.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, April 6, 2013

Tajuk 465: PhD…. Sample ko mesti satu Malaysia bro!


Aku nak respon secara ringkas kepada satu persoalan yang diaju semasa bengkel di MMU Melaka sebabnya aku dah tulis panjang lebar isu ini dalam blog aku.

Seorang peserta muda bertanya:

“Dalam kajian survey, saya ambil sample pelajar IPTA di Lembah Kelang saja tapi SV saya suruh ambil sample meliputi IPTA seluruh negara…. satu Malaysia…. sebab dia kata saya buat PhD”

Then dia kata….

“Apa alasan u ambil lembah Kelang jer…. ada rujukan ker?”

Sapa nak jawab ni? Aku harap ini bukan semangat 1Malaysia…. sampai nak ambil samplepun kena satu Malaysla !!

Ini persoalan yang sering menghantui pelajar master dan PhD. Adakah semestinya bila buat PhD jer mesti mengambil sample seluruh negara?

Abis tu camner pulak?

Walaupun sampling bergantung kepada objektif kajian....namun dalam keadaan sebenar agak sukar pelajar mampu mengambil sampel seluruh Malaysia….. jadi usaha mengambil kumpulan yang representative perlu dijalankan serta sample size yang sesuai bagi membolehkan analisis statistik dijalankan utk tujuan generalisasi.

Kalaulah pelajar dimestikan mengambil sample dari seluruh populasi... bertuahlah pelajar Brunei yang negeri kecik dan populasi sedikit…. berbanding dengan Malaysia. Bagaimana dgn penyelidik di US…. takkan mungkin pelajar akan cover populasi seluruh US…. impossible !!

Jadi pelajar yang ada kekangan budget, masa dan manpower tentu tidak akan berupaya mendapatkan sampel dari target population iaitu seluruh Malaysia maka keutamaan adalah mencari sample yang representative dari accessible population.
Maka isu representativeness dan pemilihan accessible population ini sangat penting. Jika 5  IPTA di Lembah Kelang boleh represent 15 IPTA lain seluruh Malaysia, tak perlulah ambil sample sampai seluruh negara. Jadi focus kan aja ke pada Lembah Kelang. 
Rasional: Oleh kerana syarat kemasukkan pelajar ke IPTA hampir sama melalui UPU misalnya, maka populasi sample di Lembah Kelang akan representative populasi IPTA seluruh negara... maka boleh dibuat generalisasi...
(Nota: Aku dah kupas tajuk ni dengan panjang lebar dgn entry bertajuk “Apa itu Target dan Accessible Population”, “Saiz sampel – Cohen, Cochran, Mogan atau…?” dll dalam entry blog ini).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...