.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 11, 2013

Training @ IEM PJ

Bengkel di IEM spt biasa penuh ceria dan ini kali pertama aku mengisi bengkel sebagai consultant di IEM. Juga bengkel yang dulu di monopoli oleh IPTA kini telah dihadiri oleh peserta dari IPTS termasuk Taylor's University. 

Aku sebenarnya kurang sihat tapi gigihkan juga mengisi bengkel dan bersemangat ler pulak jumpa peserta....sampai rumah jumpa doktor panel dan dapat MC supaya rest....2  hari !!

Kali ini peserta menyumbang RM10 seorang bagi tabung Lahad Datu.... kepada keluarga yang terkorban...

Terima kasih kepada peserta yang focus semasa bengkel. Berikut massage dari peserta via facebook yang diterima selepas bengkel:

Terima kasih tak terhingga kepada Dr OT diatas tips2 n guidance yg diberikan 
- Yana Khalid

Terima kasih Dr.. Lena tido kami mlm nie....thesis oh thesis alhamdulillah tq Dr..
- Fadliza Mohd Razali

Photo utk dikongsi bersama...

Thumbs up !!
Are U ready? Yezzz !!

Peminat Mendeley ... !!

Keep on track !

Apabila menulis dah tak dapat ditahan2 lagi...

Cantik... semua paperless....

3 jam siap 3 chapters.... bukan lagi 3 semester  !!















Saturday, March 9, 2013

Tajuk 454: KARNIVAL "JOM HEBAT" SISWAZAH - Rasch + SEM + PLS + Mendeley + QIQQA + Atlas.ti !!

Petang ini aku terlena sebab kepenatan mengisi bengkel di UNISZA semalam. Aku terasa kecil dan syukur kerana ALlah memberikan jalan utk aku terus berkongsi pengalaman, berjumpa teman2 baru dan meniti masa depan. 

Bila aku bangun jer.... terus membuka laptop dan terhasillah catatan ini....

Minggu lepas aku dikunjungi oleh Presiden Siswazah Pendidikan UKM dgn 3 hulubalang2 yang ensem lagi gagah perkasa. Pertemuan tersebut memang aku atur bagi merencanakan satu program "Karnival Siswazah". Aku saja namakan dulu sebagai Karnival "JOM HEBAT" Siswazah.... tapi terserah kpd persatuan siswazah IPT menentukannnya...

Pertemuan di Bilik 128 Fakulti Pendidikan UPM (bilik akulah tu..) berlansung dgn penuh mesra wpun tanpa jamuan... kesian diaorang !! Aku seronok dpt berjumpa semula ex peserta bengkel dan ex student aku yang dah pegang jawatan dipersatuan tersohor di UKM.

Program ini adalah idea dan hasrat aku sendiri utk menggabungkan beberapa penceramah bagi mendedahkan aspek2 research yang perlu diketahui kepada siswazah. Karnival ini akan melibatkan demontrasi aplikasi Rasch Model, SEM / AMOS / PLS, Mendeley / QIQQA dan ATlas.ti yang dijalankan sehari suntuk bagi pendedahan kepada siswazah.

InsyaALlah,demonstrator yang terlibat dalam karnival sehari tersebut adalah: 

Dr Aryl Mahdzir (UTM - Rasch Model)
Dr M. Awang Idris (UM - SEM / AMOS / PLS)
Dr OT (UPM - Mendeley / QIQQA)
Pn Ani Munirah (UUM - Atlas.ti)

Karnival ini pada dasarnya akan diadakah secara terbuka dan insyaALlah sedang diusahakan supaya percuma utk semua siswazah dan pelajar tahun akhir IPTA / IPTS seluruh negara !!

Tentu korang dah tahu kenapa aku panggil mereka ni hulubalang...mula2 akupun seram bila pemuda2 tough ni masuk bilik aku  namun mereka semua berhati mulia dan mempunyai bakat kepimpinan yang terserlah !!

Semoga perancangan karnival "JOM HEBAT" ini mendapat sambutan dan menghasilkan bakal2 lulusan Master dan PhD, DBA, MA, DEd yang hebat2 jua.... dgn kehadiran yang boleh mengatasi "Jom Heboh".....dan graduan yang dah bergelar artis juga akan dijemput sebagai penyeri.... sapa dia biarlah hulubalang2 tersebut putuskan... bersama2 rakan2 mereka dari persatuan siswazah IPTA yang lain..

OT 

Friday, March 8, 2013

KURSUS PERSIAPAN PHD @ UNISZA !


Tahniah atas penganjuran Kursus Persiapan PhD di UNISZA dan terima kasih atas jemputan yang aku buat terima buat kali ke2. Ucapan tahniah juga kepada TNC UNISZA yang turut sama turun padang bagi menunjukkan sokongan beliau.

Ini respon segera saya perolehi dari satu email peserta yang saya lampirkan ... TQVM juga kepada AMYusoff yang telah turut serta... kongsi2kan bersama...

Assalamualaikum Dr,
Pertama sekali saya nak ucapan terima kasih tak terhingga di atas input yang amat100x berguna kepada saya yang saya tak mungkin dapat di tempat lain. Allah bless you Dr..  Insya Allah dengan ilmu yang diberi saya amat yakin untuk memulakan Phd dengan cepat dan muga ilmu ini sentiasa berkat hingga akhir hayat. Saya akan kongsi ilmu bersama rakan-rakan saya.... Terima kasih Dr. Tolong halalkan segala ilmu ini ya Dr.

from:

AMYusoff

Aku yang dah biasa mengisi bengkel secara sempoi kekok juga bila ada TNC turut sama. Layanan yang baik  dari pihak UNISZA diucapkan terima kasih…..

Aku tabik dan rasa hormat kepada seorang professor  yang telah lama berkhidmat termasuk di UM dan kini di UNISZA. Kesungguhan beliau dari awal sampai akhir menjadi peserta bengkel kerana ingin mengetahui apa yang aku ingin sampaikan menunjukkan sikap terbuka beliau yang terpuji. 

Terima kasih juga kerana UNISZA telah membuka tempat kepada 15 peserta luar terutama kepada peserta dari UMT. 



























Thursday, March 7, 2013

Tajuk 453: Jgn tak tau....Correlation bukanlah satu kajian !!

Esok aku akan berada di UNISZA, jika tiada aral melintang. Aku dijemput utk berkongsi pengalaman menulis thesis dan aplikasi Mendeley. UNISZA mempunyai makna besar bagi aku sebab pelajar pertama postgraduate aku adalah pelajar UNISZA yang berjaya siapkan penulisan thesis MSc nya  dalam 3 semester !! Pelajar tersebut akan mendaftar program PhD di UM pula...

Pagi tadi aku berpeluang mengikuti satu ‘defend proposal’ disebuah  IPTA …. bertahap PhD. Ada tiga perkara yang menarik perhatian aku.

Pertama:
Pembentangan ini tidak byk memberi makna kerana dari 30 kerusi hanya ada 4 kerusi sahaja berpenghuni….termasuk pengerusi. Kalau macam tu tak ada defend pun tak apa sebab yang bersoal jawap pun antara presenter dgn SV, maka kehadiran aku persis berada dalam meeting supervisori ler pulak !!

Kedua:
Presenter sediakan 55 slides PowerPoint….aku ulang…. 55 slides !! Ayo yo....slide PowerPoint mesti tunjuk Point yang Power2 jer.... takkan sampai banyak itu !! 

Mujur pengerusi sound awal2… supaya skip sahaja mana2 slide yang tak penting. Masa ni aku terbayang…. elok present RFOT …. sure 1 slide jer !!

Ketiga:
Presenter menulis 10 persoalan kajian…. 9 correlation dan 1 multiple regression. Bagi aku, presenter sebenarnya ada SATU sahaja persoalan kajian dalam proposalnya dan bukan 10 !

Apasallak cam tu... tentu ramai yang marah dan kata kat aku "pandai2 ler ko nak down grade proposal presenter tu... ko ingat senang ke nak siapkan proposal?"

Ni bukan persoalan memperlekehkan sesapa... tapi cuba memberi satu pandangan jer...  

Jadi aku nak kupas sikit isu yang ketiga dan kenapa aku kata presenter hanya ada 1 research question bukan 10 kerana 9 lagi tu….bukanlah persoalan kajian. Hah ?

Aku akui, pernyataan aku ni maybe controversial sebab dah berjuta2 thesis berjaya dihasilkan dengan menggunakan correlation sebagai research question. Tapi aku tak kisah, aku cuma nak bagi pendapat aku jer… wpun menyonsang arus dan kalau ko tak setuju.... takyah ler ko baca.... buang masa ko jer.  Tapi bro aku percaya.....suatu hari nanti akan ada orang yang “quote” apa yang aku nak tulis ni.

So ini alasan aku....

Pertama:
Correlation adalah pengiraan statistic kekuatan hubungan antara dua variables, katakan P dan Q….dan tidak ada keperluan menyatakan mana satu samada P atau Q sebagai IV atau DV. Asal ko ada dua variables jerk ko dah boleh kira coefficient correlation, r. 

Contoh korelasi antara motivasi dan pencapaian. Ko tak tahu mana satu IV mana satu DV. Adakah motivasi meningkatkan pencapaian atau pencapaian meningkatkan motivasi. 

Kedua:
Ko cuma ukur secara berasingan P dan Q dan dgn selamba jalankan korelasi antara kedua variable tersebut. Oleh itu, ko hanya dapat tahu adakah terdapat hubungan antara skor keduanya. Ko tak manipulate P utk kaji perubahan pada Q atau sebaliknya. Jadi hubungan ini walaupun ada, masih tidak memberi apa-apa makna bagi sebuah kajian.

Ketiga:
Korelasi adalah “preliminary analisis”sebelum sesuatu variable tersebut boleh dibuat analisis. Dalam analisis spt factor analisis, regression dan t-test terdapat jadual korelasi, tetapi tak sapapun kisah nak melaporkan nilai terdapat dalam jadual korelasi ini. Kenapa? Kerana nilai tersebut seperti r hanyalah sebagai prelimnary analisis utk ketahui status hubungan antara variable yang dikaji. Jadi, preliminary analisis bukanlah analisis penuh kajian.

Ini maybe samalah dengan analogi bermain takraw. Pelajar yang dapat menimbang bola sebanyak 100 kali tanpa jatuhan boleh memasuki akademi sepak takraw Malaysia supaya boleh dilatih untuk menjadi feeder yang baik semasa perlawanan sebenar.

Kebolehan menimbang bola hanyalah preliminary analisis utk pemilihan feeder… sedang analisis kebolehan sebenar adalah performance feeder tersebut ketika perlawanan berjalan, bukan ketika preliminary analisis tadi. 

Berikut satu contoh research question:

Adakah terdapat perbezaan min skor reading dan writing selepas mengikuti satu modul XX?

Perhatikan bahawa SPSS akan memberikan output spt dibawah:


Perhatikan bahawa terdapat jadual correlation yang menunjukkan hubungan yang sederhana  dan positif antara skor writing dan reading. 

Persoalannya, tidak perlupun ditulis satu lagi persoalan kajian berkaitan korelasi seperti berikut kerana memadailah hanya persoalan kajian untuk ujian-t:

Apakah korelasi antara skor writing dan skor reading?
Adakah terdapat perbezaan min skor pembacaan dan penulisan selepas mengikuti satu modul XX?

Maksudnya, persoalan kajian berkaitan korelasi tak perlu ditulis, kerana ianya bersifat preliminary analysis sahaja dan jika anda ingin juga menulis research question berkaitan korelasi maka ANDA SEBENARNYA HANYA MEMBUAT KAJIAN PADA PERINGKAT PRILIMINARY, MAKA KAJIAN PRILIMINARY MASIH BELUM LAGI BERSTATUS KAJIAN SEBENAR. 

Jadi aku tak boleh bayangkan presenter yang aku sebut di atas ada 9 persoalan kajian korelasi !!

Memang susah aku nak jelaskan... tapi aku percaya ko dapat tangkap apa yang aku maksudkan.... sebab tu aku konsisten dari awal lagi bahawa kajian yang ada persoalan kajian korelasi adakah kajian yang lemah.......

OT




Monday, March 4, 2013

Tajuk 452: QIQQA + Mendeley - is it the END of ENDNOTE era?

Assalamualakum dan salam 1 File 1 Thesis bro...

W'salam... 

Ada seorang pembaca blog tanya aku pasal QIQQA... 

Apatu bro... nama anak kuching ker?

Aah... kalau ko suka bolehlah namakan anak kucing ko dgn qiqqa...

Apsal tetiba jer ko sebut qiqqa....

Itu bukan nama anak kucing atau girl fren aku... tu nama software reference manager. Bila aku mula explore QIQQA, ianya seperti menjawab soalan yan berputar2 dalam minda aku ni....semasa ingin membuat rujukan kajian aku sejak tahun 2000.

Aku selalu bertanya, apasal tak der software boleh buat cenggini dan cenggitu...kan sonang den !!

Pada tahun 2002 aku mengguna ENDNOTE the best reference manager masa tu....satu2nya reference manager yang semua orang tahu ....yang sgt glamer di AUSTRALIA..... lepas tu tahun 2010 aku mula guna reference manager free yang lebih sempoi....maka aku perkenalkan Mendeley sampai sekarang..... 

QIQQA pula baru diperkenalkan sekitar tahun 2009 dan mulakan versi beta tahun 2010 di LONDON.... now QIQQA dah mula menonjol selepas menang beberapa awards... macam Shila Amzah...makin popular

Tahun 2010 Mendeley mula popular kerana sempoi dan free membuatkan ramai pelajar yang guna ENDNOTE berpaling tadah. Bertahun2 memadu kasih dgn ENDNOTE tiba2 lalu Mendeley, terus berubah hati. 

Mendeley ibarat Najwa Latif gadis moden bertudung yang mudah didekati dan mudah difahami.... dan pandai memetik gitar...


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tulisan dan juga citationku
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh..

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah Mendeleyku
Menjadi sahabatku


Abis tu QIQQA pulak?

QIQQA launced sedikit lewat dari Mendeley. QIQQA ada potensi yang sama spt Mendeley. Fungsi pada QIQQA menjadikan ENDNOTE macam software zaman dinasour....ini pendapat aku dan pengguna ENDNOTE jgn terasa plak selagi tak lihat dan cuba QIQQA. 

Walaupun logo QIQQA agak extreme.... dgn otak bersayap... tapi ada kebenarannya jugak....sebab penulisan hari ini byk guna otak dari kudrat !! QIQQA membolehkan ko menyusun koleksi PDF, annotation dan import export PDF dgn mudah... 

Bagi pelajar yang baru nak kenal reference manager... interface QIQQA agak semak... penuh dgn tulisan... boleh lemas dibuatnyer.... aku harap version yang baru akan lebih kemas...

Dalam konteks reference manager .. aku suka interface dan GUI Mendeley... sejuk mata memandang.... straight to the point...dan aku fikir pada newbies.... students baru....yang tak berapa nak tahu BibTex, CSL dll tu elok cuba Mendeley yg lebih sempoi. 

Bagi researcher yang TEGAR... kaki research atau lecturer2 muda... QIQQA lebih comprehensive...


Ni ler logo QIQQA - ianya FREE 

Nampaknya Mendeley dan kini  QIQQA menambah isyarat  The END of the ENDNOTE, sama spt WORDSTAR apabila datangnya MSWORD.... atau web crawler setelah datangnya yahoo.... kini pupus !! 

Ini telahan aku saja.. kecuali ENDNOTE buat sesuatu yang drastik termasuk lupuskan lesen. Aku akan explore QIQQA sikit2.... dan akan sentiasa tulis dalam blog aku ni masa ke semasa.

Apapun buat masa ni.... Mendeley masih releven....kerana kesempoiannya. So teruskan guna Mendeley. Apapun jika ko nak cuba QIQQA... semuanya disediakan dalam QIQQA dgn hanya mengklik satu icon sahaja.... semua library dalam Mendeley dan ENDNOTE akan berada dalam QIQQA !! 


Ni ler QIQQA dalam komputer aku....wow...
namun aku masih selesa dengan Mendeley..

Entry ini aku tulis sebagai alertness.... pelajar baru mesti terus meneroka reference manager baru spt Mendeley dan QIQQA....kerana ENDNOTE mahupun refwork yang disarankan oleh IPTA anda sedang menanti hari2 suram....

Aku akan terus explore QIQQA ....

OT

Tajuk 451: T-test juga boleh check reliability ujian !


Aku masih menulis pasal t-test. Sebagai ujian perbandingan min yang begitu popular dan sempoi, maka ramailah yang gunakan t-test ni esp yang buat master.

Namun, tak ramai yang tahu akan t-test ini, lebih tepat lagi paired sample t-test boleh digunakan utk melaporkan reliability ujian pre-post.

Selama ini korang dok guna apa utk check reliability pre-post ni?

Katalah korang ada ujian pre-A dan post-A dan ini adalah hasilnya:


Jadual paired sample correlation menunjukkan nilai korelasi test-retest (ujian pre-post) dengan r = 0.86. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan ujian yang tinggi yang mana, pelajar yang mempunyai skor ujian Pre A yang tinggi juga  cenderung mendapat skor yang tinggi juga dalam Post A. 

Ini juga membawa makna, ujian pre betul2 menguji kemampuan pelajar dengan konsep yang sama secara konsisten dengan ujian post. Pelajar yang mampu menjawab pre-A mampu juga mampu menjawab post A kerana menguji konsep yang sama. Maka wujudnya perbezaan skor antara Ujian Pre dan Ujian Post adalah disebabkan kesan IV.

Jadual kedua iaitu Paired Sample Test ko laporkan spt biasa atau sebagaimana aku buat dalam entry sebelum ini, entry 450… 

Dah ngantuk dah aku..... jam menunjukkan 12.19 am.... nak gi solak Isyak dan zzzzz..... 

Tajuk 450: Laporkan t-test dengan effect size !!


Kembali semula ke dunia statistic. Aku ingin menulis sedikit bagaimana t-test boleh dilaporkan dengan lebih comprehensive lagi, bukan sekadar "signifikan kerana p < .05" sahaja dengan adanya tambahan laporan saiz kesan (effect size, ES).

Apa itu ES ?

ES adalah kekuatan hubungan antara IV dan DV (symbol r) atau magnitude perbezaan pada DV disebabkan oleh IV (symbol d). 

Bagi yang buat t-test bagi kajian eksperimen, katakan kajian membandingkan Ujian A, B dan C (DV) antara jantina (IV).
Selepas run SPSS inilah jadual yang ko dapat. Maka jgn lupa ko laporkan jugak ES:



1.
Levene’s test menunjukkan kumpulan lelaki dan perempuan mempunyai varian skor yang homogen dalam ketiga2 ujian sebab kesemua perbezaan ini tidak signifikan.

2.
Ujian A: Nilai t = 2.70 melebihi nilai t kritikal pada 95% confidence level, p < .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian A yang lebih tinggi berbanding kumpulan perempuan.

Ujian B: Nilai t = -.900 lebih kecil berbanding nilai t kritikal pada 95% confidence level, p > .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian B yang tidak berbeza secara signifikan berbanding kumpulan perempuan.

Ujian A: Nilai t = 2.45 melebihi nilai t kritikal pada 95% confidence level, p < .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian C yang lebih tinggi berbanding kumpulan perempuan.

3.
Ujian A: nilai skor bagi 95% confidence interval (95% perbezaan skor berada antara skor 1.05 dan 6.97) bermakna kewujudan perbezaan skor bagi kumpulan lelaki boleh jadi sekecil 1.05 sehinggalah 6.97 dari markah maksima, katakan 20.

Ulangi lah dgn Ujian B dan C, letih lah aku nak tulis….

4. 

Saiz kesan (effect size, ES)

Nilai saiz kesan, d tidak dilaporkan dalam jadual t-test tetapi elok bebeno la jika dapat dikira bagi menguatkan laporan kajian. 

Katalah SD bagi Ujian A adalah 6.2 yang boleh diperolehi dari jadual deskriptif. 

Maka:

d = Perbezaan min skor / SD = 4.00 / 6.2 = 0.64. Nilai ini mengikut Cohen adalah “between medium and large” ES. Nilai 0.64 ini adalah indicator bahawa jantina memberikan kesan perbezaan skor Ujian A antara sederhana ke besar bagi lelaki berbanding perempuan.

Sunday, March 3, 2013

Tajuk 449: 10 perkara yang ko jgn buat...

Ko tahu tak 10 perkara yang ko mungkin buat? Aku nak tulis skit jer disini.... ko jawab ler sendiri dalam hati... 

Pertama:
Ko ada masa 6 semester utk buat PhD. Ko perlukan ke enam2 semester tu untuk menulis tesis. Kalau ko masih belum menulis selepas 2 semester, ko akan extent 2 semester jugaklah.... tak caya cubalah...

Kedua:
Ko tulis tesis secara detail ikut muka surat... 1, 2, 3 dan seterusnya. Ko tak tahupun kena tulis ikut rangka Chapter 1,2,3  sekaligus.... tapi kalau ko memang degil nak tulis jugak ikut tertib paragraph by paragraph muka surat 1,2,3  ....jgn salahkan ibu mengandung kalau tesis ko tak siap2 jugak 3 chapter selepas 3 semester....

Ketiga:
Bila ko jumpa SV buat kali kedua ..... dia terpinga2 dan tanya "U ni student PhD baru ke?" maknanya ko memang dah lama tak jumpa dia.... !! Kalau ko amalkan macam tu... eloklah tu...

Keempat:
Bila ko nak mula menulis selepas ko hanya google 3, 4 artikel pasal kajian yang ko nak buat, jgn marah kalau SV ko meluat.. 

Kelima:
Ko nak mula menaip.... tapi ko tak tahu typesetting tesis ko guna MSWord.... then ko nak menaip ikut format APA tapi ko tak tahu formatting tesis ko guna MS Word....  Jadi APA yang ko tahu ?

Keenam:
Ko susah hati dan gundah gelana dan takut tak jumpa "a potential SV" bagi membantu ko buat research.... tapi ko tak susah hati pun yang ko tu dah 4 semester belum kelihatan sebagai "a potential PhD candidate" pun....

Ketujuh:
Kalau ada pelajar Malaysia 17 tahun berjaya cipta games Crazy Ball bertaraf dunia hanya belajar melalui internet, ko lagi banyak buka internet....update status ko tiap saat dlm facebook !

Kelapan:
Ramai calon MS yang buat full research dulupun terkial-kial nak mulakan PhD.... ko pulak yang ada MA selamba jer jawab "relex MA...." 

Kesembilan:
Ko bercita2 nak selesaikan masalah negara dengan kajian  ko...nak ubah polisi itu dan ini....sedangkan masalah ko tak faham statistik yang basic2 ko tak pernah ko peduli....

Kesepuluh:
Kajian master atau PhD tak lebih dari membuat modifikasi dan upgrade kajian2 penting yg lepas .... ko pulak asyik  buat kerja tak penting dengan mencari tajuk kajian yang tak pernah dibuat lagi diatas muka bumi....ramai jugak lagi std macam ko ni...

Adenyer....


OT







Saturday, March 2, 2013

Tajuk 448 - Pengakuan jujur blogger....aku dan azura !

Petang ni aku agak relex. Tiba-tiba aku teringat kisah minggu lepas di sebuah restoran di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Seorang lelaki dgn wifenyer telah menegur aku.

Abis kenapa ada Azura pada tajuk tu... Azura tu ker yang tegur ?

Tak lah.... sebenarnya restoran yang aku maksudkan adalah Restoran Azura !!

Berbalik kepada kisah lelaki tadi....tiba2 menegur aku...

Ini Prof ker?

Nak berhenti jantung aku... bukan kerana terperanjat tetapi terasa kecik.... jgn ler panggil Prof... panggil OT pun OK...

Sebelum perkenalkan diri, aku tanya mana dia kenal aku.

Dia jawab... "saya ada baca blog yang warna purple tu !!"

Ha ha ha.... dia boleh ingat warna purple tapi tak tahu penulis blog tu.... ada ke patut !! Apapun aku rasa very2 honoured jugak atleast ada orang kenal blog aku dari warna purple tu....

Aku jawab aha.... "Saya OT..."

Then dia kata.... "Yesss Dr OT... !!"

Tapi aku bukan nak citer pasal orang tu... sekadar terfikir ramai yang kenal aku melalui blog tapi sampai sekarang saya tak sure aku ni blogger atau apa?  Apa yang aku tahu.... kewujudan blog drotspss pada 10.10.10 banyak memberi impak pada diri aku sendiri. 

Nak tahu apa dia?

1. Aku rasa jadi sikit kreatif wpun takler sampai macam de Bono tu. Melalui blog ini, otak pentium IV aku tiba2 jadi semakin lateral dengan mencipta RFOT, KOT, SROT, AROT, ZDOT, OFOT... aku merancang nak menulis buku tentang semua OT-OT ni....

Sapa2 yang tak pernah masuk bengkel aku memang takkan tahu amende semua tu.... jadi joint ler cepat2 mana2 bengkel yang dianjur oleh kawan2 PhD ... supaya momentum menulis tesis menjadi tip top....!!

2.  Aku rasa sejak menulis blog ni banyak benda yang aku tak tahu.... dan memang aku sedarpun ada PhD tak bermakna aku tahu semua benda....so aku teruskan membaca, belajar termasuk belajar dari supervisee aku dan peserta2 bengkel.....jika sebelum ini yang jumpa student UPM sahaja.... now melalui blog aku dapat pertanyaan sejauh Germany dan US... mahu terduduk aku nak jawab semua !!

3. Dalam pada tu, banyak benda baru yang aku belajar. Falsafah aku "Teaching is the best way for learning" ternyata berkesan. Aku mahirkan diri dengan SPSS,  ATLAS dan Mendeley kerana melalui bengkel aku praktislah apa yang aku tahu... lama2 banyak yang aku belajar ...

4. Aku boleh kongsi pengalaman. Ini bukan pengalaman aku sahaja, tapi pengalaman student dari UM misalnya dapat aku sampaikan kepada student Uitm dan dari IPTA2 yang lain. Maybe ini yang dikatakan "Experience is the best teacher".


NINE atau nama sebenarnya Zafri Zulqarnain 
menjadi icon blog ni dah semakin bergaya ... 
dgn gaya pop ye ye...(alahai anak ayah !!)

5. Aku buat blog sempoi sebab aku memang sempoi. Tapi perjalanan aku ke serata Malaysia mengisi bengkel memberi aku keyakinan dalam kesempoian.... sebab dulu aku takut jugak dgn calon2 PhD dari pelbagai disipline... ada engineer, ada medical doctor.... sedang aku hanya insan biasa....

6. Paling aku terharu... dapat sampaikan sesuatu yang mencelikkan wpun tak sampai menterbeliakkan mata....calon2 PhD dan master yang teraba2 mencari arah dalam menjalankan kajian dan menulis thesis...senyuman mereka adalah penawar keletihan aku menulis blog dan bercakap non-stop 8 jam dalam bengkel !!

7. Bila aku dgn tak sengaja menjadi blogger, aku mula banyak membaca.... memikir dan menulis...dan membaca dan memikir dan menulis.... tak henti2....

8. Menjadi blogger telah membawa aku menjelajaki kesemua IPTA. Semua IPTA aku dah pergi hanya dalam tempuh 2 tahun lepas...kecuali UNIMAS. Aku memang dah sampai UNIMAS tapi lama dululah...

9. Bertemu bekas2 student aku dulu..khususnya semasa aku menjadi cikgu matrikulasi UPM.... dan bertemu student dari obersi yang balik Msia terus joint bengkel2 aku.... 

10. Tiba-tiba jer aku jadi usahawan kecil2an online.... tapi bukan jutawan online lah..  mudah2an satu hari nanti....akupun tak tahu betul ker aku ni usahawan sebab dgn blog ini jugalah aku telah menjual ebooks ...dan akupun tak pasti berapa yang aku dah jual... namun akaun bank aku bila nak abis jer....sentiasa ada top-up....... alhamdulillah....


Semasa menjadi blogger nilah minat aku kepada DSLR dan micro photo muncul...

Micro photo 2

Micro photo 3
11. Bukan sahaja usahawan kecil2an online.... aku juga dah jadi facilitator ler pulak.... dok bagi bengkel sana sini... bertemu kenalan baru... dari JB hingga ke Tawau. Aku tak mimpipun nak pergi Tawau samalah macam aku tak mimpikan utk sampai ke Paris, Amsterdam, Florence, London dan Gaza.....namun kini semua dah jadi kenyataan !! 


12. Aku menjadi pencuri masa sebab itu aku nak bagi juga satu nasihat.... jgn jadi blogger kalau terikut2 orang lain. Banyak masa digunakan utk menulis...so aku curi2 masa dicelah kesibukan aku.... sebab aku tak boleh mencuri masa keluarga atau anak2.... sebab ini jugalah aku mengurangkan  bengkel2 hujung minggu sebab aku mahu bersama keluarga seboleh mungkin.


Inilah sebahagian pengakuan ku seorang "blogger"..... secara tak sengaja... 


Sentiasa saling memahami.... 


OT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...