.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, March 7, 2013

Tajuk 453: Jgn tak tau....Correlation bukanlah satu kajian !!

Esok aku akan berada di UNISZA, jika tiada aral melintang. Aku dijemput utk berkongsi pengalaman menulis thesis dan aplikasi Mendeley. UNISZA mempunyai makna besar bagi aku sebab pelajar pertama postgraduate aku adalah pelajar UNISZA yang berjaya siapkan penulisan thesis MSc nya  dalam 3 semester !! Pelajar tersebut akan mendaftar program PhD di UM pula...

Pagi tadi aku berpeluang mengikuti satu ‘defend proposal’ disebuah  IPTA …. bertahap PhD. Ada tiga perkara yang menarik perhatian aku.

Pertama:
Pembentangan ini tidak byk memberi makna kerana dari 30 kerusi hanya ada 4 kerusi sahaja berpenghuni….termasuk pengerusi. Kalau macam tu tak ada defend pun tak apa sebab yang bersoal jawap pun antara presenter dgn SV, maka kehadiran aku persis berada dalam meeting supervisori ler pulak !!

Kedua:
Presenter sediakan 55 slides PowerPoint….aku ulang…. 55 slides !! Ayo yo....slide PowerPoint mesti tunjuk Point yang Power2 jer.... takkan sampai banyak itu !! 

Mujur pengerusi sound awal2… supaya skip sahaja mana2 slide yang tak penting. Masa ni aku terbayang…. elok present RFOT …. sure 1 slide jer !!

Ketiga:
Presenter menulis 10 persoalan kajian…. 9 correlation dan 1 multiple regression. Bagi aku, presenter sebenarnya ada SATU sahaja persoalan kajian dalam proposalnya dan bukan 10 !

Apasallak cam tu... tentu ramai yang marah dan kata kat aku "pandai2 ler ko nak down grade proposal presenter tu... ko ingat senang ke nak siapkan proposal?"

Ni bukan persoalan memperlekehkan sesapa... tapi cuba memberi satu pandangan jer...  

Jadi aku nak kupas sikit isu yang ketiga dan kenapa aku kata presenter hanya ada 1 research question bukan 10 kerana 9 lagi tu….bukanlah persoalan kajian. Hah ?

Aku akui, pernyataan aku ni maybe controversial sebab dah berjuta2 thesis berjaya dihasilkan dengan menggunakan correlation sebagai research question. Tapi aku tak kisah, aku cuma nak bagi pendapat aku jer… wpun menyonsang arus dan kalau ko tak setuju.... takyah ler ko baca.... buang masa ko jer.  Tapi bro aku percaya.....suatu hari nanti akan ada orang yang “quote” apa yang aku nak tulis ni.

So ini alasan aku....

Pertama:
Correlation adalah pengiraan statistic kekuatan hubungan antara dua variables, katakan P dan Q….dan tidak ada keperluan menyatakan mana satu samada P atau Q sebagai IV atau DV. Asal ko ada dua variables jerk ko dah boleh kira coefficient correlation, r. 

Contoh korelasi antara motivasi dan pencapaian. Ko tak tahu mana satu IV mana satu DV. Adakah motivasi meningkatkan pencapaian atau pencapaian meningkatkan motivasi. 

Kedua:
Ko cuma ukur secara berasingan P dan Q dan dgn selamba jalankan korelasi antara kedua variable tersebut. Oleh itu, ko hanya dapat tahu adakah terdapat hubungan antara skor keduanya. Ko tak manipulate P utk kaji perubahan pada Q atau sebaliknya. Jadi hubungan ini walaupun ada, masih tidak memberi apa-apa makna bagi sebuah kajian.

Ketiga:
Korelasi adalah “preliminary analisis”sebelum sesuatu variable tersebut boleh dibuat analisis. Dalam analisis spt factor analisis, regression dan t-test terdapat jadual korelasi, tetapi tak sapapun kisah nak melaporkan nilai terdapat dalam jadual korelasi ini. Kenapa? Kerana nilai tersebut seperti r hanyalah sebagai prelimnary analisis utk ketahui status hubungan antara variable yang dikaji. Jadi, preliminary analisis bukanlah analisis penuh kajian.

Ini maybe samalah dengan analogi bermain takraw. Pelajar yang dapat menimbang bola sebanyak 100 kali tanpa jatuhan boleh memasuki akademi sepak takraw Malaysia supaya boleh dilatih untuk menjadi feeder yang baik semasa perlawanan sebenar.

Kebolehan menimbang bola hanyalah preliminary analisis utk pemilihan feeder… sedang analisis kebolehan sebenar adalah performance feeder tersebut ketika perlawanan berjalan, bukan ketika preliminary analisis tadi. 

Berikut satu contoh research question:

Adakah terdapat perbezaan min skor reading dan writing selepas mengikuti satu modul XX?

Perhatikan bahawa SPSS akan memberikan output spt dibawah:


Perhatikan bahawa terdapat jadual correlation yang menunjukkan hubungan yang sederhana  dan positif antara skor writing dan reading. 

Persoalannya, tidak perlupun ditulis satu lagi persoalan kajian berkaitan korelasi seperti berikut kerana memadailah hanya persoalan kajian untuk ujian-t:

Apakah korelasi antara skor writing dan skor reading?
Adakah terdapat perbezaan min skor pembacaan dan penulisan selepas mengikuti satu modul XX?

Maksudnya, persoalan kajian berkaitan korelasi tak perlu ditulis, kerana ianya bersifat preliminary analysis sahaja dan jika anda ingin juga menulis research question berkaitan korelasi maka ANDA SEBENARNYA HANYA MEMBUAT KAJIAN PADA PERINGKAT PRILIMINARY, MAKA KAJIAN PRILIMINARY MASIH BELUM LAGI BERSTATUS KAJIAN SEBENAR. 

Jadi aku tak boleh bayangkan presenter yang aku sebut di atas ada 9 persoalan kajian korelasi !!

Memang susah aku nak jelaskan... tapi aku percaya ko dapat tangkap apa yang aku maksudkan.... sebab tu aku konsisten dari awal lagi bahawa kajian yang ada persoalan kajian korelasi adakah kajian yang lemah.......

OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...