Dulu tahun 60an...anak2 orang berada dibandar sahaja pergi sekolah. Ramai anak2 kampung kalau bersekolahpun takat darjah 6. Mereka tiada motivasi kerana sijil yang diperolehi tidak byk membawa makna, sebab mereka tak nampak keperluannya... kerana mereka akan terus mewarisi kebanyakkan pekerjaan keluarga atau bekerja di kampung. Tahun 60an misalnya, kerjaya paling hebat mungkin menjadi seorang askar wpun askar prebet.
Selepas merdeka, negara mula maju, sekolah dibina dan bidang pekerjaan mula berkembang, maka ibubapa mula mendorong anak2 bersekolah. Anak2 mula mempunyai desired utk belajar.. bermulalah gerakan 60:40 diperkenalkan.
3. Motivasi 2.0
Di era ‘pembangunan pesat’ khususnya tahun 80an… kerajaan mula menggalakan murid berminat dalam sains supaya membantu kemajuan negara. MRSM dan sekolah sains mula dibina. Polisi 60:40 di laungkan dgn lebih aggresif. Kerjaya dalam bidang sains dilihat sebagai kerjaya yang menanti graduan dgn gaji yang baik. Maka desired utk maju dalam pelajaran mendorong murid2 berjaya dengan incentive biasiswa dan memasuki asrama serta mendapat kerjaya dalam bidang sains yang ‘gah’. Anak2 yang berjaya dihantar juga keluar negara dan diberikan biasiswa. Ini motivasi utk blajar 2.0
4. Motivasi 3.0
Tahun 90an wujudnya internet.. komputer.. kemudian masuk era millinium muncul handphone… app… lappy dari bandar dah sampai kependalaman ... menjadikan murid2 ‘digital native’ mula berbeza desired dan memerlukan incentive yang juga berbeza utk belajar. Ini menjadikan polisi 60:40 mula tergugat dan dijangka akan terus merudum. Kewujudan STEM dan KBAT bukan jawapan kepada generasi millinia ini jika pendekatan sistem pendidikan masih konvensional.. dgn kelas dan PnP ditahap motivasi 2.0.
5. Motivasi 4.0
Kerjaya dibidang STEM mula diambil alih oleh automation dilihat spt tidak menyebelahi 60:40. Kitapun dapat lihat, murid aliran STEM di asrama penuh pun mula struggle utk berjaya dan bekerja didunia luar. Dunia kini adalah dunia heuristic… bukan lagi algorithmic - dunia ikut buku. Motivasi 4.0 bukan disambut dgn mnebalkan buku teks.. membanyakkan subjek... meninggikan silibus... spt yg berlaku... tapi disambut dgn keberanian utk berubah... dgn lebih inovatif.. episodnya baru bermula..
OT

No comments:
Post a Comment