert yang akan menilai thesis ko. 

Ko akan capai tahap ini juga…. Tapi selepas maybe beberapa tahun ko dapat PhD dan terlibat dengan kajian2 …. kalau ko sekadar dapat PhD, then mengajar sekolah atau kolej atau matrikulasi jer tanpa membuat kajian baru…. Ko tak layak menilai thesis PhD orang lain sebab pengalaman ko terhad hanya kepada PhD ko sahaja dan maybe pengetahuan tersebut dah obsolete selepas beberapa tahun. 

Ko tahu apa maksud semua ini bro? 

Manalah kau tahu…. Ko yang tulis bukan aku. 

Aku ringkaskan dalam 6 kesimpulan… dgn 6 kali giler !

Pertama: 
Dalam bahasa mudah…. Kalau ko tak tahu byk benda berkaitan kajian ko… jgn duduk goyang kaki… mulalah membaca bahan yang releven. Jgn pulak ko asyik tanya SV ko…. Nanti dia ingat ko ni giler bertanya pulak…. Carilah sendiri dan explore dalam article2 dan bahan2 lain.. dan kalau masih blur jugak barulah tanya SV… 

Kedua: 
Bila ko mula membaca… jgn hanya buat catatan…. Mulalah menulis proposal, wpun baru minggu pertama semester pertama. Biarlah orang kata ko giler, belum apa2 dah nak menulis proposal… 

Ketiga: 
Bila ko dah mula menulis proposal…. Minta komen dari SV atau advisor ko. Tak kisahlah apa SV ko nak komen sebab proposal ko tu mesti banyak giler kesalahan yang ko buat…. Sebab tanpa kesalahan mana ko tahu apa sebenarnya yang betul ! 

Keempat: 

Bila dah siap proposal…. Mintalah utk dibentang segera. Tentu ada yang kata ko giler sebab baru semester 2 dah nak bentang proposal.

Tak kisah…. Kalau kat oversea tak jadi hal…. Cuma kat IPTA kita jer yang banyak songel-songelannya wpun sekadar nak bentang proposal !!

Kelima: 
Bila dah bentang proposal…. Ko mesti giler membaca dan giler menulis. Jgn berhenti… sehingga ko kuasai kajian ko sendiri ! 

Keenam: 

Bila ko dah siapkan proposal lebih awal, kajian dan thesis ko pulak boleh siap awal… tak derlah macam naik giler  ko menunggu VIVA bro…. 


Oleh itu SV juga perlulah menyedari keperluan peningkatan penguasaan pengetahuan mengikut tahap...bimbinglah supervisee kerana mana mungkin seseorang dapat memahami sesuatu yang dia tak tahu.... atau berupaya membuat sintesis apa yang dia sendiri tak pernah apply atau membuat analysis terhadap sesuatu yang dia sendiri belum faham apatah lagi bersikap kritis terhadap perkara yang dia tak mampu untuk analisis....


OT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...