.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 11, 2013

Bengkel Dewan Budiman UKM

Terima kasih kepada Rahayu Johari, ex peserta bengkel yang kendalikan bengkel di Dewan Budiman UKM. Walaupun secara tertutup, peserta yang hadir datang dari pelbagai IPTA. 



Bravooo.... 


Rahayu.... syabazzz....berkorban demi kawan2...


Full concentration

Gi mengundi ker?
Tak..... tea break !!

Supervisee dan Supervisor turut hadir...



Geng duduk belakang...







Tq "Mr Chan" for coming ...


Now writing up thesis penuh ceria....

Untuk album kenangan.... 



Wednesday, April 10, 2013

Bengkel di AIS UTM.....

Tahniah kepada AIS (Advanced Informatic School) UTM yang anjurkan bengkel Penulisan tesis dan Mendeley di Dewan Jumaah UTM KL.... dan kepada Dr. Norziha yang mulakan inisiatif tersebut. Terima kasih Dr. Siti Uzairah yang hadiahkan bukunya. Juga berkesempatan berjumpa "kawan lama" Dr. Ary Mahzir semasa lunch. 

Lokasi bengkel.....


Yezzz !!


Pendaftaran bermula



Pendaftaran 



Dr. Norziha dgn ucapan aluan...


Bilik yang selesa....


Bersama orang kuat di UTM KL....


Passing the mic....


Monday, April 8, 2013

Workshop at IEM anjuran MPWS....

Syukur.... bengkel pertama anjuran MPWS setelah melantik aku sebagai konsultan melalui UPM Consultancy & Services Sdn Bhd....berjalan dgn baik... dan inilah kali pertama juga aku tak sempat lunch dan tea break kerana melayan persoalan peserta. Aku tiada masalah sebab aku memahami tekanan yang dihadapi oleh calon2 PhD ni. 

Setelah aku menyemak alamat2 perserta yang memesan ebooks versi hard cover yang sedang disiapkan oleh MPWS.... tak sangka ada perserta datang dari Pahang dan Kedah..... dan aku percaya juga ada yang datang dari negeri2 lain. Syabas kerana anda telah melangkah setapak dapat mendapatkan kemahiran menulis dan mengurus artikel. 



Thumb up !!

From Endnote to Mendeley


Emmmm... sodap !!

Mana pulak sijil aku ni.....














Saturday, April 6, 2013

Tajuk 465: PhD…. Sample ko mesti satu Malaysia bro!


Aku nak respon secara ringkas kepada satu persoalan yang diaju semasa bengkel di MMU Melaka sebabnya aku dah tulis panjang lebar isu ini dalam blog aku.

Seorang peserta muda bertanya:

“Dalam kajian survey, saya ambil sample pelajar IPTA di Lembah Kelang saja tapi SV saya suruh ambil sample meliputi IPTA seluruh negara…. satu Malaysia…. sebab dia kata saya buat PhD”

Then dia kata….

“Apa alasan u ambil lembah Kelang jer…. ada rujukan ker?”

Sapa nak jawab ni? Aku harap ini bukan semangat 1Malaysia…. sampai nak ambil samplepun kena satu Malaysla !!

Ini persoalan yang sering menghantui pelajar master dan PhD. Adakah semestinya bila buat PhD jer mesti mengambil sample seluruh negara?

Abis tu camner pulak?

Walaupun sampling bergantung kepada objektif kajian....namun dalam keadaan sebenar agak sukar pelajar mampu mengambil sampel seluruh Malaysia….. jadi usaha mengambil kumpulan yang representative perlu dijalankan serta sample size yang sesuai bagi membolehkan analisis statistik dijalankan utk tujuan generalisasi.

Kalaulah pelajar dimestikan mengambil sample dari seluruh populasi... bertuahlah pelajar Brunei yang negeri kecik dan populasi sedikit…. berbanding dengan Malaysia. Bagaimana dgn penyelidik di US…. takkan mungkin pelajar akan cover populasi seluruh US…. impossible !!

Jadi pelajar yang ada kekangan budget, masa dan manpower tentu tidak akan berupaya mendapatkan sampel dari target population iaitu seluruh Malaysia maka keutamaan adalah mencari sample yang representative dari accessible population.
Maka isu representativeness dan pemilihan accessible population ini sangat penting. Jika 5  IPTA di Lembah Kelang boleh represent 15 IPTA lain seluruh Malaysia, tak perlulah ambil sample sampai seluruh negara. Jadi focus kan aja ke pada Lembah Kelang. 
Rasional: Oleh kerana syarat kemasukkan pelajar ke IPTA hampir sama melalui UPU misalnya, maka populasi sample di Lembah Kelang akan representative populasi IPTA seluruh negara... maka boleh dibuat generalisasi...
(Nota: Aku dah kupas tajuk ni dengan panjang lebar dgn entry bertajuk “Apa itu Target dan Accessible Population”, “Saiz sampel – Cohen, Cochran, Mogan atau…?” dll dalam entry blog ini).

Tajuk 464: Jgnlah over... Calon PhD tak masuk pilihanraya dan PhD hanyalah latihan praktikal !

Suasana PRU13 makin terasa. Bendera disana sini. Suasana tegang mula wujud dalam diri calon2. Tapi aku nak cerita calon yang tegang jugak tapi tak masuk PRU13.

Calon mana pulak tu bro?

He he.... ko lah... calon PhD !!

Aku fikir antara ketegangan awal yang dihadapi calon kerana expectation yang dikenakan kepada mereka utk jalankan kajian yang terover2 ler pulak.

Apsal ko kata gitu?

Cer ko fikir....setiap peringkat pendidikan dari tadika sampailan menara gading ko akan belajar teori dan praktikal. Semakin tinggi pengajian ko semakin banyak teori yang ko tahu maka semakin ketara latihan praktikal yang ko perlu lakukan. 


NINE wpun masih pakai pampers dah mula collect sijil. Kalau sampai PhD mahu beratus sijil dia dapat !!
Paling best kat bawah sijil ada tulis
Hugs from: Teacher Asyie.... he he 

OK.....

Kemuncak tertinggi latihan praktikal dalam dunia akademik adalah keperingkat PhD. Inilah peringkat degree tertinggi kerana  ko sendiri aplikasikan semua teori yang ko ketahui utk membuat latihan praktikal yang ko pilih sendiri. 

Latihan praktikal ni sepenuhnya diserahkan kepada ko, apa yang dinamakan sebagai RESEARCH !! Ko juga dipertanggungjawabkan menghasilkan satu naskah ilmiah dgn kupasan yang tebal yang dinamakan sebagai THESIS !!

Research ini pulak adalah latihan praktikal utk ko membina kemahiran ko menguasai sesuatu topic kajian dan berupaya menjalankan kajian tersebut secara sendirian, dgn bimbingan SV. 

Kalau buat sendirian kenapa perlu SV?

Sebabnya ko masih novis !! Namun selepas ko dapat PhD, ko dianggap berkemampuan jalankan kajian sendiri dan  ko pulak jadi akan dianggap expert maka ko pulak jadi SV !!

Kenapa tak semua pelajar buat PhD a.k.a buat research? 

Sebab pertama kerana tidak semua pelajar menepati syarat minima akademik utk jadi calon PhD. Kedua tiada keperluan dalam career pelajar tersebut utk buat research dan memiliki PhD. Jadi kalau nak buat PhD, kemudian jadi pentadbir jer... maka kemahiran buat research tu akan obsolete dan lama2 tak berguna lagi...


Nine dgn kakak dan abang....
Maybe takda yang minat belajar sampai dapat PhD...

namun ada seorang bakal Dr....

Oleh itu, PhD adalah satu program akademik yang unik yang dgn calon PhD membuat research sebagai latihan praktikal dgn matlamat menguasai kemahiran yang perlu sebagai researcher yang competent. 

Oleh kerana PhD adalah latihan praktikal untuk buat kajian ... maka terdapat pulak pendapat yang aku kira terover apabila meletakkan pelbagai gesaan spt berikut:

Kajian PhD hendaklah....

1. selesaikan masalah negara
2. menghasilkan sesuatu yang boleh mengubah polisi itu dan ini
3. menghasilkan penyelesaian masalah untuk masyarakat yang sebelum ini tak sapa boleh selesaikan
4. menghasilkan produk yang nobel dan original
5. menjalankan kajian dgn sample meliputi seluruh populasi .... seluruh negaralah tu !
6. membuat kajian yang tak siapapun pernah buat sebelum ini
7. menghasilkan satu pengetahuan super genuine… dan super original


Tujuan utama membuat PhD adalah utk melahirkan “an independent competent researcher” yang boleh menjalankan kajian dalam bidang yang dia minati dan ada pengetahuan mengenainya secara sistematik dan scientific lalu menyumbang kepada "the body of knowledge"

Maka….. proses membimbing dan memastikan calon PhD menjalankan kajian secara SISTEMATIK dan SAINTIFIK sebagai syarat menjadi researcher yang competent ADALAH LEBIH UTAMA dari menggesa calon PhD membuat kajian yang kononnya “dapat menyelesaikan masalah negara” !!    

Aku tak cayalah bro...

Aku nak tanya.... berapa byk kita ada expert yang jadi SV dan berapa byk masalah negara dah selesai?  Berapa banyak polisi yang terhasil dari research akademik oleh expert2 tersebut? Boleh ko senaraikan? Setakat menulis puluhan article (yang sebahagiannya hasil kajian pelajar....) tak bermakna selesainya masalah negara...

Jadi, kalau expert tak boleh buat kajian bagi hasilkan 7. senarai di atas...... kenapa pulak beban tersebut diletakkan diatas calon PhD yang novis, yang membuat kajian secara individu.... yang part-time.... yang tiada geran penyelidikan.... yang tak ada RA yang comel2...yang dapat separuh gaji.....  yang cuti tanpa gajipun ada...yang ini dan yang itu sedang mereka "hanya menjalankan praktikal membuat research" ?

Ko ni bro merendahkan tahap research PhD ler dan ko kata pulak sebagai latihan praktikal? 

La... kalau dah kena present proposal.....  jumpa SV.... defend thesis.... kena menduduki comprehensive exam....ada external examiner .... bukan kah itu satu proses penilaian sepanjang calon PhD buat latihan praktikal menjalankan kajian? 

Gesaan aku supaya calon PhD gunakan analisis yang lebih advanced spt SEM, PLS, menguji semua assumptions bagi data non categorical, menghasilkan questionnaire sendiri dengan Factor Analisis, menggunakan Mendeley bagi hasilkan penulisan citation dan references yang lengkap, menggunakan ATLAS.TI menggantikan kaedah analisis data qualitative secara manual dll... adalah utk meninggikan martabat research peringkat PhD... bukan  kepada isu "tajuk ni basi" atau "tajuk ni dah byk orang lain buat"...

Dalam menjalankan praktikal membuat research tersebut....calon mendapatkan satu permasalah kajian, merangka rekabentuk kajian yang sesuai dengan menggunakan instrument yang tepat serta analisis data yang mantap. Semua ini dinilai sepanjang proses menjadi calon PhD. 

Proses bimbingan serta penilaian inilah yang perlu diberi perhatian supaya latihan membuat penyelidikan tersebut berupaya menghasilkan calon yang competent sebagai penyelidik… dan dengan kompetensi inilah calon akan menjadi penyelidik yang juga kompeten utk selesaikan sebarang masalah selepas lulus...

Jadi PROSES melatih calon PhD inilah yang LEBIH PENTING dari menggesa mereka utk membuat kajian yang dapat kononnya dapat menyelesaikan masalah negara atau mencari satu masalah yang belum ada sesapa yang sanggup lakukan sebelum ini, termasuk SV tu sendiri ... kemudian membiarkan supervisee terkial2.... terkinja2 dan terawang2... tanpa bimbingan !!

Gesaan yang keterlaluan oleh SV ini pada hemat saya lebih terdorong kepada  intention SV utk menompang kajian calon PhD dlm menyelesaikan “masalah negara” tersebut sedang peranan SV dalam  membimbing calon melakukan research secara sistematik dan saintifik sebagai objektif yang lebih utama ada kalanya tidak diberikan perhatian sewajarnya! Malah ada SV yang serahkan bulat2 perjalanan research kepada calon PhD….

Supervisee perlukan bimbingan supaya memiliki keupayaan membuat review yang kritis kepada masalah kajian secara mendalam dan focus… sehingga akhirnya menjadi expert dalam bidang kajian tersebut. Disebalik setiap kajian, calon mestilah berupaya melihat skop yang baru, walaupun pada masalah yang dah lama…..selari dengan perkembangan pengetahuan dalam teori, analisis dan rekabentuk serta instrument kajian dan inilah yang perlu dipupuk oleh SV.

Juga keupayaan menganalisis masalah dari perspektif baru…menyumbang pengetahuan, menulis artikel yang lebih komprehensif….sebagai persiapan menjadi penyeldik yang tersohor. Semua ini adalah sebahagian dari keupayaan yang perlu di curahkan oleh SV kepada calon PhD….. 

Jadi janganlah belum apa2... calon PhD ditakut2kan dgn kajian yang mesti bertahap expert .... yang SV sendiri tak sanggup nak lakukan.... atas alasan "Calon PhD patut boleh buat apa sahaja kajian antara langit dan bumi"..... betul ker begitu?

Panjang le pulak aku tulis kali ni.... so to recap...aku percaya.... supervision yang baik akan meningkat quality calon PhD, dan menghasilkan jugak research yang berkualiti...

Friday, April 5, 2013

Bengkel di MMU, Melaka

Kali pertama aku menerima jemputan ke MMU Melaka. Saksikan photo perjalanan bengkel. Terima kasih kepads Sdri Zakiah dan mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel....

MMU kampus Bukit Beruang Melaka

Nama yang wujud dimana2 di MMU Melaka

Wajah MMU Melaka yang ceria.... aku suka !!

Seceria peserta ..... tahniah !!!

Coooollaboration....

Senyum mendapat tip2 mantap !

Yang penting praktikal dan sempoi...

Sekali sekala serius

Ole2 dari Melaka... termasuk gula Melaka...

Masih baru dalam dunia research tapi semangat hebat !

Pendaftaran....

Acara wajib...

Memesan ebook....

Zakiah sebagai anchorwoman bengkel...



Tuesday, April 2, 2013

Tajuk 463: Rembau Most Wanted - Index citation, ISI, SCOPUS, Impact Factor tu amende bro?

Ini sedikit lirik lagu  WARIS oleh Rapper REMBAU MOST WANTED.  Lagu ni tiba2 berkumandang kat radio... 

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nk dibuko?


Mula aku tak perasan tapi bila dengar REMBAU MOST WANTED..... tu tompek den tu !! Lirik tu boleh juga diubah jadi ..

Jurnal ado scopus takdo pon tak guno
Tunggu lamo nak dapek KPI
Baru tahu jurnal tak ado ISI?

Di UPM aku sering mendengar perkataan SCOPUS. Kemudian CIJ atau citation-indexed journal dan non-CIJ. Kat UKM aku terdengar pula ISI dan Impact Factor…. Malah ada IPTA mensyaratkan pelajar PhD perlu terbitkan artikel dalam SCOPUS… amende ler semua ni.....


Tompek tumpah daghah den
(photo pinjam cahayakeagungan)


Cam nilah…. Dunia semakin canggih, manusia semakin ramai, yang bijakpun semakin bertambah. Oleh itu, ramai pakar menulis hasil kajian utk diterbitkan dalam journal.

Abis tu?

Maka berlambak2 lah journal yang terbit... sehingga dipersoalkan kualiti artikel dlm jurnal tersebut. 

Kenapa dipersoal? Antara sebab utamanya adalah.... artikel ditulis oleh student tapi nama main author ada nama SV. Artikel ditulis dan dihantar tapi tak disemak oleh SV pun.... utk pastikan kualiti artikel tersebut... 

Malah ada yang keluarkan journal on-line… semua orang boleh download dan baca..... tapi bila dirujuk terdapat banyak kesalahan. 

Student undergrad aku apabila buat projek selalu rujuk jurnal on-line yang diterbitkan di Malaysia.... sebab jurnal ni mudah nak akses...dan ini dianggap satu anugerah bagi pelajar undergrad. 

Cuma bila sekali sekala aku semak artikel yang dirujuk pelajar semasa menyemak projek mereka.... dapat dikesan kesalahan disana sini yang tidak sepatutnya ada bagi satu penulisan ilmiah sementelahan diterbitkan pula online dan terbuka utk semua orang. 

Contohnya ada artikel tulis ".....seperti dalam Jadual 5..." tapi jadual dgn nombor tu tak ada pulak dalam artikel.....abih camno?

Yer ker bro?

Berikut satu contoh petikan dalam artikel jika ditulis menjadi sesuatu yang terover lah pulak....

Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif  kerana  dapat menjelaskan permasalah sebenar yang berlaku dan berupaya memberi kesimpulan yang lebih mantap mengenai permasalahan kajian.

Sekali baca tentu tak mungkin kajian dengan analisis deskriptif (%) dapat "menjelaskan permasalahan sebenar" serta "memberi kesimpulan yang lebih mantap".... wow.... malah analisis  dalam % itu jugalah dikupas seolah2 akan menjadi satu dasar baru yang akan mengubah dunia dan perlu dirujuk oleh kementerian itu dan ini... fuhh....togamam den !!


Malah terdapat artikel on-line dgn nama author ditulis sebagai Prof. Madya XYZ sebagai pengarang pertama,   sedangkan bila baca artikel tu hanya sekadar kajian discriptive jer... sedang academician patut tahu artikel hanya memerlukan author's full name sahaja tanpa title Dr, PM atau Prof.....seperti contoh di bawah.... dan corresponding author pun hanya ditandakan dengan * sahaja diikuti dgn affiliation masing2 authors... tu saja...sebagaimana yang disediakan dalam template2 utk author sebelum submit sesuatu article....kemana2 jurnalpun didunia ini !!


Article di tulis oleh dua pakar -  Prof David Treagust (my former external examiner) dan Prof Emeritus Reinders tanpa perlu menulis title "Prof" pun depan nama mereka..


Oleh itu, perlu dilakukan penarafan journal2 yang beratus ribu jumlahnya di seantero dunia.

Salah satu agensi yang membuat penarafan adalah The Institute of Scientific Information atau ringkasnya ISI, agensi kepunyaan  Thomson Reuters Corporation, sebuah firma media dan informasi yang berpusat di New York. Sebab itu kadang kala dipanggil jugak ISI Thomson. 

ISI Thomson akan keluarkan setiap tahun senarai Journal Citation Report (JCR), iaitu senarai journal dengan Impact Factor.

Amende ler pulak Impact Factor (IF) tu bro?

IF adalah ukuran purata article tersebut dirujuk dalam artikel lain. Bagi mudah faham…. Artikel yang banyak dirujuk atau cited oleh article lain mempunyai Impact Factor yang lebih tinggi.  ISI Thomson spt telah menjadikan IF sebagai satu cara mudah menentukan kualiti sesuatu jurnal…

Camner aku nak tahu IF jurnal yang aku rujuk?

Tu ko kena pergi ke Journal Citation Reports (JCR)...

Now Scopus ler pulak.... apa beza dengan ISI tu...?

Selain Thomson..... sebuah lagi gergasi media iaitu Elsevier  yang berpusat di Amsterdam...yang telah menerbitkan ribuan  journals (termasuk dibawah ScienceDirect) telah membina satu data base yang dinamakan Scopus - data base yang mengandungi jurnal2 yang di indeks melalui proses yang agak ketat oleh satu badan penasihat yang terdiri dari pakar2 dari perbagai disiplin.

Scopus juga mengeluarkan IF seperti ISI Thomson kepada jurnal yang layak... maknanya ada jurnal yang diindeks oleh scorpus tetapi tidak mencapai tahap untuk mendapatkan IF.

Sebelum sesuatu jurnal diindeks dalam scopus, paling asas syarat yang dikenakan jurnal tersebut mestilah telah di akreditasi diperingkat kebangsaan dahulu dan terbit secara berkala dan konsisten setiap tahun. Abstrak pula wajib dalam bahasa Inggeris....tetapi jurnal masih boleh dalam bahasa negara masing2...

OOO...cam tulak...

Sebagai contoh di Malaysia,  Pertanika Journal of Social Science and Humanities (UPM) telah mendapat index scopus kerana memenuhi syarat asas... dan berharap juga mendapat IF. Dalam masa yang sama Pertanika sedang berusaha memohon untuk mendapat indeks ISI Thomson juga....dgn harapan dapat IF.. 

Dua contoh lain jurnal di Malaysia yang diindeks oleh scorpus adalah Sains Malaysiana (UKM) dan Malaysian Journal of Science (UM).  Sebab itu ada artikel dalam BM yang terbit dalam jurnal scorpus... 

Kesimpulannya…. Apabila ko nak cite jurnal… at least jurnal tu diindeks oleh Scopus. Jika ianya jurnal Scopus, maknanya jurnal tersebut telah melalui proses yang aku tulis di atas atau dgn lain perkataan termasuk dalam kategori CIJ (citation-index journal) walaupun tiada dalam senarai IF. Namun jika jurnal tersebut ada IF lagi baik… 

Wow.... berbelit otak aku nak faham benda ni...

Ko tak payah faham..... jika ko nak tulis tesis, rujuk jer artikel yang dah ada nama dan familiar dalam topik ko tu..... pun dah cukup...tapi bila ko nak submit.... carilah yang ada scorpus....jgn pulak ko cari jurnal yang ada IF Thomson yang tinggi2 bro... sebab SV ko pun belum tentu dapat penetrate jurnal cam tu... 

Adanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...