.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 2, 2013

Tajuk 463: Rembau Most Wanted - Index citation, ISI, SCOPUS, Impact Factor tu amende bro?

Ini sedikit lirik lagu  WARIS oleh Rapper REMBAU MOST WANTED.  Lagu ni tiba2 berkumandang kat radio... 

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nk dibuko?


Mula aku tak perasan tapi bila dengar REMBAU MOST WANTED..... tu tompek den tu !! Lirik tu boleh juga diubah jadi ..

Jurnal ado scopus takdo pon tak guno
Tunggu lamo nak dapek KPI
Baru tahu jurnal tak ado ISI?

Di UPM aku sering mendengar perkataan SCOPUS. Kemudian CIJ atau citation-indexed journal dan non-CIJ. Kat UKM aku terdengar pula ISI dan Impact Factor…. Malah ada IPTA mensyaratkan pelajar PhD perlu terbitkan artikel dalam SCOPUS… amende ler semua ni.....


Tompek tumpah daghah den
(photo pinjam cahayakeagungan)


Cam nilah…. Dunia semakin canggih, manusia semakin ramai, yang bijakpun semakin bertambah. Oleh itu, ramai pakar menulis hasil kajian utk diterbitkan dalam journal.

Abis tu?

Maka berlambak2 lah journal yang terbit... sehingga dipersoalkan kualiti artikel dlm jurnal tersebut. 

Kenapa dipersoal? Antara sebab utamanya adalah.... artikel ditulis oleh student tapi nama main author ada nama SV. Artikel ditulis dan dihantar tapi tak disemak oleh SV pun.... utk pastikan kualiti artikel tersebut... 

Malah ada yang keluarkan journal on-line… semua orang boleh download dan baca..... tapi bila dirujuk terdapat banyak kesalahan. 

Student undergrad aku apabila buat projek selalu rujuk jurnal on-line yang diterbitkan di Malaysia.... sebab jurnal ni mudah nak akses...dan ini dianggap satu anugerah bagi pelajar undergrad. 

Cuma bila sekali sekala aku semak artikel yang dirujuk pelajar semasa menyemak projek mereka.... dapat dikesan kesalahan disana sini yang tidak sepatutnya ada bagi satu penulisan ilmiah sementelahan diterbitkan pula online dan terbuka utk semua orang. 

Contohnya ada artikel tulis ".....seperti dalam Jadual 5..." tapi jadual dgn nombor tu tak ada pulak dalam artikel.....abih camno?

Yer ker bro?

Berikut satu contoh petikan dalam artikel jika ditulis menjadi sesuatu yang terover lah pulak....

Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif  kerana  dapat menjelaskan permasalah sebenar yang berlaku dan berupaya memberi kesimpulan yang lebih mantap mengenai permasalahan kajian.

Sekali baca tentu tak mungkin kajian dengan analisis deskriptif (%) dapat "menjelaskan permasalahan sebenar" serta "memberi kesimpulan yang lebih mantap".... wow.... malah analisis  dalam % itu jugalah dikupas seolah2 akan menjadi satu dasar baru yang akan mengubah dunia dan perlu dirujuk oleh kementerian itu dan ini... fuhh....togamam den !!


Malah terdapat artikel on-line dgn nama author ditulis sebagai Prof. Madya XYZ sebagai pengarang pertama,   sedangkan bila baca artikel tu hanya sekadar kajian discriptive jer... sedang academician patut tahu artikel hanya memerlukan author's full name sahaja tanpa title Dr, PM atau Prof.....seperti contoh di bawah.... dan corresponding author pun hanya ditandakan dengan * sahaja diikuti dgn affiliation masing2 authors... tu saja...sebagaimana yang disediakan dalam template2 utk author sebelum submit sesuatu article....kemana2 jurnalpun didunia ini !!


Article di tulis oleh dua pakar -  Prof David Treagust (my former external examiner) dan Prof Emeritus Reinders tanpa perlu menulis title "Prof" pun depan nama mereka..


Oleh itu, perlu dilakukan penarafan journal2 yang beratus ribu jumlahnya di seantero dunia.

Salah satu agensi yang membuat penarafan adalah The Institute of Scientific Information atau ringkasnya ISI, agensi kepunyaan  Thomson Reuters Corporation, sebuah firma media dan informasi yang berpusat di New York. Sebab itu kadang kala dipanggil jugak ISI Thomson

ISI Thomson akan keluarkan setiap tahun senarai Journal Citation Report (JCR), iaitu senarai journal dengan Impact Factor.

Amende ler pulak Impact Factor (IF) tu bro?

IF adalah ukuran purata article tersebut dirujuk dalam artikel lain. Bagi mudah faham…. Artikel yang banyak dirujuk atau cited oleh article lain mempunyai Impact Factor yang lebih tinggi.  ISI Thomson spt telah menjadikan IF sebagai satu cara mudah menentukan kualiti sesuatu jurnal…

Camner aku nak tahu IF jurnal yang aku rujuk?

Tu ko kena pergi ke Journal Citation Reports (JCR)...

Now Scopus ler pulak.... apa beza dengan ISI tu...?

Selain Thomson..... sebuah lagi gergasi media iaitu Elsevier  yang berpusat di Amsterdam...yang telah menerbitkan ribuan  journals (termasuk dibawah ScienceDirect) telah membina satu data base yang dinamakan Scopus - data base yang mengandungi jurnal2 yang di indeks melalui proses yang agak ketat oleh satu badan penasihat yang terdiri dari pakar2 dari perbagai disiplin.

Scopus juga mengeluarkan IF seperti ISI Thomson kepada jurnal yang layak... maknanya ada jurnal yang diindeks oleh scorpus tetapi tidak mencapai tahap untuk mendapatkan IF.

Sebelum sesuatu jurnal diindeks dalam scopus, paling asas syarat yang dikenakan jurnal tersebut mestilah telah di akreditasi diperingkat kebangsaan dahulu dan terbit secara berkala dan konsisten setiap tahun. Abstrak pula wajib dalam bahasa Inggeris....tetapi jurnal masih boleh dalam bahasa negara masing2...

OOO...cam tulak...

Sebagai contoh di Malaysia,  Pertanika Journal of Social Science and Humanities (UPM) telah mendapat index scopus kerana memenuhi syarat asas... dan berharap juga mendapat IF. Dalam masa yang sama Pertanika sedang berusaha memohon untuk mendapat indeks ISI Thomson juga....dgn harapan dapat IF.. 

Dua contoh lain jurnal di Malaysia yang diindeks oleh scorpus adalah Sains Malaysiana (UKM) dan Malaysian Journal of Science (UM).  Sebab itu ada artikel dalam BM yang terbit dalam jurnal scorpus... 

Kesimpulannya…. Apabila ko nak cite jurnal… at least jurnal tu diindeks oleh Scopus. Jika ianya jurnal Scopus, maknanya jurnal tersebut telah melalui proses yang aku tulis di atas atau dgn lain perkataan termasuk dalam kategori CIJ (citation-index journal) walaupun tiada dalam senarai IF. Namun jika jurnal tersebut ada IF lagi baik… 

Wow.... berbelit otak aku nak faham benda ni...

Ko tak payah faham..... jika ko nak tulis tesis, rujuk jer artikel yang dah ada nama dan familiar dalam topik ko tu..... pun dah cukup...tapi bila ko nak submit.... carilah yang ada scorpus....jgn pulak ko cari jurnal yang ada IF Thomson yang tinggi2 bro... sebab SV ko pun belum tentu dapat penetrate jurnal cam tu... 

Adanya...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...