Aku bukan lagi seorang guru tapi aku nk bagi buah fikiran insiden rotan. Ada satu tulisan panjang lebar mengupas isu ini lalu mbuat kesimpulan.. memarahi semula guru yg merotan akan hanya merugikan anak sendiri sambil membayangkn guru akan hanya mengajar sahaja ... apa perlunya lagi mdidik.
2.
Aku nk fokus kpd insiden merotan. Sekadar bertanya... adakah itu langkah pertama atau terakhir bagi mengajar 'kebiadapan' murid tersebut yg mbawa ibubapanya campur tangan ?
3. Kalau tidak dgn rotan...tentu ada cara lain. Tentunya byk insiden spt di atas juga blaku disekolah lain... dinegara lain.. oleh bangsa lain... adakah ia berakhir dgn rotan ? Tidak semestinya.
4. Tindakan 'merotan' (termasuk melempang) adalah satu kesalahan di Denmark umpamanya... termasuk dilakukan oleh ibubapa sendiri. Aku tahu agama wpun memberi ruang utk merotan anak sendiri bagi tujuan mendidik tetapi ia merupakan pilihan terakhir. Peluang dan tempoh memperbaiki kesalahan setelah ditegur juga diperlukan.
5. Kenapa aku sebut Denmark? Pertama kerana di sana paling kurang jenayah dan Copenhagen antara bandar paling selamat dan ceria dalam ranking dunia. Kedua, aku pernah ke sana selain mendengar cerita dari kawan-kawan. Akupun tahu, Denmark bukan berbilang kaum, macam Msia yg multicultural, tetapi banyak juga negara satu kaum yang asyik bergaduh je siang malam.
6. Jgn salah faham pulak. Akupun menyirap darah klu dipanggil dgn gelaran buruk.. sbb itu fitrah... tapi guru adalah guru.. dengan satu nilai yang dipegang lebih tinggi dari murid.
7. Aku juga tahu... status ini akan mengundang respon simplistik yang menjadi amalan dan kesukaan netizen (dgn ribuan yg menyokong) bila aku memberi komen di atas. Ini antara trend komen yg mudah tanpa perlu byk berfikir...
a. kalau macam tu bolehlah nanti aku panggil dia dgn apa sahaja, tak salahpun, kali pertama je...
b. nanti anak dia panggil dia macam tu, dia ciumlah anak dia
c. agaknya dia suka orang memaki orang lain
d. tak kena kat batang hidung dia, bolehlah dia cakap
d. memang bangsa tak tahu adap (sedang ia boleh sahaja dilakukan oleh anak aku, dia dan kamu)
8. Insiden dah berlaku. Kita kesal apa yang berlaku tetapi apa perlunya disusuli dgn komen yang tidak membina dgn unsur perli - buatlah, nanti anak kau akan terbiar dan gelap masa depan...
9. Insiden spt ini bukan kali pertama berlaku. Aku bukan malaikat, aku pun boleh memahami perasaan guru dalam persekitaran sekolah yang 'packed'. Aku pernah jadi guru, beristerikan guru yg kerjaya awalnya mengajar di SMKV dgn anak2 yang agak 'nakal' malah aku pernah menjadi 'warden asrama'.
10. Aku sekadar memberi pendapat dgn melihat isu ini dalam konteksnya seboleh mungkin.
Maaf kerana mengganggu hujung minggu anda...
OT - aku diinterview ketika di Copenhagen

No comments:
Post a Comment