.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1530 : Mendapatkan tajuk kajian / masalah dgn MODEL

MODEL (OT, 2019) bukan 'satu model' tetapi adalah satu pendekatan utk mendapatkan 'masalah' bagi dijadikan tajuk kajian utk dikaji. MODEL adalah akronim yang saya bina berasaskan 5 sumber berikut:


M - Mass media

O - Own experiences

D - Discussion

E - Event

L - Literature


Anda bermula dari zero. Katakan anda guru Maths. Anda berminat untuk mengkaji 'masalah' dalam pendidikan Maths. So macamana nak tahu kewujudan masalah tersebut.


a. Mass media - dari mass media, anda boleh mengetahui perbincangan akan keperluan teknologi sebagai alat utk mengajar maths.


b. Own experiences - sebagai pengajar, anda tahu bahawa murid perlu seronok belajar Maths


Maka dari M dan O anda boleh gabungkan supaya pengajaran Maths menggunakan element teknologi menimbulkan keseronokan murid belajar


c. Discussion - anda boleh juga berbincang sesama sendiri, bertemu guru yang lebih senior atau pensyarah yang boleh memberikan idea akan pendekatan semasa dalam mengajar Maths, selain dari M dan O di atas. Katalah mereka mencadangkan Apps utk Maths


d. Events - dimana ada kesempatan, anda boleh sahaja menyertai apa-apa event / acara seperti persidangan, konferens dll berkaitan maths bagi mendapatkan isu yang dibincangkan.


Maka dari M.O.D.E, anda bercadang utk menggabungkan elemen TECHNOLOGY.. ENGAGEMENT dan FUN yang menjadi isu semasa dalam kajian anda.


Bagi mengetahui kajian-kajian lepas dalam 3 aspek tersebut, anda boleh explore dgn MENDELEY maka terhasillah banyak artikel terkini (Lihat Foto1, Foto1 dan Foto3)


Anda boleh mencipta tajuk dari gabungan kajian2 yang telah dijalankan bagi mendapatkan pendekatan dan perspektif kajian yang lebih baik... spt tajuk duumy berikut:


"Technology-enhanced in mathematics exploration strategy .."

"Recreational mathematics instructional strategy..."

"Peer-engagement through mobile technology in mathematics.."


e. Literature - jika anda tidak berpeluang melalui MODE, maka lakukan pencarian LITERATURE dgn katakunci terbuka dahulu seperti Foto 4.


Akan terpapar beberapa keyword spt experiential learning, initial mathematics competencies, adaptive number.. etc


Maka boleh sahaja anda mula membaca berdasarkan tajuk dummy yang anda hasilkan spt:


"Project-based learning in fun environment to support primary students’ arithmetic skills"


Kenapa anda perlu lakukan ini?


1. Kesemua elemen dari MODEL di atas adalah elemen semasa yang perlukan kajian lanjut.

2. Terminology yang digunakan adalah yang berkait dengan Maths education semasa

3. Tiada masalah yang dapat diselesaikan dengan satu cara, kepada semua murid dalam semua situasi dan peringkat, maka membuat kajian lanjut yang lebih komprehensif adalah satu keperluan untuk menyumbang kepada knowledge.

4. Selepas mendapat keyword yang sesuai, maka barulah lakukan pencarian lanjut artikel secara TERFOKUS dan MENDALAM melalui beberapa peringkat SNOWBALL.

5. Dengan cara ini, anda tetap berada dalam frontier of knowledge dalam bidang Maths education kerana artikel yang dirujuk bermula dengan yang terkini (2019)

6. Pembacaan lanjut akan membawa anda mengetahui satu atau beberapa teori yang mendasari setiap kajian.

7. Sayugia, anda menggunakan pendekatan integrasi teori, strategi atau method bagi mendapatkan data yang boleh dikupas secara optimum

8. Jika anda tidak berpuashati dengan keyword yang diperolehi, boleh sahaja beralih kepada keyword yang lain.

9. Maka, penggunaan MODEL (OT, 2019) adalah satu pendekatan yang sistematik dan realistik.

10. Kesemua di atas boleh sahaja dilakukan dalam beberapa hari sahaja, tanpa perlu membaca dan membaca sehingga 100 artikel 'yang anda minat' tanpa tujuan.. lalu meraban utk mendapatkan apa yang dikatakan sebagai gap.


Sila perhatikan bagaimana saya menggunakan keyword dalam pencarian Mendeley dan senang2 boleh dapat 4 tajuk dummy dalam Maths education yang bukan bidang saya pun...


OT










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...