.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 771:Critical review tu lagu mano?

Pertama:
Nak tulis kritis anda mesti terlebih dahulu pastikan anda mempunyai bacaan yang relevan dari sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku). Sumber primer akan memberikan anda LR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Pemahaman lanjut boleh dibaca dalam sumber sekunder.

Kedua:
Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian. Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda.

Ketiga:
Sebagai contoh anda membuat kajian tentang pembinaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat bergantung kepada perisian PowerPoint. Tulis LR secara kritis bagi menyokong kajian anda yang ingin memasukkan elemen psikologi (stail belajar) dalam pembinaan bahan multimedia. Ini contoh dummy yang ringkas sahaja::

Persembahan bahan multimedia menggunakan aplikasi perisian PowerPoint dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah banyak dipersoal keberkesannnya. Penyelidik terdahulu (seperti A, 1996; B, 2003; C, 2007 & D, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar.

Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (G, 1999, H, 2011, J, 2000). Dapatan dari kajian sebegini perlu dikembangkan dengan menerapkan pula aspek stail belajar tersebut dalam pembinaan bahan multimedia berasaskan teori pembelajaran multimedia Mayer (2000, 2002). Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

Keempat 
Contoh SOROTAN LITERATUR di atas (hanya secara ringkas dan sepintas lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan

i. Mempersoal bagi menjustifikasikan "what else need to be done"
Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (G, 1999, H, 2011, J, 2000).

ii. Mengupas / analisis:
Penyelidik terdahulu (seperti A, 1996; B, 2003; C, 2007 & D, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar.

iii. Menyokong idea anda:
Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

iv. Perhatikan saya menggunakan terms yang konsisten spt "bahan multimedia" dlm penulisan LR kerana saya sedang menulis mengenai KAJIAN SAYA bukan kajian orang lain.... wpun kajian2 lepas yang dirujuk menggunakan pelbagai terms lain spt "persembahan multimedia", "persembahan PowerPoint", " pengajaran berasaskan multimedia" atau "bahan pengajaran berasaskan komputer" dll tmasuklah yg dibina mgunakn Powtoon atau Frenzi yang secara idea dan prinsipnya membawa maksud yang sama dengan "bahan multmedia".

Kelima:
Oleh itu, critical review dalam LR bukan seperti ringkasan kajian lepas yang setiap satunya ditulis secara terasing…. Asyik2 “According to A (2007)”….. “According to B (2003)”…. “According to C (2013)”… According to sokmo... nk termuntah !
Anda perlu menganalisis semua artikel2 yang relevan dan mensintesis idea dari kajian lepas tersebut bagi menjadikan idea kajian lepas tersebut menyokong kajian anda.

Keenam:
Anda bukan dlm position mencari atau menyatakn kelemahan / kekurangan kajian lepas (kononnya nk isi gap) kerana apa yg dibuat sblm ini sesuai dgn konteks n keperluan kajian ketika itu...
Anda mbuat review sbg asas mbina sesuatu yg "baru" sbg contribution dan cuba mmahami keperluan n urgency semasa (frontier of knowkedge) dlm kajian anda... atau "what else need to be studied" utk menjustifikasikn element terkini..... bukan nk isi gap yg ada dlm kajian lepas...
"Finding gap" adalah terma old school yg hanya mengelirukan sahaja.... cayolah cakap den.... yg bawa anda berpusing2 mencarinya

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...