.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 25, 2013

Tajuk 476: Lagi kisah dari email...."Akhirnya wife aku yang jadi supervisor .."

Hari ini sungguh letih. Sejak malam kelmarin aku di Tangkak, Johor, menjalankan penyeliaan guru pelatih UPM di 4 buah sekolah disana. Seronok bila ex-student aku tahun 2000 yang telah mengajar di sana menegur aku.....

Esok malam aku akan bertolak ke Tawau, dengan wife dan the two boys, InsyaAllah. Mudah2an semuanya berjalan spt dirancang utk berjumpa rakan2 master dan PhD yang dah menunggu di sana. 

Ntah mengapa, aku dapat banyak respon melalui email pasal proposal. Ada yang pendek dan ada yang panjang... namun satu dari email tersebut menarik minat aku. Ko bacalah dulu...

Assalamualaikum Dr OT. 

Saya doakan dr sekeluarga dirahmati Allah, amen... just nak share pengalaman sy.. pada semester 1 saya disuruh oleh SV defend proposal.

Menggelabah saya terkial-kial buat proposal. Seingat saya sekurang-kurangnya 6 kali jumpa SV utk discuss. Masa jumpa just borak2 pasal kerja pastu makan/minum... last last suruh saya baca buku tu, baca buku ni. buku tu cari sendiri :) discus ttg proposal ada la 20 minit.


Dilema melanda apabila ada PROF & DR yang nasihatkan sy jgn defend proposal pd semester 1. sbb proposal xmantap lg. Alamak menggelabah sy. Tp SV suruh jg, xkasi drop! 
PROF tu cakap sem 1 student xready. Dr tu pulak cakap proposal student sem 1 xmasak lagi.. ayoyoooo. 


Mintak nasihat DR penyelaras program, dia tu cakap present je, dia nak student habis ikut jadual 3tahun.
Pastu tanya wife camne, sy da stress, xtau mana nak ikut. Semua tu guru saya. 


Wife cakap "xpayah la ikut cakap DR tu, proposal nak tunggu masak sampai bila? Sbb tunggu proposal masak la DR tu buat PhD 6 tahun!" 

Wife cakap lagi "kalo nak tahu, PROF tulah SV DR tu buat PhD." alamak! Wife sy ni student DR tu masa dia masih En. lg… (macam wife pulak jadi SV) 


Lepas saya mengikuti Bengkel Penulisan Tesis Pantas & Pengurusan artikel Mendeley (kat KUIS) dgn DROT saya terussssss konfiden. dgn RFOT & Mendeley sy betul2 organize proposal sy. Masa defence proposal semua PROF & DR hepi dgn proposal sy. dorg xhantam sy. byk advice lagi... hihi 

Alhamdulillah. 
Sekarang saya tengah touch up 3 chapter tesis saya dgn jayanya. saya da siap buat pretest lagi. 

Disini, Saya nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada DR. Hanya Allah yang mampu membalas jasa DROT. Sekarang saya semester 2 PhD di UPM. Insha Allah nak siapkan cepat2 phd ni dgn hepi. Nak siap cepat2 lebih cepat dr DROT hihi.. Sy jdkan itu pembakar semangat.

Terima kasih byk2 DROT. Ni bulan 5 sy nak ikut kursus atlas.ti pulak.. Insha Allah, Amenn..

Aminn.... mudah2an jalan yang bakal ditempuh oleh penulis email akan jadi mudah. Ada beberapa perkara yang aku ingin sentuh sedikit. 


Yang Hijau tu Proposal....
Yang hitam tu Thesis...

Pertama:
SV akan supervised supervisee sebagaimana dia di supervised dahulu. Ini bermakna terdapat SV yang "tidak effecient" ketika beliau membuat PhD akan mewariskan nasihat dan tindakan yang tidak efficient juga keoada supervisee.... 

Ramai SV dan tak terkecuali yang dah ada PROF (spt email di atas) yang menganggap proposal yang baik adalah proposal yang dah masak.... dan mantap.....yang maybe membawa maksud perfect... ibarat buat delima yang merah  merekah.... sedang proposal adalah ibarat blue print di atas kain putih seputih melati ... yang belum tiba masanya utk masak... dan perlu dimantapkan hatta ketika kajian sedang berlansung. 

Putih-putih melati....
Merah-merah delima....
SV yang baik hati pasti ku terima...

Proposal kajian qualitative misalnya..... TIDAK AKAN mantap dan TIDAK AKAN masak kerana memang nature kajian tersebut bersifat flexible..... sentiasa berubah dan perlukan adjustment. Yang perlu mantap adalah pernyataan masalah dan theory yang terlibat... bukannya proposal. Jadi pernyataan masalah dan theory dalam kajian kualitatif tak payah tunggu masak.... sebab itu adalah ingredient utk buat dough yang memang kita tak masak cuma gaulkan sahaja! Dah siap dough baru ler masak....

Kedua:
Akhirnya penulis mengikut nasihat wifenya sendiri....supaya teruskan menulis proposal, kerana kesihankan suami yang dah confused .... barulah penulis email mendegilkan diri utk memulakan penulisan proposal, kebetulan beliau telah tahu  RFOT dan Mendeley... ternyata semua pihak dapat menerima proposal tersebut dengan baik apabila dibentangkan !! Maknanya... perlu ada sedikit keberanian utk sekali sekala against your SV

Ketiga:
Namun, proposal bukan sesuatu yang cincai. Supervisee perlu bersedia dengan pembacaan yang meluas dan mendalam. Itu sebablah aku tulis entry bertajuk "Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari SV anda" !! Kalau tak baca lagi... sila lah baca.
Jadi pendapat PROF dalam email tersebut yang membuat generalization bahawa pelajar semester pertama belum ready boleh dipersoalkan...

Ready atau tidak bukan terletak kepada semester tetapi persediaan yang dibuat. Berapa ramai yang dah semester 3, 4 dan 5 pun tak ready2 utk buat proposal.... tapi ready nak berhenti  !! 

Sayugia dinyatakan disini, telah ada peserta bengkel aku, malah ada pelajar master semester 1 dalam kelas Research Methodology aku telah bersedia utk menulis proposal... even belumpun jumpa SV lagi... sebab proposal adalah tanggungjawab pelajar....lebih awal disediakan lebih baik.... hatta tak perlu menunggupun coursework selesai. SV hanya memastikan proposal tersebut cukup segala ingredient nya... bukan tunggu masak !

Hal yang sama berlaku ketika aku menulis dan mencadangkan supaya pelajar master semester 1 mengambil coursework Research Methodology serentak dengan Statistik... sebab kedua2 saling melengkap. Ketika itu pihak Graduate School HANYA menawarkan Statistik utk diambil pada semester 2 dgn alasan, pelajar tak mampu nak bawa kedua2 subject tersebut sekaligus !

Bagi aku, memanglah tak mampu kalau statistik yang diajar tu adalah statistik utk statistik dengan formula yang segala macam tok neneknya sehingga nak kira nilai-t pun akan ambil masa 3 jam... guna calculator, sedang statistik perlu difahami aplikasinya melalui SPSS... sebab pelajar bukan nak guna formula dan calculator pun dalam research !! Betul tak? Yang patut dibawa dalam kelas statistik termasuk waktu exam adalah lab top dgn perisian SPSS bukannya calculator....

Keempat:
Atas sebab yang sama juga mengapa aku katakan bahawa semester pertamalah paling penting dan paling sibuk bagi pelajar dan SV... bukannya honeymoon atau sembang2 dgn SV seperti yg difahami dan diamalkan oleh majoriti pelajar.... Semester 1 adalah masa sangat curucial utk mula membaca, memahami dan cuba mendalami bidang kajian yang diminati.... khususnya pembacaan jurnal-jurnal yang established bukannya buku !!

AKu nak tanya ko bro? 

Mana yang lebih baik? Mempercayai apa yang fahami dari pembacaan sendiri ATAU menerima saja cadangan dari SV (sambil ko honeymoon) ?

Ramai pelajar sukakan yang kedua sebab mereka tidak ada keyakinan dan persiapan sendiri dan mempercayai SV tahu segala2nya... dan apa yang datang dari SV adalah betul belaka.... tidak akan salah.....betulkah begitu?

Jika ko membaca, memaham dan mendalami kajian ko sendiri dan jika terdapat kekurangan dalam  pemahaman ko, sekurang2nya ko dah ada asas yang kukuh. 

Jika ko dapati apa yang ko dapat dari SV juga ada kekurangan....atau kejap SV kata macam ni kejap kata macam tu......apa ko nak buat? 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...