.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK



Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, April 21, 2013

Tajuk 473: PRU 13 dan Kenapalah supervisee aku ni slow sangat ?

Amacam bro…. buat apa hari ni? 

Aku ke RTM, hantar wife utk program Selamat Pagi Msia. Lega jalan lengang..... Ini kali kedua aku gi RTM selepas kali pertama masa Darjah 6 dulu… masa tu aku jugak pergi mezium dan Tugu Peringatan Negara…. tempat wajib tu kalau ikut rombongan sekolah zaman tu bro !! Itu tahun 1975 ....  ko pun belum lahir lagi....


Satu-satunya bangunan yang seperti ini... classic
  
Then aku ke Taman Tasik Perdana…. took my breakfast sambil melihat2 peluang utk shot close-up. Inilah dua dari hasilnya…. dgn thema "Objek bukan warna parti PRU13"


Shoot 1

Shoot 2

Kali ni aku nak citer pasal Taksonomi Bloom. Tahu kenapa?


Sebagai rakyat aku terfikir akan situasi PRU13. Aku fikir kempen PRU13 adalah yang paling tidak kena dengan semangat PRU itu sendiri... semangat demokrasi apatah lagi melibatkan calon2 Islam.

Kenapa bro?

Memilih calon memerlukan rakyat TAHU siapa calon .... TAHU apa yang calon dan partinya boleh lakukan...terutama kepada rakyat yang bukan pengikut tegar mana2 parti.... yang atas pagar... atas tembok.... atas motor.... yang menjadi majoriti pemilih dan penentu kerajaan Malaysia !!

Perkara paling asas adalah TAHU pun macam tak lepas sebab FAKTA yang dilaporkan oleh pelbagai bentuk media yang mewakili atau simpatisan kepada calon dari yang bercetak sampai yang berdigital....bukan lagi FAKTA yang menjadi asas kepada TAHU tapi lebih kepada AUTA. Usaha ingin menewaskan calon lawan seakan2 terletak kepada pihak yang paling berjaya mewar2kan keburukkan pesaingnya... bukan kelebihan sendiri dan parti...maka hilanglah segala kejujuran dan kewarasan.... 

Samalah macam kita nak beli kereta  A atau B. Pembeli memilih kereta A kerana penjual kereta A berjaya memburukkan kereta B, samada secara lisan mahupun iklan...bukan dibeli kerana kereta A tu diketahui baik....tapi dimomokkan dgn keburukan kereta B.... 

Perkara ini menjadi lebih sadis bila pembeli kereta tersebut malas nak membaca, malas nak ambil tahu dan malas mencari fakta yang betul.... lalu mempercayai lisan dan iklan penjual A secara semborono. 

Jadi persoalan TAHU ini membawa aku berfikir tentang Taksonomi Bloom....


Aku ni bidang hard science.... mana kau tahu taksonomi Bloom tu.... apa kaitan Taksonomi Bloom tu dgn aku, thesis dan research? 


Inilah dia Taksonomi Bloom
(source: http://doverdlc.blogspot.com/)

Kalau ko tak tahu…. Mehler aku bagi tau… Taksonomi Bloom atau Bloom’s Taxonomy adalah tahap urutan penguasaan terhadap sesuatu pengetahuan.... sempoi jer.... ko baca tukisan aku ni slow2...

Tahap terendah adalah tahap pengetahuan (knowledge) atau mengetahui sahaja. Tahap ini menjadi asas. Kalau dah tak tahu.... apapun tak guna....

Aahlah….

Bagi mereka yang terlibat dalam pendidikan, taksonomi ini adalah sesuatu yang asas. Tahap urutan ini membawa maksud, penguasaan sesuatu pengetahuan bermula dengan mengetahui sampailah tahap tertinggi iaitu berupaya membuat penilaian.

Aku akan jelaskan bagaimana urutan ini berkaitan dgn ko yang sedang buat thesis.


1. Knowledge / fakta 
Ini adalah tahap paling rendah.... macam ko tahu persamaan Einstein E=mc2. Ko setakat tahu jer.... tapi amende formula itu lansung ko tahu....

Maknanya sebelum ko nak buat kajian…. Ko kena TAHU dulu apa yang ko nak buat. Contohnya kalau ko hanya “terfikir” satu tajuk yang ko nak buat kajian tanpa ko ada pengetahuan … ko tahap pertamapun ko tak lepas !! Ko akan relex jer…. sebab kepala ko pun tak pening.. sebab ko tak tahu apa yang ko tak tahu…. Natijahnya bila SV tanya kenapa pilih tajuk kajian ni…. dan soalan lain yang satu parti dengannya….mulalah ko merapu….tenganga macam mulut ikan kerapu…. 

2. Comprehension / understanding 
Jadi jgnlah merapu bro…. mulalah membaca dan terus menulis draf proposal ko. Jika ko dah mula membaca article yang releven…menulis… berfikir…membaca… dan terus menulis….Ko akan mula pening kepala sebab byk benda baru yang ko TAHU tapi ko masih tak FAHAM. 

Ko jgn kisah bro… ko baca dan tulis jer dulu…sambil cuba memahami….Ini normal lah bro…. yang penting ko dah nak masuk tahap 2…. tahap ko mula nak faham.

Inilah tahap yang pada aku sangat menyeronokkan sebab ko boleh guna Mendeley utk membaca secara khusus apa2 aspek yang ko TAHU tapi belum FAHAM. Maybe ko boleh mulai dengan definisi oleh Wikipedia. Katakan ko jumpa perkataan “assimilation” yang digunakan oleh Piaget… utk kajian yang ko nak jalankan…maka dgn bantuan Mendeley… ko membaca secara focus apa sahaja yang berkaitan dgn terminology tersebut dari artikel yang ko kumpulkan dalam Mendeley

Ko akan mula memahami apa yang ko tahu. Semakin banyak ko membaca…dan menulis… lagi dalam kefahaman ko. Ketika ini draf proposal ko dah mula berkembang…. lengkap 3 chapters dgn semua heading dan sub-heading wpun penulisan ko masih dangkal dan baru peringkat awal lagi… maybe dalam 10 pages !

3. Application

Ini tahap penguasaan naik setakuk lagi. Memahami terminology, variable, analisis data, rekabentuk kajian dll yang berkaitan dgn apa yang ko nak kaji belum memadai jika ko tak tahu bagaimana semua itu diaplikasikan. 

Jadi teruskan pembacaan secara khusus dan menulis bagi memahami pula bagaimana kesemua ini diaplikasikan dalam kajian2 lepas. 

Katakan ko tahu dan faham ANOVA tapi tak tahu bagaimana diaplikasikan dalam kajian ko. Maka dengan membaca artikel2 yang releven yang menggunakan aplikasi analisis ANOVA…. Barulah ko tahu dan faham applikasi ANOVA dan boleh ko gunakan pulak dalam kajian ko. 

Apa lagi…. penulisan ko dah mula berkembang…. dari 10 pages ke 20 pages !

4. Analysis

Bagus…. ko dah tahu, faham dan mula kuasai aplikasi, katakan terminology “assimilation”. Dgn pembacaan dari pelbagai kajian, ko dah boleh menguasai konsep “assimilation" dari pelbagai sudut dan context kajian. Ketika inilah kemahiran aplikasi ko dah mula memasuki fasa analisis. Ko dah mula tahu menganalisis semua aspek kajian berkaitan assimilation. Ko dah mula berupaya mengekstrak maklumat dan pendetailan assimilation yang hanya releven dengan kajian ko. 

Pada tahap ini penulisan ko dah mula mantap wpun masih longgar sana sini…. dari 20 pages naik ke 30 pages ! 


Oleh kerana ko dah tahu, faham malah boleh mula mengaplikasikan apa yang ko faham dalam kajian ko maka pada tahap ini proposal ko sepatutnya dah boleh dibentangkan. 

Ingat bro....pada tahap ini proposal tak perlu begitu kritis bukan kerana kritis tu tak penting tetapi ko belumpun mencapai tahap tersebut.... baru tahap applikasi....tapi tahap ini dah memadai utk ko siapkan proposal yang lengkap....

Jadi SV jgn tak sabar2 nakkan pelajar menulis dan berbahas  secara kritis pada peringkat ini...belum sampai makam lagi supervisee utk berbuat demikian.....ini baru proposal... nantilah ketika menulis thesis....

5.Synthesis

Tahap ini ko dah sepatutnya dah mula menaiktaraf penulisan proposal ko ke thesis. Tahap analysis bermakna ko berupaya mengektrak maklumat penting dari kajian dan theory yang releven dgn kajian ko. Maklumat yang diekstrak dari pelbagai sumber ini perlu disintesis supaya penulisan thesis ko menjurus kepada apa yang ko ingin lakukan secara kritis. 

Menulis secara kritis memerlukan masa dan tahap penguasaan yang tinggi…. Iaitu gabungan keupaayaan menganalisis dan mensintesis. Mensintesis bermakna gabungan pelbagai maklumat yang dah ko analisis… lalu ko sintesis supaya jelas kaitannya dengan kajian ko…. Atas sebab inilah, mengapa penulisan dalam proposal tidak lah perlu sekritis dalam penulisan thesis. 


Wahai SV... barulah tiba masanya supervisee menunjukkan keupayaan menulis dan berhujah secara kritis.... bukan ketika mereka menyiapkan proposal..... proposal bagi sempoi2 sudahlah asalkan menepati tahap yang diperlukan.

6. Evaluation

Ini tahap tertinggi. Ko kenalah lulus PhD ko dulu utk capai tahap ini. Tahap ini dikatakan dimiliki oleh mereka yang bergelar expert yang akan menilai thesis ko. 

Ko akan capai tahap ini juga…. Tapi selepas maybe beberapa tahun ko dapat PhD dan terlibat dengan kajian2 …. kalau ko sekadar dapat PhD, then mengajar sekolah atau kolej atau matrikulasi jer tanpa membuat kajian baru…. Ko tak layak menilai thesis PhD orang lain sebab pengalaman ko terhad hanya kepada PhD ko sahaja dan maybe pengetahuan tersebut dah obsolete selepas beberapa tahun. 

Ko tahu apa maksud semua ini bro? 

Manalah kau tahu…. Ko yang tulis bukan aku. 

Aku ringkaskan dalam 6 kesimpulan… dgn 6 kali giler !

Pertama: 
Dalam bahasa mudah…. Kalau ko tak tahu byk benda berkaitan kajian ko… jgn duduk goyang kaki… mulalah membaca bahan yang releven. Jgn pulak ko asyik tanya SV ko…. Nanti dia ingat ko ni giler bertanya pulak…. Carilah sendiri dan explore dalam article2 dan bahan2 lain.. dan kalau masih blur jugak barulah tanya SV… 

Kedua: 
Bila ko mula membaca… jgn hanya buat catatan…. Mulalah menulis proposal, wpun baru minggu pertama semester pertama. Biarlah orang kata ko giler, belum apa2 dah nak menulis proposal… 

Ketiga: 
Bila ko dah mula menulis proposal…. Minta komen dari SV atau advisor ko. Tak kisahlah apa SV ko nak komen sebab proposal ko tu mesti banyak giler kesalahan yang ko buat…. Sebab tanpa kesalahan mana ko tahu apa sebenarnya yang betul ! 

Keempat: 

Bila dah siap proposal…. Mintalah utk dibentang segera. Tentu ada yang kata ko giler sebab baru semester 2 dah nak bentang proposal.

Tak kisah…. Kalau kat oversea tak jadi hal…. Cuma kat IPTA kita jer yang banyak songel-songelannya wpun sekadar nak bentang proposal !!

Kelima: 
Bila dah bentang proposal…. Ko mesti giler membaca dan giler menulis. Jgn berhenti… sehingga ko kuasai kajian ko sendiri ! 

Keenam: 

Bila ko dah siapkan proposal lebih awal, kajian dan thesis ko pulak boleh siap awal… tak derlah macam naik giler  ko menunggu VIVA bro…. 


Oleh itu SV juga perlulah menyedari keperluan peningkatan penguasaan pengetahuan mengikut tahap...bimbinglah supervisee kerana mana mungkin seseorang dapat memahami sesuatu yang dia tak tahu.... atau berupaya membuat sintesis apa yang dia sendiri tak pernah apply atau membuat analysis terhadap sesuatu yang dia sendiri belum faham apatah lagi bersikap kritis terhadap perkara yang dia tak mampu untuk analisis....


OT


1 comment:

  1. Terima kasih. Tulisan Dr pada entry ini telah menaikkan semula semangat saya yang patah dengan ketidakfahaman untuk mencari research Gaps.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...